Wednesday, 30 June 2010

nak jd cikgu tapi tak kesampaian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sejak kecil saya teringin nak jd cikgu.
biasa budak2 mcm tu lah, terpengaruh dgn cikgu sendiri.
dan saya pulak banyak dipengaruhi oleh kakak sendiri, dia kan dulu2 cikgu.

lps tu bila dah masuk sekolah menengah, terasa nak jd pensyarah pulak. upgrade la sikit.
tapi saya tak ingat, kenapa masa lps SPM saya tak mintak maktab?? ke saya mintak tp tak dpt? entahlah,dah tak ingat.

masuk UKM (pilih U ni pun sbb nak ikut jejak kakak) amik ekonomi, mmg punah lah harapan nak jd cikgu, jd pensyarah mungkin boleh lg. tapi, tamat belajar dgn result yg tak best sgt, tak dpt lah nak apply jd lecturer. kecewalah lagi..

kerja UiTM jd pembantu perpustakaan, kerja 6 bulan kot, bos mintak saya bg taklimat utk student baru. perasaan? mestilah gementar. bercakap di atas pentas di depan 1200 pelajar. gila ke? tp saya fikir positif, nak jd pekerja cemerlang mestilah sanggup terima cabaran. dan saya melepasinya dgn err..baik kot..

dan semester seterusnya, itulah tugasan saya. bagi taklimat utk student baru dan juga kendalikan kelas kemahiran maklumat. walaupun tak lg kena berdiri di atas pentas bercakap dpn ribuan pelajar cuma dlm library saja. terasa la jugak ala-ala cikgu. mujur tak bahasakan diri cikgu je. hahaha! sekarang dah hampir 4 tahun, saya buat kerja ini. kalau staf2 baru mcm suspen je nak bg taklimat, saya cuma bertenang walaupun debaran masih ada.

terima kasih bos, sbb berikan peluang ni kpd kami. - ikhlas dr staf2 library. keh keh keh

ni masa lawatan budak2 sekolah rendah. merasa la jd cikgu sekolah rendah. hahaha

Tuesday, 29 June 2010

umor baru 1 thn, tp 3x selebret.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sebenarnya ummi dan ayah tak rancang pun nak celebrate birthday nawal sampai 3 kali. mmg takde niat langsung. lagipun, apalah makna majlis birthday utk budak 1 tahun. tapi ummi bgtau nawal, di hari lahir kita sebaiknya kita bagi org makan, tanda syukur. tp jgn sampai riak. kalau nawal dah besar dan ada duit sendiri, nawal belanja ummi dan ayah makan, ok!

1st celebration - Rabu 23/6/2010 (puncak mutiara, kg pelet).
mula-mula ummi nak bawak kak long kuar makan, sbb cuma ummi, kak long dgn nawal je kat rumah tokma. jadi senang, kuar mkn kenyang2 tapayah masak dah. kak long ajak mkn kat kandang kambing, tapi ummi takut lari bajet. maklumlah, esoknya baru hari gaji, ayah pulak tak join sekali kalau tak boleh pau ayah saja. tup tup kakak naja sms kak long, ajak mkn kat kandang kambing, takpa, dia dgn kak nadia belanja sendiri. masa nak kuar tu, tiba2 pak lang mai umah tok ma, ayah ngah pun balik umah jgk, jadi lah plan tak disangka, semua org jom makan kat kandang kambing, ayahngah dgn pak lang belanja. horreeyyy!!!! maka jadilah ini unplanned celebration . hahahahahaha


kak naja birthday dia 12/6, itu abg ammar, yg tgh tu nawal laaaaaa...

baju kuning tu pak lang, tudung biru tu mak lang, baju pink tu kak maira, baju oren tu abg ammar.

tudung putih tu kak nadia, tudung hitam tu kak long gedik asyik2 mkn koayteow kungfu saja.

oh, gambaq angah,ayahngah dgn abg akil takdak pulak. mana tok ma masa ni? tok ma takdak, tok ma pi rumah ibu kat bangi. ayahcik kerja shift petang. kalau ada ramai2 lg bestt. ayah nawal? jgn tanya lah,. ayah tu kat kedai la kalau time ni. kami mkn banyakkkk puas hati. nawal naik kereta je terus terlelap atas bahu kak long.

