Tuesday, 30 October 2012

Aidiladha 1433H/2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

raya haji kali ni tak brapa best sgt. pertamanya sbb Ali tak brapa sihat. mujuq mlm raya dia boleh tidor lena, badan tak panas. hari raya pun ok. tp mlmnya badan dah panas blk. alahai. tp Alhamdulillah, sejak hari ahad, sampai skrg, Ali dah sihat. dah tak demam langsung. Alhamdulillah,syukur sgt. ada batuk2 dan selsema skit. jd minyak batooka itulah jd 'kwn baik' dia sehari2.

keduanya, sbb family bangi tak ada. kakak ke mekah sbg petugas haji. abg ipar dan anak2 saudara pun beraya kat bangi je. mujur jgk diorang tak blk. dengar kabar highway jammed teruk kan? kesian lah kalau tersangkut lama2 kat jalan. tp diorang dah biasa sangkut kat jammed. cuma penatlah drive.

ketiganya, tak sempat amik gambar 4 beranak. entahla kenapa hari raya tu mcm takde feel nk bergambar. pd hal byk je masa.

keempatnya, takde dah. itu saja. hehehe

jadi marilah kita tgk gambar apa yg ada.


saya buat kek ni hari rabu mlm khamis, hari bermalam di rumah ma. start buat pun dekat2 pukul 11 dah,tunggu Ali tidor dulu. nawal bila tahu saya nak buat kek,dia sanggup tak tidor sbb nak tunggu kek ummi masak. dlm oven tu 3,4 kali dia pegi jenguk. mmg nampak dia excited sgt. (nampak sgt ummi dia jarang buat kek,skali buat sampai anak teruja. hahaha) bila kek siap masak jam 12.30 mlm, dia mkn dgn sungguh2.

"sedapnyaa kek ummi buat..nanti nawal nak habaq kat kawan2 nawal,umi buat kek sedappp.."
tgk,anak sapa lah yg sweet sgt niii....terharu ummi tau..hehehe

 padahal buat kek marble je pun,bkn gempak sgt. buat kek vanilla + oren. main belasah saja. tu pun anak kemain lg puji. hehe

 pg raya, kat umah wajib-pegi-setiap-kali-pg-raya, rumah mak lin. getah rambut nawal handmade by kak ida - Jari kniedaz. cantik kan?


ayah dan anak teruna dgn baju raya puasa yg lepas.

 ali yg tak berapa sihat. asyik merengek. kesian dia.

 ini menu raya di rumah mak. gulai ikan kering, sambal tumis udang + petai, kobis goreng, ikan goreng,ikan kering, ulam dan sambal belacan. sgt rare kan? tp mmg sgt mabeles dan meletop. abg aleh mkn bertambah2. saya mkn kadar biasa, walaupun teringin sgt nk mkn byk2. Nak mendidik perut lah katakan. hehehe

  dua-pun pakai baju raya lepas. malas nak buat baju baru. elok lg je.

 nawal dan arissa syuhada. mujur abg an blk raya di kota bharu pd raya ke 3, kalau tak bertambah tak meriah lah raya di rumah ma.

 arissa sudah 5 bulan lebih. bulan dpn dah boleh mkn solid food. yay! bertambah montel lah anak sedara acik ni. hehe




dah takdak keja lain. asyik snap gambaq sendri.

lps blk dr rumah mak, blk rumah ma lg. lps tu blk rumah mak mentua, bwk mak mentua pegi sik,rumah kakak ipar. mkn kenduri korban. sup tulang,ayaq asam, huiii..bestt..tp saya bertahan tak minum ais. gagahkan diri minum air suam byk2. sepanjang 4 hari dr 10 zulhijah hingga semalam, saya cuba minum air suam sahaja. sbb makan daging byk. berat dah tentu naik. huhuhuhu...

oklah. itu je. takdak cerita dah.

