Monday, 30 November 2009

:: my sweetheart.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



:: Puteri ku Sayang ... ::

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatny...

- itu doa ayah dan ummi untuk Nawal. Moga membesar sebagai anak yg solehah. amin...

(pic raya nanti upload kemudian. kamera tertinggal lah.)

Wednesday, 25 November 2009

:: selamat berkorban ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

raya haji ni, nak skip buat rendang boleh tak?
bkn malas, tp kurang rajin.hihi

tapi ma ckp kesian kat menantunye, dah isteri jauh, tak dpt pulak makan rendang.

tak apalah, nanti saya buli kak long. suruh dia buatkan rendang utk ayahnya.

esok tak cuti, kerja lagi..cuti tak byk minggu dpn nak cuti lg bwk Nawal gi klinik.

jadual utk Raya nanti :

mlm raya : kat rumah ma kot, buat rendang. tgh mlm blk tido Lahar Yooi sbb suami nak solat subuh pg raya di Masjid Lahar Yooi.

pagi raya - Jumaat : solat sunat di kubang semang, beraya di rumah ma,kemudian ke rumah ayah.

ptg raya : usai suami solat jumaat,bertolak ke Sik rumah kakak ipar. dia buat kenduri korban.

mlm : tidor @ lahar yooi.

2nd raya (sabtu) - di rumah ma sepanjang hari kot. abg ipar berkorban di Kubang Ulu, berkenduri di situ.

3rd day raya (ahad) - di lahar yooi semula. kakak ipar nak berpindah dr pongsu 1000 ke tasek gelugor. gi la tolong apa yg patut. walaupun sbnrnya menyibukkan diri dgn cik nawal kecik je.

4th day raya (isnin) - back to work.

sekian, laporan dr saya utk tv9. ecececece...

Tuesday, 24 November 2009

:: Sudah tiba ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ya..musim kawen-kawen sudah tiba.
walaupun hujan melanda di beberapa tempat hingga banjir,
namun kawen tetap kawen ok.

saya dah terima beberapa jemputan utk bulan 11 dan 12.
di kalangan kawan-kawan Irshad baru 3 org.
eh, nape sikit je?
dah abih ke kawan-kawan Irshad saya yg bujang??
ke dorang kawen lupa jemput saya?

saya sronok gi kenduri kawan-kawan ni selain dr meraikan pengantin, dapat jumpa kawan-kawan lain.
lps tu boleh gelak besar-besar.
itu lah yg best.

6/12 : kenduri Cikgu Men & Cik Farah Wahida @ Padang Serai.
6/12 : kenduri Enche' Faiz Mata dan alamak ai lupa plak nama istri maap ye @ Taman Pauh.
19/12 : kenduri Enche Ismael Rafik & Dee kot kalau tak salah ai hari tu Mael ckp dah ai lupa lah maaf lah jgk @ Dewan Tmn Robina.

lain-lain tu kenduri jiran-jiran kampung, sedara-sedara jauh dan dekat, kwn2 ma dan kwn mak mertua. ai kan drebar kenalah bwk pegi kenduri dan anak ai plak jd co-pilot ai.

adei, mood bekerja tak berapa membara lah, mood nak meyembelih lembu lak rasa membuak-buak nih. hahahahaha!

oh ya, khamis ni jom pakat2 puasa. hari Wukuf di Padang Arafah. rindu kan kakak yg tentu sebuk menguruskan jemaah haji di sana. syok lah Ma semalam dpt Skype dgn kakak. huhuhuhu~!!

Monday, 23 November 2009

:: Aisyah Nawal @ 5 months ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

23/11/09 - dah 5 bulan dari hari saya dioperate utk keluarkan Nawal.
(tergamam bila baca paper seorang ibu dr Kedah yg melahirkan anaknya 6.15 kg, saya ingat operate,rupanya normal!!! Subhanallah.)

nawal sepatutnya kena cucuk 26hb ni, tp saya tangguhkan dulu sbb nak raya lah. kang dia demam time raya tak best lah. minggu dpn baru cucuk. Dr Sarah ckp takpe lambat pun. takde hal.

perkembangan Nawal @ 5 months :
:: saya dah mula bg dia makan. saya mulakan dgn biskut yg dicairkan dulu. nasi dan bijirin lain saya tak bg lg. nanti tunggu 6 bulan lah. and she loves to eat! nampak berselera sgt. nampaknya anak ummi akan lebih sihat lps ni.insya-allah.

