Thursday, 30 June 2011

38 weeks & 1st day nawal @ school..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


kalau ikut due, mmg tak lama dah. tinggal 15 hari lg. Sungguh, anak kedua ni lg berdebar2 berbanding yg pertama. sbb kita dah boleh jangka, nk jd mcm mana, apa tanda nya, bila, di mana. kalau yg sulong dulu, saya start sakit di rumah lahar yooi, keluar tanda darah, dan terus menuju ke hosp. kali ini mcm mana pulak? adakah saya akan start sakit di pejabat? atau di rumah ma? atau di rumah sendiri? adakah saya akan pecah ketuban? atau keluar darah?atau saya akan "dipaksa' beranak dgn masuk ubat? haih, bila pikir benda2 ni, rasa sgt susah utk lelapkan mata. sampai termimpi2.

betul, serahkan semuanya pd Allah Taala. Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk saya. saya cuma perlu bertenang dan banyakkan berdoa. skrg ni kalau rasa leka skit utk solat,cpt2 kena sedarkan diri. kena solat awal waktu,mana tahu kalau saya sakit sblm saya solat, kemudian jd apa2 pd saya, kemudian tak sempat solat,bagaimana saya mahu menghadapNya nanti? TAKUTTTTTTTTT OK!

semalam dpt MC, sbb kena buat BSP. alhamdulillah, result ok mcm biasa. jumpa doc di hosp bm smlm pun dia kata no problem, kalau sakit cpt2 gi hospital.

tolong doakan saya. walaupun berdebar, tp saya tak sabar. Nawal pun hari2 cium perut sambil tanya bila adik nak keluar. hoho~!

ohh ya..sebut tentang nawal, dia ada cerita utk kalian.

Assalamualaikum semua~!!
lama nawal tak crita kat blog ummi ni kan? ummi tu dah kena penyakit malas update blog. dapat tulis seminggu sekali pun dah kira rajin sgt. hehe. sorry kalau ada yg merindukan nawal. ecewah,perasan betul nawal ni. mcm nawal selalu ckp kat umi lps nawal pakai bedak umi, " mi,awa atai dak mi, awa omey dak? " - ummi senyum2 je jwb,"ye, nawal comel syg. perasan lah nawal ni." hahaha!! 
       sebenarnya nawal nak crita, semalam nawal dah mula pegi skolah. umi ckp itu sekolah,tp bila nawal pegi, ada byk mainan, ada ramai kawan. mmg sekolah byk mainan ke? seronok lah nawal. mula2 umi hantar, nawal salama umi dan ayah, nawal cium pipi umi, nawal ingat umi nak ikut nawal sekali, tp umi boleh patah balik pegi dekat kereta. nawal menangis lah. nawal tarik baju umi. nangis2 mintak umi ikut nawal sekali. umi pujuk nawal, ayah pun pujuk nawal jgk. ada cikgu kat situ pimpin tgn nawal,bgtau kat dalam ada ball, ada kawan nak main dgn nawal. nawal tgk ada sorang kwn baya nawal tgk je nawal kat pintu, malu plak rasanya. terus nawal diam dan ikut cikgu masuk dlm rumah. 
           masa ramai2 dlm rumah, cikgu suruh semua org duduk. nawal tgk semua duduk, nawal duduk lah jugak. cikgu bagi semua org biskut. tp bila sampai kat nawal,cikgu tanya nawal nak biskut tak? nawal geleng2. cikgu letak jugak biskut atas riba nawal. tp nawal baling biskut tu. terkejut cikgu. sorry! nawal mmg mcm ni. kalau nawal tak nak apa2, kalau org bg jgk, mmg nawal baling je. ummi ayah selalu marah kalau nawal buat mcm ni. tp entahla, nawal harap nawal boleh buang tabiat ni. nawal byk tgk je kawan2, malu lg kot. esok2 mungkin nawal berani sikit. 
         ummi datang jemput nawal jam 12.30 tengahari. masa tu nawal tgh main bola dgn sorg kawan lelaki. ummi tanya mana kawan2 lain? ramai yg dah tidor masa tu. ada yg tunggu cikgu hidang makan tengahari. tp nawal lebih suka buat hal sendiri. sebelum balik,nawal ambik beg, nawal salam cikgu, dan balik dgn ummi. 
         petang,nawal tidor dgn ummi. bahagianya. (ummi yg terlebih bahagia sebenarnya.hehe) bila bangun tidor, nawal ckp kat ummi," mi, awa nak p olah lagi." ummi senyum je,ummi ckp esok pulak, nanti ayah hantar. nawal kena bangun awal dan mandi mcm hari ini. nawal senyum dan ckp "oke!" 
         itulah crita nawal utk hari smlm. utk hari ni, nawal bukak mata je, terus sebut nak pegi sekolah. ayah mandikan nawal, ummi pakaikan baju merah kat nawal,ikatkan rambut nawal. nawal minum milo dan mkn biskut, sebelum pegi skolah naik motor dgn ayah. hari ini ummi jemput nawal petang,lps ummi blk kerja. tak apa, nawal boleh tunggu ummi kat skolah.
nawal seronok, ummi ckp, nawal dah besar. dah jd kakak. nawal budak baik dan dengar kata. nawal harap nawal boleh senangkan dan bahagiakan hati ummi ayah sampai bila2. amin.
ok, itu je kot. nanti nawal crita lagi. tata!

