Saturday, 25 February 2012

:: Setahun telah berlalu.. ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Hari ini, 25/2/2012, sudah setahun ayah pergi. ya, sudah setahun. Mcm baru je kan? padahal dah setahun.

Ayah, bila ina pi rumah ayah, ina terbayang2 ayah duduk kat kerusi di kaki lima tu. tp bila makin dekat dgn rumah,sebenarnya ayah takdak pun. yg ada cuma mak, yg kadang2 sedang menyapu di depan rumah, atau sedang menyiram pokok di halaman. kadang2 adik mizah yg sedang basuh kereta.

mak selalu ckp, "kalau ayah ada ni mesti dia seronok."
- bila nawal ckp pot pet pot pet tak berhenti.
- bila ali menyuluq laju2 sambil senyum2.
- bila kami berbual dan gelak ramai2.
- bila kami makan lauk gulai kegemaran ayah.
- bila kami sibuk2 berbincang pasal dayah nak kawen.
- bila kami, mcm2 lah!
nama ayah tak pernah lekang dr mulut mak. rindu ina pd ayah, tentu lebih kuat rindu mak pd ayah.

mak dgn mizah duduk berdua ja dirumah, bila ina tak p rumah ayah dlm 2 minggu ja, mak mesti kata,''dah lama kak ina tak mai.." ikut hati nak pi jenguk mak hari2, tp tentulah tak daya. lagipun nanti mak kena buat ayaq teh byk2. hahaha! p lah mana pun, ayaq teh mak jgk yg sedap. lg sedap kalau teh tu mai dr UK. (kan kyra kan? hehe)

tp dayah selalu blk wpun dia dok jauh nun dia gua musang.asal hujung minggu tetiba dia ada di rumah.mmg tahan lasak betui dayah tu. dia lg sanggup meredah perjalanan dlm bas dr dia keboringan di rumah sewa dia. kesian betui. itulah, kami doakan dia cpt kawen, dan boleh bertukar tempat mengajar bg dekat sikit dgn rumah mak. InsyaAllah, moga urusannya dimudahkan Allah Taala. amin..

kalau khairani ada, mak taklah sunyi sgt bila mizah p keja. ya lah, walaupun khairani tu tak byk ckp,sekurg2nya kita nampk dia ada. Ayah, khairani pun dah tak lama nak habis belajar. dlm setahun lebih ja lg, insyaAllah. moga nanti dia bleh balik on time, dan dpt kerja dekat dgn mak. kalau ayah ada, mesti ayah seronok,kan? (ulang ayat mak.)

ayah, abg an dah nak dpt anak,insyaAllah, pertengahan bulan 5 nanti. hari ni adalah ulang tahun pertama pernikahan dia. dalam kegembiraan dia sambut 1st anniversary, mesti dia sedih bila ingat hari ni genap setahun ayah pergi. dia yg terpilih utk diuji Allah. Subhanallah. Ayah tak sempat kenal anak lelaki ina, Ali dan anak abg an. tak apa, nanti kita kenal di syurga kelak. amin.

ayah, ina mintak maaf, kalau ada hari yg ina terlupa sedekahkan Al-Fatihah utk ayah. ina mintak maaf kalau ada sekali dlm 5x solat dlm sehari ina tak sempat doakan ayah. tapi ina sentiasa berusaha, setiap kali ina teringatkan ayah, akan disusuli dgn doa. ina akan terus cuba dan berusaha,utk jd anak yg soleh utk ayah dan ma dan mak dan pakcik. insyaAllah.

ayah, ina rindukan ayah sebenarnya.. T_T

semoga ayah tenang dan damai 'disana'. mcm kakak selalu ckp, moga kita semua dihimpunkan bersama di syurga kelak, amin ya Rabbi.

Al-Fatihah untuk arwah ayahanda, Hj Yusuf bin Omar.

Thursday, 23 February 2012

Nawal - 2 tahun 8 bulan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni, 23/2 - aisyah nawal sudah 2 tahun 8 bulan. dah besar anak gadis ummi.

