Thursday, 27 November 2008

:: haruan mkn anak? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

baru-baru ini, minggu lps ke,2 minggu lps ke,ntah tak ingat.

saya, mak mentua, kakak ipar dan anak2 buah abg aleh tgk tv.
masa tu mak nak tgk Ustazah Baayah dalam semanis kurma.
tajuknya : haruan makan anak.

saya pening bila anak sedara,pompuan,usia 9 tahun, tanya :

"haruan makan anak tu apa maksu??pasaipa dia mkn anak?dia jahat ka?"

sbelum saya sempat menjawab, maknye memilih utk bgtau yg ikan haruan mmg makan anak dia,tak mcm ikan lain.
bla bla bla bla bla...

tp saya tgk Syifa tu mcm tak puas hati je. mcm ada benda lain yg mak nye tak bgtau.
terus dia asak saya dr segenap penjuru utk dptkan penjelasan.

last2 saya ckp, " nantilah,bila Syifaa besar sikit, maksu cerita dgn Syifa. tp laa ni, syifa terima ja yg ikan haruan makan anak dia sendiri,dia jahat.ok?"

susah kan, bila kena terangkan sesuatu yg agak payah pd kanak-kanak??

:: Kisah Jeans & T-shirt ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Rasa-rasanya lah.
dah lama saya tak pakai jeans dan t-shirt.
walaupun itu pakaian kegemaran zaman dara dulu.
jeans pun dah taktau dok mana.
kena gigit lipas dah agaknya.

tetiba rindu plak, bergaya mcm tu.

tapi saya akur.
larangan suami terhadap pemakaian saya.
saya tak dibenarkan pakai jeans dan t-shirt lg bila keluar rumah.
dan saya terima dgn lapang dada.

untuk kebaikan saya juga.

sampai slack dgn track-bottom pun saya tak pakai dah bila keluar rumah.
balik-balik jubah.
jubah jgk balik-balik.
sbb ia sgt mudah dan ringkas.
suami pun suka memandang.
apa pakaian di dalam jubah itu???
org lain tak tahu.
dia dan saya sj yg tahu.

so sweet,bukan???

(P/s : kak long, kamu bleh bedal bwk blk jeans achik bila balik Penang nanti.)

Wednesday, 26 November 2008

:: my 1st time ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ohh..mentang2 achik suka kena tag, memudahkan kamu letak nama achik awal2 lg ye. ok2, no prob.
saya demam. tp saya masih berusaha dtg kerja. sbbnya : bos2 takde. jd saya bleh buat keje tanpa dipantau dan tekanan.

ok,ni tag dr kak long Ifah.

7 fakta tentang saya
:: saya isteri org.
:: saya ada Ma, Abah, Ayah dan Mak. tambah Mak mentua. bertuahnya saya.
:: saya pernah dpt E utk matematik masa di U. keputusan paling buruk. anda boleh gelakkan
saya.
:: saya sensitif. mudah menangis.
:: saya masih berhutang dgn PTPTN.
:: saya anak bongsu tp anak ke 5 dr 8 beradik. tak paham?? no need to.
:: saya syg Ct Nurhaliza. itu mmg fakta.

7 perkara menakutkan saya di dunia..
:: Allah The Almighty.
:: kehilangan org2 tersyg. membayangkannya pun bisa buat saya menangis.
:: org2 jahat yg tidak mempunyai hati dan perasaan.
:: binatang2 jenis reptilia.
:: tgk benda2 yg tragis, mcm pisau cucuk mata ke,kemalangan jln raya yg teruk gila2..
:: hidup sebatang kara di dunia ini.
:: mati tanpa sempat bertaubat.

7 lagu buat masa skrg
:: 6xth sense- tanpa
:: Afghan - Terima kasih Cinta
:: Rossa - Ayat2 Cinta
:: Aizat- lagu kita
:: Dmasiv _ Cinta ini membunuhku
:: Ct Nurhaliza - melawan kesepian
:: Anuar Zain - I'm the lucky one.

7 perkara selalu sebut
:: oklah tu. :: biasalah: : mmg pun :: kelakarnya! :: baguihlaa :: bismillah... :: ntahlaa

7 perkara yang amat bernilai
:: Keluarga
:: Cinta hati.
:: sesuatu yg berada dlm rahim saya skrg.
:: diri saya sendiri.
:: kasih syg org utk saya.
:: friendship saya dgn kwn2..
:: perikemanusiaan sesama manusia.

7 pertama kali dalam hidup saya
:: pertama kali jg baby sejak saya berusia 9 thn. thanx utk Ifah sbb bg achik pengalaman hebat
itu.
:: pertama kali naik kapal terbang pegi kelantan. Ma berusaha memenuhi permintaan anaknya.
:: pertama kali memandu kereta dgn bantuan dan tunjuk ajar abg man, kat padang di Ampang
Jajar.
:: pertama kali bekerja sbg pembantu kedai. walaupun gaji RM400 sj.
:: pertama kali ke luar negara. Pegi Golok di Kelantan.Hahahahahaha!!
:: pertama kali berjumpa sang suami, kami makan cendol mamak.
:: dan pertama kali ehehemmm...malu nak ckp. hahahaha!

7 org bertuah menjawab tag ni
kali ni saya nak mendera mereka. dan mereka yg bertuah itu adalah :
:: Shasha
:: Ayu
:: Muhammad
:: Nawwal nani
:: Kak Ida
:: Hasni
:: dan Tuty!!!!