2nd celebration.- Khamis 24/6/2010 (rumah Tok Yam)
Hari tu nawal balik umah tok dah petang, ada mak tam, mak njang, kak lia, kak dani kat rumah. semua sebuk2 bungkus mi goreng dlm bekas nak hantar kat surau. oh, mak njang buat kenduri kesyukuran utk kak dani sbb dia dpt masuk uitm. Alhamdulillah. jadi ummi join sekali dgn belikan kek dan jugak sate. ayah tutup kedai awal sbb nak baca yasin dan hantar makanan kat surau.. nawal seronok betul ayah balik kerja awal hari tu.

nawal 1st time jumpa cupcakes. geram mcm nak picit2 je semua. terima kasih acik ita sbb buatkan kek nawal yg sedap tu.



nawal yang comot bila makan kek.
nawal dgn hadiah dr kak lia. tak pandai lagi lah nak main bricks tu~!

malam tu nawal tidor lewat sebab seronok main dgn kak lia, kak dani dgn kak yon. terima kaseh tok, mak njang, pak njang, mak tam, pak tam, kakak2 sepupu nawal sbb buat nawal happy.

3rd Celebration - Sabtu 26/06/2010 Rumah Tok Ma
hari tu ummi sgt sibuk. pagi2 dah siap nak pegi hantar kak nik aka Syaza ke UiTM. tp sehari sebelum tu ummi dah siap siang ikan, rebus ikan, siapkan bahan2 nak masak laksa. ada ramai org kat rumah, sepupu ummi dr kelantan pun ada nak hantar anak dia masuk uitm jugak. jadi ummi plan dah alang2 ada ramai2 org kat rumah, ummi tempah 1 kek lg dari acik ita utk mkn ramai2.



nawal tak sihat sgt hari tu, demam kena cucuk. jadi nawal banyak terbaring dan bergolek2 saja. tp sbb potong kek punya pasal, dan pakai baju baru hadiah dr ayah, terus nawal mencergaskan diri.



terima kasih ummi, tentu ummi penat hari tu.


nawal tgk ayah sedang bacakan doa utk nawal.



okeyyy! mari potong kek skrg! nawal ajak kak naja potong sekali sbb bday dia bulan Jun jgk.


happy 17th birthday kak naja!

nawal tgk je semua2 org mkn kek.



3 org kesayangan Nawal - Tok ma, Ibu dan kakak maira.

nawal suka baju ayah beli ni. sbb ada tweety ~ ~

oh ya , ingat tak lagi Widad?
dia pun datang jugak hari tu. tp dia tido tak sempat main.

tgk, lengan dia dah sama besar dgn paha nawal. heehehe. dia dah 6.8 kg, baru 3 bln setengah. nawal umo setahun baru 7.8 kg. hahaha! baju nawal cantik hadiah dari Jijie. terima kasih Jijie!

ok, cerita celebration nawal dah selesai. penat nawal bercerita eh penat ummi taip. phewww~!! (sambil lap peluh kat dahi.)

moga bertemu lagi di celebration tahun dpn.

kita warming up dulu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Maaf, lama tak update.
Jumaat minggu lepas saya cuti, bawak Nawal untuk injection umo setahun. (berat dia cuma 7.88kg saja! umo dah setahun. tak padan dgn makan banyak.)
dia demam sikit ptg tu dan hari sabtu. mlm sabtu dia dah sihat. Alhamdulillah.
Isnin, saya pulak kena inject. haha! dah lama tak main cucuk2 ni. sakit jgk.huhuhu. sbb apa kena inject? hmm..lain kali saya crita.
kang kalau crita byk2 kat sini entry ini akan jadi rojak pening pulak nanti..

skrg ni, UiTM sibuk dgn student baru. Minggu orientasi yg tentu memenatkan student. saya harap anak2 saudara saya, Syaza @UiTM P.Png dan Dani @ UiTM Perak, baik2 saja melalui hari2 baru sbg seorang siswi. 2-2 tu 1st time duduk asrama ,1st time dok jauh dr family.nasib kalian lah kann...

eh, ni nak crita pasal apa ni?? kan dah jd rojak dahhhh...

nanti lah. saya buat entry lain.

Thursday, 24 June 2010

My 1st step.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Assalamualaikum semua!
Nawal ucapkan terima kasih atas semua doa dan ucapan dari aunty2 dan kakak2 semua. Nawal sendiri berharap semoga nawal akan terus jadi anak yg baik utk Ummi dan Ayah, walaupun sekarang ni Nawal kuat mengamuk dan suka menjerit kadang2.