Wednesday, 24 October 2012

stress!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ali dah 5 hari demam, sejak sabtu lps. siang ok,mlm panas. dah 3 mlm berturut2 masukkan ubat ikut punggung.  hari sabtu dah ambik ubat kat klinik biasa, ayah dia bwk, sbb saya kerja sabtu tu. ubat tu dah habis. semalam kami bwk ali ke doc pakar yg biasa kami p. sekali lg masuk ubat punggung,sbb suhu dah 39. lps masuk ubat, dia ok. tgh mlm panas lg. Ya Allah, susah hati dibuatnya.

pg ni, abg aleh bwk ali jumpa sorg tokwan ni, pak long suid (kat tanah liat). paklong kata ali kena cacing. sbb tu siang ok mlm panas. dia bg daun suruh mandikan dan air penawar. masa ali demam bulan 8 hari tu pun, kami bwk jumpa paklong jgk, kes mkn ubat tak baik lah. alhamdulillah,lps 3,4 hari mandi daun tu,ali sembuh sepenuhnya. mungkin ubat doc baru meresap, kena plak dgn doa dr paklong. apa2pun, sebenarnya hanya Allah yg mengizinkan ali sembuh. semua atas kuasaNya.

raya dah dekat. semoga Ali cpt baik. susah hati bila tgk dia demam. terketar2. terkejut2. makan taknak. mujur dia nak jgk menyusu, sampai tak nak berenggang langsung dgn saya.

pg ni, saya masuk kerja jam 9.30, sbb balik 6.30 (library buka sampai 6.30 ptg sj sejak students cuti). saya plan nak keluar rumah awal, nak pegi pejabat pos uruskan brg si syaza tu, lps tu nak buat roadtax/insurans motor. tp tak boleh keluar awal jgk gara2 ali yg merengek. jdnya keluar pukul 9 jgk, sempat pos brg syaza sj. tak sempat buat insurans moot sbb tak sempat singgah rumah ambik geran motor. dah masuk kerja lambat. penat terkejar2. penat pikir. tak cukup tidur. stress. risaukan anak. raya nak dekat. esok takleh cuti gara2 cuti tak byk. rumah tunggang langgang gara2 tak boleh buat apa2 sejak ali demam.

Ya Allah, beri aku kekuatan dan kesabaran..amin..

tak baik mengeluh sebenarnya..lalui lah dgn tabah. semoga semuanya baik2 saja.

selamat hari raya aidil adha. jgn lupa puasa sunat esok. 9 zulhijah.

Tuesday, 23 October 2012

kena peluk dia jgk.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Situasi, dlm kereta. Ayah memandu, ummi riba adik Ali di seat sebelah ayah. kakak Nawal di seat blkg. dicelah2 antara ummi ayah. tempat favourite kakak.

ummi : kesian ali tak sihat..demam ye..? ali cepat baik tau. esok ummi kerja, tak boleh duduk dgn ali.
ali : (muka sebek2, mintak simpati lah tu..)
ummi : ala kesiannya dia..meh sini ummi peluk meh..(sambil raih ali ke dlm pelukan.ewah, mcm bahasa novel plak)

tetiba,

nawal : kesian kat nawal..takdak sapa pun nak peluk nawal... (mulut muncung, kepala tunduk, dagu cecah dada. boleh bayangkan tak? mmg sgt cute dan kelakar. hahaha!!)

alololoololo..meh ummi peluk nawal meh..sayanggggggg anak ummi ni..!!!

p/s : kuat cemburu, walaupun byk mengalah. nawal genap 3 tahun 4 bulan hari ni.



(teman ummi jogging kat mengkuang dam. tp dia asyik suruh berenti dgn alasan, "nawal penatlah..lenguh kaki.." alahaiiii...)

Monday, 22 October 2012

selepas 4 minggu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

4 minggu saya cuba jaga mkn. no heavy dinner. no ice. byk sayur dan ikan. kurang nasi. air 3 - 4 liter sehari. tp saya kurg exercise. hujung minggu je dpt pegi berjoging kejap di mengkuang dam.

hasilnya? saya cuma dpt turunkan berat bdn 4.8 kg sahaja dlm masa 4 minggu. T_T (kecewa..) tp mmg salah saya, dlm masa tu ayam goreng berapa kali bedal. sempat mkn KFC lg. hahaha! diet kononnn...

