Monday, 31 March 2014

Berangin.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

this past few days is my bad days. mood tak elok. mudah terasa hati. bercakap kasar. mudah melenting. setiap bulan pun mcm ni, tp kali ni agak melampau. sampai left group whatsapp kawan2 baik. apa ke buruk sgt perangai saya.

astaghfirullah...
maafkan saya my bestfriends.
(moga ada keliwon atau king of stalker yg baca entry hari ni)


ya, hanya kita yg boleh kawal emosi kita.

entahlah. faktor usia agaknya. makin nak tua makin mudah terasa. over sensitif.

Tuesday, 25 March 2014

'Pulangnya' MH370 ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...




setelah 17 hari, akhirnya PM dgn berat hati mengumumkan yang perjalanan MH 370 berakhir di selatan lautan Hindi iaitu lautan yg ketiga paling dalam di dunia..

subhanallah. allahuakbar. astaghfirullah..

sebak. sayu. pilu. sedih. tiada lagi kata2 yg mampu dilafazkan. hanya titisan jernih yg membasahi kolam mata..

moga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini, dan setinggi terima kasih kepada pemimpin dan petugas yang berusaha dalam operasi SAR ini..moga Allah memberkati kalian. amin..


Puisi ini benar2 mewakili rasa hati saya :


Jika memang itu sudahnya
Ia terbang tak pulang pulang
Usai ikhtiar cari merata
Di darat .. di langit segenap buana
Jika memang itu sudahnya
Menyorot terima khabar nan duka
Tidak di langit ia menyapa
Membelah ombak ghaib di sana
Jika memang itu sudahnya
Berbelas hari menyimpan rasa
Memanjat doa pada yang Esa
Menanti khabar tak tiba tiba

Jika memang itu sudahnya
Khabar diterima berita duka
Di riak gelombang tampak petanda
Gambar dirakam dari angkasa
Titipan dari luar negara

Jika memang itu sudahnya
Siapalah kita mendabik dada
Persoal DIA punya kuasa
Misteri alam milik yang Esa
Kita diminta akur dan redha
Bukankah itu ikhtiar juga?
Menerima hakikat empunya DIA?

Jika memang itu sudahnya
Sedih .. pilu.. ngilu senaknya
Mereka yang menanggung sanak saudara
Tak tertampung dek bahu.. Tak terjangkau dek jiwa
Kita yang sipipun turut terasa
Apatah lagi pada mereka

Jika memang itu sudahnya
Buat kita yang masih ada
Masihkah kita alpa dan leka?
Sebesar ini diberi petanda
Sehebat ini kita diduga
Goncang gementar satu negara
Masihkah kita sangsi padaNYA?

Jika memang itu sudahnya
Pilu berdarah sejarah tertera
Seantero dunia mengenal kita
Garuda yang hilang di radar angkasa

Hanya doa iktiar kita
Memohon ikhsan pada pencipta
Selaklah kembali apa tertera
Tersurat tersirat pada kalamNYA
Sedarlah kita tak punya kuasa
Tak kiralah kudrat sekuat mana

Ruang kembali sentiasa terbuka
Jika kita membuka mata
Membuka hati tunduk padaNYA
Memang begitu fitrah wajarnya
JIKA MEMANG ITU SUDAHNYA

Dari Hati
Nazali Noor @Liverpool UK
Doa untuk MH370




ya, MH 370 telah pulang..pulang kepada penciptanya yang Maha Esa..
Good Night dear flight..sleep well.. (sebakkk..merambu ayaq mata dah ni..)

Friday, 21 March 2014

cuci blog.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikummmm!! yuhuuuu! anybody home??

lama tak update. bukan sibuk sgt. saja ja malas. hehehe. padahal byk ja boleh tulis tp entahla, buka tutup buka tutup blog ja tanpa mencatat apa2. sehingga lah semalam ada kawan yg whatsapp tanya kenapa tak update, sbg pembaca senyap dia tertunggu2 entry saya. hahahah  (thanx naemah,keranamu aku update blog. hehe)

nak cerita apa ye..hmm,kapal terbang pun tak jumpa lg. memikirkan nasib semua dlm flight MH 370 tu saya sampai jd runsing, pd hal takde keluarga pun dalam tu. tp turut sama merasai kehilangan. semoga endingnya yg terbaik buat kita semua. Allahuakbar, hanya Dia tempat kita meminta...

lama tak cerita pasal hal anak2, nawal dan ali. mcm2 kerenah sampai tak larat nak crita. tp nanti rindu nak baca dlm blog kalau tak tulis. nawal makin matang seiring dgn usianya yg bakal cecah 5 tahun bln 6 nanti. ali pulak bakal 3 thn bln 7 nanti. cuma nawal masih berbotol susu di rumah dan ali masih berpampes. takpalah pelan2 kayuh. kawan gaduh kawan manja. kdg2 saya garang mcm singa tp bila nak tidur umi jgk yg diorang cari.

si nawal dah kena daftar sekolah rendah tu. dan saya masih mencari sekolah yang bersesuaian. moga Allah permudahkan, amin.

cukup kot intro, dah taktau nak celoteh apa lg. see u soon~!

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...