Monday, 27 January 2014

sepetang di Din Skot

ahad smlm mintak dgn suami bwk kami jln2. hajat nak mkn mi udang. selalunya kami mkn mi udang di Pulau Sayak sbb sedap. tp hari ni saja nak try kat tempat lain pulak. pulau sayak tu jauh skit, lbh kurang sejam jgk dr lahaq yooi.
destinasi kami ialah Din Skot, lokasi di bagan belat, teluk air tawar. pernah mai sini 2x tp tutup. kali pertama sbb istri tuan kedai meninggal.kali kedua tuan kedai p umrah. alhamdulillah kali ke 3 tercapai jgk hajat.


nawal yg seronok berposing. dia yg suruh saya ambik gambaq dia byk2.

mi kuah udang. harga rm10


mi goreng udang. rm10
ada jugak menu2 lain. mi, kuetiau,bihun, kuah udang, kuah spesel,goreng2, ada jugak menu tomyam dan ikan bakar.
saya baru try mi udang dan mi goreng ni, sedap. anak2 makan nasi goreng ayam dan nasi goreng ikan masin. pun sedap jgk. rasanya tak mengecewakan,bg saya lah. taktau la kalau bg tekak kalian bagaimana.


nampak tak no phone kat situ?
tutup hari selasa ya.


pantai tak secantik pulau sayak. yg best adalah hembusan anginnya. asyikkkkkk.....

Wednesday, 22 January 2014

new home. new life.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru renovate pd 12 Jan (ahad) lps. secara rasmi bermalam di rumah tu hari tu lah. proses perpindahan tu kami buat sikit2, ye lah rumah pun sebelah je. kemas brg skit2 dan terus angkat ke rumah baru. mkn masa seminggu jgk sbb angkut sikit2. buat majlis bacaan yasin  dan makan2 skit pd 17 jan (jumaat). jemput keluarga,jiran2 dan kwn2 terdekat ja. tu pun boleh kata sekampung jgk yg datang. alhamdulillah. ramai mcm teringin nak tgk rumah baru mak agaknya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

anak-anak pun nampak seronok sgt sejak berpindah ke rumah baru. berlari sakan dlm rumah.melompat2. maklumlah rumah lapang takde perabot. bila ditanya nawal suka ka rumah ni? nawal sengih2 jawab ya. bila ajak blk rumah lama laju2 geleng kepala tak nak. yang paling saya suka sejak berpindah ni, anak2 dah tidor bilik sendri. nawal nak bgn buang air pun dia bgn sendiri terus ke toilet (kena buka lampu siap2 biar terang toilet.) cuma ali kadang2 terjaga tgh mlm akan bgn cari saya di bilik saya. mintak susu atau sekadar mahu dipeluk. manja sgt si ali tu. tp dia baru 2 thn setgh, kecik lg kot kalau nak suruh dia tidur sendiri. nawal takpelah dah 4 thn setgh. thn ni nak masuk 5 thn. dah patut di ajar berdikari. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan untuk didik anak2 ni tidor berasingan.


minum susu di ruang tamu.

maka dengan rasminya saya tinggal serumah dgn ibu mertua. syukur Allah berikan saya peluang utk berbakti kpd mertua yg semakin bertambah usianya. semoga Allah berikan saya kekuatan dan ketabahan, amin. 


rumah baru. kena buang perangai buruk. kena lebih rajin dan istiqamah.

Thursday, 9 January 2014

saat paling cemas dlm hidup.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pernah tak,kalian lalui detik2 mencemaskan dlm hidup? rasa cemas sgt2 sampai pucat lesi muka?

saya pernah lalui 2 kejadian yg saya rasa cemas gilaaaaaaaaaaaa wpun cuma sebentar.

KES 1 :

bulan lepas di Jusco. saya bersama anak2 dan 4 lg anak2 saudara saya ke jusco utk beli baju utk pakai di kenduri adik saya Mizah. sampai sana kami berpecah sbb nak cepat. Kak long, kak nik dan afif di level 1 sbb nak beli baju afif. saya, nawal, ali dan ili di level 2 sbb nak beli baju abg aleh. saya dah beli hari sebelum tu tp nak tukar saiz saja. saya pun dok  pilih2 design lain sambil nawal dan ali mengekori saya dr belakang. bila saya pusing blk tgk budak 2 org tu dan hilang dari pandangan. saya tanya ili, mana nawal dan ali? ili ckp baru kejap td diorang jalan belakang saya. ok. ANAK HILANG DR PANDANGAN DI SHOPPING COMPLEX YG PENUH BAJU ADALAH SAAT PALING CEMAS.