(kak nik, kamu lg byk dr acik. 5.4 kg. acik cuma 4.8. huhuhu)

tp, no problem. saya akan terus amalkan gaya pemakanan ini. saya bukan nak kurus dlm masa terdekat, saya cuma tak nak jd lebih gemuk. serius, saya tak ambik nasik 2 hari, saya turun hampir sekilo. cer bygkan kalau saya tak amik nasi seminggu, atau sebulan? tp, sbg seorg yg ber'perut' melayu jati, saya perlu mkn nasik. saya akan meloya nk muntah kalau sehari x mkn nasik. (poyo je bunyinya..) haha! susah betul nak mendidik perut ni. tp saya akan cuba. chaiyok riena chaiyok!!

lemak dlm badan dah turun. usia badan pun dah turun 3 thn. air dlm badan dah bertambah sikit. BMI pun dah turun skit. Alhamdulillah.

saya harap usaha saya bukan separuh jalan. amin.

Saturday, 20 October 2012

Kepulangan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pg selasa 16/10/2012, saya terima panggilan dr Ma.

"ayahcik kelantan masuk ICU, sesak nafas pg td."

ayahcik tu bapa saudara saya, abang kpd Ma, tinggal di Kg Gertak kechupu, Kubang Kerian, Kota Bharu. usia 82 tahun, ada seorg isteri yg saya panggil Mek, ada 7 org anak, berpuluh2 cucu dan beberapa cicit2. beliau adalah bekas guru, dan dihormati dikalangan penduduk setempat. org kuat U**O lah katakan.. sihat dan aktif sebelum ni, sakit sikit2 tu biasalah,org tualah katakan. tambahan pulak perokok tegar dan penggemar nescafe pekat. beliau seorang yg prihatin, baik hati, rajin beri nasihat dan jarang2 sekali marah.

pg tu selepas solat subuh, beliau sakit dada dan sesak nafas. anak2 cpt2 kejarkan beliau ke HUSM, Kubang kerian. bila diperiksa dgn teliti oleh doctor pakar, terdapat saluran darah ke jantung beliau pecah, dan saluran darah yg utama tu dah bocor. keadaan kritikal. doktor tak menjanjikan apa2 tambahan keadaan usia beliau pun dah menjangkau 82 tahun.

Ma baru pulang dr Kuala Lumpur utk  menghantar kakak ke Mekah. bas sampai jam 4 pg. dan ma terima panggilan jam 7 pg. kelam kabut ma bersiap2 utk pulang ke kota bharu pulak. anak2 semua sibuk dgn kerja masing2 termasuk saya. pakcik pulak keletihan utk memandu. ma dah buat keputusan utk pulang dgn bas. selepas ditimbang tolak dipikir2kan, saya ikut ma pulang sekali, sbb keadaan ayahcik sgt kritikal, saya takut tak sempat jumpa beliau utk kali terakhir..

kami pulang dgn kereta, pakcik drive (setelah beliau take a nap utk refresh diri) ditemani kak ina, kwn baik ma. saya bwk sekali anak2, tak sanggup tinggal bdk2 tu. bertolak jam 12 tgh hari, kami sampai hosp dlm 530 ptg. saya masuk jumpa ayah cik, keadaan beliau sgt tenat, beliau bernafas dgn tercungap2 wpun diberi bantuan oksigen.saya mohon ampun maaf dr beliau. dan tak sanggup utk tgk beliau dlm keadaan begitu. anak cucu dah penuh di wad. semua teresak2, mcm tak sangka, tokwan yg sebelum ini sihat2 sj, masih ke masjid dgn motorsikal, hari ini dah terlantar tenat.

abg2 saya bertolak pulang ke Kota Bharu jam 8.30 mlm, dan tiba di wad jam 2.30 pg. namun abg2 saya tak sempat jumpa ayahcik, kerana ayahcik telah menghembuskan nafas yg terakhir jam 12.30 tgh malam...

