Sunday, 30 August 2009

:: himpunan cerita di sebalik gambar ::

(gambar2 ni sepatutnya dibaca dr bwh naik ke atas..)

ini lah kakak maira, masa ni nawal baru lps bercukur, nawal 11 hari. skrg ni kak maira ni lah kwn baik nawal.
haa,ni masa tgh proses cukur, tok ma yg cukur botakkan nawal.

tok ma rileks je cukur nawal, org yg tgk yg rasa gerun.

ini masa mula2 proses bercukur tu, yg gunting rambut nawal tu tok wan haron, kwn tok ma dan abah wan masa diorang gi mekah dulu.


yg ni pulak masa nawal 6 hari. abg cik afif tu blk penang nak tgk nawal dan ummi. pastu dia sedih nak blk bangi. teresak2 dia nangis sedih nak tinggal nawal. sampai ummi pun menitis air mata jgk. ada ke dia nak bwk blk nawal blk bangi?? isk isk isk.

Friday, 28 August 2009

:: cerita nawal ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikum!!
hari nih ummi bg can nawal nak bercerita. hari ni nawal dah 2 bulan 5 hari tau.

semalam nawal gi klinik dgn ummi dan ayah. nawal dah ngantuk sbb baru lps mandi dgn tok ma, tp ummi tak bg nawal tido lagi. ummi ckp hari ni nawal nak kena cucuk. 2,3 kali jgk ummi pesan supaya nawal kuatkan semangat, jgn nangis2, jgn demam lps cucuk nanti. mula2 tu nawal oklah,dr rumah lg asyik gelak2,sengih2 sj. ayah ckp gelaklah puas2, nanti taktau lg..apa ayah ni,main sakat2 pulak.buat nawal takut je.

di klinik mula2 makcik misi suruh ummo bukak baju nawal,nak timbang berat nawal. aunty2 tahu tak,berat nawal cuma 3.95kg je!!!! tak sampai 4 kg pun. tp misi tu tulis dlm buku nawal 4kg jgk.dia kesian kat nawal. tp nawal panjang, 52cm. panjang kan?? tgk lah sapa ummi nawal. hehehe..tp itu lah, nawal takde isi, tulang je..huhuhuhu..kesian nawal kan??

lps tu mulalah sesi nak cucuk.nawal baru lps nenen dgn ummi mmg nawal nak tido ajelah.tp ummi cium2 nawal tak bg nawal tido.tiba2 ummi pegang kaki nawal, tiba2 nawal rasa sakit. dan nawal menangis,kuat la jgk tp tak la kuat sgt. nawal nangis kejap je,ayah ckp 10 saat je. lps tu nawal ok.

blk umah ummi suapkan nawal ubat dan nawal pun tido..bila bgn lps tu nawal mula rasa sakit kat kaki nawal. nawal menangis kuat2. ummi dah mula panik. ummi bg nenen nawal tak nak. ummi bg botol nawal tak nak. ummi dukung nawal nangis. ummi buat apa pun nawal tetap nangis. dah laa ummi dgn nawal je kat umah,ayah dah gi keje. ummi dah gelabah sgt.sian ummi. tiba2 nawal tgk ummi nangis,sbb nawal nangis kuat tak mkn pujuk ummi.nawal mula slow downkan tangisan nawal. ummi dah telefon tok ma dah,tanya mcm mana nak pujuk nawal. kasihan ummi. tp kasihan nawal jgk sbb nawal sakit kaki lah.

sampai mlm nawal asyik merengek dan nak dok atas riba ummi je. nawal cuma bg ummi solat dan pegi bilik air je. selebihnya nawal nak dok dgn ummi. nawal nak nenen dgn ummi. nawal nak ummi peluk nawal. masa berbuka pun nawal tak bg ummi mkn. tok yam riba nawal tp nawal nangis. sian ummi kena mkn cpt2 sbb nawal nangis.

smlm nawal tido jam 11.30 mlm. nyenyak sampai pg. pg ni nawal dah ok, nawal dah ceria. ummi peluk2 nawal dan ckp nawal anak yg baik,anak yg kuat. trima kaseh ummi sbb jg nawal dan layan kerenah nawal. lain kali jgn la bwk nawal pegi cucuk lg. tp itu lah, ummi ckp itu utk kebaikan nawal jgk.

ok,abih cerita psl cucuk semalam.

