Thursday, 3 March 2011

Salam Terakhir ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Sebelum kita teruskan entry ini, Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahanda Hj Yusuf bin Hj Omar , yang telah meninggalkan kami pd Jumaat, 25/2/2011.

seperti yg saya tulis sebelum ini, ayah sakit di hospital, buah pinggangnya perlu dicuci (dialisis), kakinya perlu sentiasa dirawat (diabetis), selain darah tinggi dan diabetis yg perlu dipantau selalu.

 Banyak yang saya ceritakan tentang ayah dalam label Family.

kali terakhir ayah masuk wad ialah pd tahun baru cina, 4/2/2011 - di Hospital Pulau Pinang, tujuannya nak buat CAPD, cuci buah pinggang melalui saluran di perut menggunakan air. 3 hari di sana,7/2/2011 ayah di hantar ke Hosp. Sbrg Jaya, sbbnya, kaki ayah luka teruk, doc tak boleh buat operation di perut sbb takut jangkitan kuman. jadi kaki ayah perlu dirawat terlebih dahulu. dekat 2 minggu jugak ayah di sbrg jaya, ayah kena tebuk di leher,utk buat dialisis,maka bermulalah rutin ayah selang sehari,ayah perlu buat dialisis,bkn di hosp,tp di tempat swasta. tak apa, kakak saya tanggung kosnya,asalkan ayah sihat.

tp setiap kali ayah buat dialisis, setiap kalinya ayah mengeluh sakit,letih,tak larat. kasihan benar ayah.

hampir seminggu jugak ayah di s.jaya, akhirnya ayah dipindahkan ke hosp BM. lega sikit, sbb itu bermakna keadaan ayah stabil. hosp bm juga lebih tenang dan aman utk mak lin menjaga ayah. selang sehari, ayah di bawak ke pusat dialisis swasta dgn ambulan.

keadaan ayah dr hari ke hari tak nampak perubahan, ayah cuma berckp sesekali, tp ayah mampu utk baca al-fatihah hingga akhir,begitu juga ayat kursi.kalau disuruh mengucap,ayah fasih melafazkannya.alhamdulillah. kebanyakan masa ayah cuma tidur. kalau saya berkesempatan utk temankan ayah, saya pandang ayah tanpa jemu. menikmati masa2 emas saya ketika itu.

23/2/2011 (rabu) - saya bawa nawal ziarah ayah selepas waktu kerja, hari itu ayah tak ke pusat dialisis swasta, ayah cuma dialisis di hosp saja, doc ckp ayah tak larat sgt,kasihan dia nak bwk dgn ambulan. saya jenguk ayah dalam bilik dialisis, mak bgtau ayah tak berckp sejak semalam (selasa).
saya tegur ayah, " ayah, ina ni..ina mai dgn nawal.."
ayah cuma diam,walaupun matanya celik.
"kalau ayah dgr ina, ayah angguklah.." - ayah masih diam.
"kalau ayah tak larat,ayah kelip mata sj.." - ayah masih tak respon,bahkan matanya juga tak berkelip.
sayalafazkan shahadah di telinga ayah, saya nampak mulutnya bergerak, tp suaranya tenggelam.
mak bgtau, hanya kalimah shahadah yg ayah sebut dr isnin lepas..

ptg itu saya benar2 pilu, berat hati sgt utk meninggalkan ayah. tp saya perlu segera pulang, saya belum berkemas apa2 lg utk ke Kota Bharu esoknya. ya, dlm keadaan ayah yg begitu, saya tak patut tinggalkan ayah. tp abg saya nak bernikah sabtu tu,26/2, wpun kasihankan ayah,saya juga kasihankan abg an. janganlah ckp yg kami takda hati perut, tp cuba letakkan diri anda di tempat kami. saya bisik pd ayah, " ayah bertahan ya,ayah tunggu sampai kami balik..nanti ina mai lagi.."

mlm khamis, saya serba tak kena. saya pulang ke lahar yooi,tp kunci rumah saya tertinggal di kg petani. tak pasal2 kena patah balik ke kg petani nak amik kunci walaupun dah sampai betul2 dpn rumah lahar yooi. saya menangis dlm kereta, tension yg amat. saya amik masa 3 jam utk kemaskan baju suami, saya dan anak,wpun benda tu sebenarnya mudah sj. entahlah, mlm tu benar2 serba tak kena.