Ummi, terima kasih kerana melahirkan nawal setahun yg lalu. maafkan nawal kerana buat ummi sakit. nawal akan berusaha untuk bahagiakan ummi dan ayah juga keluarga kita. semoga doa ummi tak putus utk nawal ya!

nawal tak mengharapkan apa2 hadiah dr ummi dan ayah (walaupun ayah dah beli sepasang baju baru yg cantik dan agak mahal utk nawal), selain dr kasih syg dan perhatian yang tak berbelah bagi.

semalam, nawal happy sbb berjaya buat ummi gembira dgn usaha nawal. nawal tau nawal tak kuat lg utk berjalan laju2. tp semalam, pada usia 1 tahun, nawal dah mula berani utk melangkah. setapak, 2 tapak, 3 tapak, 4 tapak dan nawal terjatuh. tapi ummi jgn risau, nawal dah mula melangkah, dan nawal akan terus melangkah lagi. nawal masih takut2 dan tak berapa rajin, tapi nawal akan cuba lagi. rasa-rasa dalam seminggu dua lagi nawal dah boleh berjalan dgn baik. ummi terus bg sokongan kat nawal ya!

terima kasih juga sbb bawal nawal mkn di kandang kambing puncak mutiara kg pelet semalam. sedap mushroom sup tu. terima kasih utk ayahngah dan pak lang jgk sbb belanja kami. terima kasih utk angah,kak long,mak lang, kak naja,kak nadia,abg ammar, abg akil dan kak maira, sbb hiburkan nawal semalam. balik dr mkn2 tu terus nawal tido kekenyangan.

tak sabar tunggu malam ni dan sabtu nanti. nawal baru 1 thn, dah ada 3 celebration. bertuahnya nawal~!

hmm, ummi kena p meeting, nanti nawal tulis lagi.

tatatata~!!

Wednesday, 23 June 2010

Hari ini 230610 : A.N sudah 1 TAHUN.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Nawal sayang,
Pertama kali ummi tahu kamu wujud dlm diri ummi, bila ummi dilanda demam panas 2 hari 2 malam. Ummi ke klinik untuk ambil ubat, Doc Aziz buat urine test, dan bgtau ada kamu dlm perut ummi. Mula-mula mmg ummi terkejut, ummi tak sangka, selepas ummi keguguran bulan 8, doc nasihatkan ummi rehat 3 bln sebelum hamil lg. tapi nampaknya rezeki ummi dan ayah tiba lebih cepat, bulan 10, Alhamdulillah, ummi dan ayah hanya mampu panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. sepanjang 9 bulan kamu di dalam rahim ummi, ummi tatang dan belai sepenuh hati. sungguh, ummi dan ayah syg kamu sebelum kamu lahir lagi..

Nawal anak ummi..
Ummi lahirkan kamu dgn segala kesakitan yang ada, walaupun terpaksa dibedah, sakitnya tetap buat ummi insaf. ada org ckp, bersalin operate ni tak lah 'power' sgt berbanding bersalin normal, tp bg ummi, bersalin apa cara sekalipun, ianya tetap  mengundang kesakitan yg amat.

namun, itu adalah pengalaman terbaik untuk ummi, dan kamu adalah Anugerah Allah yg paling indah buat ummi. Saat pertama kali ummi menatap wajah kamu..air mata ummi menitis..kamu sgt cantik, sayang..

dan hari ini, Aisyah Nawal - anugerah kehidupan , sudah berusia 1 tahun. semakin bijak dan lasak. semakin banyak karenah namun menghiburkan. Ummi & Ayah doakan kamu membesar sbg anak yg solehah, yg berakhlak mulia, yg sentiasa menyenangkan dan membahagiakan hati ummi dan ayah. Amin Amin Amin!





























                                            




12 bulan = 1 tahun


doa dari Ayah :

Nawal syg, Ayah ucapkan selamat hari lahir yg pertama. Semoga jadi anak yg soleh dan diberkati Allah selalu. Ayah syg Nawal dan family kita, sgt2..
DEAR AISYAH NAWAL,
HAPPY 1ST BIRTHDAY~!!

WE LUV U SO MUCH!!


Tuesday, 22 June 2010

:: Emak ingin naik haji ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok, dah tak nak godek2 layout lagi, makin digodek, makin buruk jadinya nanti. buat masa ini, bertahan lah dgn layout ini ya. janganlah tak nak buka blog ni dah bila bertukar layout. biar bertukar layout, asalkan penulis blog tetap sama ok!

semalam, saya luangkan masa untuk menonton DVD Emak Ingin Naik Haji milik kakak. Filem Indonesia ni adaptasi dari novel karya Asma Nadia mmg sgt menyentuh hati. (baru lepas sebak tgk final episod Nur Kasih, lps tu teresak2 pulak tgk DVD ni. haih, sensitif betul!)