Ma sudah kehilangan satu2nya abg yg ada, skrg ma cuma ada seorang lg kakak yg sudah berusia 100thn lebih.


part paling hiba ialah, ketika jenazah siap dikapankan, dan anak cucu cium jenazah buat kali terakhir. subhanallah. saya terlalu rindukan saat saya cium dahi ayah buat kali terakhir..

jenazah dikebumikan jam 11 pg, 17/10/2012. dan saya pulang ke PPinang dgn abg lan, abg an dan kak ina. ma, pakcik dan abg man ada di kota bharu sehingga khamis.

dari kiri : kak yah (sepupu - anak ayahcik yg ke 3), kakak, arwah dan abg cik afif. Gambar diambil pd 16 September 2012

AL-FATIHAH buat Allahyarham Hj Yunus bin Daud.

Monday, 15 October 2012

Tips jaga perut.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya follow @fedtriyahya kat twitter. bagus fedtri ni, setiap twit dia berfaedah. tak sia2 follow dia. byk ilmu, peringatan dan pengajaran.

disebabkan saya tgh jaga pemakanan saya sekarang, ini ada beberapa tips dr fedtri yg boleh kita sama2 amalkan.







ok, selamat beramal. tips dr Nabi SAW : makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.  :)

sound bos.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

peringatan awal : ini entry luahan hati.  sila baca dgn minda yg terbuka.

saya ni seorang yg lantang. jenis sound direct. kalau saya tak puas hati pd sesuatu, atau pd sesiapa, saya suka bersemuka, dan berbincang dr hati ke hati, dr menyimpan dalam hati dan bernanah, atau mengumpat di belakang, itu mmg buka stail saya.

kisahnya pg ni, saya masuk ofis lambat sbb ada hal. pukul 7 pg td saya dah sms bos (bukan big bos, bos bwh skit, yg jd penyelia saya dan 3 org rakan sekerja lg.) saya sms bos bgtau saya masuk lewat. dia reply,"ok.." so finelah.

bila saya sampai, rakan sekerja yg lain tak kelihatan. saya tahu si U keja ptg, so dia masuk pukul 1. saya turun kaunter bwh, tak nampak si A dan juga si F. maka saya pun jumpa bos saya tu.

saya :  Encik, A dgn F mana? tak nampak pun.

bos : hmm..saya taktau lah. F tu tak msg apa pun. cuti ka apa taktau lah saya. yg A pun tak bgtau apa2, tp biasalah, kalau hujan mmg selalu dia cuti.

saya mcm aikk?? kenapa dgn F nada dia marah? tp utk A nada dia mcm faham dan tak kisah? sedangkan dua2 buat kesalahan yg sama, iaitu tak bgtau bos samada nak cuti atau masuk lambat? kenapa perlu double standard??

saya : oo..kalau A tak mai, kita pahamlah sbb hujan ka apa..kalau F tak mai kena habaq lah kan..(dgn nada geram, dan mmg saya perli bos.)

bos : tak la.. A kan mmg selalu mcm tu, kalau hujan dia bla bla bla..

wah, memahami sgt kan! so kalau dia tak inform pun takde masalah kan. kalau kami tak inform, mmg kena lah, lps ni panggil kami meeting, dan tegur kami. yg sorg lagi tu, tak kena apa2.

saya bukan dengki atau jeles ka apa. tp kalau yg buat salah, mmg sepatutnya kena. bukan yg sorg kena, yg sorg takdak apa2. dah lama bos saya ni mcm bg perhatian lebih kat si A. taulah si A ni keja bagus, kalau dia takde unit ni mcm payah skit lah keja. tp tak semestinya dia boleh dpt keistimewaan lebih. layan sama rata lah kan... lps tu bos asyik nak cari salah kami. kena perli. kena sound dlm meeting. dah lama saya perhati ja bos camni,tp hari ni saya dah tak tahan, sbb tu saya sound terus.

bos, i'm sorry. saya tau saya melampau. tp utk berjumpa bos dan berbincang benda ni, saya rasa tak mampu lg. saya harap apa yg saya ckp td, bos bleh pikirkan. terima kasih.

