Wednesday, 27 March 2013

pic from instagram.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mentang2 baru dpt phone canggih skit, kemain lg berinstagram, berwhatsapp dll. padahal org lain dah berkurun main bendalah tu. hehe. biasalah, bukan senang nak dpt benda mahal. terima kasih suami kerana menghadiahkan isterimu ini dgn galaxy note 2. katanya hadiah birthday, walaupun birthday nunnnn lambat lg. hahaha.abg, i luv u.. (tetiba. haha)

baru je nak kenal2 instagram, dah org sebuk buat keek pulak. adoiyai. tak terkejar tau. lantak koranglah. lgpun keek tu video. bkn selalu pun rekod video. mmg teknologi ni kalau dikejar boleh memenatkan. so, kita ikut yg patut padan lah. jgn terlalu mengejar teknologi hingga terlupa kita ada akhirat yg perlu dikejar. (tazkirah selingan namanya ni. peringatan utk diri sendiri. huhu)

jd saya ada godek2 instagram anak2 sedara saya kak long dan kak nik tu. jd saya save gambar anak2 saya yg byk diorang snap. syg diorang kat adik sepupu dorang ni..

 atas : ali
bawah : nawal dan arissa. pic beberapa bulan lps.

 ali dan abg sepupu favourite beliau, abg cik afif.
tgh main bola dpn rumah kakak di bangi.

 sesi main berguling2 dgn abg cik di rumah bangi.

 lps amik tokma kat airport blk dr umrah hari tu.

 mcm baru lps menangis,tp kenapa senyum? tak paham.


 kakak sekeluarga. besar2 dah anak2 kakak. tua dah abg ipaq saya tu,janggut pun dah putih..


rawwrrrr!! arissa dah tumbuh gigi atas.


 nawal lps potong rambut. agak boyish. tp dia tetap my little girl.


 masa ni kak nik tanya dia, nawal ni cantik ke hensem? "nawal hensem" sambil gelak2. tak kelakar tau nawal.

 alahai pipi nawal. selalu geram saya gomol2 pipi dia sampai dia marah. hahaha!

 kak nik yg buat fesyem rambut nawal. pastu kena marah dgn ummi,terus kena pakai tudung.


 ini rambut lama.


 ini kat mengkuang dam sabtu lepas.

 dah pandai buat moncong 2 beradik ni. pengaruh sepupu2. ummi tak ajar pun.

 nice pic!

 gambar paling saya suka. yg saya edit utk entry sebelum ni. :)

 nawal dan humaira.

 rumah ma di kg petani.

ali masa umur 11 bulan. gigi elok lg wpun jarang. gigi sekarang? huh. gigi yg buat hari2 saya rasa nak wean-off dia  bila tgk gigi berkarat.



Friday, 15 March 2013

main bowling.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya berkenalan dgn permainan bowling ni masa kerja swasta dulu, yg jd kerani akaun thn 2005-2006 dulu. masa tu boleh kata tiap2 bulan main bowling. maunya tak, asal customer dtg opis je, bos ajak main boling. staff2 ni yg jd mangsa, tak kira mlm ka, hari cuti ka, cuti am ka, dia peduli apa, asalkan customer2 dia sronok bleh main bowling. masa tu lah saya belajar sikit2 main bowling dgn kawan2 ofis.

sehinggalah saya berkahwin, permainan bowling dah lama saya tinggalkan. dpt suami pulak mmg bukan jenis main bowling ni. so, kawen thn 2008, sehinggalah bulan 3 thn ini 2013, baru saya pegang bola bowling tu balik. kekok?? mesti lah.

ceritanya, kesatuan kakitangan umum kat tempat kerja saya buat pertandingan bowling, saya lah yg beriya2 ajak ubie, fendi dan wan big utk join sekali sbg wakil library,memandangkan takde org nak wakil.. sbb sebelum ni mmg teringin nak main,tp takde geng. bila ada program ni,mmg laju lah saya nak join.