Sila sertakan gambar anda :
saya berusia 5 tahun. acilah ye!

Tuesday, 25 November 2008

:: air mata tu mencuci mata ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...








saya singgah umah Ma pg td sblm dtg kerja, bg surat yg kakak kirim (entry kat bwh ni ) kat Ma .
Ma baca dlm keadaan senyap sunyi.
kemudian ada bunyi hidung berair.
kemudian saya tgk Ma dah lap air mata yg mengalir di pipi.
kemudian bunyi air hidung makin jelas.
kemudian..

" Ma takleh baca dah. ma sebak. kakak ina ni lah..."

saya senyum.
saya pun mcm nak berair hidung jgk.
tp Ma tetap baca sampai perkataan terakhir.
kemudian menangis.

last2 Ma ckp,

"elok jgk cuci mata dgn ayaq mata pg2 ni. keluaq abih habuk2 semua."

hehehehehehe...

KAKAK,
WE MISS U..
AND
LOVE U VERY VERY VERY MUCH!



:: surat utk ibu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kakak ada emelkan sesuatu utk Ma.
saya buka attachment dan baca dr perkataan pertama.
at the end, saya mengalirkan air mata.

kalian bacalah jgk.
lps tu balik dan cium ibu ya!

--------------------------------------------------------------------------------------
IBUKU

Engkaulah satu-satunya orang yang airmata, susu dan darahmu mengalir dalam diriku. Ketika semua manusia melupakanku engkau pasti mengingatiku, Wahai ibuku! Semuanya menentangku kecuali engkau, dunia benci kepadaku kecuali engkau.

Demi Allah , wahai ibuku! aku mengakui, sering kali pipimu berlinang air mata ketika aku pergi, seringkali engkau tidak tidur saat aku jauh dari mu, seringkali engkau berjaga malam ketika aku sakit.

Demi Allah, wahai ibuku! Ketika aku tiba, engkau berdiri dipintu menyambutku dengan linangan airmata bahagia. Jika aku meninggalkan rumah, engkau berdiri mengiringiku dngan hati yang luluh.

Demi Allah, wahai ibuku! Engkau mengandungkanku di antara tulang-tulangmu dengan hari-hari yang penuh rasa letih, penat dan lemah. Engkau melahirkanku dalam keadaan kesakitan yang sangat perit, lalu engkau mendakapku dalam kehangatan pelukan kasih sayang dan senyuman.

Demi Allah, wahai ibuku! Engkau tidak tidur kecuali setelah diriku terlelap, engkau tidak tenang kecuali setelah diriku bahagia. Jika aku tersenyum, dirimu bahagia tanpa engkau mengetahui sebab mengapa aku tersenyum. Jika aku nampak sedih dirimu menangis padahal engkau tidak mengetahui apa yang terjadi.
Engkau memaafkanku, sebelum aku bersalah dan mengampuniku sebelum aku memohon keampunan , dan bersikap lapang dada sebelum aku mengakui kesalahanku.

Demi Allah, wahai ibuku! Setiap kali orang memujiku, engkau pasti membenarkannya dan setiap yang kali orang mencelaku engkau pasti menolaknya. Hanya engkaulah untuk selamanya yang sibuk dengan urusanku, hanya engkaulah yang sentiasa memperhatikanku.

Engkau telah berbuat baik kepada diriku tetapi tetap memohon maaf diatas kekurangan mu. Cintamu telah melebur dalam diriku, walau demikian engkau tetap ingin menganugerahkan yang lebih besar dari itu.

Wahai ibuku! Semoga aku mampu mencuci kedua kakimu dengan air mata kesetiaan, mengangkat kedua sandalmu pada pesta kehidupan. Wahai Ibuku! Jika kematian melewatimu biar aku yang mendahuluinya, dan jika kesengsaraan yang akan menghampirimu biar aku dahulu merasainya.

“ Ya Allah ampunilah kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani dan mengasuhku pada masa kecilku.”

Anakmu.
Makkatul Mukarramah.
22 Zulkaedah 1429
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 24 November 2008

:: kan dah terkena! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


kisah seorang anak perempuan yg baru berbadan 2 dgn ibunya

anak : ibu, saya teringin nak mkn bubur. bubur apa2 pun takpa.

(dlm hati anak tu sbnrnya nakkan ibunya buatkan bubur utknya, yalah,org mengandung ni kalau ikut semua kehendaknya org kena penuhi.)

ibunya : hmmm...(panjang je sambil garu2 dagu..)
ibu : haaa...!!!! (anak dah sengih2, mesti ibunya nak masakkan bubur utknya...)

ibu : cuba nanti kamu pegi kedai makan sebelah pejabat LHDN kat Perda tu..kat situ ada jual byk bubur. hari tu ibu pegi kedai tu dgn kwn ibu, mcm2 bubur ada.sedap jgk. try lah pegi nanti.

(tiba-tiba sorg abgnya menyampuk)

abang : haa..kat kedai sebelah masjid kubang semang pun ada.bubur kacang,mmg sedap!

anak : ohhh..ya ka.. (dgn muka kelat dan senyum pahit...dalam hati, cheh!!!!!)

huhuhuhu..padan muka anak itu. mengada-ngada sgt. kan dah terkena!

pesanan ringkas : sekali lg, cerita di atas bukan cerita saya. nama pun bkn nama sebenar. ntah sapa ntah!! tp nama tempat tu mmg nama betul. tak tipu punya.