:: dah mula tak nak dok diam. kalau bg dia terlentang, dia akan meniarap dan berpusing 360 darjah! belum lg menyulur, cuma berguling dan buat putaran.

:: dah tak berapa nak dok diam dlm car seat. sebuk nak meniarap.tapi tak boleh sebab car seat tu sempit.selalu saya gelakkan dia. hahahaha!

:: kalau dipegang dlm kereta pun dia tak dok diam dah. dah mula melasak. kejap duduk,kejap berdiri,kejap nak berguling. mak aii,letih meriba dia kalau dlm kereta. sampai saya minta tukar dgn abg aleh, biar saya drive dan ayahnya yg pegang dia.drive pun x penat mcm pegang nawal.

:: kalau sebelum ni nak kenal pasti tangisan dia agak mudah. mcm mana bunyi kalau dia lapar, kalau dia mengantuk, kalau diaper penuh. tp skrg, dia dah mula buat bunyi mcm2. saya dah naik confuse apa yg dia nak. tp yg tak bleh tahan tu, ada 1 jenis nangis dia, dia nak puting!! adehh..tak suka tau!

:: dia buat saya sgt rindukan dia sepanjang saya meninggalkan dia dr jam 7.30 - 5.30. sungguh saya rindu. keletahnya,tangisannya,senyumnya,tawanya, dia adalah segalanya buat saya..

Terima kasih Ya Allah, atas "Nawal" dari Mu ini..semoga dia akan terus jd anak yg baik, yg menyenangkan dan membahagiakan hati org tuanya..amin...

(ops, hari ni Nawal dok dgn Kak Long, baby sitternya utk minggu ini. saya tak yahlah memandu hingga ke mengkuang minggu ni. jimat masa dan minyak kereta. hohoho. moga2 kak long bleh jd babysitter yg baik walaupun selalu dia buli Nawal. dia suka penyek2 Nawal ohh!!)
YM dgn ipah sbb takut dia penyek anak ai. hahahahaha!

:: ummi dan anaknya yang takut masuk rumah sbb gelap ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jumaat lepas ummi tak pegi kerja, ummi dok rumah jaga Nawal yg dilanda seme-seme.
Jangkit dgn kakak maira lah, dia kena seme-seme dulu, jd ummi kena kuarantin nawal,nawal takleh dok umah Mak Lang utk sementara waktu.

Lps Jumaat ummi bwk Nawal balik rumah TokMa kejap.
Lps maghrib kami balik rumah Tok Yam balik.
rumah gelap, ayah belum balik lg.
ummi takut nak bwk masuk nawal dlm rumah.
jd nawal dgn ummi main2 dlm kereta dulu sementara tunggu ayah sampai.


mula-mula aktiviti amik gambar dgn ummi. nawal tak pernah senyum kalau amik gambar. heran ummi.




lepas tu ummi ajar Nawal pegang stereng. Nawal pun buat konon terer lah kan. takpe ummi, skrg ummi bwk nawal dulu, besar esok biar Nawal plak bwk ummi ya!

ce ce ce cewah! nak berdiri plak. mcm lah kuat sgt!


tak sempat nak bwk kereta lama-lama sebab ayah dah balik. lepas ayah masuk rumah buka lampu semua, ummi dan nawal masuk rumah. ummi kata nanti ummi ajar nawal pegang stereng lg. tp bila ummi tak drive lah. hihihi..

Thursday, 19 November 2009

:: sembuh ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya baru sembuh dr kesedihan. setiap yg berlaku ada kebaikan. nawal tak nak ummi susah2 susukan dia.dia tetap syg ummi walaupun ummi tak nenenkan dia. kasih syg ummi bukan dinilai dr bg susu ibu sj. ummi sanggup korbankan nyawa ummi untuk anak ummi.

dia sendiri yg menolak bkn kita tidak memberi...

pasrah.. T_T

(tetap kena habiskan segala mak nenek yg ada utk tambahkan susu. dah abis semua tu nanti kita tgk lah mcm mana. rasa give-up tu sudah menjelma.)

