Monday, 31 December 2012

selamat tinggal 2012. Welcome 2013!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

setiap tahun pun buat entry yg sama. haha!

apa yg dicapai tahun 2012? entahlah. saya rasa mcm takde apa2. sat nak pikiaq..ermm..haa! saya berjaya menambah aset hidup. tp nanti dah siap semua kita crita lain. buat masa ni kita simpan dulu.

lagi, erm..rasanya takde apa2 kot. sepanjang tahun kerja mcm biasa. cuma dgn anak2 agak mencabar sikit. terutama dgn Ali. dr hujung thn lps sehingga bulan 5, bab mencari pengasuh Ali adalah sgt menguji minda dan fizikal saya. Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih. akhirnya masalah selesai jua. setakat ini Ali baik2 sj di bawah jagaan babysitter yg dipanggil mamatok.  moga keadaan akan terus baik sehingga bila2. amin.

lain-lain..ermm..tak dpt nak recall lah. betul,thn ni rasa mcm takde apa2 yg interesting. melainkan anak2. takde percutian yg best2. takde program yg best2. semua biasa2 sj.

tahun 2013 saya bakal berusia 32. iskk..tua dah kan? err..cita2 rasa mcm nak tambah anak lg. tapi, bila mengenangkan yg saya mungkin akan mengidap GDM dan mungkin baby akan jd mcm abg dia Ali dulu, terus rasa itu pudar. serius, saya takut utk menghadapi saat2 itu lg. perit, sgt perit. tak apalah, kita serahkan semuanya pd Allah Taala. Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita.

nawal juga bakal msuk tadika. ummi dia excited. saya target nawal boleh membaca dan menulis dan mengaji tahun ini. amin.

semoga tahun depan akan lebih baik. amin.

selamat datang 2013!!

Thursday, 27 December 2012

dia mai dahhh...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


musim malas update blog dah tiba. hahahaha

dah,itu je nak cakap.

Tuesday, 18 December 2012

nawal yg macam-macam.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

di suatu malam.

nawal : ummi, nawal nak kentut lah.. (taat betui anak saya ni,nk kentut pun mintak izin.huhu)
ummi : kentutlah nawal oii..

2 saat kemudian...

nawal : ummi, busuk apa ni..?? (dengan muka tak bersalah)

HELLO??  dia yg kentut, boleh tanya pulak apa yg busuk?? alahai nawal. mcm2 lah kamu ni. buat ummi gelak saja.

berusia 3 tahun 6 bulan, Nawal ini mmg kelakar. dia mintak izin nak kentut tu sbb kalau dlm kereta saya bgtau dia,kalau nak kentut ckp kat ummi, sbb ummi ayah nak buka tingkap. sbb kalau dia kentut, makk aiii..baunya sgt 'menusuk kalbu'. huhu..tp dah jd tabiat pulak, kat rumah pun bgtau kalau nak kentut. alahai..


(eh, saya punya follower dah cukup 100. terima kasih buat kalian yg sudi follow blog yg hampeh ni. hahaha)

Monday, 17 December 2012

susah tp kena jugak.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

       Kakak saya berkahwin dgn abg ipar saya ketika saya masih kecil. 8 tahun = darjah 2. masih slim dan cute. Jd budak besar tu mana lah kisah sgt bab aurat ni. Itu pun abg ipar @ abg Pi byk didik saya. beliau galakkan saya berseluar panjang dan berbaju kurung, berbanding berskirt dan berseluar pendek. beliau juga yg nasihatkan saya bawa baju ke dlm bilik air lps mandi drpd saya keluar bilik air dgn bertuala saja. Beliau galakkan saya bertudung bila keluar rumah biarpun ketika itu saya masih belum akil baligh. Pendek kata, beliau menjaga saya seperti abg/ayah saya sendiri.

