Monday, 30 September 2013

diam.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya seorang yang becok. suka bercakap. banyak cerita. pendek kata saya seorang yg ceria.
saya cuma akan diam kalau tak sihat, ada masalah atau sedang runsing.

cuma sejak akhir2 ini saya perasan bila saya bercakap, ada yg terasa hati. saya ni mmg jenis lantang orgnya. apa yg saya ckp mmg itulah dr hati saya. tp tak semua org boleh terima apa yg saya ckp. ada yg terasa hati. saya rasa bersalah sgt bila tau hal itu.

jadi saya rasa skrg, saya nak kurangkan bercakap. saya nak bercakap benda2 penting saja. tp itulah masalahnya. bila di tempat kerja saya tak bercakap sgt, org kata saya ada masalah. atau saya marahkan sesiapa. sedangkan mmg saya tak nak cakap. saya tak mau bercakap byk.  saya rasa baik saya diam dr saya bercakap tp mengecilkan hati org. sampai dengan kawan2 dlm whatsapp pun saya tak bercakap sgt.

susah rupanya nak jd pendiam ni. saya harap saya mampu utk melaluinya.

dr,

riena yang pendiam.

Tuesday, 24 September 2013

Wahai Tuhan, jagakan mereka..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah. ketika entry ini ditulis, sudah 3 hari abg ipar saya aka abg pi, afifah dan syaza sampai di Mekah utk menunaikan haji. diorang bertolak hari ahad jam 1.30 pg. saya, ma dan abg man sekeluarga sempat menghantar diorang di Kelana Jaya.

bertuah ifah dan syaza, dapat tunaikan haji ketika usia masih muda. diorang baru umor 23 dan 21. syaza pulak akan sambut hari lahirnya yg ke 21 di mekah pd 26 september ni. bertuahnya dia..itulah faedahnya kalau kita daftarkan anak2 kita awal2 utk tunaikan haji. mcm kes diorang ni, kakak dan abg pi dah daftarakan nama diorang sejak usia diorang 9 thn. sekarang ni kalau daftar mungkin dpt giliran thn 2072. sbb makin ramai org ada kesedaran utk mendaftar pergi haji.

terima kasih ma sbb daftarkan ina awal2 dulu. dapat jgk ina merasa pergi haji di awal usia. kalau tunggu ina daftar sendiri, entah bila dpt giliran.

so kami bertolak ke kelana jaya jam 5.30 petang sabtu, diorang kena masuk mendaftar sebelum jam 9.30 mlm. syahdu je bila azan dilaungkan ketika mengiringi pemergian diorang.


sweet betul ifah dan syaza dgn persalinan kurung putih ma jahit, dgn tudung labuh ibu diorang. 
dr kiri kakak saya (ibu), ma, ifah, mama zah (jiran dan kwn baik kakak), syaza, kak ilah tersepit di blkg, along syuhada (anak mama zah) dan kak wati, jiran kakak.

 dah sampai kelana jaya. masa ni kakak kena bertugas menguruskan jemaah. selalu dia yg tinggalkan family utk bertugas di mekah, kali ni dia pulak yg ditinggalkan. tp takpe, dia pun akan berangkat awal bulan oktober nanti, sbg petugas haji.


 ma, syaza, ifah, saya dan kak ilah. anak2 saya penyeri.


 dgn abg pi sekali yg masih belum lengkap berpakaian ihram. insyaallah, diorang buat haji tamatuk, sampai mekah terus buat umrah dan tunggu masa buat haji.



tak larat tunggu di bawah, org ramai sgt. jd kita tunggu di kafeteria kompleks tabung haji.selesa sikit. tp asyik layan bdk2 ni mkn dan minum je.


 dgn acik kesayangan diorang.
mohon doakan acik sekeluarga kat sana nanti.



 kesian afif dan ili, nak kena tinggal. tgk lah muka ili tu, mmg tgh sedih sgt.




ayah sedang meninggalkan pesanan buat anak bongsunya.


sedih. sayu. syahdu. seronok. bukan senang nak dpt peluang utk mengerjakan haji ni. semoga semuanya baik2 saja, dipermudahkan urusan oleh Yang Maha Esa dan beroleh haji yg mabrur. amin...




