Tuesday, 28 September 2010

Status

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Riena Yusuf is preparing 'wasiat' utk ditinggalkan pd Afifah, suami dan anak. Tiba2 rasa sebak dan air mata mengalir...

(nak taip status ni di FB, tp rasa tak selesa. taip di blog rasanya lebih private. Kononnyalah.)

bila saat2 mcm ni, baru sedar rupanya byk benda yg akan ditinggalkan bila umur ditamatkan Tuhan.

T__________T

Monday, 27 September 2010

:: Perjalanan Menuju Baitullah (Part 4) ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nur yg selama ini menjadi watak utama, ialah saya sendiri. konon2 nak buat ala2 cerpen, atau novel kalau mampu, tp saya tak terdaya. byk kekurangan dan kelemahan dlm penulisan saya. tak cukup ilmu lg. jd coretan2 ini hanya utk peribadi semata2. dan kalau dpt memberi manfaat utk org lain, alhamdulillah, ianya dr Allah SWT.

pada 25 - 26/9, weekend lepas, saya, ma dan abg an menghadiri Kursus Haji Perdana di Dewan Millineum, Kepala Batas. saya tunggu ma jemput saya di rumah LY, sbb suami dan anak bersama mak mentua ke Sik, ke rumah kakak ipar.

masuk je dlm kereta, ma bgtau,"kita bertolak nanti 19hb. "
"dah dpt surat ke ma??"
"baru sampai td."
"nak tgk! nak tgk! " - mcm budak kecik.

saya membaca isi surat Jadual Penerbangan Haji itu dgn airmata berlinang. Sayu, sebak, terharu, gembira teramat.
Impian saya hampir tercapai sedikit masa lagi. dlm hati tak putus2 memanjatkan rasa syukur pd Allah, dan terus berdoa semoga semuanya dipermudahkan olehNya. amin.


sesekali terdetik dlm hati, aku ni hina, byk dosa, layakkah aku untuk menjadi tetamuNya?? seru utk tunaikan haji sudah lama, sejak dr zaman nabi Ibrahim lg. tp, layakkah saya? Moga Allah terima saya dalam keredhaanNya, bkn kemurkaanNya.. amin. amin.amin.

suami selalu pesan, jaga hati, jgn ada sifat riak dan takbur sikit pun. ya, saya faham itu. Moga Allah bantu saya. saya  bergantung dgnNya. tanpa izinNya, saya takkan berhadapan dgn semua ini.

ada yg bertanya, mcm mana saya mampu utk menyediakan belanja utk menunaikan haji?
ya, itu tidak mudah. namun juga ia tidak susah kerana ia kehendak Allah jua.

tambang mengerjakan haji 2010 (muassasah) = RM9,980 (lebih kurg)

wang simpanan dlm TH sejak kecik (sumbangan dr ma dan potongan gaji kakak juga)  = RM3,000 (sebenarnya lebih dr ini, tp saya selalu korek duit dlm TH kalau sesak. pernah saya masukkan duit PTPTN sbyk RM5k masa blajar dulu, tp saya guna habis. mmg teruk.)

mana nak cekau lg RM7k ??

tahun 2007, saya masuk kerja di UiTM.
saya berusaha utk mendapat pengesahan dlm jawatan kurg dr 3 tahun, supaya saya dpt keluarkan wang EPF utk ke mekah.
saya hanya mampu berusaha, berdoa dan selebihnya, bertawakal.
Alhamdulillah, tahun 2009, saya disahkan dlm jawatan, dan bulan 3, 2010 saya keluarkan semua wang saya dlm EPF dan masukkan RM7k dlm TH.
Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan saya. semua atas kehendakNya juga.

wang untuk perbelanjaan di sana :   saya percaya pd rezeki dr Nya. Insya-Allah, adalah nanti tu..

saya cuma pembantu perpustakaan bergred S17. gaji saya cukup2 mkn. namun kalau kita berkehendak, insya-allah, Allah akan lorongkan jalan utk kita.


Semasa di Kursus Haji Perdana, seramai lebih kurang 1300 jemaah bakal2 haji dr seluruh P. Pinang yg serta. ramaiiiii lagi bakal haji/hajah yg muda2. malah ramaii yg muda dr saya Alhamdulillah, ramai org muda yg punya kehendak utk menjadi tetamu Allah.

banyak lg yg hendak saya ceritakan, tambah2 tak payah karang ayat elok2. hehe.
nanti kita sambung lg ya!