(psssstt...bubur kat kedai tu sedapp..hiks!)

:: Tag tag ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya kena tagged oleh Nani. saya suka saya suka! walaupun dia kata bleh pilih either 1 kan, tp saya buat 2-2 sekali.haih,terlebih rajin.

First tagged

The age you'll be on your next birthday
= 28- udah tua siihh..

Place you want to travel to
= Mekah,Madinah, Paris, New Zealand.

Your favorite place
= rumah ma. syorgaaaaa...

Your favorite food
= nasik lemak, bihun goreng ma, laksa.

Your favorite pet
= saya tak suka pet.

Favorite color combination
= White and blue.

Favorite piece of clothing
= jubah. mudah dan cantik.

Your all time favorite song
= nothing gonna change my love 4 u.-george benson.

Favorite TV shows
= Gilmore Girls, Ghost Whisperer,

First name of your significant other/crush
= Mohd Salleh

Which town do you live in
= Tasek Gelugor/Bkt Mertajam

Your screen name/nickname
= Riena, Ina, Achik, Biskutmeri.

Your first job
= pembantu kedai utk kedai batik di Summit BM,lps SPM dulu.

Your dream job
= hmm..ntahler..rasa nak jd cikgu..

One bad habit that you have
= mudah kesian.

Worst fear
= Mati tanpa sempat bertaubat.

Things you'd like to do before you die
= bertaubat.

The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000
= nak setel semua hutang sebelum membeli apa2.

Your husband/wife
= completed me. terima saya apa adanya dan sabar dgn kerenah saya.

+++

Second tagged

1.Apakah yang paling penting dalam hidup anda?
= agama, suami dan keluarga.

2.Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
= beg tgn.

3.Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
= I'm married..dah tak impikan apa2 lg.

4.Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan??
= saya harap hingga ke akhir hayat.amin...

5.Adakah anda dilamun cinta?
= sentiasa...

6.Dimanakah restoren terakhir kamu makan malam?
= mana ek..ohh..tomyam dayana kubang semang.

7.Namakan buku terakhir yang kamu beli?
= amalan ibu mengandung.

8.Apakah nama penuh kamu?
= Nur Azriena Bt Yusuf

9.Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
= dgn Ma. dia ibu saya. dan dia ada magic yg kuat terhadap saya dan adik beradik lain.

10.Christina atau Britney?
= tak suka kedua-duanya.

11.Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri?
= ya saya. walaupun kwn saya Ilyia buka kedai dobi tp saya langsung tak membantu perniagaannya.hahaha.

12.Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
= saya teringin nak ke Mekah. tp dlm waktu sekarang saya suka blk kg di Kelantan dan ke rumah kakak di Bangi.

13. Pelukan atau ciuman?
= I love both..

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.

* kenal nani masa dlm forum ummahmelayu. dah lebih 5 thn rasanya.masa tu saya study di UKM.
* jumpa pertama kali di masjid KLCC.kecik comel je dia!
* oo..orgnya becok!!
* dan dia sukakan kanak2..rasanya lah..
* wpun dia kecik mcm bdk kecik tp dia da kawen tau...

15. 8 perkara yang amat saya gilai

1. books
2. suami saya
3. songs
4.babies
5.foods!
6.tido
7.ct nurhaliza
8. shah rukh khan.(tp saya tak setuju dia dpt datuk. tak layak lah!)

16.8 perkataan yang sering di ucapkan

:: oklah tu.
:: biasalah
:: mmg pun
:: kelakarnya!
:: baguihlaa
:: bismillah...
:: ntahlaa
:: hmmm....


17. 8 buku yang paling terbaru dibaca.


:: Amalan Ibu mengandung
:: Travelog haji : mengubah sempadan iman
:: buku avon (hahahahahahahaha)
:: buku panduan telepon uitm
:: majalah harmoni
:: mingguan wanita
:: Anis
:: mastika


18. Mari mengetag 8 orang lain.


tak mo. malas. tak semua org suka kena tag. saya je yg suka.

:: weekend yang .. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

entry ditaip dlm keadaan pening2 lalat.

sabtu : saya memilih utk dok diam2 di rumah sendiri.
antara aktiviti2 saya sepanjang hari ialah :
makan
jemur kain
muntah
baring
tgk tv
membaca
menyapu
mengelap
makan
muntah
baring
tgk tv
tido
makan
lipat kain
pusing2 keliling umah tabur ubat semut
muntah
baring
membaca
makan
tgk tv
tido.

aduii..letih betul!!!

kak long Ifah sms,bgtau abg cik dlm proses nak bersunat. Abg Pi pun sms, bgtau abg cik dah selamat. dan hepi menuju ke alam dewasa. bleh tgk kejadian dlm blog Kak Long abg cik.

Ahad : pukul 10 pg saya blk umah ma. ikut ma mkn knduri secara maraton.
dlm pening dan loya, saya berjaya setelkan 4 kenduri tanpa muntah.
petuanya : mkn nasi 2 sudu shj. dan mkn gula2 yg tuan kenduri bg.
blk umah jam 3, lps solat saya pengsan utk 2 jam.

tak berapa letih berbanding hari Sabtu.

hari ini : harap2 nya sehat. saya suka hari bekerja sbb tak berapa letih berbanding dok di rumah sj.