Wednesday, 18 November 2009

:: Meet Mummy Sarah & Mama Ilyia ::

terpaksa tulis dlm blog sbb nak upload gambar dalam facebook tak boleh.
kenapa hah???

Walid Zaki & Kakak Qaisara & Nawal. Kakak sara tu comel walaupun dia marah nawal minum susu. hehehehe


Mummy Sarah trying to make 'peace' with my fingers but it doesn't work. sorilah mummy, Nawal tak suka lah buat peace2 nih! hahahaha

Fot the 1st time i met her, i like her so much. dia pegang nawal, dia check nawal, mcm doctor lah ummi. ke dia memang doctor,ha ummi??

Nawal harap dapat jumpa dia lagi. thanx Mummy Sarah & Ayah Mi, Walid & Mama Ilyia, sbb mai rumah jenguk Nawal & Ummi & Ayah.


daaa~!!!

Tuesday, 17 November 2009

:: petua untuk sendawa ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikum acik-acik dan pacik-pacik!
hari ni nawal nak ajar mcm mana nak buat baby sendawa terutama lps menyusu atau baby kembung.
taktaulah berkesan ke tidak utk org lain as for me it's work!

selain dpt membuatkan nawal sendawa,ia juga 1 permainan yg sgt menyeronokkan!

ok, mula2 cari org yg gagah perkasa yg boleh angkat nawal.

model kali ini kita jemput Ayah Ngah aka Abang ummi yg nama Azman tuh.

mula-mula angkat baby ke atas dan letakkan perut baby di kepala org dewasa.


kemudian golek-golekkan kepala ke perut baby, selain ia membuatkan baby sendawa,ia juga membuatkan baby ketawa (sbb gelilah org golek2 kepala kat perut!tambah2 kalau kepala tu takde rambut mcm kepala ayahngah tu.hehe)


insya-allah, baby anda akan mudah sendawa, kalau dia tak sendawa pun mesti dia ketawa lah.

sekian saja info dr Nawal. jumpa lagi!

:: 10 tahun ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



dia seorang anak yang sgt bertanggungjawab dan mengasihi ibunya.
dia seorang adik yang sgt patuh dan taat pd kakak dan abang-abangnya.
dia seorang abang yg suka menumbuk perut adiknya (saya lah tu) masa kami kecik-kecik dulu tapi skrg dia pantang dengar atau tahu adiknya ini dalam kesusahan, dia dengan sepantas Superman datang membantu adiknya.
dia seorang bapa saudara yg digemari oleh anak-anak saudara yg lain terutama abgcik Afif. malahan Nawal pun dah menunjukkan ciri-ciri yg dia sgt sukakan ayahcik nya ni.

dia sgt baik, terlalu baik.

dan dia masih belum kawen lagi tau!!

dia adalah Abg An saya yg baik hati, pemurah dan rajin.

hmm..minggu depan nak belanja dia makan Pizza lah.

(p/s : ibu, ayah, kak long : muka Nawal mcm abg cik kecik-kecik dulu. kan??)

Monday, 16 November 2009

:: sedihhh..sungguh sedih... ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah 5 hari.
5 hari.
bukan 2 hari.
5 hari ok!

Nawal tak menyusu badan.
dia menolak mentah2.
dihulur masa dia lapar, dia meronta.
dihulur masa dia kenyang, dia buat dek je.
dihulur masa dia mengantuk, dia geleng geleng geleng. (mcm lah dia tahu yg geleng = tak nak. dia tak tau lg makna geleng ok!)

maknanya, dah 5 hari saya rasa saya ibu yg tak bermakna......

sedih...
sungguh2 sedih...

tak sampai 5 bulan saya menyusukan nawal.

airmata dah bergenang ni...