   bila masuk tingkatan 1, saya bersekolah di SMKA. di sini saya didik untuk lebih menjaga aurat. dgn siapa saya boleh buka aurat dan dgn siapa saya perlu menutup aurat. masa ni saya dah tahu,"oo..dgn abg pi aku kena pakai tudung.." sbb dia abg ipar saya. mmg saya dah tahu sejak berusia 13 tahun lg. tp rupanya, susah nak buat. sbb dah 5 tahun saya hidup sebumbung dgn beliau, dah biasa dgn kerenah saya sbg adik kecil. susah,mmg susah. dan keadaan 'tahu hukum tp tak buat' itu berlarutan hingga 5 tahun lamanya. dr saya form 1 hingga form 5. saya tinggal di asrama, dan kakak sekeluarga berpindah ke Bangi. mmg kami jarang2 jumpa. jumpa yg sekali-sekalah itulah yg buat saya lg 'susah' nak bertudung bila dgn abg ipar sendiri.

sehinggalah form 5, saya pasti apa yg saya buat itu benar2 salah. oooo..bila ada tamu mai rumah, bila keluar rumah tahu nk tutup aurat, tp dlm rumah sendiri,depan abg ipar, hang buat dekkk je ye?? dosanya sama jgk. membuka aurat di dpn bukan muhrim. walaupun dalam rumah sendiri.

sejak itu, saya cuba bertudung dlm rumah bila ada abg pi. mula2 mmg kekok. ye lah, rumah kita sendiri. bukan ada org lain pun. tp sbb ada beliau, maka wajib saya bertudung. bila saya bertandang ke rumah kakak pun, mmg saya cuba menutup aurat. sehinggalah saya belajar di UKM, tinggal sekali dgn kakak. mmg saya akan bertudung bila abg ipar berada di rumah. tidak pernah tidak, sejak dr tingkatan 5. terlewat benar saya mematuhi hukum. Astaghfirullah..Moga Allah mengampunkan segala dosa2 saya..



jadi, peringatan buat yg alpa. dgn sepupu pun kena jaga jgk. wpun rapat sejak kecil. melainkan ibu kita pernah susukan dia hingga 5x kenyang, :) yg tu cerita lain.

wallahua'lam..

Friday, 14 December 2012

harimau kena pijak dgn gajah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kesian harimau. cuba berlawan dgn kekuatan yg ada, tp malangnya telah dibuli dgn gajah.

perlawanan Malaysia vs Thailand utk Piala AFF 2012 telah berakhir dgn dukacita bg rakyat Malaysia. punah harapan nak tgk pasukan negara mara ke final. sedih.. mmg sedih. saya yg menonton ni pun rasa geram dan kecewa yg amat.

pengadil perlawanan : Lee Min Hu dr Korea berusia 33 tahun. merupakan seorang guru bahasa Inggeris. maklumat lain boleh google lah. critanya dia ni mmg suka bg kad kat players time game. oo, suka main kad rupanya..patutlah.


kisah bagaimana pemain kita Fadli Shas dilayangkan kad merah.

kesian bila team kita terpaksa bermain dgn 10 pemain. mmg teruk lah kena belasah. susah nak tgk serangan ke gol lawan,blk2 gol kita yg kena serang. kesian goalkeeper si Farizal, mmg terbaik lah dia. boleh dipuji.

apa2pun daya juang pemain kita sgt dihargai. tahniah kerana mara sejauh ini. saya tak pandai sgt bab bola ni, sbb tu saya hargai mereka yg berpenat lelah bersusah payah utk kejayaan negara. u have my respect dear footballers.

usaha lagi untuk tahun2 mendatang. buat masa ni mmg saya sakit hati dgn Thailand. mmg tak nak tgk game final nanti. sakit hati. huhuhu




Wednesday, 12 December 2012

Arissa Syuhada 6 bulan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah 6 bulan lebih dah anak saudara saya yg kecil ni. 2,3 hari tak jumpa mesti rindu. mesti kena singgah rumah ma utk main cikucak dgn dia. she's adorable. suka ketawa. tp susah nak amik pic dia gelak. takut kamera kot. hahaha!

 ini punyalah gigih saya snap pic dia gelak semalam. boleh setakat ni je. huhu. tp cute kan?

 muka boring.

 dgn acik yg tak best. ali dok menjeles nak dok atas ummi jgk.

 ali sedaya upaya nak tolak adik arissa dr riba ayahnya.

 arissa sayangggg~!!

 dah lali..alalala cutenya..

 bangun pg dgn ceria.

 mood paling baik masa waktu pagi.

 kat rumah kenduri di kelantan. dgn ayahnya, abg an.

dgn tokma tersayang.