Saturday, 13 October 2012

Cerita Seram

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


saya ni boleh dikatakan agak berani. walaupun tahap berani tu adalah takut tgk cerita seram (hahaha), tp berani tahap boleh pegi toilet sorg2 takyah teman. haa..amacam,berani tak?? ok,ok..sebenarnya saya ni penakut jgkk..

nak dijadikan cerita, baru2 ni berlaku lah kejadian misteri di tempat kerja saya. saya malas nak tulis, boleh tak baca kat entry kak ida officemate saya je. hehe dasar pemalas saya ni.

seram 1.
seram 2.
seram 3.

amacam? seram tak? hhiiiiii.. tak kena kat kita takpelah. tp utk org yg melaluinya? sampai demam2 kak ida tu. saya sendiri tgk dlm CCTV tu, mcm ada benda bergerak di celahan rak buku. nak kata org, mmg mustahil sbb time tu mmg takde students atau staff lain kat atas.  nak kata binatang, haihh..mmg tak lah kan. bayang2? byg2 apa? eiiii mmg scary...

sekarang ni kalau kena keja shft ptg ( 1 ptg - 10 mlm), mmg tak suka lah. tp nak buat mcmana. dah namanya kerja kan..

semoga benda2 ni cpt2 berlalu. tak larat nak melalui trauma ni.

gambar ihsan dr pakcik Google. bukan kat library saya ni. hehehe

Friday, 12 October 2012

report card

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, dok mengemas almari, entah apa benda yg byk sgt dlm kabinet tu. rupanya segala fail, surat menyurat, buku2 lama, surat2 cinta zaman dulu kala (ehemmm) semua saya simpan situ. seronok dok belek2 benda2 lama, mengimbau kenangan betul. terjumpa pulak buku rekod saya zaman sekolah menengah dulu. hampir 14 tahun dah usia buku tu.

dah kuning rupa buku ni.


masa sekolah rendah, saya dalam kategori budak bijak. biasa dpt tempat pertama- ke 3 saja. UPSR dpt 4A (masa tu 4A je). haha mmg seronok jd budak skolah rendah masa tu. selalu buat ma happy. saya pernah dpt hadiah basikal dr kakak dan abg pi sbb dpt no 1 dlm kelas. masa tu darjah 6 kot. sesungguhnya itu hadiah paling berharga dan bermakna dlm hidup saya.

masuk sekolah menengah, masa ni zaman kejatuhan. hehe. bersaing dgn budak2 bijak yg lain menyebabkan saya agak kebelakang. masa ni mmg mencabar lah. failed tu biasa.  pd hal zaman skolah rendah nak jumpa B pun payah.

tgklah tu, masa tingkatan 4. memanjang failed. hahaha

mujur SPM boleh tahan, dpt jgk masuk matriks. hehe.kenangan indah zaman sekolah menengah.  sampai sekarang pun, sahabat2 baik saya adalah dr zaman sekolah menengah. sahabat hingga ke syurga harapnya. amin.

nak simpan baik2 buku rekod ni, nak tunjuk kat anak cucu bila diorang besar esok. insyaallah. :)

Thursday, 11 October 2012

11102012 - Ali 15 bulan. kakak nawal 3 tahun 3 bln lebih

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah makin laju berjalan. tak nak org pegang plak tu. amboi kemain dia ye. pandai berebut barang dgn si kakak. yg kakak plak tak pandai marah adik,habis2 pun "amboi adik ni,biasa dia tu.." lps tu merajuk..pekup muka atas lengan. lps tu adik datang tepuk2 kakak. alahai, sweetnyaa dua beradik ni..

