Friday, 31 October 2014

apa yg terkini.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


makk aii..lama nya biar blog berhabuk.. cukup sebulan dari entry last 1 okt hari tu. hahaha!
biasalah, hot-hot chicken shit.

kita rumuskan saja utk sebulan terus.


My daughter, my bestfriend forever - alhamdulillah, tahniah Nawal, dpt no 1 lg utk peperiksaan akhir tahun di tadikanya. kelas dia (kelas 5 tahun) ada 8 org je. apapun ummi bangga dgn usaha nawal. walaupun masa exam haritu nawal sakit perut muntah2 dan demam, alhamdulillah masih dpt fokus masa exam. dia mintak hadiah kotak pensel je dgn ummi. bagus sgt la sayang oiiii!!! hahaha 

masih belum lancar membaca. masih mengeja sepatah2. takpa nawal, kita usaha dan terus usaha. moga Allah mudahkan. amin.

and this is my bodyguard. my hero yg manja lebih sgt dgn ummi. Tahniah sayang, akhirnya berjaya jgk diaper free!! lepas je saya upkan entry bwh ni, balik tu terus saya cuba dan cuba lg dan doa tak putus2. alhamdulillah, Allah mudahkan usaha kami. dah sebulan ali tak berpampes. kecuali tidur mlm. time keluar rumah jln2 pun tak pakai dah. sbb Ali sendiri tak nak kencing dlm pampes kalau dia nak membuang,dipaksanya kita buang pampes dia sblm dia terkucil. 

alhamdulillah. syukur. so fokus diteruskan dgn melatih ali menulis dan membaca.


popular betui jeruk pelam asamboi ni kan? dah la susah nk jumpa pelam skrg ni. cis cis cis. saya dah byk kali mkn kat ofis, kwn2 bawak. alhamdulillah. tp kesian kat abg leh dok teringin tp x dpt2 lg. sekali jumpa kat kedai di guar perahu smlm. terus dia rembat 2 bekas. siap pesan kat saya, jgn habiskan. dia nak semua tu. alahai laki aku. takpa, dah setel mengidam dia. selama ni dia dok melayan mengidam bini dia ja.

and me,


dah 34 weeks. weehoooo~!!!! lg 4 minggu lg nak bersalin dah. tgh kumpul2 brg2 baby dulu2, baju2 semua. weekend ni baru nak basuh kot.  baby aktif, sehat alhamdulillah. dah dpt nama. cuma rahsia kami berempat saja. siap pesan kat Nawal jgn habaq kat sapa2, rahsia kita. hahaha dia tu bukan boleh, suka nak cerita kat org.

doakan saya, doakan kami. jumpa lg dlm entry sebulan dr sekarang. hahaha!



Wednesday, 1 October 2014

Ali, dah ready ke belum?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

seperti kakaknya nawal, saya berhajat nak hantar dia ke tadika pd awal thn depan, sebelum dia genap 4 thn. bg saya pendedahan awal utk anak2 di tadika adalah sgt baik. tapi, Ali ni dah bersedia ke belum? dlm hal ini saya tak dpt elak dr membandingkan ali dengan ketika nawal seusia ali dulu.

1. Masih bergantung pd diapers.
Ali sudah 3 tahun 3 bulan. tp dia masih berpampes. dah byk kali train, kekadang berjaya dan selalunya gagal. dia masih suka membuang dlm pampes. mungkin tak cukup training lg sbb saya cuma training pd weekend. dia mungkin perlu lebih masa utk training. ini masalah sikit. nawal free diaper ketika usianya 2 thn setgh. itupun saya training dia masa cuti 3 bulan bersalinkan ali. masa itu saya ambik kesempatan utk train nawal. dan alhamdulillah, nawal mudah diuruskan. mungkin nanti masa saya cuti bersalin hujung tahun ni saya dpt tumpukan utk train ali. moga dipermudahkan Allah. amin.

2. Belum pandai memegang pensil dgn betul.
dia pegang ikut suka dia ja. bila kita bgtau, dia tukar kejap then jd balik ikut style dia. nawal dulu 2 tahun ,ebih dah pandai pegang pensil, dengan sekali ajar. haih, banding lagi...

3. Fokus. 
Ali susah utk fokus pd sesuatu kalau kita ajar dia. ajar baca iqra dia ikut la utk sebaris, kemudian dah start main2. dia masih suka nak bergurau senda dari nak mempelajari sesuatu.


dalam saya dok pikir2 pasal ali ni, ada rakan blogger upkan entry ni : http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/10/14-perkara-ibu-bapa-perlu-tahu-sebelum.html.


yeahhh. tahnx jijie. ini mmg sgt membantu. saya akan usahakan benda2 ini setel sebelum Ali ke tadika tahun depan. insyaallah. moga Allah mudahkan. amin.

9 weeks more ..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

minggu ni dah 29 weeks ++ . last week masa jumpa doc hosp BM dia dah bgtau yg saya kena melahirkan bila cukup 38 weeks. so, alamak, mcm tak lama dah. x sampai 10 minggu ja lg.

berdebar2. doc pun dah bgtau gender baby. dan nampaknya adik berpihak kpd abg ali yg bercita2 nak adik lelaki. alhamdulillah. ummi tak kisah lelaki ke perempuan, asalkan sehat selamat dan jd anak baik. lps doc ckp baby ni lelaki, terus umi rindu kakak nawal. rasa meluap2 syg kat nawal after knowing she is the only my daughter.. insyaallah.

tak selesa perut. baby asyik bergerak2. tak pasti masa bila dia diam. have fun anak. moga yg baik2 sj utk mu. amin.

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...