12-12-12 = cucoq cempedak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ramai sgt yg dok sebut tarikh ni spesel kan..saya pun ada jgk spesel. sbb dapat mkn cucoq cempedak. hahahaha!! spesel lah sgt kannn...

dr ptg semalam lg, asyik teringat cucoq cempedak. siap post dlm FB. hehe..on the way balik, cuba jenguk2 kat gerai2 di tepi jalan. mcm takda je. frussttt!


ini rupa cempedak goreng yg telah digoogle. mengiurkan! huhu

semalam balik rumah ma, (eh,kenapa balik hari selasa?kan biasa balik tidor rumah ma hari rabu?) saya buka peti ais, wahhh! ada cempedak lah! hahaha rasa nak lompat. ma ckp pg esok kita goreng. mlm ni kena masak, ada tamu. saya pun ok je, mampu tahan lg. mlm ni kita mkn roti dgn kuah durian. eh, ma masak ikan masak sambal, sayur lemak, ikan masin, wahhh ada budu durian~!!! mkn nasi bertambah la saya smlm. ma pun tak bising. kalau tak asyik suruh minum shake herbalife. ngehehehe. sesekali bolehla..jgn buat hari2. kata sayang badan kan..

pg ni, tak dpt elak lg. kena minum shake jgk lps minum tea-mix segelas. hehehe..kena keluarkan balik semua2 yg dimakan semalam secepat mungkin sblm jd lemak dlm badan. cewah! tp cucoq cempedak tidak dilupakan. hajat anak kesayangan mestilah ma cuba tunaikan. cewah lagi! hehe

maka pg ini dtg kerja berbekalkan cucoq cempedak..jeng jeng jeng...

walaupun taklah secantik gambar atas. tp sedap..ma buat mestilah sedap! hehehe

sekian, harap jgn terliur.

p/s : blk rumah ma smlm bukan rabu sbb ada tamu dari kelantan. jd kena lah raikan. tolong ma apa yg patut. 4 buah kereta,penat jgk nak melayan kalau harap ma dgn kak da je.

Tuesday, 11 December 2012

kenyang.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


buncit perut rabbit tu. kenyang bertahun2. tu pun kalau carrot tu tak rosak.

p/s : kalau terlampau mewah pun, sampai taktau nak buat apa,pun tak boleh jgk. jd mudarat. kan?

Monday, 10 December 2012

kisah hari Ahad 9 Disember 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pukul 1.30 ptg, sedang lepak2 dgn anak2 di rumah ma, lps lunch. layan anak2 main dgn arissa. tetiba ma kata,"rasanya hari ni kenduri rumah kawan kakak, nor kamaliah. jom ina, kita p."

walaupun saya rasa mcm malas nak keluar,dgn kenyangnya, dgn panasnya, dgn Ali dah meragam mcm nak tidor, mmg byk alasan kalau tak nak pegi. tp,mana boleh ckp tidak. kesian ma. sbb pakcik takdak, kalau pakcik ada mmg takde hal lah.

setelah ma berjaya menidurkan Ali, kami bertiga (saya, Ma dan Nawal) pun ke Tanjung Putus, untuk ke kenduri rumah kawan kakak saya. kesian dia susah payah menjemput kita hingga ke rumah, siap bg kek marble lg. mmg kena memenuhi jemputan lah kan. saya called kakak di Bangi utk kepastian,betul ke kenduri hari ni? sbb kad jemputan ma tinggal di rumah jalan baru. kakak kata iya, hari ni. sbb kakak baca kad tu, masa dijemput,kebetulan kakak ada di rumah. cuma time kenduri je kakak dah balik KL. kebetulan, suami cikgu kamaliah ini ialah cikgu Mokhtar,cikgu sains saya masa form 3. masa dia datang menjemput di rumah hari tu baru saya tahu. hehe