Stroller untuk dijual - SOLD!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

HARAP MAAF, STROLLER YANG DIPELAWA UNTUK DIJUAL SUDAH DIBELI OLEH SEORANG BAKAL BAPA. TAHNIAH DIUCAPKAN KPD BELIAU KERANA BERJAYA MEMILIKI SROLLER YG GAGAH DAN HENSEM. ^_^

--------------------------------------------------------------------------------------
sungguh, ini bukan main-main. ini mmg betul-betul.mmg ada stroller untuk dijual.
saya dan suami nak let go stroller ni. beli masa nawal abih pantang hari tu.
tapi sehingga ke hari ini, baru 2 kali nawal menunggangnya.
sgt tidak berbaloi.

sbb tu saya nak let go menda alah ni.
sebab sayang kalau nak simpan je di rumah.
so kalau ada sapa-sapa yg berkenan dan memerlukan stroller ni.
saya jual dgn rela hati tanpa paksaan harga lebih rendah dr yg saya beli.

saya beli hari tu dgn harga RM250.
dan saya sedia menjualnya dgn harga yg lebih rendah, asalkan ada baby lain yg bleh memanfaatkannya.

so, kalau ada sapa2 yg nak negotiate harga, sila emel saya pd alamat di bawah :
nur_azriena@yahoo.com.

penghantaran adalah percuma utk kawasan seberang perai (utara & tengah), Padang Serai,Kulim,Lunas dan Sg .Petani.







Ciri-ciri BMW Nawal :

:: ada bumbung kalis UV.
:: tempat duduk yg luas, boleh diselaraskan utk duduk @ baring.
:: ada poket2 utk menyimpan barang.
:: ada meja dpn utk letak botol susu.
:: kain yg tidak panas.
:: besi yg tahan lasak.
:: disertakan dgn manual penggunaan.

Friday, 13 November 2009

:: hari-hari mesti doa ok. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Plagiat dr emel. yg baik jdkan tauladan.

------------------------------------------------------------------------------------------
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba … .Allahhuakhbar. ..
----------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, 12 November 2009

masih dlm proses.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

blog ini masih dlm proses rebuild.
menunggu tuan blog mengapprove sume benda.

mohon maaf di atas segala kesulitan..Peace!!(=^-^=)V

all the links x letak lg..
kang tetibe tuan blog x approve penat nk menaip balik...heeee~

update>>
links da letak..tp mcm x puas ati lak dgn layout neh.aiyaaaaaaaaaa~

yg benar,
pinat..
si ank sedara tuan blog.

:: kerana dia terlalu menyinta.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Berita 27 Julai 2004.
Bakal sarjana mati ditikam bekas teman lelaki
Oleh Azmi Md Deros dan Fazallah Pit

KAJANG: Seorang gadis, yang bakal menerima Ijazah Sarjana Biologi Genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bulan depan, mati selepas dipercayai ditikam oleh bekas teman lelakinya di Bangi, petang kelmarin.

Norzi Ayu Md Noor, 27, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 8.15 malam kelmarin selepas ditikam dua kali di perutnya oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di rumah sewanya, Flet Sri Tanjung, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 3 petang.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian apabila tidak dapat menerima hakikat Norzi Ayu akan bertunang dengan jejaka pilihannya tidak lama lagi.

Norzi Ayu, yang bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Perubatan di Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) Kuala Lumpur dikatakan menolak cinta lelaki itu yang tidak direstui keluarganya.

BEKAS teman lelaki Norzi Ayu dibawa
polis ke tempat dia membuang senjata
yang digunakan untuk membunuh
mangsa di sungai Langat berhampiran
Seksyen Tujuh Bandar Baru Bangi.
– Gambar oleh Yahaya Zain

Berikutan itu, polis menahan seorang bekas pelajar UKM yang baru menamatkan pengajian peringkat ijazah bagi membantu siasatan. Lelaki itu dikatakan amat meminati Norzi Ayu dan mereka sama-sama menyertai silat gayung sebagai aktiviti kokurikulum di UKM.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustaffa, berkata polis tidak menolak kemungkinan cemburu menjadi antara motif pembunuhan itu.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang kelmarin apabila teman lelaki Norzi Ayu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memberitahu mangsa dalam kecemasan.

Wanita berkenaan yang berada di tingkat bawah flet itu menemui satu cebisan kertas mempunyai nota, dibaling oleh mangsa meminta orang ramai menghubungi lelaki berkenaan kerana dia dalam kecemasan.

“Sebaik menerima panggilan telefon itu, lelaki berusia 31 tahun itu bergegas ke rumah mangsa dan apabila masuk dia mendapati seorang lelaki sedang memaut leher Norzi Ayu.