(adeii..penat ummi taip.)

Thursday, 23 June 2011

:: Aisyah Nawal is 2~!! ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

23 Jun 2011 : Masa berlalu pantas. puteri sulong kecintaan saya sudah mencecah usia 2 tahun. ya, baru 2 tahun. jauh lagi perjalanan utk saya dan ayahnya dalam membesarkan dan memberi didikan utknya.
Nawal - 23/6/2009 : hari pertama menjengah dunia.

                                                     ini nawal umo setahun - 23/6/2010

rasanya tahun ni takde celebration sampai 3x mcm tahun lps.
ummi pun tak larat nak bwk bdn.
mungkin kita mkn kek je kot.
insyaallah, tahun dpn mungkin.nawal pun dah besar skit.

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, Nawal akan ke nursery bulan depan. mulai 1 julai. ia sebagai langkah pendedahan awal utknya berkawan dan bersaing dgn rakan-rakan sebaya. moga lebih byk potensi dirinya akan terserlah lps dia masuk 'sekolah'.

dear Nawal sayang,
selamat hari lahir yang ke dua,sayang.. ummi dan ayah tak mampu utk hadiahkan nawal apa2 permainan dr gedung permainan terkemuka. juga tak mampu anjurkan parti harijadi yg gah yg dihadiri oleh ramai org. ummi dan ayah cuma mampu doakan nawal supaya membesar sbg anak solehah, yg menyenangkan dan membahagiakan hati kami semua. selamat menjadi kakak yg baik, yg dpt menjaga dan melindungi adik2 nawal nanti. terima kasih kerana membahagiakan ummi dan ayah selama ini.semoga nawal terus memberi kebahagiaan hingga akhir hayat kami. amin..
ummi dan ayah janji sayang, selagi masih ada hayat kami, insyaAllah, ummi dan ayah akan berikan kasih sayang yg tak berbelah bagi utk nawal. nawal permata hati kami, cahaya hati kami. nawal adalah harta kami yg paling berharga dunia dan akhirat. Aisyah Nawal adalah "anugerah kehidupan" yg paling tinggi nilainya utk kami. Terima kasih Ilahi atas anugerah ini..

selamat hari lahir syg. semoga Nawal terus membesar dgn sihat dan bijak. nawal anak baik. nawal anak cerdik. ayah dan ummi sayang nawal, tiada tolok bandingnya. amin.

love.
Ummi, Ayah & adik.

happy birthday my dear!!


special video from Nawal. *maaf kualiti gambar gelap. suara ummi sj yg over.



Monday, 20 June 2011

hari bapa utk ayah (ke utk kami?)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

ahad semalam, hari bapa kan..saya dah ajar si nawal wishkan ayahnya "slmt hari ayah" - dan dia ckp "amat ayah" - jadilaahhh...

disebabkan semalam tiada apa2 plan cth spt : bwk mak mentua ke kenduri @ balik kg petani bertemu buah hati (ma saya lah), maka abg aleh telah membuat plan spontan dgn mengeluarkan ayat "jom p mandi sungai,nak??"

nawal bila dengar je ayahnya sebut mandi sungai,dia terus melompat2. sejak dia belajar mandi sungai di rumah mak saudaranya di Sik, mmg dia sgt suka dgn aktiviti tu. dah 2x dia mandi sungai di sana, sebut ja mandi sungai mesti dia ceria bercerita bagaimana dia menyelam,air sungai sejuk mcm2 lagi lah.