Thursday, 12 September 2013

3 ibu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

 
dari kiri : mak mentua (mak). adik mizah, mak tiri (mak lin), saya dan ibu kandung (ma sayang)
 
saya rasa tak ramai yg sebertuah saya. yang dilahirkan dalam broken family tp saya ok je. bukan tergolong dlm remaja atau anak bermasalah. alhamdulillah. semua baik-baik saja.
 
saya punya ibu kandung yg saya panggil ma, yg lahirkan dan besarkan saya. tanpa ma siapalah saya. setiap gerak geri saya, setiap keputusan saya saya akan rujuk pada ma. restu dan izin ma adalah terpenting buat saya. sehinggalah selepas berkahwin, suami jd no 1 dan ma no 2. tu pun kalau tk tgk muka ma 2 hari dah rindu. mujurlah masih dok dekat.
 
saya juga punya ibu tiri yg saya panggil mak lin yg saya kenal sejak kecil lg. dgn adanya maklin, saya merasa punya adik2. sbb saya kan anak bongsu ma. tp saya anak ke 5 arwah ayah. dari dulu sampai sekarang hubungan kami rapat. saling berziarah. saling bertemu. pendek kata, saling sayang menyayang. sekurg2nya 2 minggu sekali saya mesti ke rumah maklin. kalau lama2 tak pergi jd rindu..
 
saya juga punya mak mentua. suami saya hanya ada ibunya selepas kematian ayah sejak suami usia 13 thn. saya hormatkan mak seperti saya hormatkan ibu saya jgk. walaupun baru kenal mak sejak bernikah, tp rasa sayang dan hormat saya mcm dah kenal lama. mak orgnya cool, susah nak marah2 dan kelakar jugak.
 
syukur alhamdulillah atas nikmat ini. semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik, kemurahan rezeki, hidup yg berkat dan kebahagiaan dunia akhirat kpd ibu2 saya yg tercinta. ameenn...

Thursday, 5 September 2013

pesan acik.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum Afifah dan Syaza Aiman,
semoga kalian sihat2 hendaknya. sudah lama kita tak bertegur sapa di whatsapp, we chat, instagram atau facebook (baru 2 hari kot). mcm lama dah tak berbual mesra. (apa poyo sgt acik ni??)

ok,ok. i'm serious.

hari ini dah 5 september. kurang dari 17 hari lagi kalian bakal bertolak ke sana. macamana dengan persediaan kalian? mental? emosi? fizikal? tempat yang kalian nak pergi ni bukan mcm korea, jepun, new zealand mahupun bandung. tempat yang kalian nak pergi ni tempat istimewa. sangat istimewa. tempat yang pernah acik jejak 3 tahun lepas dan sgt merinduinya hingga saat ini.

ada beberapa perkara yang ingin acik titipkan buat kalian, anak2 saudara yang sgt acik sayang..
mungkin ada perkara yang kalian dah biasa dengar. yg sudah di pesan oleh ibu ayah atau ustaz ustazah ketika kursus haji. ini cuma pesanan yg timbul dari pengalaman acik yg lepas.

 sebelum berangkat.
sebelum berangkat. dari sekarang. buatlah solat sunat taubat. perbanyakkan istighfar. kalau boleh buat baik je dengan org. sebab dalam wktu sekarang kit tak nak sakitkan hati siapa2. nanti susah nak minta maaf. solat fardhu awal waktu. jangan lengah2. kurang kan perkara2 lagha (hiburan,tv dan lain2). seboleh2nya kita tak nak bwk diri kita yg berat sgt dosanya. semoga Allah ampunkan kita sebelum sampainya kita di sana. cuba lah ya.