“Lelaki itu cuba memujuk suspek, tetapi dia menarik mangsa ke dalam sebuah bilik. Selepas kira-kira setengah jam, lelaki itu dapat membuka pintu bilik dan mendapati Norzi Ayu berlumuran darah di perut, manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa, yang dihantar ke Hospital Kajang, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.15 malam akibat kehilangan darah yang banyak apabila satu daripada tikaman mengenai pembuluh darah utamanya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Suspek melarikan diri bersama pisau yang digunakan untuk menikam mangsa ke kawasan semak di tepi Sungai Langat, berhampiran Taman Sri Intan kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian, apabila dikejar oleh penduduk di flet itu.

Bagaimanapun, polis dapat menahannya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin apabila dia datang ke hospital untuk melawat mangsa.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, lelaki itu membawa polis ke sungai berkenaan dan polis terpaksa mendapatkan bantuan Unit Penyelam Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Namun, selepas dua jam mencari, pisau berkenaan gagal ditemui.

Abu Bakar berkata, suspek yang bekerja di sebuah hotel di sini, ditahan reman selama dua minggu mulai semalam bagi membantu siasatan. Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis, yang turut merampas beberapa barangan daripada suspek, termasuk pakaian seragam silat, masih menyiasat bagaimana dia masuk ke rumah mangsa, tetapi difahamkan tiada kesan diceroboh.

Difahamkan, bedah siasat ke atas mayat mangsa turut menemui cecair badan pada tubuh mangsa dan sampel berkenaan dihantar ke bahagian forensik untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ditanya sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh, Abu Bakar berkata, beliau enggan membuat sebarang spekulasi kerana belum mendapat laporan bedah siasat yang lengkap.

Polis juga masih belum mendapatkan keterangan daripada lelaki yang membantu mangsa.

Di KLANG, suasana hiba menyelubungi rumah mangsa di Lorong Songket 4, Taman Maznah di sini, semalam apabila saudara dan sahabat-handainya termasuk rombongan dari UKM menziarah sejak tengah hari hingga ketika pengebumian.

Jenazah mangsa tiba di sini kira-kira jam 4 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lipat Kajang.


-------------------------------------------------------------------------------------------

dan semalam, setelah 5 tahun dibicarakan, dia akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

tgk sini : Graduan UKM dihukum mati kerana bunuh kekasih

saya sedih..
dia kawan sekuliah saya ok.
dia baik..
dia hensem jgk.
rajin plak tu.
tapi.. itu lah.
kerana dia terlalu menyinta..

Tuesday, 10 November 2009

:: menanti 25hb..T_T ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

masa sesak2 mcm ni lah. teringin nak :
:: jam baru lah.
:: kasut baru lah.
:: legging utk Nawal lah.
:: handbag baru lah.
:: t-shirt hilyah (oh,dah beli pun.dah pakai pun.mmg best lah nursing tshirt tuh!)

adei..lambatnya menanti 25hb..

inilah padahnya bila gaji masuk awal sgt hari tu.


(nawal pun pandai runsing pikir masalah. huhuhu)

Monday, 9 November 2009

:: ummi vs puting ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nawal dgr ni..ummi nak buat luahan perasaan kat Nawal.
sampai hati tau, nawal sanggup ketepikan ummi sejak nawal berkenalan dgn En. Puting tu??

kalau dulu, sebelum tidor mlm2 nawal akan melekat je dgn ummi.
skrg nih nawal akan tendang2 kalau ummi tak bg puting tu kat nawal.

ummi tau, ini semua salah ummi sbb kenalkan nawal pd en puting tu.
kalau sebelum nih ummi lega sbb nawal tak kenal en puting, nawal tak kenal en buaian.
ummi bangga tau.
sejak nawal demam hari tu lah, asyik merengek..susah tido, sampai ummi kena bg en puting utk buat nawal rileks.
tak sangka, en puting tu telah berjaya memikat nawal. tau lah puting tu bercahaya bila dlm gelap. takkan itu yg buat nawal jatuh hati????

mmg nawal lebih mudah/cepat tidor sejak ada en puting, mak lang pun ckp mcm tu. sampai ayah cik pun boleh mengasuh nawal bertemankan en puting.
tp ummi takut jd tabiat..lagi satu, yg paling ummi risau..

nanti...

gigi nawal 'ke depan' sbb asyik mengulum puting!

ummi mana ada pitih nak buatkan nawal braces. T_T

itu tak apalah, kemudian2 kita pikir. tapi..nawal sanggup ketepikan nenen ummi!
ini yg buat ummi sgt2 sedih...

kalau sebelum ni ummi kalah dgn susu formula, itu ummi boleh terima lagi..
ini, ummi kalah dgn puting!!

sedih tau.................
:cry:
nawal bersama puting masa dia demam hari tuh...

