Friday, 31 May 2013

model susu Halib's.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...






Model guna anak-anak sendiri. jimat. hahaha

Wednesday, 29 May 2013

jadi warisan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ma kan tukang jahit.
byk baju anak cucu ma jahit.


kain cotton yg jenis lembut tu. taktaula bleh tahan berapa generasi. kita tunggu dan lihat. :)

cerita KFC.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

alkisahnya, hari isnin lps. saya bgtau abg aleh nak mkn kfc esoknya hari selasa. dia ckp ok. kita pegi mlm bwk anak2. saya ajak waktu lunch dia tak nak sbb nak bwk anak2 jgk,so kita dinner la nanti. saya pun ok saja.

so semalam, lps ambik nawal, dia dgn riang ria bgtau mlm ni nak mkn kfc,yeay yeay. bila balik rumah ibu mentua dah siap masak lauk. fine. abg aleh balik dia tgk lauk ada dia suruh masak nasik. ok fine. saya tak sebut langsung pasal kfc. ye lah, sbb dah ada lauk, takkan nak simpan je. membazir pulak. tp nawal tak lupa. dia asyik merengek2 nak mkn kfc jugak. baru abg leh teringat yg dia dah janji dgn anak dia. so bermulalah sesi memujuk nawal. makan masa jgk lah dengar dia punya merengek nak makan kfc tu. sampai saya hampir hilang sabar. sikit lg nak naik suara,tp tak sempat. abg leh dinner dgn anak2 saja. saya tak makan apa2 sbb dalam hati teringin nak mkn kfc jgk. tak sama makan kfc  ganti dgn lauk ikan. huh,mengada2 betul. tp saya diam saja, takde lah nak merengek2 mcm nawal. dan saya tidur dgn perut lapar dan berharap dpt mimpi mkn kfc. teruk kan?

pg ni, saya keluar awal sbb nak ke bank, lps setel urusan nampak kfc boleh drive thru. maka tercapailah hajat nak mkn kfc walaupun breakfast saja.


haihlah perempuan ini. kalau dia kata dia nak. dia akan usahakan sampai dapat.

itu je pun ceritanya. mcm tu pun nak cerita dlm blog. hahahaha!

Tuesday, 28 May 2013

zaman berubah. manusia berubah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tahun 90an, masa sekolah dulu, sekolah rendah sampai menengah, kalau nak contact kawan2 - pakai surat. setem dan posmen.

tahun 98 - 2000, masa lepas SPM, sampai masuk U, masih pakai surat.

tahun 2001 - 2005, berhubung dgn kawan-kawan pakai emel. bercinta pun pakai emel dan MIRC. kalau tak buka emel seminggu, maka akan ada beratus emel unread dalam inbox.

nostalgia betul. tak sangka bertemu jodoh dalam ni 11 tahun yg lalu.


tahun 2005- 2007, masih menggunakan emel, upgrade sikit dgn adanya Yahoo Messenger (YM), circles dan friendster/myspace. mmg trend la time tu. boleh bersembang dlm YM group tu riuh rendah.


tahun 2008 - 2011, emel nampaknya dah kurang digunakan. friendster langsung dah padam. samalah myspace pun. org ada Facebook skrg. sapa takde facebook tu mcm tak up to date lah..

2011- sekarang, dunia semakin canggih. masing2 ada smartphone. selain FB yg masih relevan, muncul pulak whatsapp dan we chat. kalau dulu gelak tergolek2 berbual2 dgn YM, skrg gelak terbahak2 dgn whatsapp pulak. kawan yg kat manjung rasa mcm dok sebelah rumah. kawan yg kat semenyih dan bangi mcm dok dpn rumah. kwn yg kat nibong tebal sah2 mcm dok sekali dlm rumah. hehe. adik yg dok kat UK pun rasa mcm dok kulim ja dgn adanya benda2 ni. teknologi canggih semakin mendekatkan manusia. tiada alasan lg utk kita tidak berhubung.

untuk tahun2 mendatang, taktau la lagi apa yg bakal muncul nanti. haih.

apa yg penting, gunakan teknologi utk kebaikan, jgn sampai melalaikan dan merosakkan.