Ali suka suap mkn sendiri. kalau mkn guna sudu tu siaplah, habis berselerakan makanan ke lantai. dan pandai ikut solat, kalau sujud tu 'kelekuk' kepala terhantuk lantai, tp tak nangis. sengih2 lg adalah. manja dgn ummi, kalau peluk ummi tu erat2 mcm takmau lepas. suka menggigit, geram betul. kdg2 kita ingat dia nak bermanja dgn kita bila tenyeh2 muka kat bahu,rupa2nya dia gigit! kalau tgh drive, sj2 je dia gigit lengan kita. isk2, kuat menyakat betul.

berat dlm 9kg lebih. susu botol mmg kurg. susu badan mmg melekat je dgn ummi. kalau susu halib's tu setgh kg lbh kurg sebulan. mmg jimat. hahaha! tp mkn boleh tahan. pelawa je makanan apa pun, Ali tak memilih. melainkan kalau dia dah kenyang. eh, jgn taktau, ali mkn pedas, tak mcm kakak dia. kalau kari tu Ali small matter je.

dah boleh panggil  'mimi' - ummi. 'pepen' - upin ipin. " anyah" -ayah. ma - tokma. ada lg word,umi dah lupa. kebanyakan yg sukukata 'i' kat belakang. hari tu dia sebut 'baby'. terkejut umi. paling terer dia sebut "nak nenen'. haha yg tu mmg dia pakar lah. kalau tanya dia, ali nak susu tak? dia geleng2, lps tu ckp 'nak nenen'- sambil tunjuk umi. hohoho! penangan breastfeeding.

saya rasa cpt sgt Ali membesar. mcm tak puas tgk dia baby. my son is not a baby anymore,he's a toddler. :)






kakak nawal pulak dah 3 tahun 3 bulan lebih. Subhanallah. dia anak baik. anak cerdik. comel, suka mengusik. baik dan lembut dgn adik. dia jarang pukul adik, kalau marah pun dia 'amboiii ' kan je adik dia. adik yg suka buat kakak. Nawal susah nak bahasakan diri dia 'kakak' kalau ckp dgn adik. selalu kena tegur dgn ummi. bila sekali tegur, sekali dia ckp kakak. lps tu jd nawal balik. bab berckp ni mmg lah, boleh ajak bersembang. jgn lah crita benda secret2 dgn dia, nanti dia crita habis kat org lain. haru.

badan bulat. berat dlm 18kg. walaupun dah diaper-free, tp mlm2 kena bg pakai jgk takut terbocor. saya pakaikan cloth diaper nak jimat punya pasal. lgpun susah nak jumpa saiz XXL,melainkan jenama drypers sj.

thn dpn nawal akan masuk tadika. tak duduk taska dah. tgh pujuk dia supaya jgn minum dgn botol susu dah. camna nak buat eh? kalau boleh taknak lah dia minum botol sampai 5,6 thn. saya rasa waktu ni dah sedang elok nak buang habit dia hisap botol susu.







  mkn nasik di kedai dgn ayah sebelum p sekolah.


semoga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan utk anak2 ummi. amin.

Tuesday, 9 October 2012

mandi kolam @ The Carnival, Sg Petani.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ahad lps pegi Sg Petani. dah lama berhajat nak bwk budak2 mandi manda. nak pi sungai dah biasa, jd kita ubah citarasa, kita pergi water theme park, The Carnival di Cinta Sayang Resort, Sg Petani.

tiket masuk RM23 utk dewasa, dan RM18 utk kanak2 dan warga emas.

tempat tak luas, game mcm tak byk sangat. tiket mahaiiiii.. tp peraturan pakaian tak ketat sgt. kemudahan tandas, tempat salin pakaian dan gerai makanan ok. surau kami tak jumpa, kami solat di masjid masa balik.

nawal dan ali really had fun. cumanya cuaca tak berapa baik. kejap2 hujan. nawal tu belasah ja main hujan. Ali saya control lah. tu pun meraung2 dia nak masuk kolam. bak kata sepupu," mcm anak itik jumpa air." mmg sesuai sgt lah perumpamaan tu dgn budak2 ni.


 ali lps mandi.
 baru nak mandi.
 kakak nawal tak mau naik. seronok sgt main air.

 tutup kepala sbb hujan rintik2. tp mcm sama je kena hujan dan duduk dlm kolam.
 gambaq ummi dia kena crop sbb mcm lebaq sgt, besar pinggan. hahaha
 ali kiut. hehehe

dan malamnya, saya berdoa tak henti2 moga anak2 tak demam, selsema atau sewaktu dengannya. Alhamdulillah, anak2 baik2 sj. ayahnya je selsema. kekeke

seronok, next time boleh pegi lg.