main hari sabtu, 9/3. sehari selepas saya balik dr bangi hantar ma gi umrah. kebetulan anak2 takde tidor rumah kakak ipar saya, nak bwk gi main bowling sekali abg aleh kata tak payah. lg senang saya pegi sendiri je,sbb dia takleh ikut. nanti sapa nak tolong tgk anak2. ye tak ye jgk. penat saya nanti.


ini rizqi, anak irwan,opismate saya.


 dah start berdebar2. bila baling asyik masuk longkang je. hahahaha


 ini ubie, tgn dia terseliuh, kalau tak mungkin kami juara hari tu. wahahaha!! ( ckp besar,harap maaf)

 bergambar ramai2 dgn semua peserta. ada 11 pasukan, semua 4 org 1 pasukan. mmg meriah.




kak ida jd ajk, so dia takleh main dlm group kami. takpe, dia penyokong utama. hehe

mmg seronok sgt main bowling. puas hati main 4 game, lebih kurang 40 kali baling. yg saya strike ada la kot 4x. hahaha! mmg kena asah skill lg. balik rumah kaki dan tgn lenguh2. hahahaha!!

keputusannya, kami dpt no 7, dr 11 pasukan. mujur tak dpt nombor last sekali. hahahaha!!

Thursday, 14 March 2013

seronoknyaa depa..!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

untunglah zaman skrg ni, amik gambar terus boleh share, ahli keluarga boleh tgk segera tak yah tunggu diorang balik. teknologi kalau digunakan utk kebaikan mmg tak ada salahnya.

dah seminggu ma,abg lan, pakcik, kakak ke madinah dan mekah. ada jgk beberapa gambar yg depa share dlm FB. mmg sentiasa ternanti2 update dr depa. tp kat sana pun depa mesti bz, bkn boleh online selalu,abg lan ckp dia guna wifi hotel je. seronoknya abg lan, kali pertama sampai sana, excited dia lain macam. hehe




kakak yg bertugas sbg guru agama sedang bercerita pd jemaah wanita di sekitar masjid Nabi.



 ni masa ziarah luar. saya tak pasti kat masjid mana ni.


 kakak dan abg lan serta 2 jemaah lg di ladang kurma.
abg man komen kat fb : boleh jgk lan amik gambaq kat bwh pokok kurma ,kalau tak kat bwh pokok kelapa sawit je. 
haha!

 sedapnya nasi mandeyyy!!


 di jabal rahmah. semua jemaah.



abg lan bergambar depan masjid nabi.


 jabal rahmah lg. ayahwan nampak cergas, ma dan kakak ceria spt biasa.


Alhamdulillah. abg lan dah sampai utk menunaikan umrah. barakallah abg lan!

 abg lan post gambar ni di FB kononnya nk bg abg man jeles, tp sebenarnya saya yg jeles. huhuhu..nak pegi jgk...


ini rasanya depan muzium. kalau tak salah. (tolong betulkan kalau saya salah.)


 ma dan maksu depan masjid nabi lepas subuh.


 kakak dan jemaah.


 on the way nak gi mekah, berenti makan dulu. sedapnya depa mkn!


makam nabi. selawat dan salam ke atasmu nabi Muhammad. kami rindu!!

ramai yg mengerjakan umrah skrg ni, sbb nak tunggu giliran menunaikan haji lambat lg. jd bg mereka yg mampu, tunaikanlah umrah. itu lebih baik dr bercuti ke luar negara. saya pun tgh menyimpan sbb dah rindu sgt nak ke sana. moga Allah permudahkan usaha kami. amin.


Tuesday, 12 March 2013

cik nawal.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Bulan ni nawal masuk 3 tahun 9 bulan. my best friend. kalau takde dia sunyi je rumah. kalau dia ada riuh rendah jadinya. suka bercerita. kadang2 kalau ada benda yg kelakar bg dia, dia cerita kat kita dgn bersungguh2, lps tu dia gelak. yg ummi dia ni mcm terpinga2, "apa benda anak aku crita ni." tp gelak je lah,bg support. pd hal saya tak paham apa benda yg kelakar sgt tu. hehehehe







nawal suka snap gambar sendiri. lps tu bukan nak senyum elok2, dia buat muka aneh2. entahla sapa yg mengajar. agaknya dia bosan kot amik gambar dgn pose senyum je. nak jugak buat muka pelik2. kena belajar dgn maria elena, buat muka aneh tp cute. hahahaha

dan 2,3 hari ni dia tak aktif sgt. demam. tp demam2 pun mulut pot pet pot pet jgk. saya nak jelum dia dgn air asam jawa, dia bebel2 tak nak, dia ckp berlengas la,geli la, gatal la. mcm2. lps tu bila saya pulak bebel kat dia, " oklah, ummi, tp buh ayaq saja, isi dia nawal tak mau. " huh, ada2 saja kamu ni nawal.

