Tuesday, 31 March 2009

:: tak ceria ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...







saya rasa, saya susah nak senyum hari ini.





bukan susah, tp malas.





argghh..

Monday, 30 March 2009

:: sila tutup lampu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari sabtu, pulang ke rumah kg petani.
mcm biasalah, weekend adalah hari bersama bonda tercinta, kalau tak sabtu, hari ahad.
ptg tu ma kalut je memasak. saya yg menolong ni pun turut sama jd kelam kabut.
ma ckp "cepat, nanti tak sempat makan sebelum 8.30."

saya naik heran. abg an pun heran. abah pun.

oohh, rupanya ma pun prihatin pasal Earth Hour tu..yg kena tutup lampu jam 8.30 - 9.30 malam tu..

saya ckp, ''alaa..tutup lampu tang lain sudahla, tang dapuq ni kita bukak laa..takkan nk makan dgn lilin kot..tak nampak lauk ni..kang tercekik kepala udang ni.."

ma cakap tak boleh.nanti ma rasa bersalah sbb tak turut sama menyertai kempen tu.

tp sempat jgk mkn lps maghrib, siap kemas meja,basuh pinggan jam 8.27. terus tutup lampu semua.berbual dgn ma dlm gelap.syok jgk..

abg lan hantar sms , ''humaira dalam gelap pun dok jalan merata..bahaya betui..nk kena buka lampu jgk."

kalau Earth Hour ni boleh buat tiap2 tahun kan bagus. tiap2 bulan lg bagus. eh,tiap2 minggu lagiiii bagus..

lagi jimat bil elektrik kat umah saya tu yg tiap2 bulan cuma RM3.75 sen. keh keh keh

Friday, 27 March 2009

:: iya, kamu sudah 19 tahun ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

19 tahun dulu, saya baru darjah 3.
1 hari saya pulang dr sekolah, tengok ada baby kat rumah saya.
saya suka lah sgt.
tiap2 hari saya tgk kakak saya belek baby tu.
saya pun belek jgk.
saya belajar bg pakai lampin dia. basuh kencing berak dia.
saya bedakkan dia.
saya pakaikan baju dia.
saya botol susukan dia.
hari2 saya cium pipinya yg gebu dan montel.
sungguh, saya benar2 sayangkan dia.


dan hari ini, pada 27 Mac 2009,
baby yg saya belek2 tu,
dah pun berusia 19 tahun.
dia dah pandai drive kereta sendiri.
dah pandai memasak.
dia jaga adik-adiknya dgn baik.
mungkin dah boleh kawen pun.(hahaha)

Alhamdulillah.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19.

kamu mungkin belum cukup dewasa.
tapi kamu akan sentiasa belajar utk dewasa.
moga kamu lebih matang dalam meniti kehidupan.
jadikan iman dan amal sbg benteng dalam melayari hidup.
ingat pesan ibu ayah tokma.

manis jangan terus ditelan.
pahit jangan terus dibuang.
mungkin yg manis bisa merosakkan kamu.
dan yg pahit bisa mengubati kamu.

dan sampai hari ini pun, Achik masih sygkan kamu seperti 19 tahun dulu.

Wednesday, 25 March 2009

:: secebis kisah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Dari smlm berbalas emel dgn sebahagian kawan2, asalnya untuk memaklumkan tentang ibu seorang sahabat yg sakit kemudian meninggal dunia semalam.

(al-fatihah utk Makcik Zainab ibunya cikgu Muzammil aka Men, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..amin)

saya tertarik utk berkongsi emel seorang teman, si Arn @ Noorihan . katanya :

salam....

untuk berkongsi pengorbanan ibu...

skrg ni aku dah jadik ibu...bila dah jadi ibu semakin terasa betapa hebatnya pengorbanan ibu kepada kita...masa bersalin n mengandung toksah cerita la..paling hebat dugaan tu.

ni aku nak share pengalaman harian..coz setiap hari bila aku dok jaga anak aku pasti aku akan ingat mak aku..

AHAD lepas..

Sepatutnya cuti ...datang keja opis coz isnin ada audit..bawak a'izzah..siap ngan tilam sekali angkut..pagi2 dah bangun masak utk anak sulong n asben...sambil buat keja,dukung a'izzah sebelah sebab mengamuk sgt...balik gumah kul 4.30ptg.

moral:

kita dulu kecik2 mcm tu la..mak nak masak..mengamuk2 sambil dukung kita, sambil la masak...sedih tak..tapi tak ingatkan..aku pun kadang2 lupa benda tu....