sampai tanjung putus, ada satu kenduri, tanyalah pd org, ini rumah siapa? malangnya nama tuan rumah tidak kami kenali. kad jemputan pula ada di rumah pakcik di Jalan Baru. mcm mana ni? ma kata,"jom,kita blk jalan baru amik kad dulu.tgk alamat,no telefon semua.tp kunci rumah tertinggal. kena balik kg petani dulu." ok ma, anything. kita ikut saja.

balik kg petani,amik kunci rumah --> ke jalan baru, tgk kad. GREAT! kenduri nya pd 8hb,maksudnya hari sabtu. hari ni hari ahad, 9hb. saya sms kakak. kenduri kemarin daaa.8hb. kakak reply, "mmg 8 hb, laa..kakak ingat hari ni hari sabtu,8hb..sorry." alahai kakak, mentang2 dah pencen kan, hari pun tak ingat. iskkk~!

ma kata, ma mintak maaf. jomlah ma belanja ina laksa kat kedai pak usop kg petani. ok ma, anything for u. pulang semula ke kg petani. sampai je kedai laksa, makcik hindun ckp,"laksa dah habis lah sayang.takpa makcik buh cucoq udang dgn kuah laksa."

APA SAJALAH MAKCIK. SAYA TERIMA.

nak p kenduri, kendurinya semalam. nak mkn laksa,laksa dah habis. tapi saya sedikit pun tak menyesal dan merungut. sbb saya dah meluangkan masa berkualti dgn ma. boleh sembang2. boleh bercerita. kebetulan nawal tidor saja sepanjang perjalanan. kami berenti mkn kuah laksa dgn coq udang pun dia tak jaga.mmg bercerita tanpa gangguan lah kiranya.

sampai rumah jam 4. Ali baru bangun tidur. tgh main2 dgn cik da.

sekian, cerita hari ahad saya yg entah apa apa. tp saya suka. Anything for u, Ma.

Friday, 7 December 2012

boleh tahan..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni masuk kerja shift petang. td keluar rumah jam 11 pg, walaupun masuk kerja jam 2.15pm (sbb hari ni Jumaat). sbb ummi dia dah lapar nasik. nak masak tgh hari takde apa dlm peti, jd senang crita,mehlah kita makan di kedai. kekeke! mudah, cpt dan yg penting kenyang.

lepas makan, hantar nawal ke taska. sempatlah jumpa staff kat tadika bertanyakan yuran utk daftarkan nawal masuk tadika tahun depan. heh, anak gua dah nak masuk 4 tahun la..iskk!! dah sesuai utk masuk tadika. walaupun ada yg kata awal lg, tunggu lah dia besar sikit. eh, saya dulu gi tadika kemas umor 4 tahun tau. rilex je.. hehehehe

selepas dibincang2, tanya cikgu mcmana keadaan nawal, sesuai ke kalau dia masuk tadika. cikgu ckp nawal ok,dah pandai pegang pen, pandai tulis kalau diajar. ada sesetgh budak pegang pensil pun tak nak, tp nawal ni tunjuk minat dia menulis, melukis, mewarna dan beraktiviti. kiranya boleh fokus la. jd cikgu pun cadangkan nawal masuk tadika, drpd biarkan dia bermain dgn budak2 lain yg lebih muda di taska.

diringkaskan cerita, yuran utk tadika nawal januari nanti lebih kurg RM650. phewww~!! lap peluh di dahi. boleh tahan jgk. tp ada tadika kat KL nu,ada mencecah ribuan ringgit! mujurlah kat sini tak sampai tahap tu lg. kalau tak, huiiiii..poning omak eh~!