bila dia demam tu, tidor mlm pun tak lena. asyik merengek2. bila dia merengek, adik pun merengek jgk. entah apa kaitan si Ali tu nak merengek jgk. sepanjang mlm saya takleh lena, asyik jelum nawal, risau kalau dia kena sawan kalau badan panas sgt. nauzubillah.

pg ni dia mintak tak nak pegi sekolah. tak larat katanya. badan pun panas lg. saya pun mmg tak nak hantar dia ke sekolah. biarlah dia duduk dgn ayah kejap pg ni. nanti ayah nak pi keja kita tgk mcmana. mungkin dia ke rumah mak tam kot.

doakan nawal cpt sembuh. ummi tak nak berkampung kat hospital. huhuhu


Monday, 11 March 2013

Ali 20 bulan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

disebabkan ali genap setahun 8 bulan hari ni, meh lah kita up entry pasal dia sat.

bagai kerdipan mata, sungguh pantas masa berlalu. Ali yg semakin 'tidak baby lg', makin lasak, makin bijak.

ops, ini bkn nawal. ini Ali. sebuk nak pakai tudung bila diajak solat.  dia nak pakai mcm ummi dan kakak. pd hal dia tu kena pakai kopiah patutnya.





gambaq ptg semalam. masa  ikut ummi hantar susu halib's kat customer di hospital kepala batas. mujur ada playground kat situ, bolehla main kejap, bg peluh sikit.

Alhamdulillah. Ali semakin bijak. knowing him yg suka sgt membaca. dah boleh mengira satu - sepuluh, one to ten, alif - dal (tak sampai ya lg), a - m/n. seronok tgk dia ikut kita membaca. mmg rajin sungguh ali ni. moga kekal rajin sampai bila2. amin.

kalau di rumah mmg tak suka mkn bersuap. pandai bwk diri kalau ummi ayah takde, ummi ayah ada sj dia mengada2 skit. rajin sgt berckp, mungkin sbb ada kakak yg petah. apa kakak buat,dia ikut. apa kakak ckp, dia pun turut sama. jgn ajak dia gaduh, nanti abis lebam badan dia gigit. huhuhu

syg Ali. semoga terus membesar dgn sihat sejahtera. amin.

Friday, 8 March 2013

penang-bangi-klia-bangi-penang.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah. selamat sampai ke rumah jam 1.40 ptg td. bertolak dr bangi jam 8, jammed di KL dlm sejam lebih jgk. berhenti mandikan bdk2 jam 10, berhenti sekali lg sbb lapaq gila jam 12. mmg agak lewat sampai ke rumah. saya drive pun tak lah laju sgt. mmg aim boleh masuk kerja jam 2 td.

masa ke bangi selasa lps kami bertolak jam 9.30 mlm, abg man drive sampai tapah, lps tu saya drive sampai rumah kakak. mengantuk gila drive pukul 12 mlm -2 pg tu.dah la tak rest pun siangnya, keja mcm biasa. Allah Maha Pelindung. abg man dah bertolak balik semalam, tinggal saya dan anak2, abg an, kak da dan arissa yg balik hari ni. sy drive sampai sg perak, then abg an pulak drive. Alhamdulillah boleh jgk tukar2 driver. oh ya, abg aleh tak ikut, sbb masa nak pegi dah tak muat kereta. insyaallah nanti masa nak ambik ma 18hb nanti saya pegi dgn abg aleh. insya Allah.