ISNIN...

bangun pagi kul 5. masak bubur nasik a'izzah..pastu terkejar2 naik atas rumah balik..dua2 anak jaga nak minum susu..wat susu..kemaskan brag nak keja n nak hantar anak....pastu masuk opis. balik keja kul 9 mlm.terkejar2 pegi ke kedai lupa biskut baby abih..asben call anak nangis cari ummi...rempit balik dari bb bangi ke semenyih....tgh mlm 2 -3 kali bangun minum susu. anak 2 setiap anak terjaga pada waktu berbeza(kejap nak minum susu, kejap selimut tercabut)....maka dgn itu umminya pun jaga setiap jam.

moral:
mak kita pun camtu dulu..tidur mereka tak penah lena dek menjaga seorang insan bergelar anak...maka...aku mengingatkan diri aku n semua kawan2 ..selagi ada hayat .......berbaktilah kita....yang dok jauh call selalu....aku sebak ni...doaku semoga kita jadi anak yang soleh..big bos aku sendiri, kalau mak dia call walaupun tgh briefing or meeting akan dia pick up phone mak dia...katanya " ini mak saya call, saya kena angkat"


byk aku nak kongsi..tapi aku terlalu sibuk dengan kerja dunia..hehe..tak lah fardu kifayah gak ni...memastikan umat islam ni ada jugak bisnes power engineering.


ok lah setakat tu dulu....

-noorihan hashim-

http://www.ummihafiybizz.portalniaga.com/


kan?? saya tahu, ramai di luar sana yg dah lalui pengalaman mcm Arn ni..tahniah! kalian mmg ibu yg super power!! dan semoga anak2 kita tahu menghargai kita, bukan dgn wang ringgit, tp dgn perhatian dan kasih syg mereka pd kita.

dan sebagai anak, mcm kata Arn, berbaktilah selagi ada hayat..

kita akan rasa kesal setelah kita kehilangan mereka..

(pesanan utk diri sendiri jgk sebenarnya.)

Monday, 23 March 2009

:: 230309 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

10 bulan sudaaa~!!

:: sudah 10 bulan jd bini org.
:: sudah 10 bulan jd menantu.
:: sudah 10 bulan jd maksu.
:: sudah 10 bulan jd adik ipar bongsu.
:: sudah 10 bulan jd penduduk Lahar Yooi.
:: sudah 10 bulan huh, mcm2 lagi lah~!!

:: dan sudah masuk 7 bulan...

Alhamdulillah.

:: Preparation 1 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

come closer, take a look..

:: sarung bantal :

:: bakul bedak dan lain2 ::


:: bakul ubat ::

:: bakul baju ::



:: semuanya sekali ::


cute kan????
Ya Allah, kau lindungilah anakku selama ia berada dalam rahimku...amin...








:: 1 gambar 1000 cerita ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

takde cerita, hanya sekeping gambar.




Thursday, 19 March 2009

:: Familyku Sayang ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

~ AidilFitri 2002 - 7 tahun lalu... ~
:: Ili baru 4 bulan, and she was so cute!!
:: Afif dulu chubby, skrg dah cikeding.
:: kak long baru form 1, gila tak cun, tp skrg dah cun daaa~!!!
:: Naja & Nadia tak kisah pun tudung senget benget,tp skrg jg main-main, tudung kemik skit dah bising.
:: Azzam yg masih kurus dan slim. skrg dah berisi dan tinggi nak kalahkan aciknya.
:: Syaza yg sweet and adorable, skrg ratu airmata. hahaha!
:: Aqil & Ammar yang atas dukungan, skrg dah loyar buruk.
:: Abg2 dan kakak2 yang tak byk berubah,cuma mungkin lebih bertambah saiz.hehehehe
:: Ma yang sampai skrg nampak muda remaja, walaupun sudah menghampiri 60 tahun.
:: saya??? dulu kurus langsing lampai. skrg?? aarghh~!! malas nak sebut.
Konklusi : saya syg keluarga saya. (macam tajuk karangan budak darjah 3.)

