Friday, 21 November 2014

makin berdebar.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam 20 hb, last check up di Hospital Bukit Mertajam dgn doctor pakar. Beliau telah menitahkan bahawasanya saya perlu serah diri di Hospital Seberang Jaya pd 25hb (selasa) minggu depan.

terus berdebar. rasa peluh dah memercik di dahi.

sebelum2 ni saya aim saya bakal ke hospital pd 27hb, tp bila diawalkan 2 hari, saya rasa unhappy. 2 hari tu mcm besar sgt bezanya. pd hal 2 hari je punnnnnnn...gabra lebih riena nih. entahla. rasa tak bersedia. lama jgk ambik masa pujuk diri sendri, semua yg berlaku ada hikmahnya. lg cepat bersalin, lg cepat habis pantang, lg cepat sihat. lg cepat anak besar. kan? lagipun 2 hari saja. takde bezanya pun. huh!

balik rumah ma. ma ajak ke rumah abg man, kita bedal ayaq nyoq. mlmnya baby aktif sgt. terlebih sronok dpt minum ayaq nyoq kot. masa nak tidur mlm saya termenung panjang. nawal dah lena. ali sedang menyusu. saya duduk di birai katil. Agaknya dia pelik saya termenung lama merenung lantai, ali bangun dan bertanya,"kenapa ummi tak tidoq lg?kenapa ummi tgk lantai lama2?"

dia tak tau, ummi dia merisau. risaukan macam2. saya cuma mampu memeluknya erat.

Allahurabbi, bantulah hambaMu ini..permudahkan segala urusan kami...ameen..

kawan2, doakan kami.


nantikan update terkini minggu depan.

Tuesday, 18 November 2014

sembang anak beranak.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


ali : umi jgnlaa p dok hospital, nanti ali rindu ummi.. (ali ni mmg sweet talker skit. pandai membodek. mmg dia pun jenis kena bodek2 pujuk2 baru jadi.dgn dia tak boleh marah2 garang2 nanti dia lg menjadi2.)

nawal : nawal nak teman ummi kot hospital. selalu kalau nawal sakit umi teman nawal, yg ni umi sakit bg la nawal teman umi pulak. 

alahai anak2 ummi..

mmg sejak akhir2 ni saya dan abg aleh dah bgtau yg saya bakal bermlm di hospital utk lahirkan baby, siap kira hari lg. sebenarnya saya yg nervous. jd nak kurangkan nervous saya share dgn anak2. Alhamdulillah, anak2 semakin besar dan memahami. especially bestfriend saya  Nawal tu. kalau tiba masa anak2 melasak dan menyepah mainan tak nak kemas, saya akan mula merajuk. dan bgtau umi nak pi hospital skrg lah. nawal dgn ali tak syg umi..dan anak2 akan mula slow down dan kemaskan mainan yg bersepahan.

malam2 tidor nak ummi peluk dan tepuk, walaupun ummi ni nak bergerak mengiring ke kiri kanan pun dah sesak nafas. subhanallah. demi anak2, ummi kuatkan diri. menghargai saat2 bersama.  sbb kita tahu kita bakal tinggalkan anak2 buat sementara. BARU NAK TINGGAL SEHARI DUA.


bayangkan, kalau kita tahu ajal kita akan tiba dlm beberapa hari lg, agaknya, apa yg akan kita lakukan...???

tetiba lagu arjuna beta terngiang2 di telinga...

"ngeri tak terbayang mata...bonda takkan ada sentiasa..nanti moga kau tak lupa..bonda memujukmu, anakanda"



Monday, 3 November 2014

cuma 3 kali Sabtu je.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

adik saya Mizah, yg kawen tahun lepas  insyaallah, akan masuk wad utk bersalin pd khamis ini. dia pun kes mcm saya jgk, diabetis on insulin. dah nama pun adik beradik. huhuhu.. doakan ya. moga semua baik2 saja.

dan saya, masuk ja bulan november ni, dok menghitung hari. insyaallah, punya cuma 3 kali sabtu je lg. rasa mcm byk misi belum terlunaskan. kerja di pejabat pun berlambak lg. mmg takkan selesai sampai saya bersalin sbb kerja sentiasa ada. tarik nafas riena, tarik nafas..


dah, nak mengadu tu je. tata.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...