Thursday, 23 September 2010

Hantar Kyra @ KLIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sedap pulak, panggil nama adik saya as Kyra. biasa panggil dia 'adik' je. family lain panggil dia Nome @ makcik Wangi. mmg unik betul nama dia. oh, nama betul dia Nur Khairani.

seperti yg diceritakan dlm entry sebelum ini, saya ke KL rumah kakak utk hantar dia. sanggup tu tinggal suami dan anak 2 hari 1 mlm sbb nak hantar dia. hei, dia nak pegi obersi ok, lama pulak tu. entah bila dpt jumpa dia lg.

jadi, marilah kita tgk gambar saja.

dari hari rabu hingga jumaat, kyra dgn kakak asyik log in dlm web nih utk tau status visa dia. sehinggakan hari khamis tu setiap setengah jam sekali kami check. kiranya laptop tu on semedang sbb nak cepat. bygkan, hari jumaat, malam dah nak bertolak. pg jumaat visa tak siap lg. bayangkan dia punya risau tu..kyra dah cuak takut tak dpt pi dah, tp kami selalu ingatkan, apa yg terjadi, Allah dah takdirkan yg terbaik utk dia. sampai kakak check setiap 5 minit sekali. sehingga lah jam 10 pg lbh kurg, yeay!! visa dah boleh collect dah!
hilang semua risau, seronok pulak. Alhamdulillah. baru nampak muka Kyra senyum.Terus kakak bwk dia ke KL utk amik visa dia. tanpa visa,mcm mana nak fly?

@ KLIA. anak2 dara dgn kakak/achik dara diorang. sungguh sunyi tanpa Nawal. tp tak dpt bygkan keletihan kalau bwk nawal, mesti tak larat ligan dia kat ruang KLIA yg luas tu..adeii..penat! (baru bayangkan je tu,belum betul2 lg)
dr kiri : Hidayah, Mizah, Kyra, saya, Afifah.

Ayah yang kuat kerana semangat. semangat utk melihat anaknya berjaya. walaupun terpaksa bertongkat, berkereta sorong, tp dia kuatkan diri utk melambai anaknya sebelum berjauhan.

Mak Lin, mak tiri saya yg saya syg dan hormat mcm ibu sendiri. oh, dia cuma menumpang duduk di kerusi roda ayah, bkn mak yg berkerusi roda.
hai Kyra! nampak ja pendiam, tp pandai posing jugak ye! hehehe

  
tgk muka ketiga2nya, mimik muka yg sama ja. mak sedara yg kat tgh, yg kiri kanan tu anak2 sedara. tp anak2 sedara lg besar dr mak sedara. oh ya, beza umor Kyra dgn ifah cuma 6 hari, kyra lahir 21 mac 1990, dan Ifah 27 mac 1990. karakter yg sama = pendiam.

mak selalu ckp, Kyra mcm saya dulu2, kurus tinggi. muka pun nak sama. bezanya skrg, saya lebih bulat. huhuhu
kakak sulong dan adik bongsunya. :)

Ayah dan anak bongsunya. selepas gambar ni di ambil, ayah menangis tiba2. tentu dia sebak mengenangkan dia akan berjauhan dgn anaknya. Kyra pun sama, dia pun sedih sebenarnya.

kakak dan abg pi berbuka puasa di anjung tinjau KLIA. haha! kellas kan? tp makanan bwk sendiri dr rumah. mak masak sambal udang + petai, ikan siakap sweet sour, sayur kobis dan gulai ayam ikan kakak. (tiba2 laparrr..)

ayah, kenapa serius sgt? saya rasa ayah tak larat sgt time ni. dgn sejuknya, dgn duduk lama, dgn nak jln tak larat. taktaulah byk mana kesakitan yg ayah tanggung. tp dia tak mengeluh pun.

bergambar ramai2, tp minus mak sbb dia gi toilet. ifah dah blk.

adik2 dara saya, Mizah dan Dayah, plus anak sedara, syaza/kak nik yg tgh2..

Kyra dan kawan2 seangkatan.

lagi kawan2 seangkatan. saya rasa dlm 30 lebih kot utk flight mlm tu.

 "tgn ayah kebas.." mungkin sbb lama sgt duduk dlm aircond, dr pukul 6 sampai 11 mmg lah tak tahan..kesian ayah..

masa keberangkatan Kyra, takde sapa yg amik gambar lg. sbb masing2 dah berpelukan dan sebak. esp ayah dan mak. kami semua bergenang air mata bila tgk Kyra peluk ayah, ucap selamat tinggal dan mintak ayah doakan dia. saya tahu apa yg ayah fikirkan, saya cuma doakan Allah beri kesejahteraan utk kedua-duanya..

kakak, ayah dan mak pulang ke P.Pinang naik flight sejurus selepas Kyra masuk boarding room. (ye ke boarding room, isy i tak biasa lah naik kapal terbang.hehe) alaa, bilik menunggu tu..yg sebelum masuk perut kapal terbang tu. manakala abg pi, saya, syaza, dayah dan mizah balik dgn innova abg pi mlm tu jgk ke p.pinang. ifah tak blk, dia jd guard kat umah bangi. dia blk awal2 lg sblm tu sbb dah mlm sgt.

kenapa blk cpt sgt? kenapa tak stay dulu dan blk keesokkannya?
sbb rumah saya di kg petani dah penuh saudara mara dr kelantan. hari sabtu ada kenduri di ptg to bidan. jd perlu blk segera. next entry lah saya cerita.

bertolak dr KLIA jam 10.30 mlm, sampai subaidah ptg pauh jam 2.00 pg. huh, laju betul abg pi bwk.