Wednesday, 18 March 2009

:: sayang kawan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Isnin malam, saya temankan abg aleh antar kawannya @ x-staff di stesen keretapi Butterworth, si Anuar tu nak balik KL. Dulu dia keje dgn abg aleh, kemudian skrg keje kat Tesco, jd pegawai apa ntah, kiranya gaji lebihlaa dr jaga kedai henset abg aleh tu..

saya suka budak ni, sopan dan hormatkan org lain, amanah dan jujur. masa dia bgtau nak berhenti kerja dulu, abg aleh termenung seharian, dia sedih sbb Anuar ni amanah dan senang berunding. tp Alhamdulillah, Allah gantikan staff yg baru ni pun sama mcm Anuar jgk, jujur, amanah dan senang berunding. Moga2 kekal begitulah hendaknya.ameenn..

bukan senang nak mencari org yg amanah dalam dunia yg serba mencabar ini. kalau yg jenis pantang nampak duit terus gelap mata tu, berlambak-lambak.


anuar ni susah nak bergambar, katanya pemalu, tp saya paksa jgk. dek kerana hormatkan 'kakak'nya ni, dia turutkan jgk.
keretapi tu jadualnya jam 11 mlm, tp pukul 12 mlm pun takleh naik lg..saya ni dah letih sgt, mengantuk toksah kira lah..baby pun dah mula berpusing2 dah..dan di bahu abg aleh mmg best utk menidurkan diri...


kucing ni termenung lama kat rail keretapi tu..kami dah risau, kot-kot kucing ni dlm cubaan membunuh diri kan..manalah tahu, frust dgn kuceng betina..hehehehe..tp alhamdulillah,agaknya setelah lama dia termenung, mungkin dia berubah fikiran dan terus lompat naik atas platform...
sampai umah pukul 1 pg, anuar naik train jam 12.30 mlm. gila lambat!!

Tuesday, 17 March 2009

:: kenduri adik terangkat ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...









Tahniah buat Nurul Hayati dan Reezal, bercinta sejak sekolah, alhamdulillah, berjaya ke jinjang pelamin dan semoga kekal bahagia hingga ke syurga..amin..
yatie ni salah sorang (salah sorg??nmpak benar ramai koleksi..hahaha) adik angkat saya zaman sekolah di Irshad dulu..rupa2nya dia pun saudara abg aleh jgk..kira jd adik angkat + adik sedara jgk lah..
So, Lisa dan Husna..kalian bila lagi???? kak na / akak nak tgk kamu pakai baju pengantin..hehehehe..


:: Transformasi ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

SEBELUM

SELEPAS

Saya : macam mana Ili, ok ka rambut baru adik ni???

Ili : ok, adik suke....(sambil tersipu2, mulut simpul2 senyum)

Saya : adik rasa adik comel ke??

Ili : ha'ah . (sambil sengih sengih sengih)

Ceh, perasan!!

-------------------------------------------------------------------------------

kadang2 kita perlu kepada transformasi, berubah dari sesuatu yg baik kepada yg lebih baik..perubahan positif, tentunya memberi makna yg lebih pada hidup kita...

Saturday, 14 March 2009

:: kawan baik saya kawen II ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ni masa majlis kenduri, selesai bergambar ramai2. yeay!! royd dah tukar status,setaraf dah dgn saya dan Sarah. ahaks!!! (kat belakang tu kepala hantu yg langgar kipas)

Saya diberi penghormatan (atau sj hormatkan diri sendiri) dgn dok atas kerusi pengantin sbb pengantin dah boring nak dok atas krusi tuh.
Berdiri dari tepi : Rushidi @ Di (pengantin), Muhammad, Sumi asben Sarah, Mael Rafik, Azriel asben CT dan Ruhaida (pengantin)
atas kerusi pelamin : insyallah, bakal ayah dan ummi (Salleh & Riena)
duduk dari kiri : Aiffah isteri Muhammad, Fizah, adik Fizah (kot!), Diyanah, Sarah dan CT.


ohh, ini gambar masa lepas majlis akad nikah hari sabtu. Sarah, Ruhaida suruh tulih tajuk gambar ni sebagai : saat hepi tanpa Sarah!!!! hahahahahaha!!!


berdiri dari kiri : saya yg semakin bulat, Sifah, Mama Pizah, Wani dan Sumira


dan tentulah yg duduk tu org yg baru jd bini org.
dan yg terselit celah tu adalah Nina anaknya Pizah.


