Monday, 27 March 2017

sekumpulan rama-rama

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

25 mac lalau berlangsung majlis perkahwinan anak saudara abg aleh. tp jgn cari gambar pengantin dalam entry ini, mmg tak ada. ummi sebuk dan terlupa nak ambik gambar dgn pengantin. yang ada gambar sekumpulan rama-rama yg bersayap tapi tak boleh terbang.


tambah2 rama-rama yang ini mmg takleh terbang sebab berat. hahahaha!




 anak ayah yg fotostat rupa ayah.





Ali dan Adam.

tu saja.

Saturday, 18 March 2017

Little Nuha is ONE~!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ALHAMDULILLAH, my little daughter is turning one today. Syukur atas segala limpah dan kurniaan dr Allah kepada anak bongsu ummi ni. Seorang anak yang ceria, manja, berdikari dan cerdik.

Anis Nuha belajar bertatih sejak usia 9 bulan, usia 11 bulan dah laju berjalan. Sekarang ni dah tak nak dipimpin tangan, amboi dia tu. Dah semakin manja dan rapat dgn babysitter baru ni selepas hampir 4 bulan bersama. Alhamdulillah, dia serasi dengan Kak Na yang dipanggil Mak. Dah tiada sesi nangis-nangis selepas sebulan duduk dgn mak. Lega sangat umi. Semoga keadaan ini berterusan dan semakin baik dari hari ke hari. Amin..

Nuha dah taknak makan moi dah. Dia nak mkn makanan org dewasa. Bihun goreng selamba ja dia makan. Kita takut dia sakit perut, tp nampak dia ok je. Ada la sekali sekala dia cirit, tu la nak sgt makan makanan org dewasa, padahal dia baru nak masuk setahun jagung (apa kaitan jagung dlm hal ni. Haha) jadi umi pun sekarang dah tak buat moi dan bekukan utk dia hari2. Dia makan nasi org besar, Cuma kena lenyek lebih skit. Gigi dah 7 batang. 5 atas 2 bwh, itu yg bukan main lagi dia.
Makin panjang akal, dah faham arahan sikit-sikit. Kalua dia mengamuk suka nak hantuk kepala ke lantai. Lepas tu mula lah lebam dahi tu. Alahaiiii.. badan ringan seronok dia nak hempas-hempaskan badan.


Adik manja utk kakak dan abang-abang. Abang ali paling dia serasi. Ketawa mengekek kalau main dgn ali. Dengan kakak pun dia ok, dengan adam kurang sikit sebab adam suka buli dia. Adik dok jalan elok2 dia pi tolak bg jatuh. Adik merangkak dia pijak belakang, suka berebut barang yg ada dalam tangan adik. Mcm mana adik tak marah. Kelakar kalau tengok diorang berebut barang. Selalunya Nuha yg menang. Boleh tahan kenit tu kalau berebut dgn abg.


Hari khamis lepas sempat belikan kek untuk makan ramai-ramai kat rumah ma. Jadi inilah gambar yang tak seberapa. Jadilah untuk kenangan.


Happy birthday Anis Nuha. Ummi, ayah, kakak, abang, abang dam doakan deknis sejahtera dlm rahmat Allah, terus jadi anak dan adik yang baik, sihat dan gembira sentiasa. Amin amin amin.

we love you, deknis.

Monday, 13 March 2017

quick update

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Hai blog. Lama tak jumpa. Makin tak bersemangat nak update cerita sejak bertambahnya media social yg lain seperti facebook dan Instagram yg lebih ringkas untuk update. Rasa sayang sgt tak menulis dalam ni. Byk memori yg takleh di kenang balik, gambar-gambar yg tak diabadikan. Simpan dlm phone saja. Kat facebook malu nak cerita sgt, jadi segan pulak nak letak gambar atau update apa2 di facebook. Sgt terbuka. Ruginya tak manfaatkan blog ni mcm dulu-dulu.

Adam dan Nuha laa yang paling kurang update dalam ni. Kesian depa. Tp depa byk dlm IG. Adam dah 2 tahun 4 bulan, baru boleh cakap hujung2 perkataan. “umi, nak akan cik loq” – umi, nak makan nasi teloq. Hahaha

Nuha pulak dah makin laju berjalan. Hari sabtu ni 18/3 genap setahun. Dah setahun dah anak bongsu umi. Wpun paling haluih, dia paling cpt berjalan dlm adik beradik dia. Makan lalu. Minum susu ok, masih breastfeed. Walaupun umi adakalanya rasa lelah, tp bila kenangkan ini mungkin peluang terakhir umi utk menyusukan anak, so umi kena cherish dan keep it up. Nanti rindu weh bila anak2 dah besar.


Tu je la. Nanti cerita lagi.


Nawal my bestfriend
Ali my manja busuk masyam




deknis kecik cenonet


kakak dan bang dam main pantai


adam perut berlapis2. hahaha

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...