Wednesday, 2 September 2009

:: perihal susu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sejak kembali aktif menghapdet blog ni kan, entry asyik2 cerita pasal nawal je.
saya cuba utk menulis tentang hal lain,tp takdelah.
mmg kehidupan saya skrg nawal je tajuk utama.

ni pun nak crita hal nawal lg. isk isk isk

di awal kelahiran nawal dulu, saya mmg fully breastfeeding (bf, bkn boyfren tau!) dia.
sehinggalah bila kuning dia tinggi sgt, saya stop kejap bf nawal, dan mula bg dia susu tin.
(utk pengetahuan sapa2 yg belum tau,bila baby2 kena kuning @ jaundice, utk dia cpt baik, jgn bg susu ibu. mmg doc2 @ misi2 ckp susu ibu lah ubat terbaik,tp utk kuning susu ibu bkn ubatnya. secara logiknya, sakit kuning disebabkan darah ibu,susu ibu kan punca dr darah ibu. nawal bila stop bg susu ibu, cpt je kuning dia turun dan terus baik.- ini doc sendiri yg ckp tau, doc dr hosp bkt mertajam.)

dan bila nawal start menyusu bdn blk, susu saya dah kurang. kesian nawal. bila diberi susu botol,baru nawal dpt tido lena.

mula2 bg susu A yg 1 tin kecik = rm25, nawal asyik kembung perut je.
pastu susu B yg tin besar = rm45, pun kembung nawal tak baik2.
last2, try susu C yg 1 tin kecik = rm9.50, kembung nawal ok skit, sbb dia kerap kentut dan sendawa.
(nawal minum susu murah je, dia kesian kat ummi ayah dia agaknya.isk isk isk)

wpun begitu, saya tak putuskan susu ibu pdnya, saya masih bg setiap hari tanpa culas. wpun nawal tak kenyang, tp itu masa utk dia bermanja dan saya sgt bahagia menyusukannya. dan sejak bekerja, nawal mcm dah tahu,lps pukul 6 je dia dah tak nak minum botol, dia nak nenen je, sampailah dia terlena atr jam 9-10 mlm.

dan sepanjang saya bekerja, tak mcm ibu2 lain, saya tak rasa sakit pun. mmg nampak sgt yg susu tak byk. dan saya kena atasi mslh ini.

lps baca blog viruspadu, saya layari web berikut : http://www.momslittleones.com/shop/

tanpa berlengah lagik saya terus order 2 benda :
1 x Pil ASI (Air Susu Ibu)- 300 pills/box RM20.00
1 x Milkmaid Tea (Trial Pack)
- Size: Trial pack
RM11.00



moga2 usaha saya ni mendatangkan hasil. kesian nawal tak cukup susu ummi.

7 comments:

sarah said...

bagus la nawal x keliru puting, Uwais msuk 3bulan dah reject direct BF,dia nak isap EBM ngan botol jer, sampai la sekarang. Sarah just menyusu dia mlm2 bila dia dah separa x sedar(mamai bila tidoq).Utk memastikan susu tetap byk Sarah akan perah every 2hour masa time keja.kalo kat rumah bila Uwais nak menyusu jer on d spot sarah akan perah untuk dia.selama 6bulan nie dia still BF.dia pun kena jaundice teruk gak,sbb darah sarah jenis O.so baby senang kena jaundice tapi susah nak turun.sampai 20hari baru turun habis.time tu sarah still BF dia n try ubat dari Poliklinik Chik kat pokok sena tu.Alhamdulillah ubat tu serasi ngan Uwais n jaundice dia turun even penurunan dia x banyak.skit2 jer turun stiap kali check up sampai la ari yg ke 20.

RieNa said...

a'ah mujur nawal x konpius. kira mana2 pun nawal ok je. alhamdulillah.tp time dia nak bermanja tu mmg dia x nak isap botol.

betui, riena pun darah 0 jgk, itu yg stop bg susu tu sbb nak nawal cpt baik,kira x sempat nak amik ubat kat klinik chik tu lah.bg minum sengkuang cina ja.

Thara said...

eh ye ke lagi jaundice lagi stop bfeeding? yg tiqah tau + doc tiqah bitau + baby magazines yg tiqah baca, laen pulak. derang ckp patut bykkan lagi bfeeding - the best remedy. alhamdulillah aydein jaundice die not very bad. just mild jaundice. masa tu tiqah bf die, alhamdulillah makin elok. :)

anyways, kak riena. pls keep us updated on ur new-found product ok! nak tau jugak jadik ke tak menjadik product tu. kalau menjadik and membuak2 susunya, nak beli juge. :D susu tiqah pon tak membuak dah mcm dulu ni! haihs.

RieNa said...

kebanyakan doc akan ckp mcm doc tiqah ckp.yelah..susu ibu mmg bagus cuma bab jaundice je susu ibu kalah.tp jaundice akan tetap kurg lama2 wpun diberi susu ibu.

tiqah try buka page ni,byk petua2 utk tmbh susu ibu.

http://sereniety.blogspot.com/2008/10/petua-petua-menambahkan-asi-air-susu.html

good luck ok! peluk cium utk aydein.

Thara said...

ooh btw. kak riena pose tak? tiqah tanye ustaz, dibolehkan ibu nyusu tak pose, so tiqah tak pose takut lebeh bekurangan susu tiqah yg sudahpun berkurang ni.

tiqah dah tanye aien. aien ckp suroh try natural source from veges dulu. apa2 pon, pls lemme know hasil milkmaid tea tu ok. kak riena pump dkt office tak?

RieNa said...

tiqah, k rina pose. takdelaa tinggal lg sbb nak menyusu.

k riena x pump pun, dah x rasa sakit. ye lah, sepatutnya kena pump jgk utk menggalakkan pengeluaran. tp tu lah. malas.

x try lg milkmaid tea tu. apa2 nnti k riena bgtau.

Thara said...

ooh. baru ingatkan nak tanya bape oz kak riena dpt kalau pump dkt office. hmm takpe lah. :)

ok ok jgn lupe update ok! excited ni kalau betol2 milkmaid tea tu helps! ofcoz, dgn izinan Allah lah :D

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...