SELAMAT PENGANTIN BARU ROYD!!! (psst, lepas ni ingatkan diri sendiri, yg kamu tu bini org,jgn ingat nak tanda kertas periksa budak2 sekolah ja!!hahahahaha!!)














:: kawan baik saya kawen ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Sabtu 14/3/2009 - Seorang guru dari Pasir Gudang, Johor yang berasal dr Penaga, Pulau Pinang telah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan beliau.

Ruhaida Ramli,27, atau lebih dikenali sbg Royd @ Popaigirl telah selamat disatukan dengan Rushidi Long dalam majlis yang diadakan di kediaman beliau. majlis yang berlangsung dalam suasana ringkas tetapi meriah itu dihadiri oleh saudara-mara terdekat, jiran-jiran dan juga sahabat-sahabat TERBAIK Ruhaida iaitu Riena, Fizah dan keluarga, Wani, Mira dan Sifah.

(berita disunting dari BERNAMA) - keh keh keh, cariklah sampai tahun dpn,mmg takkan jumpa punya.hahahahaha!!

Alhamdulillah.tahniah sahabat!!!!!

Friday, 13 March 2009

:: Sejarah SPM 98 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



masa tgk berita smlm, rasa bergenang airmata..(ya,saya mmg agak cengeng,mudah menangis.huhu!) bilamana seorang pelajar berjaya mendapat 20A, dan dia cuma anak seorang nelayan.


yang menentukan kejayaan anda, ialah usaha anda sendiri. bkn kerana anda anak siapa-siapa.

masa tgk adik2 ni ambik result semalam, saya teringat masa saya nak amik result dulu.
SPM 1998,result 1999. 10 tahun dulu..(what??dah 10 thn???) sungguh pantas masa berlalu..
(oh, cerita dibawah sgt panjang, sila amik nafas dan senang diri. ahaks!!)


masa tu Ma berada di Tanah Suci Mekah, mengerjakan haji. saya tinggal di rumah dgn abg2..abg man dah anak 3, abg lan masih bujang dan abg an serta 2 org sepupu yg tinggal sementara di umah Ma. kakak dan family dah tinggal kat Bangi dah time tu.



malam sebelum result keluar, saya mmg rasa cuak habis, nervous, takut, risau, mcm2 lah perasaannya. saya nak mengadu,nak bercerita dgn seseorg, tp taktau nak bercerita dgn sapa. saya malas nak bercerita dgn abg2 saya, mcm tak best je nak share perasaan dgn diorang. nak cerita dgn kakak, kakak jauh, malas nak call. pastu mulalaa teringat sgt2 kat Ma yg jauh di Mekah, kalau ma ada, mesti saya boleh mengadu dgn Ma atas ribanya, ma akan pujuk dan tenangkan hati saya setiap kali saya dilanda gelisah...tapi Ma jauhhhh...(huh, nampak benar manjanya..)



pagi esoknya, hari result tu, saya sgt malas dan berlengah2. bayangkan, saya boleh dok umah tgk VCD pg tu. semua dah kuar dr rumah gi keje tanpa sorang pun ucap good luck utk saya. sedih??? takk..saya cuma rasa tak bersemangat. lepas tu dalam pukul 11, saya memberanikan diri utk call Kak Zura, kerani pejabat sekolah Irshad tu.saya tanya dia ada budak dpt pangkat 3 tak?? setelah dia beriya menyatakan yg budak dpt pangkat 3 tu bukan saya, baru lah saya rasa lega sikit, dan mula bersiap utk ke sekolah.



saya berjalan kaki dr rumah ke bus stand kat jirat cina penanti tu, naik bas UTC kaler hijau.masa tu dah 11.30, sampai sekolah Irshad dah kul 12. ramai dah kawan2 yg ada situ, berkumpul di kantin. saya terus menuju pd kwn2 saya, pastu diorang pun bisinglaa nape saya dtg lambat, berapa result saya. saya sengih je, sambil ckp, "aku tak ambik result lg.."

