Monday, 30 August 2010

menanti bulan mengambang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

menanti bulan mengambang.
pd hari ke 29.
kalau masuk hari 32 dan seterusnya bulan masih tak mengambang.
kerisauan akan menjelma.
abislahhh~!!!!


suspen biasa utk ibu yg anaknya masih tak cukup 2 tahun, beranak operate plak tu, nak p haji plak lg. aduhaii..Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Thursday, 26 August 2010

pg2 dah syahdu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

pagi ni, lepas dah siap nak ke tempat kerja, saya duduk bersila mengadap ma.
acara rutin setiap bulan iaitu menyerahkan 10% dr duit gaji, hadiah utk ma.

"ma, ini duit ma. buat belanja ya! "

"terima kasih..Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anakku ini, kurniakan dia kesabaran..Kau tetapkan iman nya..berkati dia dunia dan akhirat..amin..." sambil pegang tgn saya dan gosok kepala saya..

selalunya saya aminkan sambil sengih2 saja. tp hari ni entah kenapa saya rasa sebak bila ma doakan saya begitu.

syahdu..kalau ma tiada lagi, siapa yg nak doakan saya nanti..???

Wednesday, 25 August 2010

Alhamdulillah, lebih baik dr tiada langsung..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.
- BERNAMA
 
Alhamdulillah. sebelum ni saya ingat saya dah tak boleh bg duit raya utk anak2 saudara. biar abg aleh je yg bagi. tp rezeki hanya Allah sj yg tahu.
alhamdulillah. dalam dok runsing2 pikir belanja raya, ada jugak duit raya. bolehlah bernafas sikit ~!

:: Untuk 2 org wanita kecintaan.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Hari ini, 25 Ogos. 1 hari dalam setahun yg saya tak pernah dan tak akan lupa. insya-allah.

ia merupakan hari ulangtahun kelahiran 2 org wanita yg saya sayang..


MA SAYANG...
percayalah, ina paling bertuah kerana dilahirkan oleh ma..
Selamat Hari Lahir yg ke 61 tahun..semoga Allah mengampunkan dosa2 ma dan mengasihi ma..
semoga Allah beri kesihatan yang baik utk ma..
semoga Allah sejahterakan hidup ma, dunia dan akhirat..
amin..amin..amin..
Ina sayang ma, sepenuh jiwa raga ina....
terima kasih atas doa2 ma untuk ina, sepanjang hayat ma..

(tgh tahan air mata dr menitik..)

ok, untuk wanita kedua, sahabat tersayang...

happy 29th birthday..
walaupun dah 29 tp hang tetap muda remaja ok.
take a good care of urself.
semoga apa yg hang doakan selalu akan dimakbulkan Allah. Amin.
Sooner or later, Allah knows what is the best for u..
syukur Alhamdulillah atas persahabatan ini, semoga kekal sampai kita mati kelak.

ok dah.tulis lg banyak kang nanti meleleh air mata plak.

p/s : gambar dgn ma, masa hari kenduri saya sebelah abg aleh 01062008.
gambar dgn sarah, masa hari pertunangan saya 20102007.

Monday, 23 August 2010

kurung Nawal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ehh tak tak..saya bukan kurung nawal dlm bilik ke..dlm reban ayam ke..(mcm ayah ngah dia kecik2 dulu kena kurung dlm reban ayam, hahaha!)

nak cerita pasal baju kurung nawal sebenarnya.

memandangkan budak kecit itu sudah pandai berjalan, dgn rancaknya, sampai tak mau dok dlm rumah asyik nak merayap kat luar je. maka saatnya dia sudah boleh berbaju kurung pada hari raya ini. yeay!!

jumaat lps waktu lunch hour, saya ke BM ke kedai jahit ma, utk misi mencari kain baju kurung nawal dan ili. (ili nak baju kurung sama dgn nawal, tanda kasih syg tak berbelah bagi..hehe)

dapatlah kain cotton warna putih biru..banyak kain cantik2 tp dah tema biru kena lah ikut tema.