- dah berckp kurang pelat. S je jadi syin. dan R. biasalah tu.
- dah diaper free sejak beberapa bln lps. saya trained dia masa cuti bersalin hari tu. so skrg pun dah bleh kuar jalan2 tanpa pakai pampes dah. cuma tidor mlm je kena bg pakai, sbb saya malas nak kejut dia pegi toilet. hehe. rasa mcm '' dah besar dah anak aku." sejak dia tak pakai pampes. jimatlah skit ayah dia. hahaha
- byk benda dia boleh buat sendiri. cth : buka pintu kereta. kita plak naik gerun.
- dah pandai demand, kena pandai tackle dia  blk. Alhamdulillah, setakat ni dia seorg yg mudah dibawa berbincang. tgk keadaan camna. ada masa mengamuk guling2 jgk.
- byk dialog2 kelakar sejak pandai berckp ni. byk yg dah saya kongsi di fb dan twitter. rasanya kalau saya bukukan dialog dia dan bg dia baca besar2 esok, mesti best. mungkin bg org lain tak lah kelakar sgt, tp biasalah, dia kan anak saya,benda kecik pun saya rasa lawak.

cth : dah byk hari saya teringin nak mkn mee tulang, dan saya suarakan pd suami. nawal yg suka menyampuk,tetiba dia pun nak mkn mee tulang jgk.

hinggalah suatu hari, saya suapkan nawal mkn nasi berlaukkan ikan goreng. saya asingkan isi ikan dan tulang. tetiba :

" umi! ni tulang! nanti kita mkn mee tulang ni na." sambil tunjuk tulang ikan. saya cuma gelak. malas nak hurai pjg. nanti lg byk dia tanya.

- dan banyak tanya jugak. cth :

"umi, kita nak p mana ni?" dlm kereta lps ambik dia di nursery.
- nak blk rumah kita lah.
"rumah kita kat mana?"
- kat rumah ayah lah.
"rumah ayah kat mana?"
- kat lahaq yooi.
"lahaq yooi kat mana?"
- kat tasek gelugoq.
 dan soalan seterusnya. bleh nampak tak? selagi dia tak bosan, selagi tu dia tanya. dan biasanya saya ajak dia sembang tajuk lain sblm saya pening dgn soalan dia.

- dah lama tak timbang berat dia,last timbang bln 12 hari tu, 13kg. rasanya tak naik byk.

buat mata 'hantu mak limah'. kononnya nak takutkan ummi.

dah pandai buat peace.

saya suka potong rambut depan dia style tu. mcm anak jepun. haha


Tuesday, 21 February 2012

mata sepet tp bulat.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

aisyah nawal - masa 7 bulan.


ali  nufail - 7 bulan

budak2 ni sebenarnya sepet, ikut ayah depa. tp kadang2 boleh jd bulat, sbb depa jegil mata kena flash. haha!
actually, serupa je muka budak2 ni kan? bezanya sorg girl sorg boy.

Tuesday, 14 February 2012

kalau bleh pegi, pegilah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Dah lama org bercerita tentang training ESQ. kalau kat tempat kerja saya ni, dah ramai yg terpilih utk menghadirinya. cuma saya je yg belum naik2 nama. heran jgk. betullah,bkn insan terpilih.

hinggalah suatu hari. dpt emel dr pengurusan yg sapa2 nak pegi training ESQ, bleh bg nama. pd mulanya saya berkira2 jgk nak pegi sbb buat hujung minggu, sabtu dan ahad. sampai 8 mlm plak tu. tp saya tekad, lps minta izin suami dan tanya available ma, saya pun bg nama.

dan Alhamdulillah. saya 'berjaya' menghadiri training tu walaupun hari sebelumnya terpaksa bercuti dek kerana anak2 demam panas. ada jgk rasa menyesal sbb terpaksa tinggalkan anak2 dikala mereka memerlukan. Mujur ada suami yg beri semangat, sanggup jaga anak2, ada ibu yg bg sokongan, ada sahabat yg sudi bg nasihat percuma,(thanx Dr. Mizwar!). hangpa mmg best lah! bertuahnya saya. anak-anak pun baik2 saja sepanjang peninggalan saya.

ini nasihat percuma dr mizwar tu.

konklusi dr training ini, kita lebih mengenal diri. kalau kita tahu kita akan mati hari ini, semua atas dunia ni dah tak memberi apa2 makna. saya harap saya akan lebih baik dr sebelum ini. amin ya Allah..

selanjutnya, bleh tgk dr sini : www.esq.com.my

dan pd sesi terakhir tu, tak sangka, saya akan dpt bunga dr salah 1 aktiviti semasa training. mmg seronok gila.  bunga betul ok, bukan bunga plastik.


dan bunga ini disemadikan di office saya.

alhamdulillah.

sebenarnya, kita akan lebih bahagia kalau memberi daripada menerima. kan?

Thursday, 9 February 2012

Jalan-jalan cari pasal.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum~!

amboi2 adik Ali, kemain lagi ye bercerita dalam blog ummi. lepas ni kakak kena gilir2 lah bercrita dlm blog, kita take turn ok. haha! kakak ok je, sbb kakak rasa org lagi suka kita yg tulis dari ummi tulis. hehehe. soryy ummi. nawal bergurau je.