dah seminggu nawal duduk dgn mak lang sepanjang ummi pegi kerja. mak lang tu isteri paklang,abg ummi. nawal seronok dok dgn mak lang. mak lang baik, kat umah mak lang ada abg ammar dan kakak maira. kakak maira selalu main cak-cak dgn nawal. tp kak maira tu kedekutlah,dia tak bg nawal naik buaian dia,tak bg tido dgn bantal dia, baca buku dia (buku tu ummi yg beli, suruh share dgn nawal,tp dia ingat yg dia punya pulak.takpalah,ummi beli buku kain tu yg lain utk nawal ya!) tp dia ok,dia tak kacau nawal pun, dia selalu main2 je dgn nawal.

kat umah mak lang nawal byk tido je. mak lang bgtau ummi, yg dia senang jg nawal. nawal tak byk kerenah. mmglah, ummi dah pesan dgn nawal, duduk baik2 dgn mak lang,jgn buat perangai pelik2. nawal kan dgr ckp.

hari2 nawal naik car seat dlm keta dgn ummi. car seat tu ayahngah (abg ummi) yg hadiahkan kat nawal. masa mula2 naik dulu, 3x nawal nangis sepanjang perjalanan dr umah tok yam sampai umah tok ma.sampai ummi kena berhenti tepi jalan nak pujuk nawal. lps tu ummi pesan kat nawal,kalau nawal nangis lg masa dlm car seat, mlm nanti ummi tak nak bg nenen. nawal kena hisap botol je. nawal tak nak lah mcm tu. dahlaa siang tak dpt nenen ummi,mlm pun tak dpt jgk. jd nawal tak nangis dah bila dlm car seat. nawal dah rileks dah. sebenarnya best jgk dok dlm tu. mula2 dulu nawal tak biasa lg lah. skrg dah siap bleh senyum2,tido2 dah dlm car seat. dptlah ummi bwk keta dgn baik2 blk umah. masa dlm keta ummi sembang2 dgn nawal, ummi selawat,ummi zikir, kdg2 ada jgk ummi nyanyi2. sbb nawal tak suka pasang radio.bising. baik dgr ummi sembang. tp sian lah ummi, nawal tak pandai ckp lg,kalau tak boleh nawal sembang dgn ummi.

alamak, dah byk nawal cerita nih. nanti nawal cerita lagi ya~!!

-Aisyah Nawal -

Thursday, 27 August 2009

:: tentang tarikh ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya dan abg aleh bernikah pada 23 Mei 2008
Aisya Nawal dilahirkan pada 23 Jun 2009.

saya dilahirkan pd 1 jamadilakhir 1401 - Isnin
Nawal dilahirkan pd 29 jamadilakhir 1430 - Selasa

ma ckp, moga Aisyah jd anak yg baik, kalau dpt jd mcm umminya pun, jadi lah..
maknanya, ummi nawal anak yg baik la..kih kih kih

dan yg saya selalu doakan sejak Nawal dlm rahim lg,
" anakku, semoga kamu jd anak yg soleh, yg selalu menyenangkan dan membahagiakan hati org tuamu...amin.."

Wednesday, 26 August 2009

:: Takdir yang terindah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(akhirnya dpt update,dah lama taip tp tak terupload)

Imbasan kembali cerita sebelum, semasa dan selepas saya melahirkan Aisyah Nawal 23 Jun lps.

22 Jun 09/28 Jamadilakhir, Isnin - Hari tu saya kerja mcm biasa. ada exam PTK hari tu. saya selalu usap perut sambil memujuk baby, supaya dia tunggu saya amik exam dulu, baru keluar melihat dunia. dan Alhamdulillah, sehingga saya usai mengambil exam, baby taat mendengar pesan. cumanya saya rasa semacam skit pd perut hari tu. agak kejang dr biasa. abg aleh jemput saya pulang dr kerja,dan kami singgah pasar mlm Penanti mkn laksa. dan saya tak sangka itu adalah laksa terakhir utk saya sebelum bersalin...

9 mlm - selesai saya menggosok baju suami dan saya sendiri, perut rasa sakit,mcm nak buang air.memulas2 rasanya. tp bila ke toilet,takde apa yg berlaku pun. saya rilek lg, tak bgtau abg aleh apa2.