Tuesday, 21 September 2010

Wajah kesayangan hamba


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

entry ini akan dipenuhi muka Nawal. sebagai pengubat rindu saya.


terima kasih utk Syaza aka Kak Nik yg snap all the pics.
ini senyum sweet.



ini senyum tersipu2 namanya.
ini senyum senget.
ini muka geram. tgn tu sedang mencubit kak nik.



ini muka biasa/selamba.
hmm..ini tgh mkn apa nih?
ini  hidung kembang.
tgk apa tuh?
hah, ini betul2 intro nangis nih.
"dollly,dolly kata..?" - "aaaaa!!!" - mcm iklan Colgate.
bajet comel lah tu.
 and the last one - dah bosan k nik asyik amik gambar dia.

khamis ni, 23/9/2010 - Aisyah Nawal genap 15 bulan. dia makin keletah. makin lasak. makin bijak. makin adorable. makin menghiburkan. makin memenatkan. dan dia tak pernah berhenti membuatkan saya bahagia.

terima kasih Ya Allah. atas anugerah ini. 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Friday, 17 September 2010

jadilah dia si perantau..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ingat tak, saya pernah bercerita tentang adik saya di entry ini?

saya sampai di bangi rumah kakak saya pd jam 12 pm,semalam, khamis 16 sept. (happy birthday c-fah!)
drive dr penang jam 7 pg bersama co-pilot, kak long.
turut serta, ayah, mak dan adik2 perempuan saya.
nawal?ya, saya tinggalkan dia di rumah. bkn tak nak bwk, bkn nak berlagak mcm anak dara, tp ia hanya latihan.
nawal sgt manja dgn saya lately, jd saya rasa dia perlu diberi latihan berpisah dgn saya. bkn lama pun, 2 hari 1 malam je.

adik saya, khairani akan berangkat ke UK malam ni. dia akan melanjutkan pelajarannya di Leeds University.
doakan semua urusan dan perancanganmya berjalan lancar.amin.  Risau, tp tumpang happy untuk dia. siap pesan suruh dia upload gambar byk2 dlm facebook nanti.hehehe

(pak lah, U hang dgn Leeds tu jauh mana hah?)

inilah dia adik saya tu.

                                                              wish u all da best, Kyra!!

Thursday, 16 September 2010

Raya Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

mulanya mcm malas nak cerita pasal raya. tp mcm mana saya nak rujuk cerita saya thn dpn kalau saya tak mencoretnya tahun ini?
jadi, saya kuatkan semangat untuk buat entry raya.

sehari sebelum raya : nawal sebuk tlg tok ma buat ketupat pulut. lps tu curik2 mkn.haha!













bila org tegur dia mkn, dia sengeh2.

hari raya pertama tahun ini, mcm sebelum2nya, suami solat subuh di masjid lahar yooi, kemudian ziarah kubur arwah ayah mentua saya. selalu mcm tu. lps sarapan dan beraya dgn mak mentua,baru kami balik kg. kampung petani. hehehe mcm lah jauh sgt kan..
disebabkan saya tak dpt bersolat sunat aidilfitri thn ni (ya,bulan mengambang 2 hari sebelum raya.)jadi duduk di rumah melayan anak. makan. sementara tunggu yg lain pulang dr masjid.
lepas tu sesi bermaafan dan bergambar.


saya dan adik beradik. + si kecik yg sebukk lah sgt.

                                                   nawal yg sedondon dgn kak ili sepupunya.



nawal dan kakak maira.


inilah Ma, Kakak dan abg2 saya.

fokus pd baju, tahun ni tema baju ready made.haha!

lepas puas bergambar, rumah pertama yg WAJIB dituju ialah rumah ayah. kesian ayah mesti dah lama tunggu anak cucu tak sampai2 lg.



saya dan adik beradik saya. dgn ayah dan mak di tgh2.



ayah dan mak serta 11 org cucu. tau kenapa nawal dah tak berkain??
dia main brg di dapur mak. tumpah air rendaman cabai kering.basah abih kain dia.mujur tak kena kulit.kalau tak panaslah kulit dia. itulah,lasak sgt.


                      family kecil saya + ayah dan mak.


                                    abg2 saya dgn adik2.