hari ahad, saya ikut ma ke kedai, dgn niat nak jahit baju anak sendiri.


tukang jahit paling pro bg saya, dah 45 tahun asyikk menjahit je..sian ma..thn depan pencen ye!

ma guntingkan, tp kain tak cukup,sian ma pening2 dia mcm mana nak bt baju cucu2nya. tp mujurlah dia pro, jd setel masalah..

taarraaaa!!! dah siap pun. bkn saya yg jahit. ma yg jahit. tinggal nak jahit mata lalat jer (kain kat leher tu kena tampung kain lain sbb tak cukup.) ma ckp kalau saya jahit lambat, dia jahit kejap je. sejam pun tak sampai dah siap 2 helai baju cucu2nya.

ok ili, tercapailah hajat awak nak baju sepasang dgn nawal. maka hari raya ni jadi anak acik dan pakcik leh ye!

tak sabar nak tgk nawal di hari raya terkedek2 berbaju kurung.

dah pesan dgn abg aleh, lps ni simpan baju kurung nawal utk di pakai pd hari raya haji pulak. sbb saya takde disini utk beraya sekali.. :)

Friday, 20 August 2010

wahai adik,jgn buat kelakar boleh?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari ni, jaga kaunter mcm biasa.
dtglah seorang regular customer. student lelaki,  part 1 rasanya.

dia : hai kakak. apa kabar hari ni? - mmg ramah budak ni.
saya : alhamdulillah. baik2 saja. - senyum sikit. tak laratlah.
dia : kakak berbuka kat mana hari ni?- eh budak ni,lebih2 plak.
saya : kat rumah. mcm biasa.
dia : dgn siapa? - eh, byk tanya pulak dia ni.
saya : dgn suami, anak, mak mentua..
dia : eh, dah kawen ke? alaa...
saya : laah, knapa, tak nampak mcm org dah kawen ke?
dia : tak pun! saya ingat tak kawen lg.

hahahahahahahahahahahahaha!!!
saya rasa nak gelak berguling2.
adik, kot ye pun nak membodek akak, tak payahla melampau sgt..tipu sgt lah kalau rupa akak ni x mcm org dah kawen. alahaiiii....

sungguh, saya rasa mcm adik tu perli saya je..huhuhuhuhuhuhuhu

kali ni duduk tegak.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Rabu lepas, saya, Ma dan Abg An ke kedai gambar.
nak tangkap gambar utk visa.
kena pakai tudung hitam. no hal, mmg tudung peberet.

dan saya ingat komen enchek muhammad pd entry sebelum ini, masa amik gambar pasport.

"dah tu gmbr 2010 posing mcm malas2... duduk tak tegak... kurang senyum..."

dan saya pastikan gambar kali ini mesti elok berbanding gambar pasport hari tu. dan hasilnya :




ini pulak gambar ma. ma comel kan?


dan abg an yg hemmsemm.


ok, puas hati dgn gambar ni. sbb yg amik gambar adalah org, bkn mesin. lps tu edit bg hilang semua jerawat2. bagus bagus. saya suka!kresit to kedai gambar President, BM.


amacam en photographer? aku duduk tegak kan?

Tahniah cikgu Men!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, sorg member saya dah selamat bergelar ayah.
tahniah utk ex-schoolmate sekolah rendah dan menengah saya, Muzammil aka cikgu Men atas kelahiran Nur Zara Muzalifah semalam. (malam jumaat 10 Ramadhan)


dan of course dear Farah, my ex-opismate, tahniah dan selamat menjadi ibu. hadapilah hari2 berpantang dgn seronoknya ok! (apa punya ayat nih)

Semoga Nur Zara Muzalifah Mohammad Muzammil akan menjadi anak solehah yg akan menyenangkan dan membahagiakan kalian. amin .amin. amin.

tak sabar mau berkenalan dgn Nur Zara. :)

Wednesday, 18 August 2010

tak pegi bazar ramadan tak bermakna memasak di rumah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

" sekejap je 7 ramadhan. dan saya masih bertahan utk TIDAK ke bazar Ramadhan. Setakat inilah. :) "

