Monday, 31 January 2011

Maher Zain nyanyi in Malay.

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang...

dalam rasa hati yg gundah.
dalam rasa jiwa yg resah.
hanya dgn mengingati Allah, jiwa akan tenang..

terima kasih Maher Zain, lagu anda buat saya lebih cintakan Tuhan saya.

Insya-Allah versi Bahasa Melayu



Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

(kalau taktau MZ ni org lebanon,mesti ingat dia org Malaysia kan?sebutan dia lebih Melayu dr penyanyi Malaysia sendiri..)

Wednesday, 26 January 2011

unstable.

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang...

pening.
tak larat. 
sakit dada.
senak perut.
letih.
stressssssssssssssssssssssssssss


twinkle twinkle little starr
(waniii!! pinjam lagu hang..huhuhu)

Monday, 24 January 2011

Hidup ini cabaran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang...

Kisah Ayah
Ayah dah 5 hari 4 mlm di wad Hospital BM. Puncanya hari khamis lepas ayah tidak sedarkan diri, mcm lena yg dalam,sesekali dia bersuara tapi tak jelas bunyinya. jd mlm jumaat kami sepakat untuk bawa ayah ke hosp, mana tau kot gula diabetis ayah naik ke, apa2 sj kemungkinan yg berlaku. Awal2 lagi ayah dah bgtau yg dia tak nak ke hospital, tp takkan kami nak biarkan saja keadaan ayah mcm tu kan?
Jd ikhtiar mesti terus.

Buah pinggang ayah gagal berfungsi, jd ayah kena buat dialisis (cuci darah), kesian ayah pahanya ditebuk utk saluran darah. sesekali ayah mengaduh sakit. tp apakan daya, moga ayah terus kuat dan tabah utk harungi dugaan ini.

cuti weekend lepas, saya amik turn teman ayah sebelah petang sehingga 10 mlm. kesian mak lin dan mijah yg duduk lama di hosp teman ayah. sesekali abg2 lain dtg temankan ayah. nawal saya tinggalkan dgn mak sedara dia. saat2 mcm ni, semua org harus berkorban, termasuk si kecik nawal juga.

moga ayah cepat baik, dan dapat pulang berehat di rumah. semoga Allah terus beri kesihatan yg baik utk org2 yg menjaganya juga. amin.

**update! ayah dah bleh kuar wad mlm ni,alhamdulillah.
Kisah Nawal.
Dia sudah 19 bulan.  Peelnya mcm2. Saya dah terasa cabaran besar dlm membesarkan seorang anak. Dia sgt keletah. Biasanya menghiburkan, kdg2 menggeramkan. Dia ambil henset saya, disoroknya henset saya dibelakangnya, kemudian dia keluarkan dua-dua tgnnnya sambil bgtau "abeh,epon abeh". see. nak marah tak jd last2 saya geletek dia sampai dia mengekek ketawa.

alhamdulillah, masalah sembelitnya akhirnya selesai setelah saya berikan dia susu perisa madu. haih, kenapa saya tak buat dr awal?kasihan dia menderita selama ni setiap kali nak uk uk. sekarang dah ok, siap tepuk2 punggung suruh basuh eyak dia.ceh.

dia juga punya tabiat sekarang, kemana2 saja nak bwk bear. tak kisahlah bear dia yg mana 1 pun, asalkan dia dpt kelek mana2 bearnya, waktu keluar rumah, main dan tidor. saya dan abg aleh tak nak lah ajar dia berkelek dgn bear,walaupun nampak sweet. kang susah nak gi mana2 kena heret beat jugak. haih, rimas ok. sekarang dlm proses utk buang tebiatnya tu, kdg2 jd, kdg2 tak. tp rasanya as long as bear tu bersilih ganti, rasanya masalah tu tak lah sebesar menghisap puting. kan?

kalau naik kereta, riuh rendah mulutnya tunjuk lori,bas, motor,kereta, train. tp dgn bahasanya lah. kenapa budak2 suka lori hah?nawal pun sama, suka sgt dia dgn oyiiii.

kalau dia kentut, dgn sukanya mengaku dia yg kentut. abih kentut, dia bgtau "awaa!!" sambil sengih2.
(awaa = nawal.)

skrg ni makin susah nak tinggalkan dia utk kemana2, sama saya atau ayahnya. setiap kali nak tinggal dia, setiap kali itulah dia meraung. ntahla, trauma kena tinggal lama hari tu kot?hehe

byk lagi lah peel dia, makin besar, makin mcm2. Alahai Nawal..