sediakan wasiat. atau pesanan akhir. simpan di mana2. bgtau pd pemegang amanah. andai terjadi apa2, amanah kalian ada disitu. kita tak tahu andai pemergiaan kita ini adalah pemergian akhir..

selepas berangkat.
sediakan buku nota. coretkan pengalaman kalian. acik ada buat, tp tak habis. byk benda acik tak catit. sampai sekarang acik kesal. sbb bila rindu, benda yg tak seberapa itu yg acik ulang baca. kalau cik tulis banyak2 kan bagus. mmg betul kenangan tu tak dapat dilupakan. tp kalau dpt dicoretkan, ia lebih sweet kot.

khatamkan Al-Quran sekurang2nya sekali selama kalian di sana. usahakan. mesti boleh. nikmatnya baca Al-Quran dlm masjid nabi dan masjidil haram. indah. percayalah.

kurangkan tidur. bab ni acik risau dgn kalian kalau berdasarkan prestasi kalian sekarang. acik harap kat sana bkn mcm kat sini ye. bangun awal pagi2. jgn sampai ayah kena tunggu. kesian ayah. kalau nak tido sikit belah pg sblm zohor oklah. tp jgn lama2 sgt. mlm lps blk masjid, makan terus tidor ok.

berlapang dada dan mudah berkira. jangan mudah merungut. hati2 dgn kata2 kalian. jaga mulut. jangan bergaduh sesama kalian. acik doakan kalian baik2 saja kat sana. jgn perang mulut. jgn ckp tak elok walau dgn perkataan 'bodoh' sekali pun. ingat, kat sana kalau cakap apa pun Allah makbul ok. tolong byk2 beringat. bukan saja sesama kalian. tp dengan jemaah lain jugak. acik yakin kalian cukup dewasa untuk jd muslimah yg baik.

jangan boros. hati-hati bila berbelanja. mmg seronok tgk benda2 kat sana, bukan tak boleh. cuma beringat.

ringan tulang dan bantulah mereka yang kurang upaya. acik yakin kalian antara yg paling muda kat sana nanti. rajin2 lah bantu makcik2 nenek2 bila kat sana. bg laluan kat mereka. sekali lg,sifat berlapang dada kena selalu ada. ingat, kalau kita permudahkan urusan org lain, Allah akan permudahkan urusan kita.

sabar dan sabar dan sabar.  akan berlaku banyak perkara yang akan menguji kesabaran kita. andai terjadi sesuatu yg menduga kesabaran, pejam mata, pegang dada dan istighfar. moga Allah tingkatkan kesabaran kalian setinggi-tingginya. amin.

lupakan dunia sekejap, kejar keampunan dan rahmat dr Allah. 
sentiasa berdoa. hatta dlm blk hotel je pun. acik bg 1 contoh doa yg ayahcik buat dulu. dia mohon moga Allah buang sifat baran dan kurang sabar dia. alhamdulillah. Allah makbulkan. doa yg simple. yg bermakna. apa saja. doa. selalu doa. sebab tu kena ckp baik-baik. sbb kata2 tu pun jadi doa.

doa dan istighfar. bila kita dah biasa buat di sana, insyallah bila balik nanti pun kita akan selalu buat. doa dan istighfar.


rasanya takde dah kot nak tulis lagi. itulah yg penting. semoga dapat dihadam oleh akal dan hati kalian.

selamat berangkat Nur Afifah dan Nur Syaza Aiman. moga Allah permudahkan segalanya buat kalian. semoga Allah kurniakan haji yg mabrur buat kalian dan dapat menjadikan kalian hamba Allah yg lebih baik. insyaallah. moga kita dapat sama2 ke Jannah Nya. amin.


 
 




tarikh berangkat : 22/9/2013 - pagi
tarikh kembali : 6/11/2013 - 8.30 mlm (dijangka sampai)
KT38 - 46 hari.

rinduuuu...

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...