Friday, 21 November 2008

:: bacalaa,nak cerita ni.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

bukan hidup namanya kalau kita tak diduga sesuatu.kan?
standard lah tu.
entry saya panjang hari ni.tp baca lah jgk sampai abih.

cerita 1.
dah seminggu lebih Ma sakit dlm perut. masa mula2 kejadian tu, abg2 saya dah bwk ke hospital.
dah ok sikit.lps tu Ma sakit lg. Abg An sapukan ubat,bg minum susu dan suapkan ubat, Ma ok sikit.

dan Rabu lps, ma sakit lg.kebetulan saya ada di rumah, saya bwk ma ke klinik.
doc ckp ma gastrik.
so mcm2 lah ubat yg doc bg. ubat gastrik,ubat angin,ubat luka dlm perut,ubat julap.

Ma jarang sekali sakit teruk.walaupun Ma ada darah tinggi.
setakat sikit2 tu Ma sgt tabah menghadapinya.
tp bila tgk Ma sakit sampai guling2, saya tak tahan tgk Ma mcm tu. kasihannya Ma. kalau lah saya boleh ganti tempat Ma...

Tolong doakan Ma cpt sembuh ya.

cerita 2.
kereta abg aleh masuk workshop.
dah 3 hari.
saya pun taktau repair apa sampai lama sgt.
rasa nak p bom ja bengkel tu.
mujurlah bengkel tu kwn abg aleh punya.
mungkin sbb tu lah kwn dia tu melewat2kan utk repair kereta abg aleh yg saya dok guna hari2.
kawanlah katakan, semua buat mudah2 ja.
geram geram geram.

jadi saya terpaksa pinjam kancil abg an.
sbb saya tak dibenarkan merempit dgn motor.
(Tuhan sj yg tahu betapa saya merindui kriss saya tuh.)
tgk2 pg ni, cermin belakang kancil pulak, retak seribu pecah berderai bak kaca terhempas ke batu.
ohhhhh...Abg An..maafkan ina..ina tak bersalah..ina pun heran mcm mana cermin tu tiba2 pecah masa ina tutup pintu dpn.
pelik,tutup pintu dpn,cermin pintu belakang yg pecah. heran bin ajaib.

dan pagi ni,
saya blk umah ma.
Abg An bg RM50 utk baiki cermin tu,selebihnya dah tentulah saya kena tambah.
tp Abg An sgt baik hati,walaupun saya salah,tp dia tetap hulurkan RM.
bg dia,itu kereta dia,dan dia kena bertanggungjwb.

saya hantar kancil ke bengkel.
alhamdulillah, kena RM 90 sj.
dan saya hantar Ma ke kedai Ma
dan dtg kerja naik wira Ma.

mujurlah, Allah masih lorongkan jalan buat saya.
kurniakan mereka2 yang dpt membantu.

cerita 3.
Abg Chik Afif nak bersunat esok (Sabtu)
semoga dia cekal dan tabah utk melakukan itu.
tak lelaki lah kalau takut!
abg chik jgn nangis ya.
dan kak long, tlg blog kan kejadian esok.
achik nak tahu.
kalau dpt amik gambar sekali.
hehehehe.
(ya, saya achik yg suka menyakat anak2 sedara.)

oklah,itu saja cerita utk hari ni.
terima kasih kerana membaca.
:)

Thursday, 20 November 2008

:: makan yg pelik ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

skrg suda jam 3 ptg.
library sunyi sbb kanak2 UiTM ni dah bercuti panjang.ujung bulan 12 baru start sem baru.
ada diorang meriah skit.
tp lagik best kalau diorang takde.
library sunyi mcm rumah hantu.
(wahh..menakutkan!)
kadang2 ada bunyi suara sumbang Ubie dgn Fendy menyanyi.

hmm..
saya tak tau nak cerita apa.
sebenarnya.

tgh best sapu balm di dahi sbb pening,
tiba-tiba,
"best betul bau balm ni..agak2 kalau makan sedap tak???"
kata saya tanpa rasa bersalah.

adei...
boleh ke..???

Wednesday, 19 November 2008

:: jauhnya .. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



tgk gambar atas ni..(klik utk imej lebih besar.)

tgk yg saya anak panahkan tu.

readers saya dtg dr Arab Saudi dan Nottingham,UK.

saya taulah sapa tu..

Arab Saudi : tentulah kakak saya yg terchenta.dlm sibuk2 dia menguruskan jemaah haji,sempat lg kakak jenguk khabar adik kakak ni ya.i lap u lah kak!kakak membuktikan kehadirannya dgn pesannya kat sini.

Nottingham : ohh..ni tak lain tak bkn, kwn saya Pak Lah Ajis & Ana..wpun kita jauh,kita tetap dekat dgn adanya benda alah ni kan???

saya hargai kehadiran kalian kat blog yg tak seberapa ni.lagi best kalau kalian tegur saya,say "hi" melalui komen atau shoutbox tu. barulah terbukti benar kalian menjenguk saya.

i lap u lah!! heheheheeheh

Tuesday, 18 November 2008

:: mabuk lagu ini ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


dlm byk2 mabuk yg sedang saya alami, mabuk ini je yg saya suka.

saya mabuk lagu Terima Kasih Cinta, dr Afgan.


asyik2 dengar lagu itu aje.saya dah download dr sini.


dan ini liriknya.


Terima Kasih Cinta
by Afgan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku

Kembali dalam dekapan tanganmu


Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua ..
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww.. ouuwwww..