Status saya di Facebook via Yahoo mengundang sangka baik beberapa teman. kata mereka saya memasak di rumah, jadinya saya tak membeli di pasar ramadhan. which is good la kan..hehehe

bersalah pulak rasanya. hehehe

sebenarnya, saya tak memasak sgt pun. saya dan suami berbuka di rumah mak mentua (sebelah rumah je kan..). lauk utama mak dah masak. jadi saya balik buat sayur buat air je kot. kdg2 ada abg aleh beli lauk kalau dia teringin.

maksud saya bazar ramadan (BR) tu yg besar2, yg org ramai, parking sesak, mcm2 jual tu. yg bila kita balik penuh brg di tgn tu. itulah maksud bazar ramadan bg saya. :)

sebenarnya saya ada jugak pegi gerai jual lauk kat UiTM ni. Ada jugak singgah kat kedai pakcik Qarie di jalan guar perahu utk beli lauk sahur. pendek kata, saya ada jgk membeli lauk. bkn masak sendiri. adei..malu nak mengaku..

cumanya. saya tak pegi BR beli bermacam2 kueh dan makanan2 sampingan lain. sampai tgn penuh plastik. sbb..ada Nawal.yg harus saya kejarkan. kalau saya singgah BR, maknanya saya lambat ambik dia, rindu lah. kalau saya bwk dia kemudian singgah, aduhai. baik tak usah. penat sihhh nak dukung @ biarkan dia berjalan. tak sesuai.

maka sbb tu saya tak pegi BR.

mungkin 1 hari nanti. mungkin saya pegi. saya tak kata saya takkan pergi. saya cuma tak berkesempatan. teringin jgk sebenarnya. tambah2 BR kat rumah ma di kg petani tu. atau lebih tepat di Parit Busuk Kubang Semang. org ramaii makkk aiii!! kaya2 rupanya rakyat Malaysia ni. hehehe

Tuesday, 17 August 2010

selepas hari raya..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Telefon berbunyi..bergema suara siti nurhaliza berselawat.

Pemanggil : assalamualaikum, ni Pn Nur A****** ka?

Nur : waalaikumussalam, ya saya. siapa ni..?

pemanggil : saya dr pejabat tabung haji ni. puan dah buat pasport kan? bla bla bla bla...

Nur berdebar2 menjawab panggilan tersebut. Dia tahu masanya hampir tiba. Dia, abg an dan ma perlu serahkan pasport dan  gambar utk visa haji ke pejabat TH secepat mungkin.

Nur : err, encik, bila agaknya saya boleh tahu tarikh berangkat ya?

pegawai TH : insya-allah, lepas raya kita hantar surat. sekarang kita uruskan visa dulu.


ya, selepas aidil fitri baru TH akan keluarkan surat pemberitahuan.

Nur akan sabar menanti..

7 Ramadhan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (152)
- Al-Baqarah, ayat 152.

Monday, 16 August 2010

kakak, boleh tak jgn marah2?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Lepas berbuka semalam, abg aleh buka cerita tentang staf kaunter di pej pos yangtidakdapatdiberitahutempatnya.
katanya, kakak yg jaga kaunter tu marah2 bila ditanya tentang status saman yg kena bayar dulu sebelum ambil roadtax. kata diberi penangguhan sehingga Februari thn dpn, tp kenapa tak dpt renew jugak?

sebelum beredar dr kaunter pejabat pos tu, abg aleh sempat sound staff tersebut,"kak, saya pun puasa jgk, penat jgk, tp tak payahla marah2 saya, saya cuma tanya saja.."

saya senyum saja bila abg aleh bercerita mcm tu. saya cakap, maafkanlah kakak tu. dia tak sengaja nak marah2 abang.

saya bukan nak defend staff yg marahkan pelanggan di kaunter, tp saya faham sgt perasaan org2 yg bertugas di kaunter. sungguh, hanya yg pernah bekerja dikaunter saja yg faham perasaan petugas kaunter.