Friday, 6 November 2009

:: Hangit Letih ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


walaupun bekerja di dlm suasana sejuk berair-cond, namun saya masih rasa letih.
tak bersyukur neh..

(gambar di atas diambil di Jalan Permatang Nibong, diorang baiki jalan letak papan ni. sungguh cool!)

Thursday, 5 November 2009

:: Milik siapakah spek hitam ini ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

masa Nawal gi jenjalan kat Tesco Kajang hari tu, ada lah sorg nih dia beli spek baru.
semua org suka dgn spek nih. tp sape sbnrnya yg punya?

adakah Tok Ma?

adakah Ibu?
atau ummi nawal yg bulat ini?

atau kak long Ifah yg perasan comel ini?

atau kak nik Syaza yg perasan cantekkk ni?



atau abg cik Afif yg perasan hensem ni?


atau kakak Ili yg senyum sipu2 ini?



dan terakhir, adakah ianya milik Nawal yg sudah semestinya cute ini??hehehehehe





sapa teka betul boleh blanja diri sendiri KFC. hehehehe

Wednesday, 4 November 2009

:: Ummi @ Ibu ? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Kisah di BBB weekend lepas.

Juju (sepupu saya) : eh, Nawal panggil apa kat awak?
Saya : Ummi.
Juju : (ketawa terkekeh-kekeh. jahat oh dia.)
saya : lorh, bakpo mu gelak juju? tak baik ah juju nih.
Juju : awak tak sesuai lah jd ummi. Juju ingat Ina jd mama ke, ibu ke..
saya : hah? tak sesuai? (tak pernah terpikir pun sblm nih.)

Mmg hasrat hati saya (sejak belum kawen lg) nak bahasakan diri sebagai ummi pada anak-anak. selain menggunakan perkataan Arab, ia nmpak lembut dan anggun sekali.tak taulah pulak ada org nmpk sesuai dipanggil Ummi atau tak berapa sgt.

tapi dari mengandung lg, saya selalu tersasul membahasakan diri sebagai ibu, walaupun saya nak jd ummi. mcm sedap je di mulut sebut diri sebagai ibu. mcm skrg pun, ada masanya saya tiba2 sebut diri 'Ibu' pada nawal, lps tu betulkan balik. heh.

anak2 saudara saya yg lain, panggil kakak sulong saya sebagai 'Ummi' walaupun anak2 kakak sendiri panggil dia ibu. Tiba pd Nawal,dia plak panggil Ibu pada kakak sedangkan sepupu2 lain panggil Ummi. kan nampak ada kekeliruan disitu. takkan nak panggil ummi jgk kat kakak sbb nawal ada saya sbg ummi. konfius konfius.

Patutkah saya menukar panggilan Ummi kpd Ibu?
kalau ikut kehendak, saya nak Ummi.
kalau ikut sedap di mulut, saya selesa dgn Ibu.
mama, mummy, bonda, emak - mmg saya tolak awal2 dah.

mcm mana ya?

Tuesday, 3 November 2009

:: mcm2 cerita dlm 1 entry ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Sakit perut ah. ni gara2 minum teh susu la nih.
hari ni kerja petang. byk nak cerita. kita start dr khamis lps lah.

Khamis - 29/10/09
Abg aleh jemput saya di opis jam 5.35 pm. sampai Butterworth kurg 10 minit jam 6pm. tak payah tunggu lama bas pun bergerak. Ma, saya dan nawal have a pleasant journey. walaupun lenguh meriba Nawal, tp syukur sbb dia tak meragam dan sgt baik dlm bas. ada makcik dan pakcik seat belakang berkenan sungguh dgn nawal, yg senyum lebar bila ditegur.

sampai jalan duta tepat jam 10 pm, kakak dan abg pi jemput utk pulang ke BBB.