Cerita mcm ni,
Ada seorang  Emak yg sgt berhajat untuk mengerjakan haji di Mekah, usianya sudah 61 tahun, kerjanya sehari2 hanya membuat kuih. Dia ada seorang anak, Zein, yg juga seorang duda beranak 1. Zein hanya seorang pelukis jalanan dan cuma menjual lukisan untuk menyara hidup.

Mereka ada jiran, org kaya, yg setiap tahun buat haji dan umrah.  hubungan mereka dgn jiran ni kira baik jgk lah. anak perempuan org kaya ni berhati mulia dan rapat dgn emak sejak kecil. suatu hari anak Zein, sakit dan perlukan pembedahan yg biayanya 5 juta rupiah. Emak cuma punya 5 juta tabungan utk ke Mekah, jd nak tak nak Zein terpaksa minta tolong dr emak.

zein buntu memikirkan cara utk biaya emak ke Mekah sehinggalah satu pasaraya menawarkan kupon utk tunai haji. kupon tu kalau kumpul byk2, dan kalau bertuah nombor naik, dptlah menunaikan haji dgn tajaan pasaraya tu. Zein kumpul dgn sungguh2 sambil berdoa semoga ada rezeki utk emaknya.

di suatu tempat lain, ada seorang ahli politik yg mahu mengerjakan haji semata2 kerana title haji tu, supaya dia dapat memancing undi pd pilihanraya akan datang.

kemuncak kesedihan saya bermula ketika nombor kupon Zein telah terpilih sbg antara 5 yg bertuah utk menunaikan haji. Zein sgt happy, berlari2 dia balik utk bgtau emak,tp emak takda kat rumah. Zein tulis note, letak atas meja. "ada kejutan buat emak" lps tu dia berlari lagi sambil bertalbiah, Labaikkallahum malabaikk!

Zein accident, kena langgar dgn ahli politik tu, kupon2 dia bertaburan.T_T

dia suatu saat Zein sedang kesakitan, di suatu saat lain, anak perempuan Haji yg kaya tu sedang bertarung nyawa utk melahirkan anak sulong.

Zein selamat, cuma kaki dan tgn dia lemah. dia tak dpt melukis dgn baik lg.

Endingnya, Emak dan Zein dapat juga menunaikan haji dgn biaya ikhlas dr anak perempuan Haji yg kaya itu.sbb dia bernazar, kalau dia dan babynya dilahirkan selamat, dia nak bantu emak tunaikan haji.
boleh tgk review disini utk bahasa yg lebih cantik. hehehe

ok, dah. sedih kan? tp sgt memberi makna utk org2 yg teringin sgt utk menunaikan haji.
Masa last sekali tu, filem ni tunjuk emak dan Zein di mekah, tawaf keliling Kaabah. aduhai, terharu sgt2. rasa rindu yg tak terhingga pd Kaabah (walaupun saya tak pernah ke sana lagi..)

Filem ini sgt bagus utk tontonan semua. :)

Monday, 21 June 2010

Template baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

syok ah blogspot skrg. ada layout cantik2. kelabu mata masa nak pilih.

dah puas godek2, maka terhasillah layout begini. taktaulah buruk ke elok.
kesian kak long penat lelah dia edit blog saya hari tu.

takapa2, kalau dah jemu nanti kita tukar lain. :)

lagu tangkap leleh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Bila2 pun saya mendengar lagu ini, saya akan mengalir air mata.

dari zaman sekolah lagi, lagu ini bisa meruntun hati.

dah lama tak dengar lagu ni,

dan baru2 ni, masa ikuti slot terakhir program motivasi abg cik Afif, lagu ni diperdengarkan utk adik2 dlm program tu.

bkn adik2 tu je yg nangis, makcik2, kakak2 yg kat belakang ni pun nangis sama.


SELAMAT TINGGAL IBUKU

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerana Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahagia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerana Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku

Penyanyi asal : Nada Murni
Penyanyi lain : Soutus Sofwa
dipopularkan : Kump. Saujana
(download disini : http://www.4shared.com/get/76949886/b8c17851/Selamat_Tinggal_Ibuku.html )

saya membayangkan kalau Ma tiada lagi dlm hidup saya, sambil dgr lagu ni. alamak, dah meleleh air mata ni.

ma, rindu kat ma. baliklaa cpt2, takyahlah duduk bangi tu lama2...