Sehari sebelum sambutan hari thaipusam, hari isnin, ayah bawak kami jalan-jalan ke Bukit Bendera. nawal ajak tok dgn mak tam sekali. lg ramai lg meriah. ayah bila nak beli kereta lg besar?bleh bwk ramai2.

kami sampai di kaki bukit bendera dalam jam 10.30 pg. masa tu org dah ramai. beratur agak panjang. mujur ummi kejap je beratur. dlm 10 min je dah selesai. harga tiket RM8 utk dewasa (pergi blk) dan RM4 utk warga emas dan kanak2 lebih 3 thn. tapi kena bg ic lah masa beli tiket, kalau tak kena bayaran mcm pelancong asing,RM30. hehehe

ini sebelum nak naik keretapi @ train. nawal sebut 'teyen'. hahaha!

ini tok yam @ ibu kpd ayah nawal. tok ckp dah bertahun2 tok tak pi bukit bendera. sejak ada train baru ni. nak tahu jugaklah mcm mana rupanya.

adik ali yg behave. masa nak pegi dia tidor. bila sampai dia cergas. bila balik dia tidor lg. kiranya atas kereta dia tidor je. syoklah tu bleh dok atas riba ummi. nawal jgk kena duduk belakang. jeles tau.

ini dah sampai puncak. org ramaiiiii sgt. cuti umumlah katakan. ramai yg datang dr luar P.Pinang. 

ummi malas nak bwk stroller ali. jd terpaksalah berdukung. mujur ada ayah.

kami sampai je ada pertunjukan ular. sebelum mula pertunjukan tu nawal dgn eksyennya berdiri depan pentas. tp elok je abg tu keluarkan ular, nawal terus lari duduk dekat ummi. nawal takutlah, takut ular tu terbang atas nawal. tp ummi ckp ular tak boleh terbang, ular boleh merayap je.

berani betul kakak dan abg2 tu pegang ular. siap cium ular, belit2 ular. eii..nawal geli lahhh...


jd nawal duduk jauh2 dgn ayah dan adik. hehehe

 kami jalan2 atas tu dalam sejam je rasanya. tok tak larat nak jalan jauh2. lepas bg adik mkn dan menyusu. kami pun naik train turun. train yg baru ni laju betul. mcm LRT. bestt!

sampai je kat bawah dlm 12.30 tgh hari, wahhh! org makin ramai. beratur nak beli tiket pun panjang sgt. ummi ckp mujur kita sampai awal sikit, kalau tak kesian kitorang kena panas. kami balik ikut jambatan, tak dpt nawal naik 'feyi' sbb jln jammed. ayah ckp esoknya org india nak sambut Thaipusam. lain kali ayah bwk naik feyiii lg.

mkn tgh hari di bandar perda, lps tu blk rumah tidor. hehehehe

sekian shj cerita nawal kali ini. lain kali nawal cerita lg ok!
tata~!!!

Wednesday, 8 February 2012

kakak oh kakak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikum semua~!!

hari ni Ali nak cerita sikit. sroot~! (lap hingus dulu) hehehe, sori. dah 2,3 hari ali selsema. jangkit dgn kakak nawal la ni. kakak tu dah berhingus suka cium2 Ali, kan dah jangkit. kakak saje je, bila ali cium pipi dia,dia kata ali bg 'ayag yoq' (air liur) kat dia, tp dia bg 'cecair dr hidung' kat ali takpe plak. isk isk isk..maka terjadilah aksi tenyeh menenyeh antara kami,biasalah, adik beradiklah katakan.

hehe. sori kalau ali telah me'mualkan' pembaca2 blog ummi. keh keh keh.

Ali suka sengih.

hari ni Ali sudah menghampiri 7 bulan. kejap je masa berlalu.kan? ali dah pandai makan. kalau menyulur laju je, kejap je dah sampai dapur. mmg tak boleh tinggal lama sikit. 

ada sekali tu ummi tinggalkan ali kat depan dgn kakak, ummi pegi bilik air sbb ali muntah atas ummi. ali pun dgn lajunya menyulur ke arah kipas. ali tgk kipas tu mcm best je pusing2, teringin jgk nak pegang. ali dengar kakak menjerit2 tak bg ali pegi dekat kipas. tp ali buat tak dengar je. ali tolak kipas, kipas tu terbalik atas ali. tercabut penutup depan kipas  tu. Ali pun menangis lah sekuat alam. kipas dah jatuh atas ali..sakit ooo~! bukan ali je menangis, kakak pun menangis tgk ali ditimpa kipas.