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku
oouuwww..
Kesalahanku yang pernah menyakitimu


saya tujukan lagu ini utk abg aleh saya,tp bkn skrg, kalau laa lagu ini ada pd thn lps.thn lps saya nyanyikan lagu ni dpn dia.baru sesuai. ahaks!!


ok, mari mabuk lagu bersama2!!!!


Monday, 17 November 2008

:: ohh kak long,plss.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

apa nak cerita niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ohh..lately ni saya kena kuarantine
abg aleh tak bg saya kuar gi mana2 selain blk umah ma,g umah ayah dan gi keja.
akceli,dia tak bg saya drive dan merayau je.
geram betul.


tp saya tau,
dia larang sbb dia sayangkan saya.
dan tak mahu kejadian dulu berulang lg.

bosan oh kalau weekend dok umah tgk tibi je.


kak long!!!! tolong poskan adik2 kamu balik penang dgn kadar segera!!!!!!

Friday, 14 November 2008

:: saya minat SN & CS ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ohh..saya hepi hari ni. Sbb Saiful Nang dah tahu saya adalah salah seorang dr beribu2 peminat dia dan hasil karya gengnya dr Candid Syndrome.

saya dah hantar bukti padanya.

sila tgk sini.

dia membuktikan, yang anak kampung dgn minat yg mulanya org kata ntahapahapa, mampu membawa dia ke serata dunia dan mengangkat kemampuan poketnya.

cayalah!! saya sgt respek dgn usaha dan kerja keras dia dan mereka.

Mael Rafique, aku harap kamu pun mampu jd sepertinya. amin.

Thursday, 13 November 2008

:: pasang ikon katun2 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


yeay!!! saya berjaya!!!


terima kasih utk blog menjerit dan ipah atas tunjuk ajar.

nampak mcm budak2 plak ada ikon katun2 nih. tp saya suka!!!
@blogmenjerit

:: Ini bukan tag, ini survey. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya merayau2 dan singgah di blog Syud. saya pun jumpa survey ni.



Pick a word that begins with the first letter of your first name?
:: N = never = Nur Azriena

Your ex shows up randomly at your house, what do you say?
:: ohh..jemputlah masuk..nanti sat nak buat ayaq..

Is there anyone that you care more about than yourself?
:: my love,my family,my prens.

How many bedrooms are in your house?
:: umah saya ada 1 je, umah ma saya ada 7 bilik.ada sapa2 nak rent-a-room??

How many times have you been to the ER?
:: 3x.
1 = masa kes keracunan di Irshad,masa tu form 3 kot.
2 = masa ayah sakit teruk thn lps. gila cemas masa tu.
3 = masa saya bleeding hari tu,nak masuk wad buat DnC. langsung tak cemas,rilek makan angin je.


Do tattoos and piercings excite you?
:: tak langsung.

I bet you're missing someone right now?
:: ya, anak2 sedara saya kat bangi tu..

Do you hate the last guy you were talking to?
:: ubie opismate saya?? tak lah.

Who was your last text message from?
:: Una, my sis @ Ipoh.

Have you ever seen your best friend cry?
:: bila ek saya tgk mereka2 tu menangis???rasa mcm pernah,tp tak ingat bilakah.

What's the best wedding you've been to?
:: my wedding,yiehaa!!!

What time did you wake up this morning?
:: 5.45 am. tepat2 ketika azan subuh berkumandang.

If someone liked you right now, would you want them to tell you?
:: i'll be with u up n down.

Do you get along better with guys or girls?
:: girls.

Who is the best person to cheer you up?
:: my gelongs friends. i miss them.

When was the last time you wanted to punch someone in the face?
:: saya dah lama tak marah2 orang.

Is it okay if you kiss people when you're single?
:: tak single pun bleh kiss people what..tp tgk jenis people lah.

What is wrong with you right now?
:: ohh..ada..tapi taklaaa wrong sgt..saya sedang menyesuaikan diri. rilex beb,rilex!!

Do you think you'll be married in 10 years?
:: hahaha! best soklan nih...anak2 saya dah masuk sekolah agaknya..insyallah....

Would you go in public looking like you do right now?
:: yeay, i'm in public rite now.

Would you kiss someone to make your bf/gf mad?
:: taklah. nak mampus?????

Do you believe exes can really ever be "just friends"?
:: yeah, i've no problem with it.

Is there a guy that knows everything or mostly everything about you?
:: yess..my hubby. he really knows me. abg2 saya jgk.

Do you tell your mom everything?
:: almost everything. i can't hide becoz she can smell. Ma ada magic ooo!!!


Who was the last person you yelled at?
:: kat kereta yang memotong belah kiri dan hampir melanggar penunggang motosikal. saya jerit pun dia tak dengar. mangkuk punya org.

Who was the last person you cried in front of?
:: kat suami saya, nangis masa demam teruk hari tu.ehh tak tak..kat kakak saya, masa salam2 cium2 sebelum dia berangkat hari tu.

Have you told anybody you loved them today?
:: ya, my husband and my mom. eh, Una too.

How late did you stay up last night?
:: 12 am.

:: kesayangan kah?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam saya keje petang. blk kul 10 mlm.

pukul 8.30 mlm, dpt sms.

