Tuesday, 31 January 2012

Ust Don Daniyal.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

selalu tgk dlm FB/You tube je. tp kali ni bleh tgk depan2.


ust don, awak mmg kacak. sudi tak jd menantu saya? kah kah kah!
(ops..khabarnya dah jd tunangan org.alamak, melepass..haha)

mula2 tau beliau ada bg ceramah sempena maulidur rasul di surau tmn pauh. ingat nak pegi lah, tp 'ter' pegi rumah mak lin plak. takpelah..terlepas peluang. bila balik dr rumah maklin, ayah wan aka bapak tiri  aka imam masjid jln baru, bgtau yg ust don akan berceramah di masjid  jln baru keesokannya. wahh, alhamdulillah. bolehlah pegi.

jd dgn penuh bersemangatnya, kami sekeluarga dgn 3 biji kereta (penuh ok!) ke masjid jalan baru utk 'caj iman' yg tak seberapa ni di samping nak berkenalan dg ust don yg khabarnya popular skrg ni. saya bwk jgk anak2 saya, aisyah dan ali.


Ali yg behave, walaupun agak lasak. tp mujurlah tak menangis, kalau tak mesti menganggu ketenteraman awam. si kakak yg asyik pusing2, merayap, tegur org sana sini. "ummi, sapa ckp tu?" - dia tak nampak ustaz berckp kat depan, tp dengar suara. "napa dia dok depan? nawal nak p sana boleh tak?' alahai anak. kat depan sana semua jemaah lelaki je lah.

cara penyampaian beliau biasa2 je sebanarnya. tp takdelah membosankan. gaya penceritaan beliau part sayu tu mmg menyentuh hati. tak kelakar sgt, byk input berguna. best jgk. semoga beliau terus dirahmati Allah dan dijauhkan dr fitnah dunia. amin.

seronok kalau dpt selalu menghadiri majlis ilmu mcm ni dgn anak2.

Monday, 30 January 2012

mana dia belajar?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

nawal ambik teddy bear dia, letak atas riba, pastu 'nenenkan' bear tuh.
adeii..ummi tepuk dahi..

adik dah baring2, dah golek2 kepala. ngantuk sgt lah tu. kakak nawal datang, lantas tepuk2 paha adik dan mula berzikir, " lailahaillallah..muhammad rasululllah.." dgn bahasa sdikit pelat tp masih boleh difaham.
adik terus tersentak dan tak jd tidor. kakak tepuk kuat sgt lah kakak. pelan2 sudahla..

nawal lagi, nak pegi rumah tok yg depan rumah tu je. tp kelam kabut cari tudung. "nawal nak pakai tudung, nak p umah tok."

mana lg dia belajar, kalau bukan dr ummi dia.

mmg tak salah lg, ibu bapa adalah contoh terdekat anak-anak.

Friday, 27 January 2012

Malam Jumaat..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tajuk entry ntahapahapa. ;)

Al-kisahnya mcm ni, balik dr amik anak2 di taska ptg khamis, nawal tetiba minta nak mkn hefsi @ KFC. saya ckp ok, nanti ummi beli ayam goreng kita mkn kat umah.

"takmau. nawal nak mkn kat kedai hefsi."

amboi, kemain lg demand ye. tp mmg dah berkurun tak mkn KFC, rasanya sejak bersalin tak bawak pun lg dia makan kat situ. maklumlah, bukan tekak ayah dia. kalau tekak ummi dia selalu je. hahaha!

jd lps dia sendiri call ayah dia,bgtau nk mkn KFC, maka ayah pun bwk lah kami k sungai dua.

Namun malang tak berbau, tetiba enjin kereta mati betul2 simpang nak masuk KFC. apa lg, paniklah. abg leh tolak kereta, dan saya drive.

mujur bengkel kawan abg aleh dekat situ je, dia lah yg dtg ambil kereta. dan kami, nak blk mcm mana ni? takpa, kita makan dulu. nanti pikir kemudian.

cubaan 1 : call abg an, alamak, dia ke surau lps tu terus mandi wap. takleh contact sbb dia tak bwk handset.

cubaan 2 : call abg man, dia ada appointment dgn org insurans plak. ok takpa.

cubaan 3 : call abg lan. alhamdulillah, dia baru balik masjid, dan boleh ambik kami. pheww! lega.

jadi ini gambaq2 sementara kami di situ. mujur anak2 tak meragam. nawal asyik merayau dlm tu, dan ali jd bahan usikan staff kfc.


mata ali mmg selalu jd camtu kalau kena flash.