Alhamdulillah, kakak, ma, pakcik, abg lan, dan 2 org lg saudara dah selamat sampai di Jeddah tghari td. semoga semuanya sejahtera dan selamat menunaikan ibadan umrah dan lain2 dgn baik. amin. seronoknya pegi mekah madinah! oh ya, sahabat saya si Mizwar Abduh dan keluarga pun pegi jgk, tp dia pegi dgn travel agency lain lah.

ok,mehla tgk gambar. sembang pjg2 pun tak best kan.


 sesi salam2 sebelum ke airport. abg man nak blk penang terus. anak kesayangan kena la nangis lebih2 skit. haha

 tgklah anak sdara saya, kak long tu, org tgh sedih2 boleh pulak jd 'hantu' kat situ.

 ambik gambar ramai2. perasan tak anak sedara saya, si Ili? yg kiri sekali,shawl putih . sebenarnya dia tgh sentap. sbb kitorang dok kira2 sapa naik keta ni,sapa naik keta tu, nama dia kami tak sebut. sedangkan dia nak naik dgn saya.(biasalah makcik kesayangan.hahaha) jd bila tak sebut nama dia,dia pun merajuk. teruk kan?? hahaha

alhamdulillah, semua anak2 ma ada. kakak, abg man, abg lan, abg an dan saya. menantu2 pun semua ada kecuali abg aleh. cucu yg takde pun 3 org saja, azzam,naja dan nadia. yg 9 org lg ada dlm gambar.(syaza anak kakak takda sbb dia gi keja time ni,masa nk gi airport baru kak long ambik dia)

 huh. anak bongsu kesedihan. nak kena tinggal. entahlah, nak berpisah 10 hari je pun. tp jauhh tu.

 part abg lan salam anak2 dia, ammar dan humaira mmg touching betul. tak pernah rasanya diorang berpisah jauh dan lama mcm ni. setakat tinggal ayah blk kg kat kelantan tu biasalah. tu pun cuma 3,4 hari.

 berdoa sebelum berangkat.


 abg cik Afif azan masa diorang berangkat keluar dr rumah.

 dah sampai airport. ma dan cucu2 kecilnya.
aisyah nawal cute betul berjubah dan bertudung mcm tu. anak solehah ummi ayah. amin.

 ali dan tokma.

 ma dan anak bongsu dan cucu2 besar dan kecil.

 abg lan, ayahwan dan ma.
kesian abg lan. masa dia sampai di Bangi, dia diserang demam, dan sakit2 badan. risau jgk kami. tgk dia lemah tak berdaya. alhamdulillah, masa hari nak berangkat tu, dia nampak sihat dah. berjalan pun laju je. kalau tak senyum pun tak larat.



 2 org saudara yg turut serta. kiri - maksu hindun, dia jiran lama saya. masa saya kecik2 dia la yg ajar saya mengaji dan tolong tgk2kan saya bila ma keluar bekerja. dan tgh, kak milah, saudara saya dr kelantan. yg kanan sekali anak dia yg turut hantar kat KLIA.

 cucu ma yg becok. nak ikut ma p mekah jgk. bila ditanya nanti sapa nak jaga ummi kalau nawal ikut tokma? dia ckp,"ayah kan ada. ummi dok la dgn ayah." pandai ye..


 ili (dah baik dr merajuk.haha), kakak,abg cik dan syaza, kak long kat belakang perosak gambar. keke
budak2 ni dah selalu sgt ibu depa tinggai p mekah. dah tak sedih. ini kira dtg jgk kat airport,selalunya lambai dr rumah pakai kain batik je.


ummi dan anak lelaki yg behaved. ali baik,ali anak soleh, ali ceria. semua org suka main dgn Ali. Alhamdulillah.
suka tudung saya tu. awning guna kain codroy (ka camna ejaannya) tak keras,boleh pakai solat, wpun tak keras tp boleh membentuk muncung mcm tu. suka suka! selalu harga online dlm 60-85. tp ni saya beli kat bangi,kat kedai kak long keja, harga rm40. dpt harga staf jd kurg lg 20%. (eh,sempat lg promo.hahaha)

ma dan rombongan dijangka pulang pd 18/3 jam 1.30 ptg. kalau takde aral saya nak p KL jemput ma balik. InsyaAllah.

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...