"ina ada mana? ma sakit ni" - abg man.

saya pun terus call ma. risau hati ni. rupanya ma sakit dada, kat ulu hati tu.taktaulah sbb gastrik ke angin ke. ma masih kat kedai,takleh nak drive balik sbb sakit sgt.

so bekejarlah abg man dan abg lan ke kedai ma. Dorang bwk ma ke Emergency Room Hosp BM. Ma kena cucuk 2 jarum.
oh,abg an keje shift petang, kalau tak keadaannya lain skit.mesti ma dah blk umah awal2.

pukul 10 saya pecut blk umah ma,mmg mlm td saya nak blk tido umah ma.
sampai2 je di rumah...

abg man : hang p tgk ma lekaih..ma takmau mandi.takmau makan, nak tunggu anak kesayangan dia jgk,nak suap ma makan bg ma mandi.abg man nak buat ma takmau.

saya : anak kesayangan???sapa??

abg man. : hang lah.

saya : ooo..ya ka???

saya bg salam,masuk umah, tgk ma baring.
saya tanya kabar ma, suap ma roti,bg minum milo yg abg man dah buat, bg ma mkn ubat.
bwk ma masuk bilik, ma tukar baju, saya sapu minyak angin, dan tidorkan ma sampai ma terlelap.

abg man : tgk, dgn ina ja ma nak, td abg lan nak buat,abg man nak buat,semua dia tak mau.hang mmg anak kesayangan lah.

saya malas nak ckp byk. saya demam dan rasa nak tidor sgt sgt sgt sgt.

sebenarnya, takde sapa pun anak kesayangan ma. ma syg sama rata je. tp kitorang adik beradik selalu ckp yg abg man tu anak kesayangan ma. sbb mmg kitorang tgk perhatian ma kat abg man tu lebih sikit. tp kami faham, sbb abg man ni agak 'pelik + nakal' sikit berbanding adik beradik yg lain, sbb tu ma kosentret dia lebih. kitorang tak kisah pun. jauh sekali nak jeles. sbb kitorang tahu, ma tetap akan buat yg terbaik utk kami dan sayang kami abadi as her childs.

abg man sj ckp saya anak kesayangan ma smlm sbb dia nak balas blk , saya selalu ckp dia anak kesayangan ma.

ma mungkin nak perhatian saya,sbb abg2 saya dah tunjukkan perhatian diorang.
adil lah kan.

dan pg td, ma bermanja2 dgn abg an pulak. cerita pasal sakit ma semalam.nampak mcm abg an pulak anak kesayangan ma.

kakak jauh di madinah sekarang, kakak pun anak kesayangan ma jgk.

My siblings : Abg An, Kakak, (ayah) Abg Lan, Abg Man.

duduk bawah : Dayah, saya, Mizah, Khairani.

Wednesday, 12 November 2008

:: ada sesuatu.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

iskk...
nak ckp ke tak...
ckp ke tak...

nak ckp tp rasa mcm tak boleh...

tak ckp tp rasa nak ckp....

aaarrghhh.....

(demam saya makin menjadi-jadi...huhuhu)

Tuesday, 11 November 2008

:: tag tag tag ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya kena tag oleh Sha. oleh kerana saya suka kena tag,apa lagi, laju je saya buat.


The Best Moments In Life

1. Falling in love.

:: ohh..sungguh indah..berchatting berjam2 pun tak sedar masa berlalu..kena marah dgn ma pun tahan je. dpt result buruk baru padan muka saya. hambikk!!.
2. Laughing till your stomach hurts.

:: kalau saya jumpa kawan2 gelong saya, Ya Allah, saya boleh mati sbb ketawa.
3. Enjoying a ride down the country side.:: masa kecik2 dulu ada kot.

4. Listening to your favorite song on the radio.
:: dengar dan ikut nyanyi sama.
5. Going to sleep listening to the rain pouring outside
:: waahhhh..best giler wa ckp lu...tambah2 kalau ada suami disisi..ops!! hehehehe..bdk bwh umo sila buat2 tak paham..
6. Getting out of the shower and wrapping yourself with a warm, fuzzy towel.
:: cepat2 lah carik baju then pakai.

7. Passing your final exams with good grades.

:: pernah lah sekali dua.biasanya grade sedang2 sj.

8. Being a part of an interesting conversation.
:: ya2,biasanya dgn family dan kawan2.

9. Finding some money in some old pants.
:: ohh...pants abg2 dan suami. dorang ni tak check ke ada duit dlm poket suar dorang?skrg sapa yg untung??tukang basuh jgk..hehehe

10. Laughing at yourself.
:: Bila tanya soalan2 yg kita rasa dah cukup pandai tp soalan tu agak 'bodoh' bg sesetgh org. hihi.

11. Sharing a wonderful dinner with all your friends.
:: dinner dgn x-irshad, dinner dgn kwn2 gelongku.

12. Laughing without a reason.
:: tak pernah la lg..sntiasa ketawa dgn bersebab.

13. "Accidentally" hearing someone say somthing good about you.
:: pernah2, saya dgr ma ckp psl saya kat mak mentua.mestilaa dia ckp baik2 psl saya anak dia kan. hahahaha

14. Watching the sunset.
:: ya..masa honeymoon dulu..tp kalut2 jgk masuk chalet sbb nak solat.maghrib2 mana bleh lepak luar,nak jd kwn setan??

15. Listening to a song that reminds you of an important person in your life.
:: dgr dan nyanyi. tu je lah.

16. Receiving or giving your first kiss.
:: saat yang sukar utk diungkapkan dgn kata2. lu pikir la sendiri.

17. Feeling this buzz in your body when seeing this "special" someone.
:: dulu2 ada laa jgk.. mcm kuch kuch hota hai gitu...

