Wednesday, 27 June 2012

dayah kawen, yeay~!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pada 7 Jun 2012 hari tu, khamis, time cuti sekolah. adik kedua saya, Hidayah, telah melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinannya di rumah mak lin di Kubang Ulu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yg telah dirancangkan. cuaca pun baik. walaupun majlis bukan pd hujung minggu, tp kehadiran tetamu sgt ramai dan meriah sgt. Alhamdulillah.

cuma satu yg kurang, ayah dah tiada. hanya doa yg menghubungkan kami skrg. :)

majlis pernikahan berlangsung di Masjid Kubang Ulu, masjid yg sama saya dan suami nikah dulu. :) bezanya, kali ni abg man yg jd wali.

ni gambar2 dr kamera cap ayam saya. teringin nak kamera baru. yg ni dah 5 tahun dah.

 tema majlis biru kad pengenalan. (ada ka?)
nawal tu taktaulah kenapa, masa pg kenduri tu dia tak sihat. dia mengadu sakit perut dan badannya agak panas. makan tak lalu. susu pun tak habis.itu yg semua pic dia mcm tak ceria.


mak lin dan hidayah.

 hidayah dan adik beradik perempuan.
adik saya,khairani yg belajar kat UK tu, sempat sampai malam sebelum kenduri. mujurlah.(dia bertudung pink bercermin mata)

 gambar ni mcm gambar saya dulu. hehe. masa acara ni berjalan, saya dan abg aleh asyik dok mengimbau kenangan kami dulu2. hihihi

 nawal si becok, pd hari tu jd si garang. asyik nak marah je. tak sihat lah tu.

 kumpulan kompang, pengantin sampai tepat jam 12 tghari.


 kakak2 ipar saya.

 atas dr kiri : kak ilah, hafiz, hidayah, kak mah.
bwh dr kiri : saya, nawal, humaira, kakak.

 saya sekeluarga bersama pengantin. mana Ali. oh ya, Ali kat rumah pengasuh. pukul 2 baru abg aleh pegi amik.

 hidayah dan hafiz potong pulut kuning yg kakak ipar saya buat.

 Ali dah ada. sgt behave. mungkin sbb dah tidor, dah mkn. so takde sebab nak mengamuk.


 tgk tu ali, tak nak duduk diam2. nak amik gambar pun susah.


usaha nak peluk pinggang suami, tp tgn tak sampai. hahaha

sorilah, gambaq kami yg byk, gambaq pengantin tak berapa ada, kalau ada pun tak cantik sgt. tp takpe, dia ada jurugambar rasmi. nanti kejap saya letak pic dr Fikri Nazari.
(sorry kalau kualiti kurang, sbb saya cilok dr FB je.bukan Hi-Res)
 suka pic ni. ini pengantin dgn adik2 dan sepupu2. geng anak dara je ikut outdoor shooting. mak2 org ni penat, jd dok umah layan anak2 je.
 kreatif!
 sepupu2 lah ni. ceria betul!
 motor ni milik photographer tu. sempat dia abadikan motor dia dlm pic.
cincin kawen dayah.


ok, itu je. semoga adik saya ni bahagia dunia akhirat,amin. sekarag dia dok aloq setaq, ikut suami. kebetulan dia dpt pindah mengajar di sana. semoga semua baik2 saja. amin.

Saturday, 23 June 2012

23062012 : Nawal is 3~!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

anak sulong saya, Aisyah Nawal sudah genap 3 tahun hari ini. 23 Jun 2012. dilahirkan pd 2009 dengan berat 2.88kg, sekarang dia sudah 13.5kg. tinggi sudah 80cm. tangan dan badan yg agak berisi. cerdik. cergas. sihat. Alhamdulillah.



rasanya tahun depan dah boleh masuk tadika. sekarang nawal masih di taska. nawal pun dah boleh mengira, mengenal warna dan bentuk, abjad tak khatam lg. bab menyanyi dia lah handal. al-fatihah pun dah ingat wpun sebutan tak berapa fasih lg. boleh baca doa mkn, doa lps mkn, doa tidor, doa utk ibubapa. alhamdulillah. perkembangannya normal seperti anak2 seusianya.