saya nanar. dan mula pusing sekeliling. tak jumpa. saya call lg 3 anak2 saudara saya mintak diorang naik atas tolong saya cari nawal ali. dalam saya pusing2 kawasan baju2 lelaki tu saya berselisih dgn sepupu saya, tak sempat nk bertegur sapa, terus saya ckp,"khairul, tlg cari nawal ali. depa hilang!" dia terkejut dan bgtau baru kejap td dia mcm terdengar suara nawal dan ali. dia pun turut sama mencari bdk2 tu.

saya rasa dlm 5 - 10 minit tempoh saya cari budak2 tu. sampai afif dari level bwh pun dah sampai atas tolong saya cari. ili cari hingga ke kawasan mainan kanak2 pun tak jumpa. saya dah siap jumpa guard kat kawasan tu maklumkan ttg anak2 saya. PANIK GILA! saya kembali ke area mula2 saya hilang bdk2 tu, dan ternampak salesgirl tu lambai2 memanggil saya. nawal dan ali ada dengan dia...dia jumpa bdk2 tu tgh panggil ummi..ummi.. tak jauh dr kawasan mula2 kami terpisah. T_T

ALHAMDULILLAH. SUBHANALLAH. ALLAHUAKBAR.

saya rasa saya dapat balik nafas saya yg bagaikan terhenti sebentar td. kalau td saya rasa bagai putus nyawa, ketika ini saya dapat bernafas semula. syukur ya Allah. ini adalah pengajaran sgt berguna. jgn sesekali biarkan anak2 berjalan di belakang kita. kita yg kena jalan belakang mereka.

balik nya saya cerita kejadian tu kat abg aleh, dia pesan mcm tu la pd saya. dia x berleter pjg sbb dia tahu apa yg saya rasa, x perlu dia nak menambah siksa saya. dia cuma ckp, " abg boleh sasau kalau jd apa2 kat anak2 ni." jd saya faham. cukup faham.

KES 2 :

malam td, saya ke rumah mak lin. rasa mcm lama tak ziarah mak lin selepas selesai majlis kenduri mizah hujung bln lps. baliknya tu ali buat hal. mengamuk2 dlm kereta. nak pegang stereng. nak duduk dpn. mcm2 la. tmpt duduk depan si nawal duduk dgn kak nik. saya pujuk2 ali duduk di tempat duduk belakang.

kat belakang pun dia masih tak puas hati, tak pasti kenapa. dia bergaduh dgn kak nik. baling2 barang. saya teruskan pemanduan sbb nak cpt sampai ke rumah. bila lalu atas fly over kubang ulu yg melintasi jalan keretapi tu saya dengar ali buka pintu belakang kereta. ASTAGHFIRULLAH! saya menjerit suruh kak nik pegang ali cpt sebelum dia terjatuh dr kereta. saya cpt2 berhenti kan kereta di bahu jalan. tgh2 simpang. syukurlah waktu tu tiada kereta, pintu tak terbuka luas dan ALI TIDAK TERJATUH. saya berhentikan kereta. tutup pintu dan kunci. bg satu cubitan di paha ali biar dia serik. dan saya menangis menyesal atas kecuaian saya tidak mengunci kereta awal2 td.

Allah masih sayangkan kami.
Allah masih panjangkan usia kami utk bersama.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

dan sepanjang hayat saya, saya rasa itulah 2 keadaan yg paling cemas yg pernah berlaku. dan saya harap, saya tak akan melaluinya lagi. amin.



anak-anak,
ummi takkan maafkan diri ummi kalau anything happen disbbkan kecuaian ummi. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kalian. amin ya rabbi..




Tuesday, 7 January 2014

risau.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kakak saya tak sihat. tak pasti lg sakit apa. dah jumpa pakar2 di hosp serdang.

semua, mohon doakan kesembuhan kakak saya. saya sayang dia..

Thursday, 2 January 2014

Tahun baru. Tempat baru. 02012014

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


dari unit yg selalu berinteraksi dgn pelanggan perpustakaan seperti pelajar dan pensyarah, hari ini saya ke unit yang akan berinteraksi dgn pembekal2 buku di perpustakaan. dari selalu berada di depan kaunter, hari ini saya berada di dalam pejabat, melakukan kerja-kerja belakang tabir. perasaan? tentulah GEMBIRA! hehehe

hari ini genap 7 tahun saya bekerja di perpustakaan. alhamdulillah, masih belum terfikir untuk bertukar kerjaya. i love being a assistant library. semoga Allah permudahkan segala urusan saya disini, dan berikan keberkatan dalam rezeki saya. amin. harapnya saya lebih rajin, lebih cekal, lebih tabah, jd lebih baik dr saya yg sebelum2 ini. ameeennnnnn....


ok, nanti sambung lagi. wish me luck!

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...