Posts

Ke Ganu ke kita

Image
Dari bulan 1 lg saya dan abg aleh aim nak roadtrip ke terengganu dan kelantan. Lps adib anak spupu saya bgtau nak kenduri pd mei. Punya excited.Lps kejadian maktam potong kaki, ingat nak kansel dah plan ni. Alhamdulillah jadi jgk sbb masih ada org lain yg boleh jagakan maktam kejap di rumah kami. Syukurlah semuanya dipermudahkan.Stay kat HSM Marang sbb dekat dgn jetty nak p pulau kapas. Tu aim kami anak beranak. Nak mandi laut yeay!

Selangkah lagi.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Cerita dia mcm ni. Sebenaqnya kalau bab berniaga ni riena la yang paling tak reti sekali sebab jenis mudah kesian. haha! tp sebab produk ni best jadi perasaan nak share sama-sama tu membuak-buak. Riena guna cleanser dan bbcream #seqybeauty rasanya dah hampir 2 tahun. Tapi ada masa curang dgn produk lain. Masa curang tu kulit muka jadi kering dan rasa tak best. Bila guna balik #cleanserseqybeauty baru rasa ok. Oleh kerana produk ni tidak di dapati di mana-mana kedai atau toko-toko jamu, jadi mari lah kita join the team dan jadi sebahagian dari keluarga besar #seqybeauty. kenapa saya pilih #Seqybeauty?
1. Founder dia pemegang diploma farmasi dan pernah bertugas sbg ahli farmasi di beberapa buah hospital.
2. Produk bebas merkuri dan lulus KKM.
3. Harga bolehlaa tahan dan produk tahan lama. dan paling penting, ianya serasi dengan saya. jadi sekarang, riena adalah #agensahseqybeauty di Pulau Pinang dan kawasan COD adalah Permata…

Kisah Mak Tam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya rasa saya pernah cerita perihal mak tam dlm blog ni. jap nak cari. haa ni dia : http://adzrina.blogspot.my/2012/03/cpt-sembuh-mak-tam.html


lama dah rupanya mak tam kena bisul tu. 5 thn lps. luka bisul tu pun dah sembuh sepenuhnya. selepas dari tu mak tam dah sihat boleh menjalani hidup seperti biasa sehingga lah baru-baru ini.


Tapak kaki mak tam luka agak teruk kedua-dua belah. tapi belah kiri lg teruk. Pada 11 April mak tam masuk wad Hosp Sbrg jaya sbb demam panas, kuman di kaki dah melarat. Kena warded dalam 4 hari mcm tu maktam dibenarkan keluar. Kami jaga mak tam di rumah kami di lahar Yooi. Selepas 4 hari mak tam mintak nak balik rumah dia. Dengan berat hati kami hantar dia balik sbb she insist. Dia tak sampai hati tinggal paktam lama-lama walaupun maktam tak lah sihat sgt.

Sehingga lah 20 April, abg aleh bawak mak tam ke Hosp S. Jaya utk temujanji dgn doktor. selesai ja urusan, abg aleh pergi ambil kereta kat temp…

Reunion ke - n

Image
Bukan senang nak kumpul ramai2. Melainkan raya, ada kenduri atau majlis kecik2. Sesekali dpt bertemu ramai2 mmg seronok. Tak puas bersembang. Mana nk makan. Mana nak ligan anak. Ada anak bg tumpah ayaq. Ada anak yg menjerit teriyak takut kucing. Ada anak yg hampir tersembam dlm pasu bunga. Haih. Time flies. But friendship remains. I love u friends. And happy 1st birthday khadijah and fatimah.
Happy 2nd birthday ridania.
Org2 April mmg awesome. Hahaha

Pagi-pagi

Image
Berpagi-pagian dgn bestfriend saya cik nawal. Dia yg amik gambaq ni. kesian tgk umi drive layan jem permatang nibong. Bertabahlah, dah 10 tahun lebih dok layan jem ni.

Kecewa @ lega ?

Image
Usia anak bongsu (bt masa ini) hampir mencecah 13 bulan. Tapi mak dia belum lg didatangi bulan. Saya cuba memujuk hati yg saya masih menyusu badan, so period maybe lambat sikit. Tp saya tidak dpt menolak rasa risau sekiranya ditakdirkan tetiba ada baby kicking dlm perut. Risau beb, anak kecik lg. Masih memerlukan perhatian. Lgpun rasanya 4 ni dah besar rahmat Allah bg dah utk kami. Bkn menolak rezeki, tp saya rasa belum bersedia. Anak kan amanah, kena jaga sebaik mungkin. Adoi kalau nk bebel bab ni pjg entry ni nanti.Dipendekkan cerita, abg leh tgk saya gemuk, dia mengagak yg saya pregnant. suka2 hati dia je. Jd saya suh dia dptkan pregnancy kit tu. Resultnya , Nuha masih yg bongsu buat masa ini.  Jd nak kecewa ke nak rasa lega? Hihihi

Hak Jiran

Image
Daripada Abu Syuraih al-Khuza'i r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. "Islam menyuruh kita berbuat baik kepada jiran walaupun terhadap mereka yang bukan seagama dengan kita, apatah lg yg seagama dan ada tali kekeluargaan denga  kita. Islam telah menjadikan berbuat baik kpd jiran ini sebagai bukti keimanan seseorg dengan Allah Taala dan hari akhirat.
(Pi dengaq tazkirah pg jumaat tak bwk pen dan notes. Jd kena coretkan kan sini supaya tak lupa. Hehehe)