cumanya, saya perlu hati2 dgn kesihatan dia. nawal tak boleh demam panas, sbb bila suhu bdn dia tinggi, dia akan mudah kena sawan. setakat ni dah 2x kali nawal kena serangan 'tarik' tu bila demam. sekali masa bulan febuari hari tu, dan baru2 ni pd 10 jun, sehingga terpaksa di tahan di hospital selama seminggu utk dia betul2 sembuh dr demam.

umoq 3 tahun, 3x dah masuk hospital. kali pertama masa keracunan, di usia 1 thn 9 bulan di hospital bukit mertajam. seminggu selepas kenduri ayahcik dia.
kali ke dua di usia 2 tahun 8 bulan, di hospital sbrg jaya.
dan kali ke 3, di hospital kepala batas, 4 hari selepas kenduri makndak dia.

harapnya lps ni, takde dah episod masuk hospital ni, melainkan kalau dia nak bersalin. tu pun 20 + thn lg.


 rambut terpaksa potong, sbb berbuah. lps tu kusut, sbb rambut dia perang sebelah bawah tu. takpelah, nanti tumbuh lagi.

 anak ayah, tp sejak keluar hospital ni, dia sgt manja dgn saya. taktaulah kenapa. tak boleh langsung berenggang. mujur dia nak jugak pegi taska.


Aisyah Nawal,

Ummi doakan kamu membesar dgn sehat sejahtera, berakhlak baik, diterangkan hati utk menimba ilmu dan dirahmati Allah sepanjang usia..amin ..jadilah anak yg solehah utk ummi ayah, yg menyenangkan hati dan membahagiakan kami dunia dan akhirat.

lots of luv,
Ummi, Ayah & adik Ali.

Thursday, 21 June 2012

ali gonjeng

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

*edit. ada video baru letak.

My little caliph, Ali is 10 months today. baru boleh merangkak perlahan2.
dia lasak seperti budak lelaki seusianya. kalau letak dlm car seat, dia meronta keluar.
kita dukung, dia meronta nak terjun.
menyusu pun dah mcm2 gaya dah, letih ummi dia.
rambut pun dah panjang, jd kena cukur dah.

hampir 2 minggu dia dgn pengasuh baru, Alhamdulillah. makin serasi. kurang menangis.
semoga semakin baik hari demi hari. dan dijauhkan Allah dr segala keburukan, amin.

Ali sebelum bergunting. rambut lebat. kadang2 ali suka garu2 kat tepi telinga. mungkin dia geli rambut kena telinga dia kot.



 selepas bercukur. yg cukur rambut ali ialah bapa sedara ali, iaitu pak long latif, abg sulong abg aleh. abg latif ada kedai gunting rambut di kubang ulu. 

sebelum tu kami suami isteri dok suspen jugak, ialah mcmana reaksi ali bila nak gunting rambut nanti ni. nak meraung ke, nak melasak ke. mcm2 dok pikir. rupanya ali cool je atas ribaan ayah. adalaa dia golek2 sikit kepala dia, tp pak long takde masalah nak selesaikan kerja dia. ali behave dan tidak menangis. what a surprise. hahaha! ummi ayah dia je gabra lebih. hehe. so lepas ni bolehlah ali bercukur selalu. ummi suka imej ali botak mcm ni. nampak cerdik dan matured. nak lap lps mandi pun senang. dan takyah sikat rambut. hehe

ada ummi ambik video dia bergunting.nah.
  video
hmm..lagi 2 bulan je lg ali akan berusia setahun. cepat betul masa berlalu.

Wednesday, 20 June 2012

tiup habuk.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikummm~!!
bg salam, buka pintu..capai penyapu dan bulu ayam. sapu2 habuk dlm blog.

hahaha

lama tak hapdet. byk sungguh nak cerita. tp keadaan dan masa tak mengizinkan. byk keja bila student baru masuk ni.

nantilah kita cerita lg. entry ini sekadar menyapu sawang. hohoho

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...