pg khamis 24/2/11 - bgn pg dgn tak ceria, sepatutnya setiap kali trip blk kelate,adalah trip paling menyeronokkan utk saya. tp bukan kali ini. saya kelam kabut, serba tak kena, suami dan anak di kereta lain utk ke kg petani, saya dgn kereta lain, sepatutnya saya nak buang sampah, tp saya bwk blk sampah tu ke rumah kg petani. sepatutnya saya kena ambil makcik pah (kwn ma) di kg pelet, tp saya tak ambik pun. sepatutnya saya beli susu nawal dugro perisa madu, tp saya beli dugro perisa coklat!! masa nak buat susu nawal baru saya sedar hal susu tu. mcm nak menangis sbb tensen. tp saya kena bertenang. mujur ada suami yg memahami.

sepanjang perjalanan saya cuba utk gembira, tp sebentar cuma,bila teringatkan ayah, hati saya jd tak keruan.

jumaat mlm, 25/2/11, 8.25 pm - saya sekeluarga di rumah sepupu, abg malik di Kota Bharu, kakak sekeluarga juga bersama, ma dan 2 org kwn baiknya dan abg lan sekeluarga yg baru sj sampai dr BM. abg lan bgtau, dia ada ziarah ayah pg jumaat tu, ayah ada berckp dgn dia, bgtau suruh dia hati2 di jln,semoga abg an selamat semuanya. wpun suara ayah tak jelas,tp abg lan dpt tangkap kata2nya.

kami baru nak menghadap mkn mlm yg disediakan kak dah,isteri abg malik. handset saya berbunyi. saya tak sempat jwb. panggilan dr adik saya,Mizah. tiba2 telefon abg lan pulak berbunyi. tak sempat jwb jgk. pun panggilan dr Mizah. hati saya berdebar2. saya called Mizah balik, dan mizah jawab,

" kak ina..ayah dah takdak.."

saya terketar2,apa yg saya risaukan,akhirnya berlaku jugak. dgn suara yg bergetar, saya jerit panggil kakak,  "kakak! ayah kita dah takdak..."

lemah lutut, lembik longlai..saya menangis di ribaan abg aleh.. abg an terpaku..abg lan terhenti suapannya. kakak menangis serta merta.

ya, ayah dah tiada. ketika semua anak2 (kecuali mizah) tiada disisinya. abg man di Tanah Merah,on the way ke Kota Bharu, hidayah baru sj sampai di Kota Bharu dr tempatnya mengajar,Gua Musang. adik khairani di UK.

setelah hampir 10 minit masa utk bertenang dan menerima kenyataan, kami mula panik, nak blk penang ni, habis abg an mcm mana?majlis perkahwinan dia esok mcm mana? akad nikah dia pukul 11 pg esok mcm mana? masing2 dah blur, tak boleh pikir.
akhirnya ma buat keputusan, kita nikahkan abg an mlm ni jugak! lps tu semua anak2 balik penang, tinggalkan ma di sini utk uruskan kenduri abg an esok. ma tak ziarah ayah tak apalah, ayah cuma bekas suami ma, tp anak2 sgt penting,kena balik jgk. nanti ma balik,ma ziarah mak lin.

setelah berurusan dgn keluarga pihak perempuan,tok imam semua,akhirnya abg an dinikahkan pd jam 10.30 mlm, dgn sekali lafaz. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

abg an dinikahkan pd mlm kematian ayah, selepas ini, ulangtahun perkahwinan dia,bersamaan dgn ulangtahun pemergian ayah. tak apa abg an, abg an insan bertuah, Allah pilih abg an utk jalani ujian ini, abg an benar2 insan terpilih. bersyukurlah. abg an mmg hebat. ina kagum.

kami bertolak balik penang mlm tu jugak, dlm 11.30 - 12 mlm.
sampai di rumah ayah di Kubang Ulu jam 4 pg.
saya tatap wajah ayah, ayah nampak tenang. di wajahnya tiada lagi kesakitan. ayah nampak sgt lena. mcm tidor yg sgt lena. saya usap perlahan pipi ayah, saya kucup lembut dahinya. ayah, ina sayang ayah..

pg itu, ramai yg berkunjung ke rumah ayah, budak2 pondok sebelah rumah ayah bergilir2 bacakan ayat2 al-quran utk ayah. anak2 dan cucu2 bergilir2 bacakan yasin.

pukul 9 pg jenazah ayah dimandikan dan dikapankan. anak2 cucu diberi peluang utk kucup dahi ayah buat kali terakhir. saya lap air mata utk elak dr menitis atas dahi ayah. ayah nampak sgt kacak. sgt jernih. sgt cerah. sgt tenang. saya dan kakak rasa nak ambil gambar ayah, tp nanti mesti kena marah. tp rasa sayang sgt utk lepaskan wajah itu pergi..kami takkan dpt tgk wajah itu lagi. tak akan. melainkan di syurga kelak.

pada jam 11 pg, 26/2/2011, pd waktu sepatutnya abg an dinikahkan, akhirnya menjadi waktu utk ayah disemadikan di Tanah perkuburan Islam,Kubang Ulu.