18. Having a great time with your friends.
:: ya..ya..sgt bagus utk release tension dan gelak sampai penat.


19. Seeing the one you love happy.
:: i'm happy when he's happy.

20. Wearing the shirt of a person you love and smelling his/her perfume.
:: selalu...

21. Visiting an old friend of yours and remembering great memories.
:: tiba-tiba teringat Ilyia.

22. Hearing someone telling you "I LOVE YOU
"
:: i lap u 2,3,4 yang!!!!


:: kakakku dah berangkat ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Kakak bertolak dr rumah menuju ke Kelana Jaya pd hari Jumaat, lps maghrib.
saya tak ikut sbb van dan kereta sudah penuh.jadi biarlah saya beralah. thn lps saya dah hantar. thn dpn la pulak.insyallah...

oh..ini Kak Long. Ingat comey ke wat moncong cenggitu???dan sebelahnya Nadia, anak sedara saya jgk.

Kakak dan abg ipar yg sgt saya sayangi dan hormati. semoga mereka sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.(tlg amin kan ya!) saya jarang panggil kakak dan abg pi kat dorang sbb biasanya saya panggil ibu dan ayah.
dan ini foto mereka sekeluarga.
sian abg chik dan adik ili kena tinggal lg. kak long dan kak nik, sila jaga adik2 kalian baik2. amaran keras nih!


dan ini laa adik kesayangan kakak saya. hahaha! abg2 saya tak baca blog nih, so dorang tak bleh jeles.hehe

bacaan doa sebelum berangkat, diketuai oleh suami saya yg berbaju itam tu,(sbb nmpk mcm dia yg lead kan...)eh eh..tak tak..diketuai oleh abg ipar saya laaa...dia dok dpn,saya takleh amik gambar.dan abg man azan mengiringi keberangkatan kakak.

"Ya Allah ya tuhan kami, semoga kakak dpt menjalankan tugasnya dgn sebaik mungkin,kurniakan kesihatan yg baik padanya,mudahkanlah segala urusannya,selamatkan perjalanannya pergi dan semoga dia akan pulang dgn kesejahteraan yang berpanjangan dan haji yg mabrur...
amin...."


ohh..kesian kakak dan rombongan yg sekali dgnnya. dorang dah naik kapal terbang,tp kena turun balik.delay sehari jgk. kapal terbang rosak katanya.

ermm..enjin kapal terbang tak bleh start kot, bateri dah kong agaknya.
ahaks!

kakak dan selamat sampai di Madinah pd pg Ahad,9/11. Alhamdulillah...

:: bercuti di Bangi ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jumaat kan saya cuti. saya ke Bangi dgn suami,mak dan abg an.
hari jumaat tu kuar ikut kakak beli barang di Mydin,Kajang.
pukul 9.30 dah sampai.Mydin pun belum buka.cheh,kena jd jaga pulak.

tgklah,sempat lg abg aleh promote henpon kat Abg Pi.
kakak dgn adik dan anak2 daranya.

kakak dan anak2 .
ma,kakak,mak dan saya suami istri.
:: 2 org yg sgt saya cintai. ma dan kakak. ::

Monday, 10 November 2008

:: tunggu, nanti update ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


hari ni sgt sebuk. gila sebuk.

esok2 saya tulis ya!

Thursday, 6 November 2008

:: karya abg chik Afif. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok, dibawah nin adalah hasil 'tangkapan' abg cik anak sedara saya tu guna kamera saya.

gambar ntahapahapa je. suka hati abg cik je.

abg cik kalau baca ni tlg komen ye. (mintak pinjam laptop kak long)

haa..ini lah abg cik afif safwan. ingat hensem ke dgn lobang hidung kembang mata besar telo kutu.

ni gambar langit.mcm nak hujan.


gambar batu tanah pun amek.seni la kononnya tu.

tu pokok2 yg ada dpn umah ma.


ni mini taman sebelah jamban.


ni dpn umah, tmpat khemah dipasang masa kenduri ari tu.



tgk!!! mcm mana dia bleh snap gambar kucing berpayung tgh panas ni?????


adik ili ala2 model dgn motor ayah cik nya yg sedang direpair.


isk isk isk..










:: ohh..oh..oh.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya nak menulis.
tp takde idea.

tak kena tag oleh sapa2.
dgn mertua pun takde cerita.
hidup mcm biasa saja.

oh ya.
esok saya cuti.
mlm ni nak ke Bangi.
esok kakak dah nak berangkat sbg petugas haji.

saya sihat seadanya.
abg aleh begitu jua.
cuma malam2 saya sering demam,demam yg biasa.
doc ckp saya kurang minum air saja.

ok. itu saja.

dah hapdet pun.

ngeh ngeh ngeh

Wednesday, 5 November 2008

:: Mimpi adalah .. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dok tgh ralit-ralit buat keje.
telefon berdering ring ring ring.
ku angkat ku tanya siapa.
(eh, mcm lagu sek rendah plak..)

saya : selamat pagi, perpustakaan. boleh saya bantu? (cheh, gila sopan suara saya kalau jwb tepon opis.kualiti beb,kualiti!)

orang tu : weh, aku ni, m rizal. hang sehat ka riena?

saya : ohh..hang ka. aku sehat,alhamdulillah. ni awat yg tanya kabar aku hari ni? mimpi apa??

rizal : tu laa..aku mimpi hang semalam. mati eksiden,kena langgar lori!!!!!!

saya : (gelak kuat tak hengat laa...mmg kelakar!) waaahhh.. teruk ka aku??

rizal : mau tak teruk, pecah kepala weh!! tu yang mati tu.hang naik moto,kena langgar lori. teruk laa!

saya : gila hang mimpi camtu..tapi takpalaa..panjang umoq aku kot.insyallah.

rizal : harap2laa kan. aku bangun tidoq dok termenung, betui ka mimpi ni..aku dok susah hati jgk laa..hang mati wei..sedih aku..

saya : nampak sgt laa hang sayang kat aku..kalau aku mati betui pun mesti hang sedih kan??

rizal : aku bkn apa, aku kesian kat aleh ja.. hahahahahahahahaha!!!!

pesanan ringkas : kalau nak tido sila basuh kaki dulu.kang mimpi org lain mati.