Tuesday, 21 May 2013

sutramaya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tajuk takde kaitan dgn entry, tgh dengar lagu siti nurhaliza tajuk demikian. hehe..

alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk berbuat lebih byk pahala dan mengelak dr berbuat dosa.

hari ni ceria lebih. walaupun terlewat bangun. hehe. kelam kabut siapkan diri dan anak2. tapi ok dan happy sebab anak2 pun mudah sgt diurus pg ni. nawal bgn pg tanpa menangis, siap buka mata terus bg teka teki, 
"umi cuba teka, hari ni nawal sekolah ke tak?" hahaha! kelakar budak ni. hari2 tanya bila nak cuti, nak pegi  naik bot. excitednya dia. itu yg siang malam ummi berdoa semoga Allah permudahkan urusan dan lancarkan perancangan kita. amin.. 

yang si Ali pulak sejak seminggu dua ni tak nak pegi sekolah, nak duduk dgn ayah. sampai sanggup nak duduk dgn tok asalkan tak payah pegi rumah pengasuh aka mamatok dia. apa la masalah dia. tp mmg biasa mcm tu peel budak2 ni. ada musim dia nak,ada musim dia tak nak. ikut angin. pg ni dia ok je. bila bgtau ummi hantar dia ke rumah mamatok ye, dia angguk2 dan senyum2 je. tak mengamuk2 mcm hari2 lepas. agaknya dia pun excited jgk nak pegi berjalan esok.




comel tak keychain pink tu? ofismate saya kak ida yang buatkan. saya suka sgt. terlalu cute. nak ke? saya ada lg warna hijau. lepas ni kak ida akan buatkan 3 lg warna utk saya. suka suka suka! page beliau di FB ialah : Big D's Craft 
kat situ mcm2 ada. silalah jengah!


ok, cukup setakat itu.

Monday, 20 May 2013

tak sabar.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam ahad, duduk berdua je dgn abg aleh di rumah sbb anak2 tido rumah sepupu diorang. ptg pukul 6 lebih baru balik. amboiii jalan sakan ye tak ajak ummi. so masa yg ada saya kemas beg baju siap2 nak pegi bercuti rabu nanti. hehehe ummi excited lebih..(walaupun sakit belakang kembali menyerang, sakit sikit2 tp gagahkan diri mcm takdak apa2. semoga cptlah baik wahai belakang bdn sbb nak p jalan2 ni. amin..)

siap 2 beg baju utk 4 beranak. rasa ok skit travel kali ni sbb bdk2 ni boleh tolerate minum susu. so takyah nak bawak termos air panas tu. cuma pampes ali kena bwk lg. kalau ali dah diaper free lg senang gamaknya.

semoga semuanya berjalan baik spt dirancang. amin..


Friday, 17 May 2013

bulan mei bulan cinta.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

eh, tajuk mcm pernah dengar je..?  kan.. pernah ada dah dulu..tgk sini : bulan mei bulan cinta

hehe.

hari ni hari lahir suami yg ke 33. malas nak wish2 kat sini bukan dia baca pun. kita wish  terus je kat dia. haha!

dan minggu dpn 23/5 hari khamis adalah hari ulantahun perkahwinan kami yg ke lima = 5.
haaa? dah 5 tahun? bukan..baru 5 tahun. jauhhh lagi perjalanan kami..moga kekal bahagia lah hingga ke syurga. amin.. 5 tahun dgn 2 permata hati yg soleh solehah. amin.

dah plan dr tahun lps lg, kali ni anniversary nak celebrate jauh sikit. nak pegi bercuti. yeay! seronok!

yg seronok lg. bgtau ma nak p sana, ma pun nak ikut. abg an pun nak ikut. abg man mmg dah ada sana buat kerja dia. kalau tak kakak pun nak pegi jgk, tp dia pegi umrah buat keja dia. so tak dpt join. hehe.

mungkin ada yg kata, apa hal kan, nak sambut anniversary tp pegi ramai2 sampai kena sewa MPV. saya ok je, saya tak kisah. lg seronok kot. masa private kita buatlah cara private. asalkan suami setuju, saya ok je.

semoga apa yg kami rancangkan, akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Yang Esa. amin...



ayah anak sama2 botak. saya dah lupa mcm mana rupa abg aleh masa ada rambut. tgk gambar2 lama baru ingat. hehe. dan saya suka dia botak dr ada rambut. :)

Thursday, 16 May 2013

khamis utk cikgu2.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

16 Mei 2013.
selamat hari guru buat semua yg bergelar guru.
kalian insan hebat. sampai mati pun anda akan dipanggil cikgu.
semoga Allah memberkati usaha kalian,amin..

anak saya masih tadika.
saya tak prepare apa2 pun utk cikgu2 nawal.
utk cikgu2 (pengasuh) ali lagilah.

yg saya ada cuma doa.
heh.

happy teachers day!


kita serikan entry hari ini dgn wajah2 ali bergwiyomi. cuma gambar aksi. video takde. dorang tak suka buat. lagu tu dah jd ringtone hp saya. hohoho