Jumaat - 30/10/09
Plan asalnya nak gi jumpa Sarah hari ni,tp taktau jalan nak gi tmpat dia.nak ajak kak long dia ada exam hari ni jam 3 ptg plak tuh.kakak kata esok saja.then oklah. hari ni lepak rumah sj, makan tido makan tido.

Nawal mula meragam bila tiba petang. taktaulah kenapa. boring dok dlm umah kot. bila dibawa keluar,diam.bawak masuk umah,nangis.

malamnya, terasa yg badan nawal agak panas. tp rileks lg sbb bdn nawal selalu suam2. tp makin risau sbb panas makin kuat. semalaman nawal asyik merengek. saya langsung tak dpt tidor, sgt2 risaukan nawal.

Sabtu - 31/10/09
pg2 subuh, kakak dan abg pi bwk kami ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, jumpa doc. nawal demam kuat,suhu bdnnya 39.3! kasihan nawal. patutlah anak ummi ni tak boleh tidor. doc arahkan misi bg nawal sedut gas utk kurangkan kahak nawal (sbb nawal berbunyi bila bernafas), mandikan nawal dan bg nawal ubat ikut punggung. masa proses2 tu dibuat, nawal menangis kuat. saya pun nangis jgk. T__T. tak sampai hati tgk dia nangis mcm tu.

Nawal jarang menangis, bila dia menangis kuat mcm tu, saya jd sgt2 hiba.


(Nawal lepas diberi ubat dan dimandikan misi. dah tak menangis lagi. Good girl!)

blk dr klinik jam 7.30 pg. Nawal dah ok skit, blk rumah, tidorkan Nawal dgn saya sekali pun tidor jgk. Ma keluar shopping jubah2 (utk dijual) dgn kakak dan abg pi. masa inilah sepatutnya saya keluar jumpa sarah. tapi dah nawal tak sihat, tak sampai hati nak tinggal @ nak bwk dia.

sehingga petang, Nawal dah sihat. panas bdn pun dah turun byk. akceli, dah tak panas dah.

Alhamdulillah. lega sgt rasanya.

Ahad - 1/11/09
Disebabkan nawal dah sihat, saya memberanikan diri bwk nawal jalan2 ke Tesco Kajang (semestinyalah dgn kakak sekeluarga). org punyalah ramai mak aii. menyesal pulak bwk nawal. dok doa dlm hati moga nawal tak demam balik sbb bwk dia kuar jln2. tp alhamdulillah, Nawal ok sj. dia seronok bleh kuar amik angin. tak dapat jgk jumpa sarah sbb dia oncall. hmm..

ayahnya nawal sampai BBB jam 5 ptg, dgn abg man dan abg an. malamnya kakak ada tetamu yg dtg menziarahinya sebelum kakak berangakt ke mekah pg nanti. leka mendengar cerita Ustaz dr tabung haji tu, tak sedar dah jam 12 mlm. mata mengantuk sgt sgt sgt.


Isnin - 2/11/09.
Nawal kejut umminya jam 4.20 pagi, dah lewat ni nak bersiap hantar kakak ke Kelana Jaya.

bertolak dr rumah jam 5.20 pg, singgah solat subuh di RnR mana ntah taktau abg pi yg bwk, dan sampai di Kelana Jaya jam 6.01 pg. (gila detail Riena bg waktu) ya lah dah saya tgk jam kat dashboard time nak turun dr van abg pi.
nawal dan ummi masa singgah solat subuh.


Nawal dan Ibu.

kakak dan kawan-kawan sama2 petugas haji.

alhamdulillah, nawal tak meragam time ni wpun dia mengantuk teramat.


Ayah melayan Nawal mengantuk.
balik dr hantar kakak jam 8.15 am, nawal masuk je dlm van terus tido tak sedar dah walaupun saya korek hidung dia.

balik penang jam 12.45 tghari sampai umah jam 7.45 malam setelah meleret2 kot jalan, abg man yg bwk kereta saya tak tau napa dia suka meleret2 singgah mcm2 tempat.

Selasa - 3/11/2009
saya dah kembali bekerja. dan teringatkan kakak yg sudah sampai di tanah suci Mekah.

kakak, kerja baik2 ya..selamat bertugas dan selamat beribadah jgk. ops lupa, kerja pun ibadah jgk. :)

slmt mendoakan kami.

p/s : ada banyaaaakkkk lagi gambar, nanti lah saya upload kemudian.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...