saya pilih Tadika Permata Intelek kat Taman Guar Perahu tu sebabnya, saya yakin dgn cikgu2 yg mengajar,diorang dpt latihan khas. owner tadika pun saya kenal rapat. lagipun, nawal dah biasa dgn makcik2 yg jaga dia kat situ sejak dia umor 2 tahun. makcik Nor, yg selalu mandikan,pakaikan baju, bebel dan lain2. makcik Pah yg masak, bg makan,buat susu. saya pun senang dgn makcik2 tu, dan cikgu2 lain. setakat hampir 2 tahun nawal kat taska (yg bersebelahan je dgn tadika) saya takde masalah kat situ. saya harap keadaan kekal begitu, ataupun lebih baik. amin. susah nak dapat tempat yg boleh jaga anak2 kita dgn baik. kalau dah jumpa tu,mmg syukur sgt dan rahmat dr Allah Taala. Alhamdulillah.

nampaknya, bonus ummi nanti buat bayar yuran kamu je lah nawal. huhuhu..~! takpalah, melabur utk masa depan anak. kita keja pun utk anak kan..?? sayang nawal, moga lebih bijak dan pintar lps masuk tadika.

eh. ini ada dialog nawal pg td. lps saya tegur sandal dia yg comot.

nawal : ummi,nanti kita beli kasut nawal kat DISCO na..

ummi : hah?? bukan disco la sayang..jusco kot..tak pun tesco..

nawal : haa..tesco... kita beli kasut baru na ummi na?

ummi : kasut nawal elok lg, nanti ummi basuh, cantik la kasut nawal.

nawal : ok, nanti ummi basuh kasut nawal. --- taatnya anak aku. alhamdulillah.



nawal yg manja. tidor malam mesti nak ummi peluk dan zikir kat dia. suka nak dok atas riba org dgn berat bdn 19.2 kg tu. kalau ckp 'ummi sayyyanggg nawal." nanti dia reply,"nawal pun syg ummi."
 so sweet.. hehee

Part of the family.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


sebahagian dari keluarga saya.

abg man dgn abg man tu mmg spesis tu. baru lps panjat pokok kutp buah moktan dan langsat kat rumah mak mentua abg lan di wakaf stan, kota bharu.

Thursday, 6 December 2012

bakal berakhir.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

bulan 12 dah masuk hari ke 6. tak lama lg bulan januari bakal menjelma. kita akan masuk tahun baru. bab itu saya tak runsing. yg saya rasa 'kurg best' ialah, jalan raya akan kembali sibuk. hehehe. kan cuti sekolah 2 bulan ni jalan lengang waktu pg sbb cuti sekolah. saya kluar rumah dr lahaq yooi tu pukul 7.20pg pun sempat sampai opis sblm 8 pg. tp kalau hari biasa,jgn haraplah. mesti akan lambat punya. tp nak buat mcmana. tak kisahlah. dah bertahun2 kerja mmg takleh lari dah bab tu.

thn depan jugak nawal akan mula bersekolah tadika. takde istilah dia nak cuti sesuka hati dia, tak boleh pegi dgn ayah lambat2 sikit.  mau tak mau,mesti keluar pg dgn ummi siap mandi pakai baju sekolah. haih. taktaulah keadaannya mcmana. nawal ni ikut mood. kadang2 dia nak mandi pg, kadang2 dia kata air sejuk,dia nak basuh muka saja. kdg2 nak mandi bersabun, kdg2 nak mandi koboi sj. isk. semoga nanti dia baik2 saja. nak mandi, siap2 takde edisi mengamuk2 di pg hari. kalau dia mengamuk2 boleh buat ummi stress. huhuhu. tak best kan kalau pg2 dah kena marah2, jerit2 kat anak2? saya paling tak suka mcm tu. kalau boleh nak elak sgt2. sbb ia akan mempengaruhi mood kita sepanjang hari.

sbb tu jugak saya mohon utk masuk kerja jam 8.30 pg, dan pulang jam 5.30 ptg. biar saya ada masa utk siapkan nawal pg2. sbb dia pun mula kelas jam 8.30 pg. sbb tak biasa lg kan. kalau nanti dia dah ok, saya mungkin boleh kembali masuk ofis jam 8. kita tgk lah keadaan mcmana nanti.

oh ya, hari ni 6 disember. selamat hari lahir buat adik saya Mizah, semoga dipertemukan jodoh yg baik dan berbahagia dunia akhirat. amin.

juga selamat hari lahir buat sahabat sejak sekolah, Pizah. semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih syg Ilahi. miss u lahh..

oklah, itu je,. entry hari ni takde gambar. sekian, terima kasih.