Friday, 10 May 2013

cerita tv

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

biasanya petang2 lps balik kerja, saya dgn tgn penuh dgn beg anak2,beg kerja dan botol air, masuk rumah letak apa yang patut. anak2 pulak masuk je rumah yg kecik lompat2, yg kakak buka suis kipas dan capai remote nak on tv. mmg biasa macam tu lah. tiba2 bila kakak nawal on tv, terus semua padam. alamak, tv rosak ke, abih shot suis utama.

bila on je tv, suis utama terpadam. so konklusinya, tv rosak. huhu

jd semalam kami sekeluarga lepak2 tanpa tv lah. saya mulanya rasa ralat jgk, ye lah bila dah biasa dgn tv ni kalau takde rasa tak best. tp sehingga pg td, saya rasa ok je. lps mandi dan siapkan anak, kami solat sama2, bila ayah balik, makan sama2. lps mkn kami baca buku sama2. lps tu gaduh sama2. lps tu guling2 sama2. haha! saya nak lipat kain, anak2 pun mengacau nak lipat sama2. sehinggalah masing2 terlena jam 1030 mlm.

kemudian saya sedar, takde tv pun kami baik2 saja. saya boleh je layan fb dan berwhatsapp dgn family dan kawan2. ok saja. sebenarnya semua dr minda kita. kalau kita rasa benda tu ok, ok lah utk kita. kalau kita benda tu buruk, buruk lah utk kita. semua di tangan kita. :)

 disebabkan tv tu masih ada warranty, so nanti ayahnya hantar balik kat kedai. takpelah berapa lama pun, take your time, sbb kami baik2 saja takde tv. insyaallah.

Tuesday, 7 May 2013

cerita nawal bersukan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari tu, 21 april. nawal ada sukaneka anjuran tadika dia. masuk 1 acara saja. tp excitednya mak pak dia. hehehe


awal2 acara ada perbarisan. nawal rumah hijau. kawad ramai2 (jalan je pun). nyanyi lagu negaraku dan lagu pulau pinang. lepas tu ada bacaan doa. bdk2 ni baca alfatihah. lps tu ada ikrar. saya ingat budak2 ni nak baca ikrar 'maka kami rakyat malaysia tu" rupanyqa ikrarnya adalah lafaz syahadah (dlm bahasa melayu) sambil angkat jari telunjuk ke atas (mcm no 1 tu) saya jadi terharu sgt. dlm hati dok mendoakan supaya Allah terus kekalkan nikmat iman dan islam dlm hati anak2 saya. amin...




lepas tu ada sesi senamrobik. budak ni joget chicken dance! haha terbahak2 saya gelak tgk nawal menari chicken dance.


arissa dan ali turut hadir beri sokongan.


dan tokma jugak.

 nawal dan rakan2 sekelas.



nawal dpt no 3 utk acara pecahkan belon. duduk dan pecahkan belon. kelakar sgt nawal duduk sampai terlentang sbb nak pecahkan belon. sian dia sakit punggung. haha! wpun debab tp susah jgk dia nak pecahkan belon,sampai cikgu2 dia tolong pijak skit belon. haha! saya tak sampai hati bubuh video sbb suara saya menjerit2 ketara sgt. sakit telinga dengar. hahahaha

sayang nawal. anak ummi hebat!

Monday, 6 May 2013

akhirnya,selesai jugak !

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tempoh yg penuh debar, suspen, kempen, fitnah, adu domba, caci maki, pening sakit kepala dan pelbagai lg akhirnya tamat sudah. lega rasanya. kita jumpa lg 5 tahun akan datang. yg menang buatlah keja elok2, yg kalah takpe teruskan berkhidmat kalau anda ikhlas.

sudah. tamat cerita politik dan pilihan raya.




anak2, ummi doakan zaman kamu besar nanti, teruskan hidup dgn berpaksikan hukum Allah, jaga agama, jaga akhlak, jadilah org yg berguna untuk agama, bangsa dan negara. semoga anak2 umi membesar sebagai org yang taat perintah Allah dan dilindungi dr segala kejahatan dan kemungkaran.. amin...


Thursday, 2 May 2013

sbb-sbb tak update blog.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

1. byk gambaq amik guna hp samseng, susah nak transfer ke pc. so takleh menulis. biasalah kalau nak crita lg best kalau ada gambaq.
2. mood pilihanraya. asal idea dlm kepala semua berbaur politik. so drpd mengundang sesuatu, baiklah saya tak menulis apa2.
3. malas.
4. malas.
5. malas.

hehehehe..

so maaf byk2 kalau ada yg buka blog ni tp hampeh takde entry baru. huhuhuhuhuh...

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...