Kuasa Allah,siapa yang mampu menghalang?
kalau ajal manusia itu pada waktu itu, Allah tak akan anjakkannya,walaupun sehari lg utk anak2 pulang.
kalau jodoh manusia itu pd waktu itu, Allah boleh mempercepatkannya pd waktu yg Allah mahukan.
Subhanallah. Allahu Akbar.

abg an kembali ke Kota Bharu selepas Zohor, di sana ada tanggungjawab yg menanti.
adik Khairani tak mampu utk pulang, hanya doanya mengiringi pemergian ayah.

ayah meninggalkan seorang isteri, Mak Lin (yg kami anggap seperti ibu sendiri), 8 org anak dan 11 org cucu.
Yg hidup pasti akan mati, semoga arwah ayah tenang dan aman di sana, ditempatkan bersama org2 soleh dan beriman..amin amin amin.


entry ni entah berapa kali terhenti, sbb nak lap air mata.

ayah dan nawal, hari raya aidil adha 2009.

ayah dan 8 org anak2, hari raya aidil fitri 2008.

ayah dan khairani, masa nak hantar khairani di KLIA bulan 9, 2010.
ini adalah pertemuan terakhir antara ayah dan khairani. mmg hari tu ayah sgt sedih, dia peluk adik seolah2 dia tahu,yg dia takkan jumpa adik lg.. T_T

ayah, mak lin dan keluarga kecil saya - aidilfitri 2010

ayah dan nawal - aidilfitri 2008

catatan ini adalah utk tatapan saya di kemudian hari.
semoga saya dan adik beradik yg lain, akan jd anak soleh/solehah sepanjang hayat kami. amin.

-AL-FATIHAH-
YUSUF BIN OMAR
1944-2011

9 comments:

HiDayah@GM said...

riena,

Al Fatihah dan takziah diucapkan kepada riena sekeluarga. semoga arwah aman dan tenang disana.

Jodoh,ajal maut sesungguhnya ditangan Allah, tiada siapa boleh menidakkan ketentuan itu.

semoga tabah menghadapi ujian
( allah tahu riena sekeluarga akan tabah mendapat ujian sebegini )

sarah sofian said...

Allahu Akbar!!aku kagum dgn family hang Na...aku kagum dgn kecekalan hampa semua..aku kagum dgn keakraban hampa sekeluarga walaupun ma dan ayah sudah terpisah sekian lama...dan aku begitu kagum dgn ma yg sanggup membuat keputusan yg aku rasakan begitu adil di kala anak2nya bingung...bersyukurlah...bersyukurlah dgn nikmat kekeluargaan yg begitu besar yg telah Allah kurniakan buat hang sekeluarga..kerana nikmat inilah yg akan membawa ke syurga kelak insyaAllah..dan berbahagialah Allaryarham Yusuf hendaknya di alam baru..kerana telah menunaikan tanggungjawabnya sbg seorg ketua keluarga & berjaya mendidik dan memimpin keluarganya sehingga mampu membawa syafaat kepadanya insyaAllah...Al-fatihah..

Mummy Nur Zara said...

Speechless.. sedihlah. Semoga kak dan keluarga tabah. Takziah.. al-fatihah..

RieNa said...

dayah : terima kasih..ujian dan rahmat,milik Allah semata2.

sarah : thanx 4 being a bestfriend of mine. sejuk hati aku bca ayat2 hg. moga makbul segala doa hang.amin.

farah : tma ksh..syg ummi dgn abah lbh2 lg tau!

kinna said...

takziah k riena..alfatihah untuk pakcik yusuf

Thara said...

takziah sekali lagi kak riena.. sayu tiqah baca entry kak riena kalini. berair mata :( tabahkan hati ye kak riena. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas segala sesuatu..

shaliza said...

Salam.
Takziah diatas pemergian ayah. Salam untuk keluarga semua. Respect sgt dengan keputusan Ma.

Kniedaz said...

Takziah..kida menangis baca wentry ni...

MyzwaR said...

x aci hang ada bestfren.. aku x dak.. huhu.. tiba2 ja.. ngeh2~~~..

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...