11 mlm - perut rasa sakit lg,mcm sebelum tu. memulas2. berguling2. dan bila ke toilet,dah ada tanda darah. saya senyum2 bgtau abg aleh. rasa seronok sgt, itu adalah saat2 yg saya dan dia tunggu selama 9 bulan. dia kelam kabut ajak saya ke hospital,tp saya tenang sj, ajak dia ke kedai makan2 dulu. hahaha! gilos..


kami ke kedai tomyam, saya mkn nasik dan sup, dan minum ais, jgk utk kali terakhir sebelum bersalin. dan masa tu saya cuma SMS kakak bgtau yg saya nak ke hospital dah. saya tak bgtau pun mak dan ma. sbb dah tgh2 mlm, saya taknak mereka susah hati, nanti tak bleh tido plak.kesianlah..saya sms kakak sbb dia org penting dlm hidup saya, lgpun kakak jauh, dan saya tahu kakak mesti dah tido, dan cuma akan baca sms saya pg nanti.


kami sampai di hosp sbrg jaya jam 1 pg. doc periksa saya dan bukaan saya cuma 1 cm. lambat lg..dan saya di minta berehat dlm wad. pukul 2 pg saya sms ma, mintak ampun atas segala, dan saya masih tak bgtau ma yg saya di wad. tak sangka ma terjaga dan reply sms saya. ma cuma tau yg saya dah masuk wad slps abg aleh call ma jam 7 pg. mmg sengaja tak nak menganggu tidor ma.

23 Jun 09/29 jamadilakhir (selasa)
6 pg - saya ke tandas dan air ketuban saya mula pecah.

9 pg - doc memeriksa dan bukaan saya hanya 3 cm. tp disebabkan air ketuban saya dan pecah, saya dihantar ke wad bersalin.


10 pg - saya dimasukkan ubat dan saat ini lah saya mula berperang dgn sakit bersalin. Allah shj yg Maha Mengetahui. saya hanya berdoa dan berzikir dan ingatan saya cuma tertumpu pd Allah dan ibu tercinta....

4 ptg - bukaan saya cuma 4 cm. sedangkan saya mcm dah tak tahan..hanya semangat yg menguatkan saya. saya ingat pesan Ma, cuba bertahan dan jgn menangis..

5 ptg - doc bgtau yg saya terpaksa di bedah, kerana denyutan jantung baby makin lemah dek kurgnya air ketuban. akhirnya air mata saya tumpah jua..

"tak boleh tunggu sikit lg dr?saya nak bersalin normal.."'

"awak dah sakit lebih dr 7 jam dan awak mampu bertahan lg?nanti baby awak lemas..."

memikirkan keadaan itu, akhirnya saya pasrah..

saya terus ditolak ke bilik bedah. dibius separuh badan pd tulang blkg. dan dek kerana keletihan, saya terlelap...

saya terasa perut saya digoncang, mungkin masa tu lah baby saya dikeluarkan..

5.37 pm - Aisyah Nawal dilahirkan dgn seberat 2.88kg.

saya dikejutkan dgn sentuhan di pipi. nurse tunjukkan Nawal kpd saya, bdn saya kebas, jd saya tak mampu pegang nawal, nurse bg nawal sentuh susu saya, saya cium pipinya. Subhanallah. sesungguhnya Nawal adalah anugerah terindah dr Allah utk saya. 1st time tgk nawal, rupanya dah mcm abg aleh, pd mata dan hidungnya.

masa dibedah, saya tak rasa sakit, kan kena bius. sepatutnya saya dpt melihat proses tu sbb bius separuh bdn, tp saya terlelap akibat keletihan yg teramat.

6.15 pm. - saya keluar dr bilik bedah dan disambut oleh suami dan keluarga di luar bilik. dan bila saya nampak ma, air mata saya tak tertanggung lg. saya sudah merasa sakitnya ma melahirkan saya dan itu betul2 buat saya insaf...

saya dimasukkan kembali ke wad tanpa Nawal kerana saya perlu berbaring tanpa boleh bergerak langsung selama 7 jam. mmg menderita, tp sgt berbaloi sbb akhirnya saya miliki seorang puteri!!

25 Jun 09 - saya dibenarkan keluar hospital dan kembali ke rumah ma.

26 jun 09 - kena masuk wad bkt mertajam sbb jaundice nawal agak tinggi.

28 Jun 09 - pulang dr hospital.

Nawal bebas jaundice pd hari ke 9, luruh pusat hari ke 10, ckur rambut sampai botak dan belah mulut pd hari ke 11. dan belah mulut sekali lg pd hari ke 49 di Pulau Melaka,Kelantan.

fuhh..akhirnya. itulah pengalaman saya menjadi seorg ibu. walaupun tidak melahirkan nawal secara normal, tp saya tetap bersyukur dgn apa yg Allah takdirkan utk saya. saya bahagia.

terima kaseh pd mereka yg mendoakan kami, menziarahi, memberi hadiah (dlm apa jua bentuk). saya dan keluarga amat menghargai. semoga Allah memberkati hidup kalian dan limpahi rezeki kpd kalian.ameeeennn....