(cerita versi ummi : saya ke bilik air sbb ali muntah. nak tukar baju basuh muka bt apa yg patut. mmg secepat mungkin saya buat. tiba2 terdengar bunyi 'gedegang'! disertai tangisan kuat Ali.bila sampai depan je tgk ali dah terbaring dgn kipas atas perut dia. penutup dah tercabut.kipas dah berhenti berpusing.dan nawal sedang menangis, mcm dia yg kena.)

Masa tu ayah belum balik lg.Ummi terus angkat ali, buka baju seluar, belek2 badan ali utk cari kesan luka atau lebam. tp takde apa2 pun. lepas tepuk2 ali pun diam, dan sambung main mcm takde apa2. biasalah,ali kan hero. setakat kipas jatuh atas ali, Insyaallah. takde apa2.

dan skrg ni, kalau ali merayap hala ke kipas je, kakak nawal dah terjerit2 tak bg ali ke kipas. siap tarik2 ummi suruh ambik ali. kakak ni, rilexlah. ali tau kakak sayang dan risaukan ali. kakak siap bgtau ummi lps adik dihempap kipas tu, "nawal takut adik sakit. nawal takmau adik mati." oh kakak, u really touch my heart lah~! (mana ntah nawal blajar ckp camtu. basah mata ummi kejap)


ini lah kakak nawal kesayangan ali. ali harap dia boleh jd kakak yg best mcm ibu , kakak ummi. :)

 ini kakak nawal tgh tidorkan baby bear. dia buat mcm ummi buat kat ali. sweet kan kakak nawal?

itu belum lg dia susukan baby bear,siap selak baju! kakak nawal ni mmg kelakar.

buat masa skrg ali mkn nestum, kentang rebus, bubur nasi. buah-buah. cuma 1 je, kenapa kalau ali mkn nasi, ali akan buang air besar dgn byk?  Ali pun heran.

skrg ni ali ok je kalau kena tinggal. ahad lepas ummi tinggalkan ali dgn ayah sbb ummi pegi meeting alumni skolah,  ali ok je. minum botol ok, tidor pun ok. ayah bwk ali jalan2 naik moto. tp bila ummi balik je, ali tgk je muka ummi, terus ali nangis kuat2. haha! biasalah, ali buat 'drama' nak tarik perhatian ummi je.
weekend ni ummi nak tinggal ali lg. ummi ada kursus sabtu dan ahad dr pg sampai mlm. takpe ummi, it's gonna be ok. ali baik2 saja. dont worry ok? tp dgn syarat, lps ummi blk, ali nak 'melekat' dgn ummi sampai pg. hehehe

oklah. nanti kita cerita lg. kakak nawal pun nak cerita jgk. tata~!

Friday, 3 February 2012

jemu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

haii, semalam kata sebuk, hari ni jemu plak.

bukan apa, ptg semalam dah 2 jam meeting dgn rektor.
hari ni meeting jabatan pulak.
lusa, meeting sekolah pulak.

asyik meeting je. ai ni dahla tak suka meeting2 ni. boring tau. mcm mana lah org yg hari2 kejanya asyik attend meeting ja. huii,mesti bosan gila kan? agaknya dengar perkataan meeting je bleh muntah. hahaha


kalau dah mcm gini ghupanya meeting, mmg teruk gila lah. hahahaha~!

Thursday, 2 February 2012

sebuk.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya ni biasa lapang-lapang, senggang-senggang,lengang-lengang..biasalah, pembantu perpustakaan je.

tp sehari dua nih tetiba jd busy. tak cukup masa plak.

- dilantik jd ketua KIK library. depa ni mmg tak patut. ni namanya nak naya aku. susah gila tugas ni!
- weekend ni ada meeting Alumni Irshad. sbg setiausaha, byk benda nak setel. saya harap semuanya berjln lancar dan kehadiran lebih baik dr thn lepas.
- kereta rosak tak baik2 lagi. terima kasih Mijah kerana pinjamkan keretamu. jasamu dikenang. (mujur ada adik beradik ramai bleh tumpang bila susah)
-awal bln byk benda nak buat. statistik lah, documentation lah. aiyak~! tu baru kerja library,belum jd pen pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia lg. (excuse me, kakak!) Huhuhu.

bertenang riena. u can do it~!

p/s :  rasa lega yg amat, bila permohonan nak sambung belajar, ditolak. gila, org rasa sedih bila gagal, yg aku happy plak. nampak sgt tak ready jd student blk. hahaha



Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...