Monday, 25 May 2015

7th Anniversary.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...











setelah 7 tahun bersama, saya cuma harap, kami dpt ke syurga bersama2. 
itulah kebahagian sebenar.
ameen ya rabb.



Friday, 22 May 2015

Belasungkawa Tok Yam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...




baru saja coretkan tentang ibu mertua saya pd entry di bawah ni. tak sangka, cuma 3 hari selepas entry sblm ni ditulis, mak telah kembali ke rahmatullah.

pagi jumaat tu (15/5), selepas mak mengadu yg dia jatuh dan sakit tak boleh bangun, abg aleh bwk mak ke hospital kepala bats. tp selepas dilakukan x-ray dan beberapa ujian lain, hospital sahkan mak tiada apa2. cuma bekas jatuh yang minggu sebelumnya. kesimpulan mereka, mak tiada apa2 yg membimbangkan. jd kami bawa pulang mak ke rumah dlm keadaan dia masih letih dan tidak bermaya.

sabtu, kondisi mak tak byk berubah. tak byk bersuara. sesekali saja bertanya waktu solat dan minta minum. selainnya mak cuma tidur. bila masuk waktu kami kejutkan dan wudhukkan mak. mak solat sambil baring. sesekali mak menarik nafas dalam2. bila jd mcm tu anak2 ajar mak mengucap. bacaan yasin dan ayat2 al-quran tak putus utk mak.

ahad, mak nampak semakin letih. suara makin tidak kedengaran. mkn cuma sesuap dua. tu pun mak tak mampu telan semuanya. mak fasih lafazkan syahadah bila diajar. dan itu saja yg kami mampu buat utk mak sepanjang 3 hari mak sakit.

pg isnin, melihatkan keadaan mak masih seperti semalam, saya memutuskan utk bekerja selepas hantar anak2 ke tadika dan rumah babysitter. dalam hati saya berharap dpt jumpa mak lg bila balik ptg. sebelum ke tempat kerja saya salam mak, mohon ampun dan maaf walaupun beliau hanya mampu mengangguk dan mengerlipkan mata. ramai disisi mak ketika ini, semua anak2 mak ada dgn mak.

sampai2 sj di pejabat, telefon sentiasa di genggaman.wpun ke tandas. saya doakan tiada panggilan dr abg aleh. jam 9.40 pg, abg aleh call, saya berdebar. saya dpt rasakan yg mak sudah tinggalkan kami.

"yang, mak dah takdak.."

walaupun bersedia dgn kemungkinan, namun hati tetap sayu dan hiba. hampir 7 tahun saya mengenali mak sebagai menantu. kehilangannya amat terkesan. saya terus pulang ke rumah selepas ambil nawal dan ali di tadika.

mak dikebumikan sebelum masuk waktu asar. saya dpt peluang utk memandikan jenazah sepenuhnya sehingga mak dikafankan. sepanjang urusan tu airmata sentiasa bergenang. wajah mak yg bersih dan tulus mengingatkan saya akan hidup mak sepanjang hayatnya. seorang yg sgt mementingkan silaturahim, yg suka bersedekah, yg sentiasa mengingatkan anak cucunya utk menjaga solat dan menutup aurat. mak yg peramah, yg suka bertanya khabar dan berkirim salam. yg sentiasa menjaga amal ibadatnya walaupun sehingga akhir usia.

terbayang lg wajah sedih abg aleh sepanjang menguruskan mak. sesekali dia mengelap matanya yg basah.


saya bawak nawal ke tanah perkuburan, Ali tertidor kat rumah. saja nak pahamkan anak2 ni apa sebenarnya yg berlaku. alhamdulillah budak2 ni faham. kecuali nubli lah. dia mmg tak paham apa2.

malam selepas pemergian mak, abg aleh bersuara, "abg dah kehilangan doa seorang ibu..abg takut nak menghadapi hari2 akan dtg tanpa doa mak." dan beliau tunduk sambil mengelap matanya. saya pun sebak.

antara kenangan terakhir saya dan abg aleh dgn mak ialah kejadian hari khamis, sehari sebelum mak jatuh sakit. hari tu saya kerja shift petang. jd pg saya siapkan keperluan mak. siapkan mkn tengahari dia. dan pastikan mak makan dulu sebelum saya keluar rumah. mak ckp nak buat kari ikan. saya melarang sbb saya dah siapkan lauk ikan goreng,sambal belacan dan sayur sawi lemak kegemaran mak. lagipun masak lemak lala masih byk. kalau buat kari ikan lg nanti bertambah lauk tak habis. mak tetap berkeras nak masak jgk wpun berkali2 saya melarang sbb kasihankan dia. sampai masa saya nak keluar rumah, mak tetap ke dapur. tetap nak buat jgk kari ikan. alasannya, mak nak mkn. mak nak masak jgk. jd saya beralah.

mana lah saya tahu, yg itu adalah masakan terakhir mak sebelum mak pergi tinggalkan kami...

gulai ikan mak masih elok sehingga hari sabtu wpun saya panaskan berkali2. gulai ikan mak yg terakhir...patutlah mak beriya2 nak masak walaupun dah ada byk lauk lain.. setiap kali saya kenangkan ini terus rasa sebak. rasa bersalah sbb melarang mak...

Mak meninggalkan 8 org anak (4 anak tiri, 4 anak kandung) dan abg aleh adalah anak bongsu mak. semoga semuanya dpt jadi anak soleh yg dpt doakan mak. termasuklah menantu mak ni.


gambar raya terakhir kami dgn mak tahun 2014.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka. Amin...Amin..Amin..


AL-FATIHAH

Hjh Maryam bt Hashim

25041940 - 18052015




Friday, 15 May 2015

kasihan tok.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam tokyam jatuh lg. minggu ini kali ke 2. tahun ini kali ke berapa ntah. dah lost count. sejak thn ni dah byk kali mak rebah. bkn sbb apa2 pun. biasanya tersepak kaki sendiri. 2x sbb licin. bila dia jatuh terseliuh sana sini. syukurlah takde kes patah tulang.

biasanya dia jatuh waktu mlm. masa kami sedang tidur lena.

pg td, masa saya kejutkan mak bgn subuh, dia bgtau yg dia tak mampu bgn. sakit punggung akibat jatuh semalam. saya terkejutlah. bila mak jatuh? kenapa tak jerit panggil ina? saya pun tak dengar langsung bunyi mak jatuh. mungkin tidor mati.

dalam kereta, nawal tanya, "tok jatuh kat mana?"

"entahlah nawal. tok tunjuk kat dapuq ja. umi pun tak sure kat mana betui2 tok jatuh."

"hmm...tok bgn nak p mana?"tanya dia lg.

"taktaulah. munkin tok nak kencing. atau tok nak minum ayaq." saya mengeluh perlahan.

"hermm..kalau tok jatuh kat jalan nak p bilik ayaq, tu sbb tok nak kencing. kalau tok jatuh kat jalan nak p dapuq. tu sbb tok nak minum ayaq." yes, nawal dah buat konklusi.


ya nawal. betul andaian nawal tu. ummi tak sangkal langsung.

semoga tok cepat sembuh.
semoga kita kuat dan sabar untuk jaga tok.
semoga Allah permudahkan semua urusan kita sepanjang masa.
amin. amin. amin ya robb.


baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...