ya betul, kita mmg kena mesra pelanggan. kena layan pelanggan sebaiknya. kena senyum sentiasa. ramah. sentiasa menolong. sabar. berhemah. dan lain2 yg sewaktu dgnnya.

tp, staff kaunter tetap manusia biasa yg punya kelemahan.

ada masa dia penat.
ada masa dia sakit.
ada masa dia tension.
ada masa dia runsing.
ada masa dia lapar.
dan macam2 lagi.

dan di kala semua itu berlaku padanya, dan dia tetap kena bertugas di kaunter jugak, apa daya dia. dia cuba utk memberikan yg terbaik, tp ada masa2 yg menyebabkan dia tak mampu.Sepatutnya ketika dia tak mampu utk ceria, dia tak boleh duduk di kaunter, tp dah kerja dia, nak tak nak, dia kena jugak. dia kena lawanlah semua halangan2 tu. tp itulah, dia cuma manusia biasa.

hehe, saya pun petugas kaunter. hari2 kena hadapi karenah student yg mcm2. pening. penat. tp saya enjoy. setakat inilah (tp bos tolong..saya nak tukar bahagian lain pulak..) kdg2 mmg ada tertekan sikit, tp bkn hari2. mungkin pd hari saya depress,time tu lah mungkin ada student yg kena marah, di luar kesedaran saya. tp bkn hari2 ada student kena marah. dan mungkin time abg aleh kena marah tu, adalah time kakak pej pos tu tak sihat. mana tau kan?

"kakak, senyum la sikit. tak baik masam2 bulan puasa ni..'' - pg td. dah kena tegur dek student. saya balas dengan perkataan maaf dan beri dia senyuman termanis.

dan percayalah, bila anda selesai urusan dan ucap terima kasih dgn senyuman manis, anda akan buat petugas kaunter gembira.

Saturday, 14 August 2010

Mengenang kisah lalu, lagi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tak abis2 mengenang kisah lalu si Riena ni. dr kisah rumah terbakar, pastu baju anak2 saudara dia.
dan hari ni, 14/8 - 1 lg sejarah lalu. saya keguguran 14/8/2008.

ia bukan kenangan pahit. dan bkn juga kenangan manis.
ia lebih dr itu. ia pengalaman berharga.
dan saya akan kenang sampai bila2.

takpayah tulis panjang2. anda boleh baca disini dan juga disini.

Friday, 13 August 2010

si baju biru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ini gambar lama.
tarikh : 25 Disember 2003
lokasi : rumah ma
acara :  majlis kesyukuran sempena terbinanya rumah baru selepas rumah lama hangus dlm kebakaran.


Anak-anak saudara saya : adik Ili yg berbaju biru, Akil yg berbaju ungu dan abg cik berbaju kelabu.
comel sungguh budak2 ni kecik2 dulu. bulat2!!
anak2 saudara yg masih kanak2 : sekarang dah anak dara boleh masuk meminang sekarang.
kak long, Naja, Nadia dan abg cik. Ili atas dukungan.
keluar Kak Long, Syaza @ Kak Nik pulak masuk.
ok, sekarang fokus kpd baju biru Ili dan tgk gambar di bawah.



sekarang, giliran Nawal pulak pakai baju tu. rasanya itu baju Afif, kemudian adik dia, Ili pulak yg pakai. kemudian maira anak abg lan, dan latest, Nawal pulak. masih dlm keadaan baik. rasanya boleh simpan utk anak kak long pulak. hahahahahaha!!!!

Thursday, 12 August 2010

mari cuci mata~!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semua gambar adalah dr kamera saya sendiri.
marilah cuci mata.
(jgn masuk dapur buka periuk pulak ye!)












ok itu je. kalau ada lg nanti saya letak lagi. ahaks!!