rupanya, apa yg jd pd saya tu, adalah petanda buruk utk saya. mmg lah saya tak dapat pangkat 3, saya masih dpt pangkat 1, dgn agregat 12. kira not bad utk saya walaupun takdelaa bagus sgt. cumanya impian saya utk melanjutkan pelajaran saya ke UM Nilam Puri dah terbantut dek kerana subjek Syariah saya dpt 7. mmg sgt mengejutkan, subjek yg biasanya saya dpt A1, bila SPM saya cuma dpt P7. saya sedih teramat.

usai semua, saya naik bas utk pulang, tp saya tak berhajat utk pulang, saya taktau saya nak ke mana, nak blk umah pun bkn ada sapa-sapa.saya terus ke BM, turun di Summit, jalan kaki ke kedai ma di Mara, termenung dpn kedai ma, sbb rindu sgt dgn ma, nak bgtau ma result saya,tp again, ma jauhhh..lps tu dpt idea, saya pegi rumah ayah..

sampai umah ayah, ada mak lin, dia terus tanya result saya. oklah, rasa lega sikit sbb lastly saya ada tempat utk dituju. tak lama lepas tu, ayah balik rumah, saya menyorok di belakang rumah. saya dah pesan dgn mak, jgn bgtau ayah saya ada disitu. sj nak buat suspen. ayah bgtau mak, dia risaukan saya, abg2 saya sibuk cari saya merata2, diorang ckp saya takde di rumah, taktau kemana saya pergi.lepas tu kakak saya call umah ayah, bertanyakan hal saya. rupanya kakak pun sibuk carik saya jgk.

saya pun, " heh, sayang jgk depa ni kat aku..hahahaha!!"

pendekkan cerita, abg man dgn abg lan dtg umah ayah, dan saya pulang ke rumah dgn diorang. diorang tak marah, cuma diorang risaukan saya. diorang dah nampak adik diorang ni semacam dah 2,3 hari lps, tp masing2 sj je buat tak tahu. (jahatt ooo diorang ni!!) diorang ingat saya dpt result buruk, pastu pegi mana2 atas bangunan,pastu buat terjun tiruk ke ape kan...heh, saya takdelaa bongok sampai tahap tu...saya ok aje, cuma rindukan ma sgt2 masa tu, itu laa yg buat saya mcm membawak diri tu..

dan malamnya ma call dr mekah, bertanyakan hal saya. ma ucap tahniah dan saya dah mula menangis..heh, mmg buruk betul perangai saya. asyik2 nangis je. mmg cengeng!

itulahh cerita saya di hari keluarnya result SPM 1998.

adik2 @ anak2, mcm yg kak long pesan, bagusnya result kalian hari ini, tak bermakna kalian akan berjaya pd masa depan..
dan buruknya result kalian hari ini, tak bermakna kalian akan gagal pd masa depan..
you've climbed a hill, but you still have mountains to climb...

tahniah utk semua, teruskan melangkah, belajar dr kesilapan lalu, dan berusaha lg utk jd yg terbaik..

(adei..panjang betul karangan saya hari ini...)

Tuesday, 10 March 2009

:: marah betul. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ini entry marah dan tak puas hati. sila tarik nafas sebelum meneruskan bacaan.

" hang ni mmg tak pandai jaga diri langsung! yg dok serah diri kat jantan keparat tu sapa suruh??? dah berapa kali dah kena, tak serik-serik!! hang nak jd apa sebenaqnya ni??bohsia?? bila dah kena sapa yg susah??? kami ni jgk, nak kena bela hang, anak hang..cuba laa guna otak sikit..la ni dah bunting pulak, sapa nak tanggung???"

ya, itu kata2 amarah utk kucing kaler kuning di rumah Ma.
asyik bunting je, kejap2 bunting, kejap2 bunting.
pastu lepas beranak, anak2 mati satu persatu kena makan dek bapak durjana.

dasar binatang betul. hah, ini lah kucing yang dimaksudkan.


tu pun ada manusia yg berperangai macam binatang. nama je ada akal. kucing takpelaa jgk, ada otak je takde akal.

huh!