                                 kakak dan adik2 perempuannya.

raya tak akan lengkap selagi tidak beraya ke rumah ayah dan mak. itu dah jd tradisi. 

saya pulang ke lahar yooi selepas solat jumaat. beraya dgn adik beradik abg aleh pulak. itulah untungnya kawen dgn org dekat. balik kg main2 je. hehehe

raya part 2 kemudian lah. kita tutup part 1 dgn gambar tuan blog dan anaknya.


raya sgt seronok sbb nawal asyik berjalan mengukur rumah. penat tp happy.



Monday, 13 September 2010

warm up dulu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

adeiii..malas betui nak tulih blog.
nak crita psai raya pun malas nih.
dok sorg2 kat opis. semua cuti lg.
pasang tv kuat2.
tgk2 gambaq semua tak cantik.
nak kena amik gambaq dlm kamera kakak jgk ni.

dok teringat kat kes sosilawati. kesian dia dan 3 org lg tu. mcmmana lah anak2 depa..Ya Allah kuatkan hati depa utk tempuh dugaan ni. amin.

:: SALAM AIDIL FITRI ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Tuesday, 7 September 2010

Ini mmg misteri.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

mmg sejak seminggu ni adalah minggu suspen. risau. dan pelik.
mmg pelik kalau biasanya ia berlaku tp ia tak berlaku.
jadi atas desakan hati, dan juga 2,3 org shbt, maka satu ujian telah di buat.
bak kata Tiqah @Thara,

ya, misteri ini perlu dirungkaikan. supaya hati senang.

pada hari ke 37. Hasil ujiannya ialah....

terengggg...

teng tereng....

(ok, sound effect bunyi suspen diperlukan skrg)

jeng jeng jeng!!



      It's negatif.

mcm frust pun ada. eh tetiba. mcm seronok pun ada. entahlah. Allah belum izinkan ianya berlaku.

dan ini mmg misteri.

jd pg2 lagi  sms Dr Sarah, forever friend merangkap doc peribadi tidak berbayar.
dan dia reply,

2 Possibilities..mungkin disbbkan oleh hormon tak stabil sikit (common in bulan puasa sbb perubahan waktu mkn/tidor) yg menyebabkan period hg dtg lewat..or mungkin hg pregnant tp terlalu awal utk detect thru upt. but i think possibility pertama lebih kuat sbb selalunya after 1 week lewat, upt will be positive. so dont wori so much..Allah nak bg hang puasa cukup :) - Sarah.


ya. jgn risau sgt. sampai masanya nanti mengambang lah bulan purnama tu. so skrg enjoy puasa dan bertahajud setiap mlm. Kan seronok tu. :)

mmg misteri. pertama kali dlm hidup. sbb tu masuk dlm blog. :)

Friday, 3 September 2010

Emosi kerana apa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi."
 sumber : http://www.asida.net/2006/11/03/tanda-tanda-hamil/

masalahnya, emosi apakah yg saya sedang alami? rasanya ok saja.

p/s : hari ke 33. saya sudah bersedia dari segi emosi, mental dan fizikal. Terima kasih Dr. Sarah Sofian atas nasihat.

Wednesday, 1 September 2010

Kenapa lupa utk berdoa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Kes 1.
saya berada di simpang jalan, susah nak keluar simpang tu. kiri kanan kereta menderu2.
mulut mengeluh.
hati gelisah.
aisyah nawal dah mula meronta.
waktu dah lewat utk masuk kerja.
saya jadi serabut.

10 minit berkeadaan begitu.

tiba2 baru teringat, lantas berdoa.
"Ya Allah, permudahkan utk aku Ya Allah.."

tak sampai 5 saat. jalan tiba2 lengang. dan saya boleh keluar simpang dgn mudah. dan nawal pun berhenti meraung.

kes 2.
sudah 2x saya buat pusingan sekitar Jalan Danby, BM. tujuannya mencari parking utk ke kedai ma di arked mara. susahnya nak parking!! dahla cuaca panas. hati mula rasa nak marah. kang parking suka hati kena saman pulak.

tiba2 baru teringat, lantas berdoa.
" Ya Allah, berikan aku 1 tempat parking..Tolong Ya Allah.."

dan kemudian ada 1 kereta keluar dari parking,  saya dgn pantas masuk parking segera. kesian ma dah lama tunggu saya .

konklusi.
doa itu kan senjata org mukmin. Bukan Allah tak nak tolong kita, Dia hanya mahu dgr kita memohon drNya. kita kan hamba. walaupun kadang2 kita rasa benda tu kecik dan remeh je utk kita berdoa, tp tanpa izinNya, benda tu takkan berlaku ok.

saya rasa saya kena contohi Nabila dlm cerita indon Mutiara Hati tu.selalu saja berdoa.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...