Wednesday, 11 August 2010

1 Ramadhan 1431

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

mcm mana kalian hari ini?
ok ke?
saya tak sihat lah, cirit birit. dr semalam lg. penat rasanya.

semalam sempat solat tarawih di rumah, selepas nawal tidor lena.
mujur dia tidor awal setiap malam. paling lambat pun 9.30 mlm.
ada ruang dan kesempatan utk saya. no excuses. heheh.

pg td bersahur dgn sardin dan telur goreng, permintaan suami. saya hanya menurut saja.
nawal nyaris nak bgn, tp tidor balik selepas ditepuk2. legaa...
pukul 6 pg baru dia bgn , sengih2..terus buat kerja aka sepahkan bakul mainan dia.

oh sebelum menutup entry ntahapahapa hari ni, ingin saya coretkan :

" Saya Syaa'ban. Saya mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu Rezeki dan ketiga2 anaknya iaitu Sahur, Tarawih dan Iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan..mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki pesawat EidulFitri Airlines.. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yg berlipat ganda! Insya-Allah."


SELAMAT BERPUASA!

Monday, 9 August 2010

Friday, 6 August 2010

:: 120803 - in memory... ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ia adalah sejarah. dan tak mungkin dilupakan. mungkin pada awalnya ia kenangan pahit, tp sudah menjadi memori bermakna. :)
saya ingat nak publiskan entry ni pd 12hb, tp lambat sgt, blog ni dah muram tanpa entry. tak apalah, dah masuk ogos kan..


saya masih simpan emel yg saya hantar kpd kawan2 selepas kejadian ni berlaku.. masih ada dlm folder sent. dan saya copy ke sini. 
suka diingatkan. emel ni dikarang 7 thn lps. 7 tahun ok. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

betul apa yg dibgtau oleh sedara Muhd..umah aku di kg petani, penang terbakar hangus..kalau korang baca harian metro 13hb Ogos ms 16N..tu laa berita pasal umah kesayangan kami sekeluarga..dan gambar bdk dlm tu adalah gambaq anak sedara aku yg terselamat...

alhamdulillah..tu adalah ucapan aku berkali2..mmg pd mula aku terima berita tu (masa tu dlm kuliah ptg selasa 12hb) aku terkejut..terpana..kehilangan kata2..tak terbyg umah kesygan kami tu dah tak wujud..heh..terus aku kol my mum..ask her..ma dah lembik lutut,tak mampu nak drive keta dia blk umah dr kedai dia di mara BM..sian ma..ma sedih sgt2 sbb umah tu dr hasil titik peluh dia..hasil dr amik upah menjahit berthn2..heh..mmg sedih..sedih2 aku mungkin tak sama dgn sedih yg ma  tanggung..

abih kelas kul 4, aku dgn kakak aku try utk blk..tiket flightt dah abih..sarah nur alya shbtku kol aku..pujuk aku..alhamdulillah..my true fren is alwizz there wpun jarang bersama..sarah,aku tak naik flight laa..tiket abih..(ada ka dia kata aku berlagak??tak padan umah terbakar ada hati nak naik flight lg!! sarah ni dia mmg  sewel..) last2 aku naik bas di pudu kul 730 mlm dgn kakak aku..dgn hati yg tak tenang..dan sentiasa diburu pelbagai persoalan..aku tak sabar nak blk utk memeluk ma...sian ma..

kul 9 mlm..ada seseorg telepon, habaq yg dia dah sampai png dr aceh..terkejut dia bila aku habaq yg aku blk sbb umah terbakaq..heh..sempat dia terperasan mula2 aku habaq yg aku dok atas bas nak blk penang..dia ingat aku blk sbb nak sambut dia laa konon...