keluar rumah jam 10 pg, mula2 ke kubang ulu, ziarah mak lin dan juga bertemu adik bongsu kesayangan yg pulang bercuti dr UK. Alhamdulillah,Khairani selamat tiba di rumah sabtu lps, makin kurus plak dia. makanan kat sana mahal,walaupun barang2 lain murah. duit kita pun mahal sgt. 2 pound = rm10 lbh kurang lah. kalau tukar RM1000 dpt 200 pound je. Nawal dpt ole2 sehelai gaun dr makciknya, bakal baby pun dpt baju 2 helai dan 3 botol susu. (3 botol susu = 4 pound.murahh gila. non-BPA) saya dpt handbag spt yg saya pesan (bila pesan kena bg duitlah.kesian plak adik kena bayar mahal). happy sgt tgk handbag,akhirnya merasa jgk handbag original dr oversea. harga cuma 15.99 pound. terima kasih suami sbb bayarkan. kekekekeke. abg aleh dpt casing blackberry dia tu,sengih2 ja dia.katanya kat penang payah nk dpt,kena cari di KL,tu pun susah nak jumpa.

mula2 selesaikan kerja abg aleh dulu, beli brg2,kad top up,masukkan e-reload, hantar ke kedai dulu, baru kami bertolak ke Kulim, ke hutan lipur Ulu Paip. abg aleh ajak ke Sedim, tp saya rasa jauh sgt,buang masa ja.lgpun yg nak mandi sgt si Nawal tu sj. bkn dia tau beza ulu paip dan sedim,asalkan ada air sungai, dah kira ok dah utk dia.

 dalam kereta, tunggu ayah setelkan kerja. pantang je seat driver tu kosong, mesti dia nak dok situ.

 atas kereta,on the way ke pdg serai,kedai ayah. masa ni dia dah mengantuk,tp tahan mata takmau tidor. dia ckp "nak andi cungai"

sampai je di sungai, tak menyempat2 dia. sampai ayahnya nak mkn nasik pun dia merengek2 suruh ayahnya bwk dia ke dlm sungai. tak sabar2 dah. nasik pun mkn 2 suap je.

*pic abg aleh kena edit sbb seksa sgt. haha!

anak dan ayah berendam. ummi dok tepi je. tak kuasa nak mandi sungai sbb malas nak salin baju. lagipun nak elak dr apa2 bahaya. malang tak berbau kan? jd saya cuma penonton setia. seronok tgk suami dan anak gembira. hilang gundah gulana di hati.

naik je kereta, nawal habiskan sebotol susu, terus lena hingga ptg. letih betul dia. suami ke kedai, kerja. tinggal kami berdua di ruma ma. ma takda balik kelantan. sunyi betul rumah bila tiada org tua.

happy father's day, ayah. walaupun sbnrnya ayah yg raikan kami. *bayarkan handbag ummi dan bwk nawal mandi sungai. TERIMA KASIH byk2..

dan Al-Fatihah utk arwah ayahanda. slmt hari ayah. moga ayah tenang di sana. kesian adik blk rumah dah tiada ayah yg menanti.
:(

Check-up 36 weeks @ 16/6/11

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Khamis lps, tibalah hari yg ditunggu2. check-up dgn Doc pakar di HBM.
saja minta tlg suami utk hantar dan ambil saya di hosp, sbb malasss gila nak cari parking yg bila tak ada parking dlm hosp kena parking jauh dan kena menapak beribu2 langkah.penat oo~!!
bila suami hantar sah2 tak boleh nak cpt sbb sure kena bwk si kakak nawal yg suka kata dia comel tu. 
8.20 jugak baru sampai hosp, dah dpt giliran no. 17. suami pulang dgn anak sbb saya mmg taknak dia tunggu dgn saya.


alhamdulillah, setelah diperiksa, Doc kata saya masih berpeluang bersalin 'ikut pintu' walaupun yg sulong 'ikut tingkap'. eh, ayat mcm pernah dgr. ye lah, hari tu saya asyik update status di FB sj. gila bosan. andaikata lps doc check,saya mmg ditakdirkan tidak dpt bersalin normal,maka saya kena masuk wad 30/6, dan bakal dioperate pd 1/7. mujurlah perkara itu tidak berlaku.insyaallah. saya perlu ke hospital bila rasa sakit. dan dr skrg saya mmg perlu peka dgn baby's movement.peka sgt2.




yg terkini :


:: berat baby sudah mencecah 3kg. (erkkkk!! kakak nawal dulu lahir 2.88kg je masa 39wks + 4days)
:: air ketuban semua ok.
:: saya tak boleh lewat melahirkan dr due date (14/7) sbb saya ada GDM. bahaya untuk baby.
:: masih kena control diet. (tp masih hentam durian mcm takda apa2.huhu)


Alhamdulillah, setakat ni semua baik2 sj. moga terus sejahtera hingga akhirnya.






 terima kasih byk2 atas doa dan semangat yg kalian berikan. ada kisah, sorang ibu yg anak sulong je dia operate, dan 7 org anak kemudiannya semuanya normal. Allahuakbar!