terima kasih adik2 KFC atas layanan baik kalian. main2 dgn ali dan nawal. tolong bawak nawal ke toilet bila dia nak 'kenshing'. abg aleh ada di bengkel, mmg tinggal kami je melangut kat situ.

err..KFC, tolong buat playground mcm mcdonald boleh tak? bolehlah anak2 saya lepak kat situ bila terjadinya kes mcm ni. huhu.

sampai ofis hari ni, berkata lah opismates saya Syariful dan irwan, "pasaipa tak call kami? kami pun boleh ambik."  aiseyyy, cek lupalah! hangpa dok sg dua ja. *tepuk dahi.

dan terima kasih banyak2 'superman' saya abg lan. dan happy birthday . hari ni dia sudah 41 tahun. tua dah abg aku nih.

alhamdulillah, di saat kita susah, ada org yg boleh tolong. itu nikmat Tuhan jgk.

Wednesday, 25 January 2012

mengkuang dam, lagi..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

seronok sebenarnya pg2 menghirup udara segar di tepi tasek.
tak kisah pun kalau pegi setiap minggu.
kalau boleh jogging lg best.
takpelah,tolak anak dlm stroller pun ok je.

kali ni ayah ikut jgk. kita mai tiap2 minggu ye ayah! 
tgklah bdn mak pak, mcm dipam-pam. gemuk!

 Ali ceria sungguh. tu kalau mai mood ok lah. kalau mai angin,teriyak sakan. abg cik afif yg dah ting 1. dah anak teruna dah..

ummi bulattt~!! tapi comel. hahaha. suka tgk ali senyum, eh rasanya semua org suka tgk ali senyum. 

 asyik2 gambar ali je. mood dia baik, itu yg nak amik gambar dia byk2.

gambar kakak nawal takde, dia tak nak. asyik nak tgk ikan dlm tasik.

alamak, nampak pusat!

nak cuba utk dtg setiap minggu kalau takde hal. 

Wednesday, 18 January 2012

penyuluran.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sulur.
menyulur.
bersulur.
penyuluran.

baring. meniarap. bergolek. menyuluq.

sebenaqnya nak cerita yg Ali dah pandai menyuluq. itu ja. hahaha! 6 bln lebih baru pandai menyuluq. konsep better late than never betullah Ali ni.

sesi dialog nawal dgn ayah dia pg ni :

ayah : nawal nak p sekolah dak?
nawal : nak.
ayah : nak p dgn sapa, ayah ka ummi?
nawal : ummi. ayah tak beh. (beh = best)
ayah : amboi, nawal tak sayang ayah ka?
nawal : cayang. ayah jgn tanya dah. (muka memberontak)
ayah : tu dia, tanya pun tak boleh..

puncanya  dia mintak ayah buat susu, tp ayah buat2 lambat. merajuk lah tu. padan muka ayah.

Monday, 16 January 2012

sepagi di mengkuang dam.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikum!!

hai semua! utk sapa2 yg baca blog ummi, sorilah sbb ummi jarang update blog skrg ni. biasalah ummi tu, ada angin rajin, ada angin malas. tak mcm nawal ni, sepanjang masa je rajin. semua benda nawal nak wat ii.(nawal nak bt sendiri.) sampaikan nak buh susu dlm botol, buh nasi dlm pinggan, basuh kencing, syampu rambut, pendek kata, hampir semua benda nawal nak buat sendiri. nawal kan anak sulong,jd kena lah berdikari. kan?kan?kan?

byk benda nawal nak cerita. tp hari ni nawal nak cerita yg nawal ikut tok ma p mengkuang dam ahad lps. tok ma nawal tu rajin, tiap pg ahad ma p joging dgn ayah wan. ayah cik dgn cikda pun pi jgk. jd nawal,adik dgn ummi ikut jgk. ayah tak ikut sbb kena bawak tok yam p amik duit BR1M.kekeke!

tok ma ckp, org nak tutup dah tasik mengkuang ni, depa nak buat projek apa ntah. thn dpn kot nak tutup. jd ada setahun lg boleh main-main kat sini,lps ni taktaulah bila lagi. nawal suka mai sini sbb ada byk ikan dlm tasik, bleh bg ikan mkn. pastu nawal boleh lari2 tanpa ummi ckp,"jgn nawal! nanti jatuh!" kat sini ummi biar je nawal lari. kalau jatuh tak sakit sgt sbb atas rumput.

adik ali pun suka mai sini, dia asyik tgk org je,lps tu senyum2 kalau ada org tegur dia. tok ma ada join aerobik kat sini. ada joget2. nawal teringin nak join, tp nawal malu..tp bila auntie chinese tu pasang lagu chicken dance je, nawal takleh tahan dah. nawal ikut depa buat jgk. ummi, tokma pun buat jgk. adik tgk sambil sengih2. seronok betul joget lagu chicken dance. ummi tak amik video pun. apalah ummi ni.