hmm..sampai kul 12 malam kat umah..abg aku no 2 (abg man)  amik di tol juru..kami berpelukan kesedihan..sblm sampai umah, aku dan kakak cuba membayangkan keadaan terburuk yg berlaku pd umah kami..heh..tp..bila tgk..lg buruk dr yg aku bygkan.....teruk!!abih!!hangus!!jejak kaki di umah, ayah aku sambut..aku peluk ayah sambil menitiskan airmata.."ayah..umah riena dah takdak..." ayah kata.."tuhan bg pinjam umah ni utk 13 thn ja nak..dan sampai masa tuhan tarik blk.." aku tau ayah pun sedih sbb umah tu dr hasil tgn dia..ayah aku yg bina sendiri umah tu..(wpun ma dan ayah berpisah sejak 21 thn lalu..)
masih ada brg2 yg selamat..brg2 dapoq,mcm peti ais,dapur,mesin basuh,kain baju mak aku..buku2 skolah aku..yg lain2..hancus..paling kesian brg2 abg man dan keluarganya yg masih belom dipindahkan ke rumah baru dia..habih semua..dia mmg tinggal sehelai sepinggang..sian anak2 dia..

hmm..kami berkampung dpn umah tu..berbicara..post-mortem blk dgn apa yg terjadi..aku termenung pjg..semua mcm tu..tp aku nampak wajah2 adik beradik aku..kakak2 ipaq aku..ma,abah,ayah..anak2 sedara aku..semua merelakan..semua terima dgn redha kejadian ni..alhamdulillah..kami mula merancang apa yg bakal kami buat utk masa depan..alhamdulillah..setakat ni kakak sulong aku ada umah sendiri di bangi dan tmn guaq perahu..abg man sedang dlm pembinaan umah dia di kg pelet,dah nak siap..abg lan pulak baru sebulan pindah kat umah dia di mengkuang..umah kg petani tu yg tinggal ma,abah,abg an dan aku (tu pun kalau aku blk..dan byk masa aku di bangi,umah kakak aku ..) dan keputusan setakat ni, ma akan tinggal di umah kakak di tmn guaq perahu yg kosong..kami bersyukur sbb kami masih ada tempat utk berteduh..byk plak tu..!!insyallah,umah di kg petani akan dibina semula kalau ada rezeki..sbb tu laa umah abg an dan umah aku...

masa ni aku rasa bersyukur..aku ada keluarga yg redha..yg terima segala kejadian..aku ada sedara-mara yg prihatin..aku ada sahabat2 yg setia disisi..yg tepon..yg sms..thanx frens..aku ada "seseorg" utk aku berkonsi cerita,,utk aku mengadu..(heh..tak sangka tarikh 12/8 yg sepatutnya aku tunggu kepulangan seseorg.akan dikejutkan dgn berita gempar ni..) apa2 pun..aku sgt bersyukur..i'm fine..i'm ok..and i'm happy..

kwn2 irshad..thanks..kwn2 ukm..syukran..kalian sgt bermakna dlm hidup aku..mira,sarah,mama sifah,pizah,su najmi,zahidah(weh,kem salam kat YDP yg prihatin tu),paklah,suzie,awie dan shbt2 lain yg tak aku senaraikan disini..u know who u are..ops! buat sdr aleh yg best..hehehe..terima kasih byk2...
hmm..setiap yg berlaku..adalaa hikmahnya..pandanglah dr sudut yg +ve..dan kita akan terasa nikmatnya..aku syukur sbb ALLAH pandang kami sekeluarga,maka sbb tu kami diuji dgn dugaan hebat ni..tanda ALLAH syg..kan???

okeh..sekian crita dr aku yg terbakar umahnya...doakan kesejahteraan kami sekeluarga..

====================================

assalamualaikum..

frens..terima kasih diatas keprihatinan kalian..yg emel,sms,call..kalian buat aku semakin
tabah..kondisi aku skrg makin membaik..aku ok,mcm yg aku ckp slalu..i'm ok, i'm fine n i'm hepi..alhamdulillah...

"mayat" rumah aku dah dirobohkan kemarin (ahad)..semua berjalan lancar..abg2 aku dilanda demam..terkejut agaknya..kakak aku demam jgk..sian depa nih..aku ja yg sihat sejahtera..abg aku kata aku hati "stonecold"..ye ke???heh! aku sedih dlm ati ja...dah tak larat nak nangis aahh~!!

hmm..aku nak crita kat hangpa cerita2 diseblk kejadian kebakaran tuh..yg buat kami tersenyum dan tersedu..