:: meh add saya meh ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

adei, tak sempatlah nak update..geram nih geram..rasa menggeletar je tgn.

saya ada laa upload pic nawal sekeping 2 di Facebook.

sapa yg nak add saya mehlaa..meramaikan kawan..

nih emel : nur_azriena@yahoo.com

jumpa di facebook ya!!
:wink:

Monday, 24 August 2009

:: kembali ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya sudah kembali bertugas hari ni.
banyak sgt yg hendak diceritakan.
tp kerja byk sgt..
later ok!!

tugas lebih penting..

(rindu nawal!!)

Friday, 7 August 2009

:: rindu saya tak?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ehem..mula2 tarik nafas..lepass...tarik nafass..lepass...
err, ada yg rindukan saya??
brapa hari agaknya saya tinggalkan blog saya ni tak berupdate..
hmm..dr Nawal umo 8 hari, skrg dia dah 46 hari..
isk, lama betul!!

puncanya, laptop abg aleh problem. pastu broadband dia plak.
takkan saya nak gi CC kan..rindu sgt dah nak update blog dan baca blog kalian..sungguh~!

terkini tentang saya :
:: berat dah turun byk. wpun perut susah nak kempis blk. heh,standard lah tu lps bersalin kan..tambah2 plak org operate mcm saya nih.
:: jadual makin sibuk. baru sorg anak hidup saya dah berubah 360 darjah.
:: saya akan mula bekerja pd 24 ogos, 3 ramadan kalau tak salah.
:: ermm..apa lg..saya lbih menghargai hidup..dan org2 sekeliling saya.

saya sbrnya nak cerita saat2 saya melahirkan Nawal hari tu,tp rasanya tak sempat. feel pun kurang. saya kat Kota Bharu skrg, pinjam laptop sepupu, Rina neh. (ada ke dia tanya saya,blog tu hape??isk2..nama sj graduan course forensik dr usm.mujur dia ada akaun facebook,tak jd nak kutuk dia kaw-kaw..hehe)

tentang Nawal? kejap, saya suruh dia cerita sendiri.

------------------------------------------------------------------------------------

assalamualaikum!!
hai auntie2 & uncle2!! nak tau pasal nawal ke? nawal ok je..baru baik kembung perut. sebelum ni nawal asyik kembung perut sj, asyik merengek je dgn ummi, tp nawal tak nangis. tok ma selalu puji nawal baik sbb tak nangis wpun kembung perut. nawal merengek tak nak tido dan nak duduk atas riba je.alhamdulillah, skrg dah ok, lps ummi,ayah,tok ma ikhtiar mcm2 kat nawal.mujur ummi tak tuam perut nawal dgn sterika, ummi tuam dgn sup bunjut je.hehe,(ummi jgn marah ya..)

ramai yg ckp nawal ni kecik wpun dah 46 hari..masa nawal sebulan dulu, nurse timbang nawal berat cuma 3.75kg je.(betul ummi arn, 3.75!!) skrg ni mungkin lebih skit je. mmg nawal kecik,tak montel mcm baby lain,tp takpelah..ayah ckp,asalkan nawal sehat.pipi nawal je ada tembam skit.org suka cubit pipi nawal,tp nawal tak pandai marah.kdg2 je nawal buat bunyik.

lagi..mula2 dulu ramai ckp nawal putih,tp skrg tok ma dgn tok yam ckp nawal hitam pulak.kecik hati tau!! tp ummi ckp,takpa kecik2 nawal gelap skit,nanti nawal besar nawal cerahlaa..tak jd nawal nak kecik hati..hehehe..sbnrnya kulit nawal berubah ikut cuaca tau..hahahah!!

nak tgk gambar nawal ke?? mintak dgn ummi.nawal taktau...henpon ummi tu penuh gambar nawal je.nawal tido pun amek gambar nawal. eh,jgn taktahu,pakcik mael dan aunty fadhlina,kwn skolah ummi tu, dah tanya kot2 nawal bleh jd model photoshoot diorang..isk,nawal hepi betul!! ankel muhd dgn aunty iffah tak nak amik nawal ke..?/hehehehe

eh, byk dah nawal cerita ni..nanti ummi ckp nawal over pulak..oklah,back to u,ummi~!!

---------------------------------------------------------------------------------------

hahahaha!! adei..rasa kelakar pulak..nampaknya nawal nak kena buat blog sendiri ni. bleh lawan abg cik Afif..hhehe..

cukuplah takat tu..nanti kalau ada kesempatan saya update lg.rasanya bila masuk kerja lah.

nak jalan2 blog kalian plak..

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...