Friday, 18 June 2010

Hai Jumaat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari Jumaat.
18 Jun 2010
5 Rejab 1431

pagi2 bgn dgn ceria.
nawal kecik mintak susu dgn bunyi ehek ehek yg cute.
encik suami bgn ke masjid solat subuh sujud sejadah.

keluar rumah lambat sikit sbb Ili tu lambat,byk betul dok menung.
jalan lengang sbb masih cuti sekolah.ohh..minggu depan kembali sibuk. tak suka tak suka.
sampai Kg Petani hantar nawal dan Ili kemudian bawak Abg Cik pulak ke Uitm.

sampai tempat kerja dgn ceria. walaupun abg cik tu masam sj.
hantar dia ke Kursus Bina Insan.
moga dia jd lebih baik dr semalam.

ok. sudah.
boleh mula kerja sekarang.

Thursday, 17 June 2010

Video - Nawal dan rumput tak abis2.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



tgk lah nawal yg takut nak merangkak atas rumput.

ok, dia kuat jeles skrg. pantang saya peluk sapa2, mulalah dia nak lepuk @ cakar org tu.

kecik2 dah ada perasaan jeles. haih~!

sayang kalian.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ini gambar 2 tahun lepas. lepas 4 hari saya nikah.

ini gambar semalam. setelah 2 thn saya nikah. dan punya anak sorang.

ptg semalam saya bwk anak2 saudara saya + anak sendiri lah jln2 kat mengkuang dam.
saja nak menghirup udara segar-lps-ujan-sepanjang-hari.
orang ramai, mcm biasa.
dan aktiviti lain, ambik gambar dgn camera digital yang dah berusia 2 thn stgh dan gambar tak cantik mcm dulu.
mcm nak beli DSLR satu. mcmlah byk duit sgt. hehe
jadi, marilah kita tgk gambar saja.


muka nawal yg bercalar dek kerana cakaran sendiri. dah tak comey dah.

cubaan utk berjalan. kalau pakai kasut bolehlah pijak rumput. cuba kalau buang kasut, dia angkat kaki tinggi2.

nadia & ayah cik.




8 dari 11 cucu-cucu ma.



poyo. nak amik gambar tp malu org tgk.

sebenarnya, ada gambar dorang ni yg lompat2. tp dorang tak bg saya letak dlm blog ni sbb malu. apatah lg nak letak dlm facebook. malu nanti org komen, kata dorang lah.



ok, last but not least, mustilah gambar ummi & nawal.




ok, daaa..nantikan video nawal tak nak pegang rumput dlm entry seterusnya.


Tuesday, 15 June 2010

Jgn kacau, nawal tgh sibuk.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



iyyahhh..iyahhh..
come on nawal.
'
berusahalah~!!

nawal tgh buat ape tu syg..??

Nawal tgh berak ni..ummi stay away ok..nanti dah sudah nawal pi kat ummi..

hahaha!
kalau tgk gaya dia teran berak mmg kelakarlah.
gaya mcm nak pumping pun ada.
kalau mkn pelik skit mulalah sembelit. tp itulah, pantang org suap apapun semua dia telan sj.
kalau dia mkn bubur nasi, nestum, biskut tiger, dia ok saja.

dan minggu ini, nawal sedang belajar 2 lagu dari kak long.

lagu 1 : LABAH-LABAH

labah-labah panjat tinggi-tinggi.
bila hujan turun
labah-labah cpt lari
terbit matahari
hujan tiada lagi
labah-labah boleh
panjat sekali lagi..

lagu 2 : ULAT DLM KEPOMPONG

ulat dlm kepompong
tidur lena dlm kelonsong
tiba masa kepompong pecah..POMM!!
jadilah rama-rama yang indah
rama-rama terbang merata (merata ke melata,ipah?)
hisap madu di pohon bunga
sungguh cantik aneka warna
tp syg hidup tak lama..

kalau nyanyi, terus bdn goyang2 dan tepuk-tepuk tgn.

Monday, 14 June 2010

Aisyah Nawal & Akil Quzaid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ini abg Akil.
dia sepupu Nawal.
anak ayahngah yang terkecik sekali.

abg akil ni tak suka cakap dgn org.
dia suka ckp dgn org2 tertentu saja.
mcm mak dia (angah), kakak2 dia, abg cik Afif.
dgn Nawal dia ckp jgk.

dia suka nak dukung Nawal.
nawal je yg tak suka naik dukung dia.
sbb dia kecik.
nawal takut nanti abg akil patah pinggang  lps dukung nawal.
hehe.

dia susah nak senyum. tapi kalau dia senyum sgt comel.
dia sebenarnya lawak jgk, tp itulah. dia tak suka cakap dgn org.
jd org ingat dia sombong.







Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...