1. masa umah mula terbakar,anak sedara aku si azzam (11thn) dok lena kat sofa umah bwh.tau dak..dia ponteng kelas KAFA di skolah..kononnya cikgu dia takdak..dia ni mmg kuat lena (mewarisi perangai aku laa tu..!)..masa umah terbakaq jiran2 ketuk pintu dia tak jaga2..mcm2 depa buat nak suruh dia sedaq..last2 kena pecahkan tingkap,baling batu kat dia baru dia jaga..meluru dia kluaq umah..ni crita dia bila ditemubual aku.."abg dengaq bunyi bising kat atas umah..abg ingat abah saja buat bising..abg tidoqlaa blk..pastu abg rasa panas..abg ingat mak tutup kipas..abg tidoq  blk..lepas batu kena kepala abg baru abg rasa pelik,pastu org dok bising2 kat luaq umah.."

2. sblm kluaq umah,azzam sempat kedapur carik adik2 dia..(heh,syg jgk dia kat adik2 yg slalu dibulinya..)10 saat lepas azzam kuaq,api dah jatuh atas sofa tempat azzam lena td...fuh..alhamdulillah..Allah masih pjgkan umor anak sedara aku nih..

3. abg man aku lemah longlai bila dia blk tgk basikal anak sulong dia (azzam) ada di dpn umah..dia ingat anaknya ada kat dlm..dia peluk azzam kuat bila tgk anaknya selamat..

4. adik azzam (nadia) blk dr KAFA..dok nyanyi2 lagu "rumah terbakar panggil bomba..bomba dtg berlumba2.." tgk2 ada bomba sungguh kat umah!! terpana dia!!

5. sorg anggota bomba ckp kat org ramai2.."nasib baiklaa adik2 dia takdak kat rumah..depa pi CARREFOUR,kalau tak taktaulaa apa jd.."
hahahahaha!!!! pi KAFA laa pakcik..!! bukan CARREFOUR!!!!

6. ada sepupu aku mai dr kelantan..saja nak ziarah,buat surprisedlaa kononnya....tgk2 ada ramai org kat umah..dia ingat ada org mati..~!!!!heh..

7. aku tanya nadia (8thn), perasaan dia bila tgk umah kita terbakar.."hehe..seronok!!tak payah pi sekolah!!!" alahai...budak2....

8. si naja (kakak nadia,10 thn) menangis bila tgk atas rumah..katanya.."buku agama naja terbakaq..mcmmana naja nak pi skolah besok..baju skolah naja terbakar..buku2 naja terbakaq..naja nak pi skolah camna.." anak sedara aku yg tu mmg rajin..(mewarisi perangai aku gak tuh~!!)

9. ma aku sedih sgt sbb brg2 dia yg paling berharga terbakar..tau dak apa..?? bantal dgn selimut dia..benda2 tu paling ma aku syg..ma payah lena dgn bantal dan slimut lain...sian ma..hehe

10. hmmm..aku kena basuh semua baju2 mak aku yg terselamat..hehe..mcm nak patah pinggang aku..baju ma,baju abah..terdetik dlm ati aku.."pasaipaalaa tak terbakaq jugak baju2 ni..kalau tak takyah penat2 basuh.."hehehehe...jahat kan aku?????

hehehehe...tu ja kot crita2 disebalik api..ada lagi..tp aku tak ingt aa``!!
---------------------------------------------------------------------------------------------------

bila baca balik emel ni, saya senyum sendiri. ia kenangan yg tak mungkin terlupakan. ya, kami bernasib baik kerana tiada yg tercedera mahupun maut. ALHAMDULILLAH.

:: Azzam, hero dlm kisah ni, dah pun berusia 18 thn.
:: Rumah di Taman Guar Perahu milik kakak dah jadi milik org lain. kakak dan abg pi dah let go sblm diorang menunaikan haji.
:: 'seseorang' yang dimaksudkan dlm ayat ''ada seseorg telepon, habaq yg dia dah sampai png dr aceh..terkejut dia bila aku habaq yg aku blk sbb umah terbakaq..'' - dia adalah abg aleh, suami saya sekarang. :)
:: bila duduk di rumah ma sekarang. mcm tak percaya rumah dulu terbakar. tp kadang2 terasa rindu rumah dulu.. T_T
:: selepas kejadian tu, kalau dgr berita rumah terbakar, mesti rasa simpati yg amat, sbb dah faham perasaannya kalau rumah terbakar.

sesekali mengenang kisah silam, bagus jgk kan?