Thursday, 9 June 2011

she did it again~!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya pernah crita kan dulu, Nawal jatuh katil di usia 8 bulan.
dan semalam, sekali lg dia jatuh katil. kira oklah, dlm 2 tahun,cuma 2x jatuh katil.

tp episod jatuh katil smlm, sampai berdarah bibir. dia jatuh di hujung katil,berlanggar dgn bucu almari baju. kesian anak ummi. saya yg terkejut dengar tangisan dia, capai dia dan tambah panik bila tgk bibir dia berdarah.byk pulak tu. kelam kabut ummi capai tisu dlm kotak, alaa,habislah pulak! nasib baik ada baby wipes yg ummi prepare utk baby. jd kakak nawal rasmi dulu.

setengah jam jgk dia menangis sebelum akhirnya terlena.


bibir atas dah bengkak, bibir bawah yg berdarah. dia marah bila ummi cuba lapkan bibir dia. sakit lah tu. kesiannya..

ini rupa pg td, lps bgn tidor. ummi tanya mulut nawal sakit tak lg? dia ckp,"tak akit pon!"

aiiikkk???

mcm mana nak buh ubat ya? kang dia mkn plak. ke tak payah buh apa2?

Monday, 6 June 2011

shuffle dlm ummi's tummy

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ingat lg, masa mengandungkan Aisyah Nawal dulu, terasa jgk baby's movement. tp tak sekuat kandungan kali ini. kalau dulu setiap kali ayahnya letak tgn atas perut,mesti susah je nak rasa. sbb pergerakan baby slow dan jarang2.

tp kali ini, tak payah letak tgn,kdg2 nampak kulit perut bergerak2. mmg kuat betul. kdg2 sampai bdn ummi turut terheret ke kiri kanan. kuat sungguh my 2nd baby. Alhamdulillah.

Mungkin betul ramalan doc.

Apapun, Allah Maha berkuasa. kita tgk lah nanti. Ummi syukur dgn segala yg Allah takdirkan utk ummi.

it's now 34 weeks. 6 weeks more to go...

doakan kami sejahtera. amin!

Thursday, 2 June 2011

Nur Kasih dan Nora Elena

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

setahun lebih tunggu film Nur kasih, akhirnya, sampai jgk masanya.
gi tgk ramai2 dgn ma,abg2, anak2 sedara. crita ok, sedih je sepanjang jalan crita.
ramai yg kata drama lg best dr filem, tp itulah, drama byk jam,bleh buat crita mcm2, ni film sejam lebih je, terhad sgt kalau nak buat best2. tp bagi saya, filem Nur Kasih tetap terbaik dlm hati saya. kalau nak bandingkan dgn filem2 melayu kita skrg ni lah kan...

sapa yg belum tgk? pegilah, sementara masih ditayangkan. nilai sendiri.

ok, sapa tgk Nora Elena? mmg best ah crita tu. kalau dlm FB mmg ramai yg gilakan crita ni. saya sendiri tiap2 ptg mmg kalau bleh tak mau buat apa, nak kosentret kat tv ja.

saya sependapat dgn abg aleh, hero filem melayu rasanya yg paling hensem cuma Aaron Aziz. sygnya dia org singapore,bkn malaysia. siapa lg hero yg anda rasa hensem??

Teh Ais

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dari 21 April hingga 23 Mei, berat saya statik hingga saya dirujuk ke doctor. doctor takut baby tak berkembang akibat dr ketidaknaikan berat saya. saya cuma bgtau, saya jg mkn disbbkan GDM saya. doc tak ckp byk lps tgk scan,baby naik 300 gram dlm masa seminggu. Alhamdulillah.

tp, lps seminggu dr 23 mei, berat naik 2 kg, pun kena jumpa doc jgk lps tu. haiyaaa! naik lebih pun tak boleh jgk.

tau tak kenapa? dlm masa seminggu, saya kerap minum teh ais.

teh ais - minuman paling sedap dlm dunia tp jahat!
percayalah, teh ais mmg senang utk menggemukkan.

hmm..

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...