Kisah ummi Nawal
hmm..baru pregnant 3 bulan, tp berat naik lebih had. misi dah bising. tak pasal2 kena gi klinik 2x seminggu. tak suka tau. ini menggangu prestasi kerja saya, mcm mana nak dpt pekerja cemerlang ni?????

moga tak lama lah, dah kontrol mkn dah pun, mcm mana naik lg? takkan kena berjoging kat mengkuang dam kot..letihlaa camni..huhuhu..

kalau hari tu kurang mkn gula, saya ok, tak pening. tp kalau hari tu rasa pening, sah, ini gula sudah lebih. mujur dpt tau awal, kalau tak mesti asyik pening saja. hehe

apa2pun, saya cuma mengharapkan kesejahteraan. amin amin amin.

Tuesday, 18 January 2011

Dr Riena nak crita

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang...

meh sini meh sini. hari ni Dr Riena nak crita tentang gaya pemakanan sihat utk pengidap diabetis (kencing manis).
ceh, baru gi dengar nasihat pemakanan sehat terus feeling jd doctot.

seperti yg telah disetkan oleh misi di klinik kubang semang, saya kena gi dengar nasihat ttg pemakanan dari pegawai dietetik (bukan doc lah, yg kamu feeling jd doc tu kenape?). jd pg td pergilah saya ke hospital BM dgn rela hati dan gembira. yelah, nak dgr org nasihat kita, bkn senang kan?free pulak tu.

ok, mari saya pendekkan isi pertemuan saya dgn Pn Mimi Salwani, Pegawai Dietetik Hosp BM.(dia comellah,sweet je, tgk dia bercakap rasa senang hati je).

:: kalau bacaan darah lebih dr 7.8 tp kurang dr 11, itu tanda anda dlm had berjaga2 utk kena diabetis, bkn bermakna anda dah kena diabetis. kalau lebih dr 11 tu baru dinamakan kencing manis mengandung, dan perlu utk cucuk insulin sendiri setiap hari. (phewww,lega ummi!)


:: kalau sekarang minum susu anmum @ enfamama @ sebarang jenis susu utk ibu mengandung, kena STOP dgn segera. sbb dlm susu tu ada byk gula. takut nanti baby besar, dan susah utk melahirkan.

:: tinggalkan makanan manis utk kurangkan gula dr masuk dlm badan kita. cth : air manis, kueh mueh, makanan segera dll.

:: kurangkan semua jenis makanan berkanji mcm nasi, mee,bihun,koayteow,jenis2 spaghetti, roti, biskut, gandum,- boleh mkn, tp dlm kuantiti yg sedikit. ingat, sedikit tp kerap.cth : setiap kali makan nasi = 1 cawan sj. 2x sehari.

:: byk kan sayuran2 hijau. buah ok, tp sepotong saja, tidak melebihi saiz sebiji epal sederhana besar. maksudnya, kalau nk mkn buah2, pastikan saiz buah2 yg kita mkn, tak l;ebih dr sebiji epal sederhana besar. sbb dlm buah pun ada gula.

::  buah yg paling pantang utk org diabetis : pisang, jagung dan durian. ingat tu!!


:: makan lauk byk is ok, sbb lauk2 mcm daging, ayam, ikan, seafood takde kaitan dgn kencing manis. (unless kalau u ada darah tinggi @ kolesterol)

:: makan ikut time, sikit, tp kerap.

:: kencing manis ni, bkn cerita setahun dua ok, ia adalah kesan jangka panjang dr awal pemakanan kita sejak kecik. maksudnya, kalau dr muda kita ni jenis mkn byk (mcm saya) mmg mudahla nak kena kencing manis. so, dr sekarang lg kena train anak cucu kita pemakanan sihat. utk masa depan yg lebih sihat. tambah2 kalau dah ada keturunan berpenyakit, lagilah kena jaga.

sebenarnya kan, bukan kita tak tau semua ni, kita sgt maklum, tp saja tak amal. kan? sbb makanan ni syurga dunia, kita ingat sedap je, kita tak ingat sakit. lepas tu bila dah sakit, baru nak menyesal. baru nak amalkan pemakanan sehat. mmg agak sia-sia lah.

oh ya, nasihat2 dia atas juga bagus di amalkan oleh org yg nak diet, yg nak kurus. itulah yg terbaik. sbb gula dan kanji adalah penyebab gemuk.


ok, itu sj nasihat pemakanan dr Dr Riena, sekian terima kasih.