Wednesday, 5 December 2012

perihal bola.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya suka tgk game bola, bukanlah semua game saya tgk. tgk keadaan lah. biasa kalau game semi final/ final, yg melibatkan negeri2 peberet (kelantan of course) dan tentunya game yg melibatkan pasukan negara @ Harimau Malaya (HM). mmg saya nak tgk. lps tu bising kat FB dan Twitter. seronok baca komen2 org yg menonton.

baru2 ni masa game HM vs Indonesia, kebetulan ramai ada di rumah ma. semua pun baru sampai dr kelantan. family kakak pun ada jgk. diorang sampai hari jumaat malam lg (itu sbb utama kenapa saya nak blk   dr kelantan hari jumaat jugak.kesian kakak kalau dia blk umah ma tp takde org)

so rumah ma mmg riuh rendah. yg paling bising tentulah abg man tu. tak gol pun dia jerit gol. bergegar rumah. tambah2 lg dgn abg lan. hafiz adik ipar saya pun join jgk. anak2 sedara si azzam, afif, ammar, akil, semua pun menonton jgk. itu geng lelaki. yg perempuan pun lebih kurang je. si naja dan nadia tu pun boleh tahan jgk.

geng org dewasa (ma, mak lin, kakak, dayah, mizah, kak ilah, kak mah) semua lepak kat hall berbual2. abg Pi buat hal sendiri, mengadap tab. dia tak minat bola. kesian. hahaha! saya berada di antara hall dan ruang tv, kejap join berbual, kejap gi tgk bola. anak2 kecil (nawal, ali, aqilah) main sama2 diorang. si baby arissa, lama dah kena menyorok dlm bilik, sbb dia  tidor. ayah dia (abg an) kejap2 bg isyarat suh org yg tgk bola diam2 skit. pffttt!! mana ada org tgk bola dok diam2. rilex ah,bkn selalu pun berkumpul ramai2 camni. tak cool lah ayahcik ni. hehehe

saat paling happening, bila gol  masuk. mmg gegak gempita rumah ma. mmg syokkkk! rasanya itulah kepuasan bila menonton bola, bila pasukan yg disokong menjaringkan gol. kan?

 ini 8 dr 13 cucu ma. dr kiri ammar, afif, azzam, naja, nadia dan aqil.
 depan : aqilah dan nawal.
afif tu menyorok belakang sbb dia tak pakai baju.
semua pun pakai baju HM. nawal tu takde baju bola. pakai lah baju TRW. hehe

tgk afif, selepas masuk 2 gol, baru dia pakai baju HM. haih..
pic ni nawal takde, tgh menangis sbb kakak2 abg2 tak bg dia amik gambar sbb dia tak pakai baju HM. kesian anak aku diperlakukan begitu. hahahaha

saya percaya bola menyatukan kita. bola juga boleh buat org bergaduh dan bersikap ganas. terpulang pd kita, untuk amik yg baik2 saja. manusia kan ada akal, bkn mcm lembu. :)

tak sabar nak tgk game harimau vs gajah (thailand) ahad nanti. ALL THE BEST HARIMAU MALAYA!