Friday, 5 October 2012

selepas 2 minggu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

05102012 - day 14.
dah 2 minggu kurang mkn, i mean, masih mkn nasi, tp dgn kadar sedikit. tak bertambah. kalau dulu bungkus nasi penuh polistrene, tp skrg separuh pun tak sampai. hahaha! bkn x cukup, kenyang mcm tu jgk. tp sayur penuh bekas lah. kalau mkn kat umah (weekend) mmg masak sayur penuh kuali, dan bubuh penuh pinggan. kenyang jgk. hehehe

lunch saya masa hari ke 4. (nmpak mcm masih byk nasi kan?dasar perut melayu, mmg takleh tinggal nasik.huhuhu)

dah 2 minggu jugak tak minum ais. asyik teguk air tea mix tu sepanjang hari. hari2 dok bawak botol air besar gedabak tu ke hulu ke hilir. selalu kena perli dgn opismate,"larat ke habis tu.." " nampak mcm tak surut ja.." mcm2lah. mujurlah i ni jenis tahan lasak, org kata i sengih saja..


sebotol tu 2 liter. dan saya kena habiskan sehari 2 botol @ 4 liter. mmg mencabar gila sbb saya kerja dlm library yg sejuk mcm kat kutub utara. kena pulak hari hujan. mmg ke toilet setgh jam sekali. huaaaa! penat. tp kena ingat, setiap kali saya buang air, makan segala toksin dan bahan2 yg tak diperlukan akan keluar sekali. so, pasrahlahhhhhh.... kdg2 habis 2 botol. kdg2 sebotol sj. dan biasanya 1 botol setgh @ 3 liter. oklah, sbb saya pun masih menyusu. mmg badan perlukan air yg byk.


makan mlm tak?? makannnnnn...hahaha! teruk kan? org kata kalau nak diet jgn mkn mlm. tp saya lapar, mmg lah kena mkn. cuma tak sebanyak dulu lah. kalau sebelum ni saya mkn nasik, siap bertambah2. tp sejak 2 minggu lps, saya minum shake dlm pukul 8 mlm. saya akan suapkan anak2 mkn dlm pukul 7. masa tu mmg saya akan curi2 mkn 3-4 mulut, hehehe. tak tahan tgk nasik anak. nak umpan diorang mkn, saya kena mkn sekali. huhuhu. kalau ada sayur, saya ratah sayur. kalau ada buah, saya mkn sebiji. taklah tak mkn langsung. sbb saya menyusu ali sepanjang mlm, kalau tak mkn kesian pulak si Ali tu. makanlah jgk, tp sikit lah.

camna rasa lps 2 minggu? entahlah. rasa mcm sama saja. perut moncet lg. hahahaha! cuma kain yg dulu rasa ketat, skrg sedang elok. saya ada beli baju dr kawan saya, tp tak berapa muat.mungkin jenis material baju tu, saiz yg biasa ambik pun tak 'celus'. saya harap, saya boleh pakai baju tu nanti. hehe

haih, malam kang nak p timbang. harapnya ada penurunan yg lebih. amin.

Wednesday, 3 October 2012

kesudahan yg baik

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Suratkhabar Metro, 3/10/2012

masa baca berita ni, saya tersenyum. mcm tak baik kan baca berita kematian tp  senyum? saya senyum bkn sbb gembira adik ni meninggal, tp saya senyum bila fikirkan kesudahan yg baik utk adik ini. bertuahnya dia, bila dia meninggal dalam keadaan berwudhuk, di atas ribaan ibu tersayang, dlm keadaan ibu redha dan Insyaallah, Allah pun redha. meninggal mcm tidur, kata ibunya. bertuah, adik ni sgt bertuah. sbb itu saya senyum dan terus sedekahkan al-fatihah.