Friday, 6 March 2009

:: Sahabat ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

Wednesday, 4 March 2009

:: ngantuk .. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kebelakangan ni saya susah tido malam..
rasa tak selesa..
pusing kanan tak kena..
pusing kiri tak kena..
terlentang lg lah tak kena..

adei, sementara nak pejam tu, mak aii..3x surah Maryam baru terlelap kot..

pastu bila terjaga, dah payah nak tido balik.
pastu mulaalaa rasa nak marah kat org sebelah..
jeles tgk dia yg lena sakan..
geram geram geram.

elok je nak terlelap balik, terdengar azan subuh berkumandang..
bangun terus, lega hari dah pagi.

begitulah hari-hari, rasanya keadaan makin sulit menjelang 3 bln 1/2 lg..

ya puan2, adik2 dan kakak2, bukan senang mahu jd ibu..
tp bersyukurlah kerana dikurniakan kenikmatan itu.

dan utk anak2 sekalian, sayangi dan hormatilah ibu kalian...
kesulitan yg mereka alami tak penah mereka kesalkan kerana mereka sayangkan kamu.

hmm, ini entry agak emosi kerana tukang tulis sedang gagah menahan mengantuk.

Tuesday, 3 March 2009

:: 1234 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

1234

Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi
Dia yang satu

Dua…
sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
kasihnya ibu.

Tiga..
lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ke temu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih

Ibu,
Ku ingat dahulu
Menyisir rambutku
kemas selalu
Ayah,
menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang,
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai,
Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai,
Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara…

Song by Aris Ariwatan.
---------------------------------------------------------------------------

saya suka lagu ni sejak saya form 3. pastu mula laa syahdu sorg2, terutama part "Ayah,
menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa"..
ntahapahapantah.

***
“people tend to neglect those who love them while searching the so-called true love…you don’t know what you’ve got until you’ve lost them..”

jadi hargailah mereka selagi ada hayatnya.... :(

Monday, 2 March 2009

:: cedapnyee! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Sedang menikmati jagung cawan yang dibubuh mayonis, RM2.50.


sedapnya tak terhingga.


itu saja. ahaks!!

Sunday, 1 March 2009

:: kg petani lebih "bandar" berbanding lahar yooi ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hahahaha!! abg aleh mesti geram je tgk tajuk entry saya tu.
(ohh ya,dia dah tau pasal blog saya ni, so far dia ok, dia yakin bini dia tahu batasan utk bercerita,dia gelak2 je bila baca blog saya..kira oklah tu kan??)

eh, kenape saya buat tajuk camtu??
ya, skrg saya menulis entry ni dr bilik saya di rumah ma, atas katil, aman damai dgn bunyi hujan dan bilik yg luas dan wangi.
internet plak laju tanpa sangkut2. ohh,bahagianya!!!!

kalau saya online di rumah saya di lahaq yooi, Ya Allah, internet slow nak m**p*s, sampai sakit belakang saya nak siapkan satu-satu entry. saya dahlaa skrg ni berazam tak nak berblog di opis dah, nak buat auto published, malam ni karang, esoknya kuar entry. kan best kalau kat lahaq yooi pun internet laju mcm kat kg petani???

sbb tu laa saya kata kg petani lebih 'bandar' berbanding lahar yooi..hehehe..
jgnlaa marah org lahar yooi, mmg kenyataan pun..

hmmm..esok (isnin,2hb) saya kerja shft petang, blk jam 10 mlm. pgnya saya akan ke klinik kubang semang, ya..sudah masuk pemeriksaan perut utk bulan ke-6.

pejam celik pejam celik pejam celik...kejap je masa berlalu..kandungan saya dah masuk minggu ke 23, dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah, semuanya dlm keadaan baik, saya pun dah makin mengembang..malu nak tgk fizikal sendiri dalam cermin.tp syukur pd Allah atas semua rahmat dan kenikmatan ini..ALHAMDULILLAH.


PS: TAHNIAH utk kak long Ifah, atas result sem 2 foundationnya yg cemerlang. i'll buy her something, and i hope she'll be happy and strive harder for the next sem. selain menggembirakan diri kak long sendiri, kak long dah dapat pahala kerana mengembirakan hati ibu dan ayah. so, teruskan belajar rajin2, dan berusaha utk jd anak yg baik utk ibu ayah, for sure kamu akan dapat keberkatan dlm sesi menuntut ilmu kamu tu.

(yeah, achiknya mmg pandai memberi nasihat,walaupun achiknya taklaa sepandai mana,hahaha!)

wahh..byknyaa mengarang, mentang2 laa internet laju!!
daaaa~~!!!!!

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...