Tuesday, 4 November 2008

:: Airport Penang ::

saya = tembam.

abg aleh ni kan, kat mana2 pun ada je henpon yg dia dok belek. saya pun dah bosan dok tgk. tp dah keje dia kan.


ohh..ini kakak dan Ma yg comel. kakak nak blk KL dgn flight. Dia culik ma sekali. saya dgn abg aleh yg g antar ptg ahad lps. kakak blk sbb nak jumpa ayah sebelum kakak berangkat ke Mekah.




Ma : Mat Soleh dok belek apa tu..dr td ma tgk...(mat soleh tu panggilan manja Mak dan Ma kat abg aleh)
Abg Leh : ni,henpon ni takleh hidup. tuan dia suruh repair.
Kakak : (taktau kakak kata apa, saya hilang memori.hehehe)





:: Mertua & Menantu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya ada lg cerita ttg mertua dan menantu.

baca ya!

Mertua : mak tgk hang pakai kerap sgt jubah hitam, pasaipa?

Menantu : abg *** suka tgk saya pakai jubah hitam. saya ikut saja.

Mertua : oo ya ka..

(sambil bangun dan menuju ke almari bajunya)

Mertua : Nah, ambik jubah ni. Mak beli masa kat Madinah dulu. mak pakai sekali ja masa blk dr Mekah. ambiklaa kat hang,mak tak pakai dah. cuba hang terai tgk.

(menantu pun ambil dan menyarungkan ke tubuh. sedang elok. cantik. perfect!)

Mertua : haa..elok pun..ambikla kat hang..pakai elok2..

Menantu : terima kasih mak..
(dgn hati yg suka amat, rasa nak lompat2, tapi tak sesuai laa dpn mentua kan...harus kontrol ayu gituu..)

ya, itulah secebis kisah mertua dan menantu.

pesanan penaja : cerita di atas bukan cerita saya.

heh!

Monday, 3 November 2008

:: Bila yg terkenal ditangkap.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya tahu, ramai yg emosi atas apa yg menimpa pelakon hensem dan cantik : NH dan AA.

termasuklah saya.

dan tolonglah baca ini : Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari.

supaya kita boleh berfikir dgn akal yg terang dan hati yg tenang, bukan dgn emosi semata.

saya : dah tak berapa bersemangat utk tgk crita peberet saya, Kisah Kaisara dan Gerak Khas, sbb ada dia. cheh!! emosi sungguh saya ni.


:: tiada tajuk ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

byk hari tak update. ada yg rindukan saya ke? ahaks!

ok2, last week khamis dan jumaat tu saya MC.
demam + cerry berry yg bleh tahan jgk teruknya.
walaupun sakit, tp saya suka tgk abg aleh panik bila saya sakit.
baru saya tau sygnya pd saya berapa kilo kan...

sabtu ahad cuti. biasalah,mmg saya tak update.

saya ada byk cerita ni. saya buat rumusan saja bolehlah ya!

:: tahniah utk anak sedara saya, ipah @ kak long @ pinat atas result yg bagus. (baguslaa dr saya dulu2..). utk kak long : moga kak long akan teruskan kerja keras kak long, bukan utk sapa2,tp utk diri kak long sendiri. sila pikir hadiah dgn pantas, i've to get it before thursday, mlm tu dah nak gi bangi,kang hadiah kamu thn dpn baru dpt.

:: tahniah dan barakallah jgk utk kakak, kerana dapat jd petugas Tabung Haji lg tahun ini. moga kakak dpt melaksanakan tugas dgn baik,diberkati dan dilindungi Allah, selamat pergi dan balik. (jgn lupa pesan ina, jubah dan doa utk ina..)

:: tahniah utk adik Hidayah, kamu dpt Dean List lg utk sem ini. bagus. moga akan jd guru cemerlang nanti. amin.

:: tahniah utk Razak Baginda. sbb terlepas dr hukuman membunuh Altantuya.

:: tahniah utk Norman Hakim, kerana berjaya ditangkap basah dan membuatkan isteri kamu kecewa.

:: tahniah jgk utk Abby Abadi, atas kelahiran baru dan kerana berjaya melalui ujian getir ini. semoga kamu terus diberi kekuatan oleh Yg Esa.

:: tahniah utk Mawi dan Ekin, kerana akan membina masjid skit hari lg. semoga kekal selamanya.amin. tp saya harap majlis kamu tak bleh celen majlis Ct Nurhaliza sbb saya nak majlis CT kekal sebagai Wedding of the Decade.

:: tahniah utk mereka yg nak kawen thn ini dan thn dpn.

:: tahniah utk diri sendiri. taktau sbb apa. tp tahniah lah jgk.. hahahaha!

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...