pernah dulu, kawan baik saya (alfatihah buat arwah Nik Fauzi Nik Su) meninggal dlm keadaan berwudhuk. dia baru usai solat zohor, dan ayahnya panggil dia ketika dia sedang baca Al-Quran. dia meninggal akibat ditimpa dahan pokok ketika sedang membantu ayahnya menebang pokok.(sedih masa taip ni). tp itu kesudahan utk dia. yg kita nampak sbg kesudahan yg baik.

byk kisah yg kita tau,kita baca, yg org lain meninggal ketika sedang sujud, ketika sedang solat, ketika sedang nak azan, ketika tidor, ketika bersalin, ketika memandu dan mcm2 lagi. saya selalu terfikir, bagaimana keadaan saya ketika nak mati nanti?adakah kesudahan yg baik? atau yg buruk? sungguh, saya benar2 takut kalau kesudahan saya adalah kesudahan yg buruk. nauzubillah..

sama2lah kita berdoa,semoga kesudahan kita nanti, adalah dlm kesudahan yg baik, amin..

Wajah baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sejak kembali rajin mengupdate blog (yg entah berapa lama boleh bertahan.haha) saya rasa bosan plak dengan wajah lama. dok godek2 template, kita amik lah template ni. tukar gambar header. oklah buat masa ni. nanti mai mood lain, kita tukar  pulak. buat masa ni, tgk lah apa yg ada. hehe

gambar header tu adalah gambar peberet buat masa ni. rasa bahagia menatap wajah ceria anak2. moga Allah terus melindungi,merahmati dan memberi kesihatan yg baik buat anak2 tersayang. amin.

Tuesday, 2 October 2012

Handbag utk dijual.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

POST INI AKAN MELEKAT KAT ATAS NI SAMPAI ADA ORG BELI.



UNTUK DIJUAL

BEG BARU TAK PERNAH GUNA LAGI.(dok dlm plastik lg)
handbag jenama COACH. warna PINK
GRED AA (bukan ori, tp berkualiti)
ada dust bag, tali extra utk lebih panjang dan label coach.
harga : RM170 termasuk pos (boleh nego) 

berminat? mohon emel ke : adzrina09@gmail.com

Terima Kasih

Belajar bersyukur.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

orang yang belum kahwin, teringin nak kawin dan bercita2 nak jd isteri/suami yg soleh.
kita dah kawin tak nak berusaha utk jd isteri yg soleh.

orang yang belum dikurniakan anak,  berazam nak jaga,didik anak baik2 utk jd insan soleh,
kita dah ada anak tak berusaha sungguh2 utk didik anak baik2.

orang yg tiada ibu ayah, terkilan sbb tak dpt berbakti dan menjadi anak yg soleh,
kita yg ada ibu ayah ni tak berusaha sungguh2 utk jd anak yg soleh.

orang yg tiada kemampuan bercita2 nak beramal dan bersedekah kalau punya harta,
kita yg ada kemampuan dan harta, tak nak beramal dan bersedekah dgn keupayaan yg ada.

pendek kata, sebelum ada kita byk azam dan cita-cita.
bila dah ada, kita tak menghargai dan bersyukur.


entah apa yg saya bebelkan. moga kita sama2 dpt jadikan peringatan.

Monday, 1 October 2012

28092012 - day 7

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

7 hari selepas mengamalkan HL dan diet sihat, tp masih kurg exercise (susah sungguh nak buat), berat telah turun sebanyak 3.2kg. ma ckp, kalau saya lg kurg mkn nasik dan byk2 lg exercise, mesti lg byk turun.

takpalah, dah cukup baik tu seminggu 3.2kg. byk lg nak kena turun. insyaallah, saya mesti boleh! (pom2 girl utk diri sendiri.) kg yg byk turun itu tak penting, yg penting adalah selama mana saya boleh konsisten utk amalkan pemakanan sihat. itu matlamat kita.

antara kita kan, mesti ada baju kegemaran masing2. bila dah sedikit beirsi, baju kegemaran dah takleh pakai. saya ada byk baju yg saya suka pakai dulu, tp kini dah x brapa boleh pakai. saya berazam utk pakai balik baju2 tu nanti. moga berjaya lah hendaknya.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...