 adik ali tgh tgk apa ntah..


 nawal yg dah besarrrrr..


kat bawah ni gambar nawal  2 tahun lepas masa mai mengkuang dam jgk. comel mcm adik. ke adik comel mcm nawal?hihihihi..
apa2lah.. nanti nawal nak ajak ummi mai sini lagi.

ok dah. nanti kalau rajin nawal cerita lagi.

dr nawal yg perasan comel.
Aisyah Nawal.

antara sbb kena update.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

 sbb saya ada kakak, adik dan anak2 sedara yg tunggu update dr blog saya.


huhuhu...

Wednesday, 11 January 2012

cerita hari ini.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

siksa betul kalau tertinggal pam di rumah. sementara nak tunggu abg aleh hantar, tension jadinya. jam dah pukul 10, dah rasa tak sedap hati sbb tak pam lg. buat kerja pun rasa tak seronok. asyik teringatkan yg tanggunjwb yg 1 itu tak selesai lg. masuk pukul 11 pg dah rasa 'berat' semacam. haih,mana abg aleh tak sampai lg ni..buat apa pun tak jd dah. perut lapar pun tak rasa nak mkn. penangan ibu menyusu/mengepam mcm ni lah.

abg aleh sampai, terus amik brg,ucap terima kasih, tata i lap u laju je menonong masuk opis. perut lapar ni,kena mkn dulu. mkn laju2, nasik pun tak habis sbb rasa takde selera dah. tgn menggeletar dah ni pasang alat2 nak mengepam. bila mula susu di perah, rasa 'lega' dan tension pun hilang. pheww~!!

adei..lain kali jgnlah buat mcm ni lg. tertinggal/terlupa alatan mengepam. stress i!

oh ya, hari ni  11012012 - Ali is 6 months! (selain Siti Nurhaliza dah 33 tahun..hehe)
Alhamdulillah, syukur pd Mu Ya Allah, kerana beri kesihatan,kesembuhan pd Ali Nufail. Pinjamkanlah dia pd kami selama mungkin. amin amin amin.

Ali sudah boleh bergolek2. dekat 6 bulan baru mahir meniarap. kelakar ali ni. takpe,better late than never. berdiri pun dah kuat, melompat2. kalau pegang dia mcm tak lekat dah. lasak. aktif. sihat.

cuma 1 yg saya musykil. dia minum susu tak byk. saya hantar 10oz je ke nursery. itu pun dah cukup. kekadang je ali minum lebih (top-up dgn fm). tp biasanya cukup2. saya plak tak mampu nk supply lebih, biasa byk tu saya dpt utk 3x pam di ofis. kdg2 je dpt 12oz-15 oz. tp jarang2.  kalau hari cuti, dia df dgn saya pun kejap2 je, tp kerap. sekali minum tak sampai 10 minit pun. lps tu dia sambung main atau tidor terus. tp kalau waktu mlm, mmg nak 'melekat' je. tercabut skit mulalah berbunyi. saya rasa waktu mlm je kot dia minum byk. sampai saya nak buat 'power pumping' pun tak sempat.

hasil 'tenusu' dan spectra 3 yg berjasa.

tp berat dia ok, 7.2kg skrg. takdelah debab sgt, dan takdelah slim sgt. sedang2 je, cuma sbb dia baby boy, so nampak mcm dia chubby skit. jd saya tak tension dgn 'hasil tenusu' saya yg tak meriah mcm ibu2 lain yg penuh peti. saya yakin yg susu saya mmg cukup utk ali. hari saya dpt skit, skitlah ali minum. hari saya dpt byk,byklah ali minum. saya percaya ini adalah rezeki yg Allah takdirkan utk kami. tambah2 Ali dah mula mkn sejak 2 minggu lps,  mungkin dia tak minum susu dgn kadar yg banyak. just nice kata omputih. cuma saya perlu terus mengepam utk memastikan 'pengeluaran' susu adalah stabil. ceh, cara cerita mcm produk kilang pulak.

apa-apapun, nikmat menyusukan anak adalah pengalaman termahal dlm hidup seorang ibu. jd tak mustahil ada ibu2 yg rindu utk hamil semula sbb nak menyusu anak. kan kan kan??? hehehehe

entry tamat dgn tiba2.
ibu beranak 2.

Sunday, 1 January 2012

1 Januari 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...                                                                   hari pertama di tahun 2012 k- hari jln2 dgn suami dan anak2 hingga ke lumut,perak. penat tp seronok.

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...