Wednesday, 4 August 2010

ok, blog nawal dah siap.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya dah siapkan blog nawal, khas utk join contest. dah tak nak serabutkan dlm blog saya.

tp kan, bila kita kosentret buat entry utk contest, nak buat entry mcm biasa dah rasa malas dan takda idea. ini bahaya ni.

anyway, ini blog nawal tu. http://aisyahnawal.blogspot.com

sorry kak long, tema blog kaler pink lah. itu e yg comel pun. hehehe

Tuesday, 3 August 2010

hari-hari saya suka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya suka hari isnin sbb malam ada drama Kau Laksana Bulan kat Tv2, jam 9 mlm. Best crita tu Zulhizaimi comell..hohoho~!!
saya suka hari selasa sbb mlm ada crita Desperate Housewives @ 8tv jam 10.30 mlm.
saya suka hari rabu sbb ia hari saya bermalam di rumah ma @ kg petani.
saya suka hari khamis sbb err..err.. takda crita best kat tv jd saya tidor awal.
saya suka hari jumaat sbb esoknya cuti yeay!
saya suka hari sabtu dan ahad sbb ia hari bersama keluarga. atau hari jalan2. atau hari makan2. atau hari penat2.

hari2 saya suka.

(ini namanya takda modal nak update blog.huhuhu)

tgh berfikir2 nak create blog lain utk join banyak2 contest di alam maya ini. sbb saya rasa serabut tgk blog saya campur2 cerita dan contest. tak suka tgk. hmmm..nantilah, ada masa nanti.

E63 - i'm loving it!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Sudah..erm..sebulan kot.. Saya guna hp E63 ni. Abg aleh bg. Kata bini tokei henpon kan..alhamdulillah. Walaupun isteri kpd tokei kedai henset tak bermakna saya akan dpt tepon baru ok.ni pun 2nd hand sj tp cukup utk saya. puas hati dan gembira. Lebih baik dr kena beli sendiri kan? Hehe..terima kasih suami..

nawal sudah lama tidor.sya pun nak join dia jgklah.
Sekian,update dr E63 :)

Monday, 2 August 2010

:: Cute Funny Eating Baby ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

untuk kali ke dua, saya join contest. ya, contest kali ni saya teringin nak join. moga2 ada rezeki.


syarat-syarat penyertaan :
 1) wajib menjadi follower http://www.suziey.com/ & http://www.malinasiam.com/ & http://damiaqish.blogspot.com/ - DAH FOLLOW KETIGA-TIGANYA.
2) buat 1 n3 berkenaan contest ni dan pastikan ade link back.. - SIAP!!
3) letak banner contest tu di tepi side bar blog korang di dalam n3 contest korang ...- SIAP!!


4) letakkan SEKEPING shj gbr anak anda yg paling comel dan lucu sedang mentakedarah makan (xkira ape jenis makanan skalipun...asalkan sedang mkn sesuatu makanan bkn tayar beskal atau menan2 yg lain :D ) then nyatakan nama & umur anak anda.. - SIAP!!


5) jgn lupe..n3 contest hendaklah diakhiri dgn " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" - OHOOOO!! BESTNYA!!!


dan gambar yg saya pilih adalah ::

JENG JENG JENG!


 NAMA : AISYAH NAWAL BT MOHD SALLEH
UMUR : I TAHUN 1 BULAN ++

gambar nawal mkn buah oren, sedang disuap oleh ibu saudaranya aka kakak sulung saya.
THANX KPD PENGANJUR2!!
moga-moga adalah rezeki saya untuk menang " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"

amin amin amin!!

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...