Thursday, 13 January 2011

9.2!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

 last week, 6/2 - saya buat test MGTT di klinik kubang semang. Ya, yg minum air gula 1 mug tu, utk check kencing manis.

puasa dr jam 10 mlm, amik darah jam 8 pg, minum air gula 1 mug, bertahan 2 jam,  kemudian kul 10pg amik darah lg.

dan resultnya - 9.2!

mmg tinggi.
tak pasal2 ada kencing manis utk kehamilan kali ni. masa mengandungkan nawal dulu takde pulak.
patutlah lately rasa selalu pening kepala, dan kerap dahaga.

Sesetengah wanita mempunyai potensi untuk menghidap penyakit diabetes ketika hamil. Ciri-ciri ini seperti berikut:
·  Jika ahli keluarga terdekat seperti ibu, nenek, adik beradik menghidap penyakit kencing manis, wanita itu juga mempunyai kemungkinan menghidap penyakit yang sama. Ada kemungkinan, penyakit ini timbul.
·   Wanita yang pernah mengalami keguguran khususnya keguguran berulang-ulang kali atau keguguran yang berlaku selepas kehamilan mencapai ke peringkat empat bulan atau lebih.
·   Wanita yang pernah melahirkan anak terlalu besar khususnya melebihi 10 paun.
·   Wanita yang pernah mengalami masalah kerumitan bayi dalam rahim atau bayi mati sebaik sahaja dilahirkan.
·   Wanita yang terlalu gemuk iaitu melebihi had timbangan bagi ukuran tingginya.
·   Wanita yang pernah melahirkan anak cacat.

info dr web : http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/138-kencing-manis.html


alahai...takpalah,kita jg mkn lps ni..

moga semuanya selamat..amin.

Monday, 10 January 2011

mood swing

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tgk blog pun rasa nak muntah.
mcm mana nak update..????

Thursday, 6 January 2011

Wednesday, 5 January 2011

Diari Ibu Hamil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya adalah ahli utk laman web adikbijak.com - sejak Kinna hadiahkan nawal cd Abu Ada Ayam.
dan baru2 ni adikbijak ada promosikan 1 buku yg saya rasa sgt menarik.

Diari Hamil.


 kulitnya yg cantik, mcm buku nota, mmg menarik.

 isi kandungan yg bg saya lengkap. banyak info berguna.


 seronoknya nak catit mcm2 dalam diari ni.

byk benda yg saya tak tahu sebelum ni, saya dah tahu skrg.

rugi rasa tak dptkan buku ni masa mengandungkan nawal dulu. tak palah,better late than never.

jadi bg ibu2 yg merancang utk hamil, apa kata anda dptkan sekarang.
yg dah dekat nak bersalin mcm kak ida dan k ita, takpa, next baby kita beli k! hehe


buku terbitan Telaga Biru.

Monday, 3 January 2011

Allah merancang lebih baik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

cuti 3 hari di awal tahun, patutnya seronok lah.
mmg la seronok dok umah mengulit anak, tp ada jgk plan yg tak menjadi.

Jumaat - hari ni projek nak mengemas je (sebelah pg)
 petang nak ke kubang ulu ziarah ayah.
tp yg plan ptg kensel, sbb Paknjang nawal pinjam kereta.
jd, 'patah kaki'  lah kami..
dok umah main aci ligan dgn anak, nak main kat luar tak boleh sbb hujan renyai.
duduk berdua di rumah sampai ayahnya blk tgh mlm.
mulanya plan nak keluar mkn, tp dah tak ada kereta, takkan nak naik motoor 3 beranak di tgh mlm?
huhuhu..

Sabtu - mujur plan hari ni menjadi, dgn izin Allah.
Meeting dgn senior Irshad tentang persatuan Alumni membuahkan keputusan. Alhamdulillah.
jumpa kawan2 terbaikk - Sarah, Ben, Muhammad, Amril dan Wani (mai bila meeting dah setel.ceh!)
moga kita dpt bg sumbangan utk skolah tersayang.
petang blk kg petani umah ma, plan nak gi Padang Serai nak jenguk butik Muhammad, akhirnya terkubur saja.
nawal tidor, pukul 4.30 baru dia bangun.
kita pegi rumah ayah je lah..lagipun itu plan semalam, kena buat jugak.

Ahad - bangun pagi dgn semangat sbb pg ni plan nak photoshoot kat mengkuang dam.
sekali, suami baca sms, nenek kawan baik dia meninggal, sedara jgk dgn keluarga suami.
uwaa! rasa frust, tp kena ingat lah, ini semua Allah yg atur, ada lah kebaikannya.
maka dgn rasa bersalah sms lah si tukang amik gambar, mujurlah dia ok saja.

hmm, bila mood pg dah spoil, langsung tak nak kemana2 hari tu.

kita hanya merancang, tp perancangan Allah lebih baik.
itulah permulaan tahun baru saya...

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...