Tuesday, 4 December 2012

kenduri yg simple tp tak mudah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mcmmana tajuk tu?? nanti saya jelaskan.

bulan disember mmg sinonim dgn musim mengawan kenduri kendara. boleh kata setiap minggu mesti ada jemputan.iyelah,time cuti sekolah ni lah org nak kenduri. kenduri saya dulu pun time cuti sekolah, hari pertama pulak tu.

termasuk lah sepupu saya ni, dia pun kenduri time cuti sekolah jgk. lebih istimewa,seminggu selepas dia berkonvo. majlis berlangsung di Kg Mentuan, Kota Bharu, Kelantan. kami satu family balik kampung. yang tak blk mungkin cuma Azzam. yg lain family abg man, family abg lan, family abg an, family maklin, ma ayah wan dan saya sekeluarga. kami bertolak hari khamis. ada yg bertolak pg, bertolak tghari, kami bertolak jam 3 ptg. sampai rumah makcik jah, mak sedara saya tu dah pukul 10 mlm.

makcik jah ni adik bongsu arwah ayah saya. saya sayang sgt kat dia. setiap kali berjumpa mesti byk yg kami bualkan. setiap nasihat dan tegurannya adalah sgt lembut dan menyentuh hati.

 yg kiri sekali itulah ibu saudara saya. anaknya pengantin Nur Afifah, menantu Wan Shaffie dan besannya.

   makan pengantin yg sgt simple. guna meja makan kat dalam rumah je. takde nak berhias bagai. tp lauk  byk.

dan ini tetamu2 istimewa. lepas pengantin dan keluarga makan. kami pulak serang. haha best sbb ada udang goreng tepung. dr kiri saya , makcik Dah (mak sedara jgk) , ma dan mak lin. 

 dan pengantin. tgk, takde pelamin pun. simple saja. buat apa nak pening2?

 ini group dari penang. 



  dan bilik pengantin yg beautiful. bilik pengantin simple but nice. mmg self-decorate. saya suka sgt.

 alahai. sejuk hati betul tgk pengantin ni. pilihan keluarga. ada pertalian darah jgk. 3 pupu kot kalau tak silap. sbb datuk pengantin perempuan dan nenek pengantin lelaki adalah saudara sepupu.


 kami takde keja. nawal manja dgn mak teh la kononnnnnn...

 bergambar dgn afifah di bilik pengantin.


 adik2 saya : hidayah dan mizah.

opss, ada makhluk kecil nak tumpang bergambar.

apa yg saya kata kenduri simple tp tak mudah tu? simple sbb persedian pengantin dr segi fizikalnya. takde sewa pelamin cantik2, meja makan beradap yg meriah. bilik pengantin yg sarat2, doorgift yg besar2, baju pengantin pun buat sendiri, tudung, semua sendiri punya. pengantin lelaki pun pakai baju melayu saja. mlm akad nikah  afifah pakai jubah putih, yg lelaki pun berjubah dan berkopiah putih. sejuk hati tgk. barakallah. moga bahagia hingga ke syurga. 

yg tak mudahnya adalah dr segi persiapan makanan. masak sendiri gotong royong sesama saudara mara dan org kg. makanan best. tetamu ramai sgt.. sbb ini kenduri kesyukuran, mmg matlamat jamu mkn je. takde 'salam kaut'. tambahan lg makcik jah dan ayahcik first time buat majlis kenduri kawen,mmg ramai la tamu yg datang. lauk2 kena masak tambah. nasik berulang kali kena masak. ayam goreng berkali2. penat tgk org2 yg kat dapur. tamu datang sampai ke malam. tak putus2. alahai. 

yg byk nya adalah hadiah utk pengantin dan buah tgn utk tuan rumah mcm gula etc. kebanyakan kenduri di kelantan begitulah. ada yg tanya, tak susah ke buat kenduri hari jumaat? ye lah,yg lelaki nak pegi solat jumaat kan.. entahla..saya tgk ok je. by the time 1230pm, yg lelaki semakin surut. yg perempuan buat kerja. lengang lah skit time ni. kejap je. dlm pukul 2 tu, org lelaki dah balik. dah sambung buat kerja dan tamu pun makin ramai. takde lah effect majlis sgt pun.


saya kembali ke pulau pinang pd ptg jumaat, tak puas nak mkn kenduri byk2. kiranya sempat mkn sekali round je la. takleh nak repeat. hehehe. rugi oo! lauk sedap! dah la jarang2 dpt blk mkn kendri kat kelantan. huhuhu..

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...